Skip to main content

Mahathir Bertemu Tuhan

Mahathir Bertemu Tuhan

1. Saya memetik komen menarik tulisan Dr Zulkeflee Yaacob, dari Tanjong Malim, Perak yang tersiar dalam portal Malaysia-Instinct hari ini. Baca komen tersebut : KETUANAN MELAYU SEBAGAI satu abstrak bahawa wujudnya bangsa itu di tanah tinggi dan berbukit yang dinamakan Malaya. Abstrak ini sering dimainkan oleh pemain politik dan terbaru pemain politik Melayu sendiri dalam kongres tahunan sebuah parti politik pembangkang.

2. Hal ini telah diperingatkan banyak kali baik oleh pihak istana mahupun individu yang tidak berpolitik agar tidak mempersoal dan mempertikai hak istimewa Orang Melayu pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi mereka konsep ketuanan Melayu mewujudkan hubungan pihak tuan dengan hamba. Ini dimaksudkan orang Melayu diibaratkan tuan, manakala orang bukan Melayu sebagai hamba kepada orang Melayu.

3. Walhal realiti orang Melayu tidak pernah mengawal orang bukan Melayu dari apa-apa aspek pun sama ada pemilikan harta, agihan kuasa, hak pendidikan dan sebagainya. Pemahaman hubungan tidak bertamadun ini sengaja dimomok-momok dan diuar-uarkan kerana cita-cita politik tinggi ingin menawan Putrajaya. Jika orang Melayu disifatkan sebagai tuan ada kebenarannya kerana asal usul dan sejarah yang panjang seperti terbentuk tamadun Melayu sejak 1,300 tahun lalu.

4. Catatan sejarah membuktikan bahawa Wilayah Kepulauan Melayu mengakui tamadun Melayu sejak Empayar Srivijaya di Sumatera abad ke-7. Rumpun Melayu membina peradabannya hingga menguasai sebuah wilayah tanah daratan dan pengairan dan Asia Tenggara yang dikenali gugusan kepulauan Melayu. Pada abad 11 dan 12 peradaban bertukar nama kepada Melayu diikuti Perlak (840), Samudera Pasai (976) kepada kerajaan Jawa seperti Taruma abad ke-5, Sailendra abad ke-8, Mataram abad ke-9, Majapahit akhir abad ke-13, Demak abad ke-15.

5. Bantam, Pejajaran, Surabaya dan seterusnya kerajaan Trengganu sekitar (1303), Melaka (1400), Sulu (1405), Brunei (1406), Mindanao (1515), Banjarmasin dan Makasar (1,604), Ternate (1486), Tidore (1475) Patani dan Aceh sekitar 1500 dan Johor Riau (1700). Namun dalam konteks sejarah tidak pula orang bukan Melayu sebagai hamba dan mengawal serta memaksa ikut telunjuk orang Melayu. Malah mereka tidak dipaksa menukar nama, agama, budaya dan bahasa masing-masing seperti negara jiran, iaitu Indonesia dan Thailand.

6. Ini jelas terpesong apabila menganggap bahawa ketuanan Melayu mengongkong kehidupan kaum lain kerana kononnya orang Melayu memiliki status dan kuasa lebih tinggi. Berbanding mitos orang kulit putih, tidak berlaku penyingkiran hak-hak kaum lain mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan di negara ini. Mereka berusaha menukar fikiran pengundi agar tidak mempercayai pemimpin yang menggunakan prinsip keadilan, kuasa dan kualiti. Orang Melayu perlu kefahaman bahawa biarlah hilang konsep ketuanan asalkan kedaulatan Melayu tetap tegar dan konsisten.

Comments

namewi kutuk2 Melayu dan Islam akhirnya dapat juga bertemu pak2 menteri, mana dia hero Pemuda yang nak bunuh sangat mamat tu...kecoh2 buat demo lgi..
Anonymous said…
Saya ni kurang faham..apa kena mengena dgn tajuk Mahathir bertemu tuhan..?
azlishukri said…
tajuk ini berkait rapat dengan tulisan yang disiar dari aspek simbol Mahathir sebagai pejuang Melayu-Islam moden.
hans said…
owh
soalan anonymous tu sama macam soalan saya
dah faham dah
azlishukri said…
hans - sudah terjawab

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Dua : Lombong Emas En. Ferderhof 1. Saya agak sedikit kecewa, tidak banyak. Tetapi kecewa. Begitu banyak respons yang saya terima ekoran tersiarnya Hikayat Dewan Ekonomi di blog saya baru-baru ini. Baik respons positif mahupun respon negatif. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. 2. Rupa-rupanya hikayat tersebut telah menyebabkan sesetengah orang “melompat” dan terasa dengan apa-apa yang pernah mereka ucapkan kepada saya. Malah, ada sesetengah pihak yang tidak mahu mengaku dengan apa-apa yang telah mereka katakan kepada saya pada suatu ketika dahulu. 3. Namun demikian, itulah adalah sikap manusia – dan lumrah manusia untuk menjaga “periuk nasi” mereka sendiri. Dan saya sama sekali tidak akan mempedulikan semua itu, kerana kebenaran perlu didedahkan. Tidak kurang juga yang mahu agar hikayat ini tidak diteruskan lagi, kerana kononnya ia hanya membuka pekung dan keburukan organisasi kita sendiri, khususnya tentang apa-apa y