Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Bagaimanakah Michael Jordan Boleh Jadi Legenda?

DIA GAGAL MASUKKAN 9000 LONTARAN KE DALAM KERANJANG. Kalah dalam 300 pertandingan. 26 kali gagal melakukan lontaran penyudah yang tepat untuk pasukannya menang di akhir pertandingan. Dia berhadapan dengan kegagalan yang banyak. Tetapi, itulah sebab utama mengapa Michael Jordan boleh berjaya menjadi legenda dan pemain terbaik sepanjang zaman NBA (National Basketball Association). Dia tidak melihat kegagalan sebagai beban. Semuanya dilihat dalam sudut positif.   Tidak ramai yang mampu mengalihkan kekecewaan dan kegagalan menjadi sumber kekuatan. Rata-ratanya kita hanyut dibawa arus kesedihan.    Michael Jordan mampu melompat dari garis free throw untuk melakukan aksi 'terbang' slam dunk sehingga mendapat julukan Air Jordan yang kemudian menjadi simbol brand keluaran Nike.    Setiap perniagaan ada slam dunk tersendiri. Jangan terbang tinggi sebelum masanya. Bersedia dengan ilmu, pengalaman dan latihan, barulah bermain dalam liga yang lebih mencabar. Jangan tergesa-gesa mahu j

Usahawan Siput : Biar Lambat Asal Selamat

SIPUT MAMPU TIDUR ANTARA TIGA HINGGA EMPAT TAHUN. Lama sungguh. Dinamakan hibernasi. Haiwan ini bergantung hidup dalam persekitaran lembab. Hanya dengan tidur, siput berupaya mempertahankan kelembapan yang berada di tubuh mereka. Tanpa cairan atau persekitaran basah, mereka akan mati.    Apakah maksud semua ini kepada kita? Biar pun perniagaan kita kelihatan lembab dan lambat bergerak seperti bisnes orang lain, tetapi jika kita tahu kekuatan dan kelemahan bisnes yang kita dilakukan, inshaAllah kita boleh sustain walaupun untung sedikit setiap tahun.    Selalu ingat, tujuan berniaga bukanlah mengejar untung yang banyak untuk jangka masa pendek, sebaliknya sejauh mana kita mampu bertahan dan sentiasa berkembang. Biar mampu bertahan dengan keuntungan yang sedikit, daripada untung 'mengejut', esok lusa rugi semula.    Usahawan bijak adalah yang kenal pelanggannya, kenal persekitarannya dan kenal kelebihan dirinya. Siput tidak mampu mendengar dan melihat dengan baik. Mereka bergant

Benarkah Orang Berniaga Orang yang Tidak Normal?

RAMAI ORANG MENDAKWA ELON MUSK IALAH AHLI PERNIAGAAN yang 'tidak normal'. Seolah-olah itu adalah perkara buruk. Jiran atau kawan anda yang 'normal' tidak akan membawa kita ke Marikh.    Kata Thomas J. Peter dan Robert H. Waterman JR, "Keseluruhan penyelidikan tentang otak kiri dan kanan benar-benar memberi kesan bahawa bidang perniagaan adalah 100 peratus dipenuhi dengan manusia yang sangat tidak rasional." Itulah rumusan di dalam buku terkenal mereka In Search of Excellence .   Secara umum, terdapat dua cara untuk 'menjadi sangat tidak rasional' dalam perniagaan, kerana dalam perniagaan anda perlu menghasilkan nilai untuk berjaya.   Pertama, cuba jadi yang terbaik dalam satu perkara tertentu - contoh Stephen King atau JK Rowling adalah antara storytellers terbaik di dunia. Tetapi tidak ramai antara kita yang boleh menjadi seperti mereka berdua. Jalan itu tidak benar-benar terbuka, hanya untuk 1 peratus sahaja.   Cara kedua, seperti yang disarankan