Buku ini dikatakan buku politik paling "panas" dan bakal meranapkan terus masa depan politik Mohd Sabu - malah, ramai pemerhati politik yang sedang menunggu respon dan tindak balas daripada Mat Sabu berhubung pendedahan penyelewengan Tabung Memali tersebut. Terlalu banyak yang dibongkarkan di dalam buku ini, sehingga ia dilarang untuk dijual di majlis memperingati 25 tahun tragedi Memali pada tahun lalu. Buku ini pada hemat saya adalah buku "bestseller" of the year bagi kategori politik semasa. Baca kupasan penulisnya, saudara A.C Al-Afghani di bawah ini : AKHBAR HARAKAH MELALUI kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya. Tanpa membaca,
Memimpin Kebijaksanaan