Skip to main content

Terkini Isu Rombakan Kabinet : Tahniah KJ!

Saya memetik sebuah laporan daripada blog Melayu Baru berkenaan isu pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh. Sebelum ini, saya sudah maklumkan di dalam blog ini , bahawa KJ berkemungkinan besar akan menyertai kabinet DS Najib tidak lama lagi, ekoran kejayaan luar biasa beliau mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat - dan jika laporan blog ini menjadi realiti, soalnya hanya satu, apakah pendirian para bloggers pro-kerajaan kelak? Apakah para bloggers ini bakal berpaling tadah dan bertukar kiblat seperti mana yang dikatakan oleh Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit-cuit di Utusan Malaysia? Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu perkembangannya. Baca laporan itu di sini :

NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin satu masa dahulu seorang yang rapat dengan bapa mertua KJ yang juga bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin beliau mahu memperbaiki kembali hubungan yang terjejas apabila beliau menjadi antara suara pendesak yang terkuat mahukan Abdullah berundur selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Sokongan kepada KJ mungkin boleh menjernihkan hubungan.

Semua maklumat ini penulis terima daripada rakan bloger (pro kerajaan) yang berpengaruh dalam satu pertemuan di Jakarta baru-baru ini (bukan di KL yea). Dikatakan KJ akan dilantik ke Kementerian Belia dan Sukan, satu kementerian yang tidak asing untuk golongan muda. Malah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali menjadi Timbalan Menteri di Kementerian berkenaan. Sama ada ini berita baik atau berita buruk, masa yang akan menentukan. Kalau ambil kira secara kasar, perlantikan KJ mungkin dilihat satu kesilapan, tetapi tekanan yang terlalu kuat ke atas Perdana Menteri boleh memaksa beliau mengambil langkah yang tidak popular.

Comments

Wake UP! said…
Lantiklah KJ jadi Menteri. Jangan nanti bila undi BN lari, menyesal tak sudah.

Salahkan itu beruk itam yang dibenci ramai.
To Live Again said…
Kalau ini menjadi realiti, I HAVE TO SAY GOOD BY UMNO!

UMNO x pnh berubah!
Anonymous said…
Selamat Tinggal ..... Ini lah yang layak bagi orang yang menghancurkan imej Malaysia.. sesungguhnya UMNO tidak pernah berubah
Anonymous said…
WELL..WE'RE DONE BE4 ITS OVER!..ALL OUR EFFORT IS USELESS. MAY ALLAH HELP US!
azlishukri said…
mohon semua bloggers pro-kerajaan luah rasa hati masing2
blogenstarz said…
Apa pun UMNO perlu bangkit bersama2 dengan kebangkitan luahan rakyat.
Jangan takut kepada harimau kalau benci kepada singa.
Jangan berkawan dengan kancil kalau bersaudara dengan buaya....
renung2kanlah............
Tukang Dok Peghati said…
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HAK Perdana Menteri untuk LANTIK siapa saja ke dalam KABINETnya..

HAK kami sebagai RAKYAT untuk MENOLAK PM dan seluruh KABINETnya jika kami tak SUKA dengan 'somebody' dalam KABINETnya..

Jadik, Tuan PM boleh PILIH yang mana satu..

Wallahualam..
Anonymous said…
gua pun akan tak akan keluar mengundi, kalau undi pun gua akan ROSAKAN UNDI... kaum kerabat, kawan2..gua ingat sama dgn gua...
zamsalam said…
TRANFORMASI UMNO...

1. Jika benar perlantikan KJ sebagai Menteri penuh, ini akan mengundang persepsi negatif kepada parti UMNO..

2. Persepsi seolah-olah UMNO KETANDUSAN pemimpin... Transformasi bermakna ONLY ONE CHANCE for them.. imej dah tercalar, ganti pemimpin baru..!

