Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Corat-Coret

Mahathir Menyerang Lagi...

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina. “Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit....

Kita Tetap Yakin Kepada Allah - BN InshaAllah Menang Besar

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah. David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas. Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama . Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam. Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang. "Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk me...

Setelah Puas "Membelasah" Syed Mokhtar al-Bukhary, Kini Mokhzani Pula Sasaran Anwar Ibrahim

GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. “Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. “Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu at...

13 Hujah Terakhir Tun Daim Sebelum PRU Ke-13

1. Tun Daim berpandangan bahawa BN akan memenangi PRU ke-13 dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU ke-12 (tetapi tidak pasti sama ada mampu memperoleh 2/3 majoriti). 2. BN bakal kehilangan beberapa DUN dan Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak. 3. BN akan memperoleh kembali beberapa kerusi parlimen di Selangor, Kedah dan Kelantan. 4. BN kembali berkuasa di Selangor dan Kedah. 5. BN masih tetap tewas di Kelantan dan Pulau Pinang. 6. Peluang sama rata antara BN dengan PR dalam usaha memerintah Perak. 7. Masalah utama PR adalah tidak berupaya menunaikan janji-janjinya selama ini. 8. Tun Daim menasihat kaum Cina agar bijak mengundi pada kali ini, tanyanya "Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN?,” 9. Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu banyak menguntungkan BN. 10.  Pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan. 11. DS Najib lebih bijak dan diyakini, berbanding Anwar yang lebih...

Syed Mokhtar al-Bukhari - Taikun Muslim yang Bernasib Malang!

Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka? (Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain)  ...

Tahniah! Dato' Baha

PUTRAJAYA 15 Mac - Tokoh bahasa dan budaya Melayu, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan Baharuddin dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi. "Pemilihan calon-calon untuk Sasterawan Negara berdasarkan sumbangan mereka melalui karya dan pemikiran terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera dan impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  "Panel telah mengadakan beberapa perbincangan untuk meneliti sumbangan dan kekuatan calon, dan akhirnya panel memilih Baha Zain sebagai pene...

Dokumentari Sejarah Penubuhan Skuad Komando VAT 69

Ramalan Datang Lagi

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13. Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008. Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti.  Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my , EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti. "Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah ba...

Isu Guna Kalimah Allah Cukup Dr. Haron Din yang Menjawabnya

Tema Kemerdekaan PR "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" = "1Bangsa, 1Negara, 1Jiwa" , Manifestasi 1Malaysia

Akhirnya, Pakatan Rakyat melalui lidah Sasterawan Negara A. Samad Said secara tidak langsung atau sebenarnya secara tidak sedar telah mempromosikan maksud dan agenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia. PR memutuskan tidak bersetuju dengan tema sambutan Hari Merdeka yang berbunyi "Janji Ditetapi" sebaliknya mereka menukar tema tersebut menjadi, "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", atau dalam erti kata yang sebenarnya ia membawa maksud, "1Bangsa, 1Negara, 1Jiwa" = 1Malaysia. Maka, tergelaklah seluruh rakyat Malaysia, apabila PR sebenarnya telah mempromosi dan menyokong konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib tanpa mereka sedari. Tak tahu malu punya PR. Takbir..Baca berita di bawah : Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut...

Filem Batman Terbaru Sarat dengan Mesej "Pembohongan Kuasa Rakyat"

Kepada sesiapa yang sudah menontot filem terbaru Batman berjudul The Dark Knight Rises - mungkin ada yang merugut dan mengeluh. Apa yang mereka harapkan tidak kesampaian. Filem Batmat pada kali ini tidak banyak aksi hebat yang diharapkan. Sebaliknya, ia mengandungi mesej politik yang berat dan sangat bertepatan dengan pergolakan dunia masa kini, khususnya politik di Timur Tengah.  Filem ini dibungkus dengan sangat kemas melalui mesej penting bahawa dunia masa kini sedang dipengaruhi oleh politik hukum rimba yang dijaja dengan halus oleh para pendukungnya melalui pelbagai cara. The Dark Knight Rises bukanlah sebuah filem tentang Batman, tetapi ia merupakan filem tentang pembohongan "kuasa rakyat", mitos demokrasi tulen, kepalsuan pembebasan kuasa mahkamah, impian palsu para pejuang kebenaran, kejelekan kebebasan bersuara, retorik jahat "rakyat hakim negara", dongeng kezaliman pemerintah, kecacatan agenda "pembebasan rakyat daripada kejahatan pemerintah...

Berakhirnya Kuasa FaceBook!

KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun. Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru. Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap. "Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson. Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap lama...

Tun Mahathir Ramal BN Menang PRU-13

KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding pada 2008. Menurut beliau, ini berdasarkan petanda-petanda baik khususnya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan BN. Namun, jelasnya, ia bergantung kepada Najib mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan BN mencapai objektif mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga. ''Sudah tentu beliau mahu mencapai majoriti dua pertiga. Saya juga berpendapat beliau akan dapat melakukan yang terbaik berbanding pilihan raya umum lalu,'' katanya selepas menghadiri pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, beliau dilantik sebagai Ikon Membaca ...

