Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tafsir Al-Azli

Tafsir Al-Azli (3) : Para Da'ie PAS Perlu Ubah Sikap

Tafsir Al-Azli (3) Para Da'ie PAS Perlu Ubah Sikap Pada suatu ketika dahulu, sebelum mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara. Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan beberapa siri sikap media massa Barat yang begitu berani bersikap kurang ajar terhadap kepimpinan negara andaikata segala kemahuan mereka tidak kita penuhi. Hal ini terbukti benar apabila salah satu media terkenal Barat - Business Weeks sanggup mengugut Tun Mahathir untuk memburuk-burukkan Malaysia dan kepimpinannya, jika mantan perdana menteri itu enggan diwawancara oleh pihak majalah tersebut. Keberanian dan kebiadaban mereka memaksa dan mengugut Tun Mahathir, menjelaskan bertapa media Barat sangat bersikap prejudis dan suka merendah-rendahkan para pemimpin dunia Islam. Apatah lagi ketika ini dunia Islam dilihat berada dalam keadaan yang sangat lemah dan saling berpecah-belah dalam kalangan mereka sendiri. Ditambah lagi dengan pelbagai bentuk penjajahan Barat ke atas umat Islam, baik melalu...

Tafsir Al-Azli : Zuhud Cara Terbaik Kurangkan Tekanan

Tafsir Al-Azli Zuhud Cara Terbaik Kurangkan Tekanan Oleh Muhammad Azli Shukri Menurut definasi bahasa, erti lafaz zahida fiihi wa’anhu, zuhdan wa zahaadatan , ialah berpaling daripada sesuatu, meninggalkan sesuatu itu kerana kehinaan atau kerana kekesalan kepadanya. Lafaz zahuda fi asy-syai’i ertinya tidak memerlukan. Jika dikatakan zahida fi ad-dunyaa , ertinya meninggalkan hal-hal yang halal dari dunia kerana takut hisabnya dan meninggalkan yang haram dari dunia itu kerana takut siksaannya. Inilah erti dan makna umum bagi perkataan zuhud tersebut, seperti mana yang dijelaskan oleh Imam Waki’ bin al-Jarrah di dalam kitab terkenalnya, Kitabuz-Zuhud . Walaubagaimana pun, kebiasaanya, kefahaman masyarakat awam terhadap kehidupan zuhud itu seringkali dilingkari dengan pakaian compang-camping, rambut kusut-masai, dan baju lama yang penuh dengan tampalan-tampalan, di samping hidup dalam keadaan dhaif kerana ingin menunjukkan rasa benci dan menolak dunia. Faham semacam ini merupakan fahaman...