3. Dan juga.. faktor Tun Mahathir juga mempengaruhi dalam isu ini.. ingat, siapa yg membongkar isu tingkat 4 Putrajaya!!!

zamsalam.sabah.

p/s: "kuasa" aku, hanya pada satu undi.
Daulah-alWatan said…
Salam tuan,

Kalau benar Khairy dilantik menjawat apa-apa jawatan dalam mana-mana kabinet...itu adalah berita buruk!.

Kita bukan anti Khairy kerana namanya Khairy...tetapi sejarah buruk lagi hitam yang telah diukirnya dalam perjuangan UMNO semasa Pak Lah menerajui parti dan kerajaan dahulu tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Masih ramai tokoh lain yang boleh mengambil tempat Khairy.

Akhlak Khairy tidak jauh berbeza dengan Nuar Berahim. Kita tidak mahu ada Nuar Berahim Kedua dalam negara ini.

Saya mohon maaf kalaw pandangan saya bertentangan dengan kepercayaan dan pegangan tuan.

Menjaga UMNO samalah seperti menjaga ibu.

Wallahua'lam
oRang kAmpong said…
Teman rasa org kg dan geng2 sembang kedai kopi mamak abislah kena belasah ngan puak2 pembangkang klu kj jd menteri.
Empat Belas said…
budak tingkat 4 ni akan mencemarkan lagi imej umno..
Empat Belas said…
ramai lagi pemimpin berbakat seperti dato saifuddin abdullah iaitu timbalan menteri pelajaran tinggi sekarang ini..
Aku mintak najib nie sembahyang istikharah....apa PM nak lingkupkan UMNO ke?....dia tak tahu ke masa perhimpunan agong dulu, dia nie lah orang yang telah dapat kad merah bersama-sama Ali Rustam, malangnya pengadil suruh Ali rustam saja keluar padang....

Kalau betul KJ jadi menteri maka akan tambah lagi koleksi menteri pengkhianat bangsa dalam kerajaan BN. KJ tak de talent sebagi menteri nanti dia kan jadi macam Nazri Aziz dan krismuddin.
Anonymous said…
MUHAHAHAHAHA
NI BERITA BAIK.
HE HE HE HE
Anonymous said…
aku dah lama dok sokong UMNO,tapi sejak mamat tu jd KP aku dah dok diam saja, mengundi pun rasanya malas dah, SOALAN: DIA TU MAI DARI MANA, IKUT SALURAN MANA, TUP TUP DOK DI ATAS, DAH LAMA KA DIA DOK DALAM PEMUDA NI?
Anonymous said…
Bye UMNO...
I Hate KJ.. Only monkey will accept him into cabinet..
PARPUKARI said…
Saya adalah orang pertama yang akan menentang UMNO kalau Khairy dilantik! Period
JAFO said…
Salam Bro,

Klu laa benar bagai dikata dan direncanakan oleh PM, aku rasa inilah keputusan yang PALING PALING PALING BERANI yang pernah dibuat dalam hidup Tok Jib. Pasti beliau telah mencongak +ve & -ve nya. Tentu +ve ikut percaturan beliau. Tapi sayangnya 51% adalah +ve tapi bakinya 49% pula -ve.

Yer... inilah bakal kesalahan besar beliau selepas kesalahan membiarkan Rosmah bermaharajalela dalam medium eloktronik perdana.

Kulit Pak Itam tu dah x leh diputihkan lagi dah.

(Just Another F_____ Observer)
Anonymous said…
Saya serta ahli keluarga saya ahli UMNO tapi kalau KJ dilantik didalam kabinet maka undi kami beralih arah. Bukan tak sayang UMNO tapi rakyat tidak diutamakan oleh pemimpin.

KJ telah menjahanamkan BN sehingga 5 buah negeri terlepas ke tangan pembangkang.

Tengok sejarahnya. Jadi Naib Ketua Pemuda melalui paracut. Kemudian menang jadi KP melalui rasuah. Orang macam inikah yang hendak dilantik jadi Menteri.

