Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Musuh Utama Manusia adalah Keraguan dan Ketakutan

SEPATAH KATA WILLIAM WRIGLEY, "MUSUH UTAMA MANUSIA IALAH KERAGUAN DAN KETAKUTAN."  Seandainya kesimpulan ini mampu dihadapi, kita berupaya terbang bebas umpama burung Camar menghiasi birunya langit.   Kanye berhutang USD53 juta untuk membiayai Yeezy. Steve Jobs dipecat dari Apple dan kemudian kembali beraksi memacu kegemilangan. Elon memperoleh USD180 juta daripada PayPal, kemudian terus melabur sebanyak USD100 juta di SpaceX, USD70 juta di Tesla dan USD10 juta di Solar City. Pemenang bermain untuk menang. Percaya pada diri sendiri dan melawan rasa ragu dan takut yang terpahat di dalam sanubari. Albert Einstein gagal matematik di sekolah menengah. JK Rowling, manuskripnya ditolak oleh 15 buah syarikat penerbitan. Walt Disney diberitahu bahawa dia tidak mempunyai khayalan yang cukup untuk maju. Kisah-kisah orang yang berjaya ini asalnya adalah kisah kegagalan. Setiap daripada kita memiliki sisi kegagalan yang tersendiri. Tetapi yang terbaik daripada kita ialah mereka yang san

Baggio yang Bangkit Semula

BOLA MELINTAS DI ATAS GAWANG. TENDANGAN PENALTINYA TERSASAR. Itali tewas. Brazil Juara. Roberto Baggio kecewa. Dia gagal melakukan tendangan penalti di Piala Dunia 1994. Dia membawa beban mental yang berat untuk sekian lamanya. Reputasinya jatuh. Para pentaksub memakinya. Empat tahun kemudian, sekali lagi situasi yang hampir sama berulang. Tetapi kali ini, tendangan penaltinya telah menyelamatkan Itali daripada dimalukan oleh Chile.     Dalam perniagaan, bukan soal berapa banyak peluang yang diberi, tetapi peluang mana yang mampu anda sempurnakan dengan baik. Peluang yang terhidang, gagal disempurnakan, hanya membunuh reputasi syarikat.   Tetapi, Roberto Baggio bangkit semula. Menyudahkan tendangan penaltinya saat menentang Chile di Piala Dunia 1998 – walaupun Itali tidak menjadi juara, Roberto Baggio terpaksa menanti empat tahun untuk memulihkan reputasi. Apabila sesuatu peluang perniagaan diberi, sempurnakan dengan dedikasi dan berkualiti kerana untuk mengembalikan kepercayaan buka

Belajar daripada Kekesalan Mike Tyson

JOE ROGAN BERTANYA, "APAKAH ITU DISIPLIN?" Mike Tyson menjawab, "Lakukan apa-apa yang anda tidak suka lakukan, tetapi ingat, lakukannya seperti anda sangat menyukainya."   Mike Tyson, bekas juara tinju kelas heavyweight termuda yang berbakat, dibesarkan dalam undang-undang rimba di lorong Brooklyn. Tiada belas ihsan, hidup dalam dunia keras, penuh penindasan, berdiri di atas kaki sendiri, berjuang bersendirian, tiada yang peduli, tiada yang sudi membantu, hidup miskin dan sentiasa dibenci. Tetapi dia lelaki yang paling ditakuti di atas gelanggang. Memegang rekod 50 - 6 termasuk 44 KO. Hebat bukan.      Dia hebat kerana berdisiplin, sama dalam perniagaan. Anda berdisiplin, bermakna anda membina rutin hebat yang konsisten. Rutin yang konsisten mencipta kejayaan. Berdisiplin menjadikan anda tidak hilang fokus. Lagi kuat daya fokus anda, lagi tinggi disiplin anda. Peluang untuk anda menang dalam persaingan semakin cerah.    Tetapi, segala fokus dan disiplin yang ti

Wal-Mart : Rahsia Kejayaan Sam Walton

PADA TAHUN 1992, PENGASAS PERNIAGAAN GUDANG MEMBELI BELAH terulung Amerika Syarikat, Wal-Mart, Sam Walton meninggal dunia. Kekayaannya pada waktu itu dianggarkan lebih daripada USD 25 billion dengan Wal-Mart memiliki lebih daripada 8,000 gudang di 15 buah negara.    Pada mulanya saya amat yakin, kejayaan Sam Walton membina empayar Wal-Mart di seluruh dunia adalah disebabkan oleh faktor kepintaran p ara pengurus dan plan strategi perniagaan mereka yang jitu. Rupa-rupanya terdapat faktor lain yang mendorong Wal-Mart menjadi sebuah syarikat luar biasa.   Ramai dalam kalangan usahawan dan organisasi perniagaan hari ini yang mengabaikan pembentukan "falsafah perniagaan" terlebih dahulu sebelum meletakkan misi, visi dan sasaran perniagaan. Di Wal-Mart, Sam Walton memulakan falsafah ringkas perniagaannya dengan memaksa para pengurusnya memakai lencana yang tertulis We Care About Our People.   We Care About Our People ialah falsafah asas semua jenis perniagaan. Yang