Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Apabila Nakhaie Bersuara

Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad di bawah ini - tepat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan. KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam. Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui. Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam. “Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil. “Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau. Oleh itu, kata beliau, tawaran hak

Kenyataan Zaid Ibrahim : Mari Kita Lihat Lebih Luas

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim di bawah ini. Bahkan sememangnya kita berharap agar pihak berkuasa mendedahkan segera siapakah pelaku di dalam video seks yang telah menjadi isu nasional ketika ini. Namun demikian, sekiranya terbukti bahawa Anwar Ibrahim merupakan lelaki di dalam klip video tersebut, soalnya sejauh mana para pengikutnya yang taasub akan sanggup kembali ke pangkal jalan? Atau pendedahan tersebut hanya menjadi sia-sia? Sesuatu harus dilakukan ke pada para pengikut taasub Anwar Ibrahim, yakni para pengikutnya yang masih berdegil dan keras kepala terdapat segala bukti yang terang lagi bersuluh. Denga kata lain, para pengikut tegarnya seperti orang kanan Anwar Ibrahim perlulah dihukum dan diadili sama, kerana terbukti selama ini merekalah yang menjadi penyokong kuat dan bersekongkol dengan manusia yang membawa sebesar-besar fitnah kepada agama, bangsa dan negara. Kerajaan wajib bertindak tegas ke atas mereka ini. Jangan biarkan mereka lari b

Pedas Juga Sindiran Dr Puad Zarkashi

Kadangkala pedas juga kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ini, sekali beliau menyindir - terasa panas juga telinga mendengarnya. Cuba baca komen beliau ini : KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel. "Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia , di sini hari ini. Menurutnya, Strauss-Kahn

MerdekaReview Nazak! Tanda Awal Kehancuran Portal Pro-Pembangkang

Portal Pro-Pembangkang - MedekaReview.com sudah semakin nazak dan dikatakan bakal menutup operasinya menjelang hujung bulan ini. Portal yang sering mengeluarkan kritikan pedas terhadap kerajaan itu sudah mula melancarkan kempen selamatkan "MerdekaReview" dengan mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai. Difahamkan untuk meneruskan operasi portal tersebut, pihak pentadbiran MerdekaReview memerlukan sekurang-kurangnya RM60 000 sebulan. Dan kini, semakin ramai penyumbang dana portal tersebut yang menarik diri daripada menyalurkan sumber kewangan. Apakah ini tanda-tanda awal bagi kehancuran portal-portal pro pembangkang yang selama ini sangat galak memfitnah kerajaan UMNO/BN? Bila agaknya portal MalaysiaKini, HarakahDaily dan MalaysiaInsider pula gulung tikar akibat daripada tangan-tangan jahat para wartawannya? Rakyat sebenarnya sudah muak dengan berita-berita yang tidak habis-habis menyalahkan UMNO! UMNO! dan UMNO! Kepada Allah juga kita bermunajat! Baca lapor

Isu PAS Kena Bantai : Wooo Pedas Berapi Siut!

1. Saya sungguh terpesona dengan hujahan daripada Ramziredang yang menulis di portal Detikdaily. Tulisannya tepat, pedas dan sangat menyedarkan kita semua. Baca artikel beliau di bawah ini : JIKA PAS BENAR-BENAR membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"? 2. Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan) 3. Muktamar PAS adalah jalan 'terbuka' untuk memilih pemimpin. PAS adalah parti Islam. Maka sudah pasti ianya perlu dijalankan secara Islam. Islam itu adil. Jadi pilihlah dengan adil. Para pe

Bila Pencaci dan Pengumpat Mahathir Akan Minta Maaft?

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN pagi tadi - dikatakan akan berada selama seminggu di sana (baca di sini) . Semua lapisan masyarakat yang hidup di bawah kepimpinannya masih tetap menyayangi dan mengasihinya sebagai seorang pemimpin ulung dan banyak berjasa kepada negara. Soalnya - sudahkah puak-puak pencaci dan pengutuk Tun Mahathir - khususnya para pemimpin PAS memohon maaf atas segala umpatan, cacian dan kejian yang selama ini tidak pernah putus-putus dilemparkan kepada Tun Mahathir? Lupakah mereka dengan gelaran-gelaran munafik yang diberikan kepada Tun Mahathir selama ini? Apakah mereka tidak sedikit pun rasa berdosa menggelarkan Tun Mahathir sebagai Mahafiraun dan Kepala Taik di dalam Novel "Shit" karya Shahnon Ahmad? Sudahkah puak-puak pencaci dan penghina Tun Mahathir ini menjilat kaki beliau bagi mendapat keampunan atas segala tuduhan dan cacian yang dilemparkan selama ini? Tun Mahathir mungkin sangat beruntung, beliau mungkin memasuki syurga A

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tid