Apakah untuk mendapat sedikit undi hilang sokongan rakyat yang tak dapat terima KJ yang sombong, angkuh waktu bapa mertua jadi PM dulu.

Melantik KJ bererti membantu pembangkang. Pembangkang amat suka dengan perlantikan ini kerana ia melemahkan sokongan rakyat terhadap BN.

Setelah begitu teruk untuk mendapatkan sokongan rakyat semula, maka dengan sekelip mata
runtuhkan semula dengan perlantikan KJ dalam kabinet.

Aku dah mula rasa MELUAT.
Anonymous said…
Percaturan yang paling merugikan BN.

Yang peliknya tidak ada pun kedengaran daripada rakyat mendesak KJ dilantik sebagai ahli kabinet. Kenapa pula sibuk nak lantik dia.

Jangan lupa peranan KJ yang telah menjahanamkan PRU 12 dulu.

Tetapi nak hairan apa. MELAYU MUDAH LUPA.
Anonymous said…
Alhamdulillah,
Sejak KJ menang sebagai ketua pemuda, aku tak henti2 berdoa selepas setiap solat supaya KJ mendapat tempat di dalam kabinet..hari ni kalau di baca artikel Encik Azli ni, menjurus kepada termakbulnya doa aku terhadap KJ yang amat kucintaik...Alhamdulillah sekali lagi kerana DatoSeri PM akan membawa KJ ke dalam " Kabinet"nya dan maksud kabinet bagi aku di sini ialah di bekukan...jangan harap la hang KJ oii...jadi KP pun seropa Mayat Hidup, satu apa pun tak jalan..setakat claim milleage dari para pendaftar pemilih wakil Umno mencari pengundi baru aku pun reti...pooodahhhhhh.
Anonymous said…
bloger masing2 mengeluarkan ayat pancung ni....ngerilah teman....
Detguaq said…
Hang ni buat aku hilang mengantuk betul!

Atau ini sekadar satu lagi 'khabar angin' yang sengaja di tiup untuk melihat 'pasaran'???
Anonymous said…
Klu PRU 12 BN kalah 4 negeri kerana salah satu isu nasional budak tingkat 4 PUTRA JAYA.Mungkin PRU 13 nanti BN klh semua negeri kerana budak tingkat 4 dah ada SETPOL.
Anonymous said…
Bukan takat KJ saja kena tengok..orang2 dia yang disekeliling pak pak menteri kita jugak kena tengok..!!!
Pelatih Zoo Beruk said…
saudara azli,mungkin blog melayu baru ni agaknya dicipta oleh barua KJ utk test the water.sbb tgk entry nya xbyk.he he.hopefully PM xmasukkan dia dlm kabinet.kalau PM buat undi saya dan kaum kerabat akan bertukar jadi undi rosak.masa PRU 12 dahulu,sebagaimana semua maklum BN byk penyokong umno pangkah PAs atau PKR bukan sbb mereka bagus tp benci dgn paklah dan KJ atas kerosakan yg mereka lakukan.
Anonymous said…
aku sokong kj. hidup kj. pegi mampuslah puak2 anti kj. berbaloi usaha aku pangkah kj masa PRU 12 dulu.

semoga Allah membuka hati pengkhianat kj ni,
azlishukri said…
semoga PM membaca luahan hati para bloggers ini...
cicaksakit said…
ku tak berapa tau apa masalah lelaki ini.tak tau mana satu yang sahih pasal dia.dia pandai bercakap. Tetapi ramai benci dia.Ramai tak suka dia. Aku kategori tak suka kat dia. So, kalau benar apa yang dikatakan dibawah ni, aku rasa ramai blogger akan tukar bidang penulisan. Mungkin lepas ni blogger2 termasuk aku hanya akan menulis mengenai apa saja tetapi bukan politik...Keh3...Kalau tulis pun,kami akan tulis kutukan membina untuk KJ agar beliau letak jawatan (jika beliau dpt post itu..) Hehehehe...

http://lidahcicak.blogspot.com/
Anonymous said…
Salam~~~
1. Kalau ini menjadi realiti, I HAVE TO SAY GOOD BY UMNO!