Akhirnya Ada Juga Yang Peduli

Akhirnya..ada juga tokoh yang sedar akan hal ini. Saya sudah lama, bahkan berbuih mulut dalam Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, mencadangkan agar peranan PAS diambil alih oleh UMNO, setelah PAS hilang identitinya sejak bersahabat baik dengan DAP. Sama ada suka atau pun tidak UMNO harus sedar bahawa ideologi Islam merupakan fenomena akhir zaman yang wajib didukung dan pasti mendapat sokongan ramai. UMNO wajib menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya bagi menggantikan PAS yang semakin hari, semakin mengikut telunjuk orang-orang kafir. Perjuangan Islam cara UMNO mesti dimartabatkan dengan kaedah dan cara yang dikehendaki oleh umat Islam di seluruh dunia. Sudah sampai masanya, Jabha Ulama UMNO (Barisan Ulama UMNO) ditubuhkan sebagai satu sayap baru atau majlis tertinggi parti yang mengawal selia agenda parti dari semasa ke semasa. Peranan ulama dalam UMNO wajib dinaiktaraf dan bukan sekadar menjadi sekretariat ulama muda atau membaca doa semata-mata....

Sebaik-baik Jawapan

Pada hemat saya, inilah sebaik-baik jawapan berhubung kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terbukanya terhadap Israel dengan frasa ayat kontroversi berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel ," (teks penuh di sini) . Isunya sangat mudah - perlukah Anwar Ibrahim mengusulkan agenda melindungi Israel sekiranya rundingan damai Palestin-Israel benar-benar berjaya? Atas hujah apa Israel mesti dilindungi? Walau pun mereka sanggup berdamai dengan Palestin, itu bukan alasan untuk melindungi negara haram mereka. Bahkan hujah dari kitab mana yang digunakan oleh Anwar bagi menghalalkan sikap melindungi Israel? Rasanya jawapan daripada Duta Palestin ke Malaysia di bawah ini sangat tepat lagi bernas: KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melind...

Cakaplah Apa Pun..Orang Melayu yang Iri Hati Tetap Tak Puas Hati

" Namun dalam keadaan kekuatan politik orang Melayu semakin lemah kerana berpecah belah, saya ingin membuat teguran kerana ramai pihak menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sesuatu yang teruk kerana kegagalan pelaksanaan, korup dan sebagainya. Namun apakah semua itu betul dan tidak ada satupun dari DEB ini berjaya membantu orang Melayu dan masyarakat. Saya nak tanyalah jika sebelum ini ada orang Melayu dapat kontrak RM20 juta, dia dapat untung RM2 juta melalui DEB. Orang pertikaikan kenapa dia dapat kontrak dan sebagainya. Kenapa tak orang pertikai siapa yang dapat selebihnya dari RM20 juta tadi, sudah tentu orang Cina. Tetapi mengapa tidak ada orang yang bercakap mengenainya. Apakah DEB itu hanya menguntungkan orang Melayu semata-mata sedangkan yang mengaut keuntungan besar adalah orang Cina. Kenapa orang lain perlu menjadikan hal 30 peratus penguasaan ekonomi orang Melayu sebagai isu besar sedangkan ramai di luar sana terutama kaum ...

Tahniah Tuan Presiden!

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu. Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA. “Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik. “Kenaikan gaji 1 Januari boleh dian...

SBPA : Dunia Penerbitan Ilmiah Malaysia Bakal Hadapi Krisis

Dalam keghairahan Perdana Menteri memperkenalkan misi transformasi dalam sektor awam bagi menjenamakan semula imej UMNO dan kerajaan - seharusnya ia akan lebih membawa seribu rahmat kepada penjawat awam dan bukan mengundang kekeliruan yang bisa sahaja dijadikan senjata maut Pakatan Rakyat untuk terus menghasut mereka agar membenci kerajaan. Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan baru-baru ini sudah mula mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, bahkan ada yang merasakan bahawa SBPA lebih bersifat paksaan daripada mengemukakan satu dokumen tawaran. Beberapa transformasi yang terkandung dalam SBPA sama sekali tidak mencermini hasrat dan laungan sebenar pihak kerajaan yang diuar-uarkan di media massa. Sebagai satu contoh yang sangat klasik - semalam Datuk Seri Najib mengumumkan dana sejumlah RM5 juta bagi merancakkan penerbitan buku karya asli di negara ini melalui Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kata lain - maksud tersiratnya adalah un...

Tahniah Datuk Baha Zain!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tokoh penyair, penulis dan pemikir sastera negara, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan jubli emas Pena yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, hari ini. Selain watikah penghargaan dan hadiah iringan, Baharuddin turut menerima sepersalinan baju Melayu dan wang tunai berjumlah RM5,000. Pada majlis sama, Najib turut melancarkan tiga buku baru terbitan Pena yang berjudul Takah Lima Puluh: Antologi Puisi Sempena 50 Tahun Pena; Antologi Karya Sasterawan 2011 dan Perjuangan Pen...

Pengajaran Daripada Kisah Mandeep Singh

Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen. 'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China. "Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah. "Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini. Ini, di sebalik fakt...