UMNO x pnh berubah!
(AMNO mmg tak pernah berubah.....hahahaa)

2. Selamat Tinggal ..... Ini lah yang layak bagi orang yang menghancurkan imej Malaysia.. sesungguhnya UMNO tidak pernah berubah

(sekarang jugak tinggal pon tak perlah....tak der faedah pon)

3. Aku mintak najib nie sembahyang istikharah....apa PM nak lingkupkan UMNO ke?....dia tak tahu ke masa perhimpunan agong dulu, dia nie lah orang yang telah dapat kad merah bersama-sama Ali Rustam, malangnya pengadil suruh Ali rustam saja keluar padang....

Kalau betul KJ jadi menteri maka akan tambah lagi koleksi menteri pengkhianat bangsa dalam kerajaan BN. KJ tak de talent sebagi menteri nanti dia kan jadi macam Nazri Aziz dan krismuddin.

(Ali rustam masih ketua menteri kan?..hahaha..bodoh.....eh..nazri aziz ngan krismudin tuh tak der talent ekk?..napa masih menten ekk..bodohhhh)

4. Yer... inilah bakal kesalahan besar beliau selepas kesalahan membiarkan Rosmah bermaharajalela dalam medium eloktronik perdana.
(bila orang AMNO sendiri kata rosmah bermaharajalela...ermm.....sah ler...kalau sebelum nih...pembangkang jer cakap....tapi sekarang orang AMNO pon cakap..jadi..bagus sgt ker PM kiter ekk?)

5. Kesimpulan..oit...ramai lagi selain KJ dalam kabinet..dalam BN..dalam UMNO yang tak leh pakai oit....dah ler tuh...blah ler dari UMNO..hahahaha
Anonymous said…
KJ jadi menteri?Apa BN nak kalah?.
KJ patut di tangkap selepas Khir Toyo.
Baru lah BN menang 2/3 kerusi Parlimen akan jadi kenyataan.
Penyokong UMNO/BN dah cukup dicabar kerajaan PM Najib hingga kini.
Kini kita cabar balik "Don't break the camel's back"

Wak.
Anonymous said…
Begitu lucu membaca luahan hati para pencacai dan kaki putar. sorang dua tak pangkah bn bukannya maksuda apa. kalau kj jadi menteri saluran muda akan digegarkan oleh bn. kalau tidak hanya bn akan tetap dikenali sebagai parti orang tua. apa macam? berani berubah ataupun berani blah!!
tungkaran hati said…
Semoga PM dapat membuat pertimbangan yang betul kepada KJ, Nazri Aziz dan juga Hishamuddim...!
Barangkali kes Namewee boleh jadi kayu pengukur.
light said…
Salam, sehari sebelum PRU12 berlangsung, wakil KJ menemui saya,bertanya keputusan PRU 12 dan kedudukan KJ dalam pilihanraya. Jawapan yang saya beri adalah sama dengan keputusan PRU 12 dengan tergadainya beberapa negeri dan KJ menang undi Perlimen. Ditanya juga adakah KJ akan jadi Menteri. Jawapan saya tidak. Keputusan ini tidak akan berubah. Oleh itu jangankecoh tak tentu pasal.
SMVAG 93 - 94 said…
Berani le letak... alamat undi aku pun melayang

PEMUDA UMNO
Anonymous said…
HIDUP KJ....! KAMI MENYOKONG PENUH KJ JADI MENTERI...DEPA DUK CANANG KJ PUNCA MASALAH TINGKAT 4..APA BUKTINYA?SEMBANG JE LEBIH...ORG KITA NI DALAM HAL MENFITNAH ORG DAN DENGKI DGN KELEBIHAN ORG MEMANG NO 1....SETAKAT 2,3 ORG TAKNAK UNDI,NAK KUAR UMNO..KUAR LAH TAKDE EFEK APA APA PUN UTK UMNO.....BANYAK KETUA PEMUDA NEGERI YG BERI SOKONGAN PENUH PADA KJ....KJ MAMPU MERUBAH KBS MENJADI LEBIH GEMILANG.....HIDUP KJ,KAMI BERSAMAMU KJ....KJ,KJ,KJ,KJ.......!

DIDOA AGAR KJ MAMPU JD PM YG PALING HEBAT DI PLANET BUMI INI....INSYAALLAH...U CAN DO IT KJ..!

PENYOKONG PEMUDA MALAYSIA
Tukang Dok Peghati said…
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anonymous said...
Begitu lucu membaca luahan hati para pencacai dan kaki putar. sorang dua tak pangkah bn bukannya maksuda apa. kalau kj jadi menteri saluran muda akan digegarkan oleh bn. kalau tidak hanya bn akan tetap dikenali sebagai parti orang tua. apa macam? berani berubah ataupun berani blah!!

December 9, 2010 12:07 PM

KAH!KAH!KAH!

MALAUN tuh umur lagi tua dari aku tapi aku pun terTANYA-TANYA macam mana dia ada KAWAN pinjamkan duit berjuta-juta RM beli saham ECM Libra sedangkan masa tu dia takde keje tetap pun?

Anon penCACAI kat atas boleh jawab? Kalau boleh jawab, bolehle SPRM tambah bahan bukti.. HE!HE!HE!

Wallahualam..
Anonymous said…
ALJUBURI
"UMNO BERUBAH @ REBAH" ungkapan Najib diperhimpunan UMNO satu masa dulu, heheeee..nampak nya dia sendiri yg pilih "REBAH".
To Live Again said…
Tukang Dok Peghati said...

Aku bersetuju sgt dgn hang..Kalau Najib pon nk sembang deraih konon " INI HAK SAYA UNTUK LANTIK SESAPA DLM KABINET SAYA!"

Maka kita plak tnjuk HAK KITA! Kita tgk HAK SIAPA lg hebat!
Anonymous said…
jelas mereka yg kutuk KJ adalah org yg kecewa..hang pa tak undi umno pon takpa...umno tak rugi apa apa... tak nyesal apa pun sbb korang semualah yg sebenarnya yg nak melingkupkan parti dan takleh trima pembaharuan....tuduh mcm mcm,padahal negara kita ada undang undang..channelkan lah ngan betul..ni stakat cakap kedai kopi jer..habuk pon tarak....bila la melayu nak maju kalau ramai lg melayu masih mcm ni...

penyokong pemuda malaysia.
To Live Again said…
Fuh hebt pencacai KJ kt bwh ni..Konon Penokong pemuda hahaha..Ayat pon dh clear ayat pembgkang yg mnyamar..

Puak pencacai pembgkang mmg akn tumbang lembu kalaun si KJ ni jd menteri..Sikap ego mcm kt bwh ni la yg menyebabkan umno hmpr lingkup.Ayat spt
1) Lantakla korang x mau undi pon umno x kalah.
2) Apa jasa korang pd umno..

Kalau melayu x sokong umno sapa lg nk sokong?? Nk harap cina dgn hindu sokong umno smpai 90% jwbnya tnggu smpai kucing blh terbang la bai!
Anonymous said…
nak idup lagi...?harharharhar...korang tak beri efek apa apa pada undi dua tiga kerat.....hihihihi..Perjuangan KJ perjuang pemuda yang gemilang..bila orang hebat ni maka musuh pun ramai yg tak puas hati...KJ- perdana Menteri termuda..! Hidup KJ, hidup KJ...!!!

Penyokong Pemuda Malaysia

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...