Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008
Kepimpinan Alat Memajukan Ummah Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini sudah diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 30/09/2004) Selepas Saidina Hussien mati terbunuh di tangan Yazid bin Muawiyah, orang-orang Syiah telah bersatu membuat pakatan untuk menggulingkan kerajaan Umaiyyah. Fitnah dan hasutan menjalar dan mempengaruhi umat Islam pada saat tersebut. Bahkan Bani Umaiyyah pasti hancur jika sikap ini tidak dibendung. Hal ini membawa ingatan kita kepada sikap tegas Khalifah Abdul Malik bin Marwan demi membendung hasutan-hasutan dan fitnah yang semakin meruncing, ``Sesungguhnya umat ini tidak mungkin dapat kuubati melainkan dengan menggunakan pedang sehingga kamu semua bersikap lurus terhadapku. ``Ketahuilah sesungguhnya kami sanggup bersabar di atas segala tindakan kamu melainkan memberontak melawan pemerintah atau menegakkan bendera sendiri. Demi Allah jangan sesiapa berani menyuruhku supaya bertaqwa kepada Allah selepas ucapanku ini, kerana kalau ia lakukan juga akan kup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s
Penulis bersama Mufti Perlis SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Ikuti wawancara saya bersama Sahibul Samahah (SS) Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis baru-baru ini. “ Ekonomi ialah Senjata Zaman Ini.” Apa pandangan Dr. terhadap ekonomi Islam yang semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa, khususnya sejak kewujudan perbankan Islam dan sekarang pula kelahiran industri halal? Penerimaan ini ada dua sebab. Pertama, kesedaran dalam kalangan umat Islam tentang pentingnya mereka mengendali atau berurusan dalam soal ekonomi dan makanan harian secara halal. Hal ini menunjukkan, kesedaran Islam semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Islam, terutama dalam soal ekonomi yang biasanya tidak begitu diberi perhatian. Banyak yang prihatin tentang makanan halal, walaupun kadangkala seseorang itu tidak solat sekalipun, tetapi masih dia mencari yang halal. Namun demikian, soal perbankan atau soal riba secara lebih khusus, masih banyak yang alpa. Apatah lagi apabila menjejaskan
Penulis bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Pejabatnya. Tahniah Tun! KUALA LUMPUR 11 Mei 2008- Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid yang dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang mahu orang Melayu memiliki lima bentuk minda bagi menjamin kejayaan serta daya tahan mereka pada masa depan. Beliau berkata, minda tersebut ialah minda berdisiplin, minda sintesis, minda kreatif, minda menghormati dan minda beretika. Sehubungan itu, beliau berharap UMNO menjalankan penyelidikan tentang cara-cara memperkasakan akal fikiran atau minda orang Melayu demi kepentingan bangsa dalam jangka panjang. ''Saya juga berikrar akan terus berkhidmat dengan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO selagi hayat di kandung badan," katanya. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini
Penulis Bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pemikiran Ekonomi PM Berbahaya KUALA LUMPUR 7 Jun 2008 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap rakyat negara ini mendapatkan maklumat yang betul dan sahih berhubung fenomena kenaikan harga minyak agar mereka benar- benar memahami apa yang sedang dihadapi oleh negara. "Setiap dari kita ada peranan dan tanggungjawabnya dalam menghadapi suasana getir seumpama ini. Justeru itu, marilah kita bersama-sama mengharungi dugaan ini dengan tabah, demi kesejahteraan kita bersama dan demi masa depan negara ini dan generasi seterusnya," kata Perdana Menteri. Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis pengurniaan pingat serta darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini. Perdana Menteri berkata, situasi ini merupakan cabaran utama negara pada hari ini dan kerajaan sesungguhnya amat prihatin terhadap perasaan dan taraf hidup rakyat.- Utusan Ulasan Saya : Rakyat melantik Datuk
Penulis bersama Tun Dr. Lim Keng Yaik di Putrajaya. Mencari Mahathir Baru Surat khabar tabloid popular, Era Baru keluaran 2 Jun 2008, mendedahkan Penasihat parti Gerakan yang juga bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Tun Dr. Lim Keng Yaik telah menyelar UMNO yang kononnya tidak berlaku adil kepada Gerakan, MCA, dan MIC dalam Barisan Nasional. Beliau menyifatkan mereka seolah-olah sebagai “peminta sedekah”. Keng Yaik berkata demikian ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily baru-baru ini. Beliau juga mendakwa kekalahan Gerakan dalam PRU ke-12 adalah berpunca daripada sikap UMNO yang sombong dan isu perkauman yang sering kali dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.- Era Baru Ulasan Saya : Pertemuan saya dengan Tun Dr. Lim Keng Yaik pada bulan September tahun lalu, benar-benar mempunyai signifikan yang tersendiri. Beliau merupakan salah seorang pemimpin Gerakan yang paling lama berkhidmat sebagai Menteri Kabinet. Lantang bersuara dan kadang kala seola
Krisis Harga Minyak Oleh Tun Mahathir Mohamad (chedet.com) Walaupun Tun Mahathir sudah besara, idealisme beliau tetap tidak kering, dalam usaha memikirkan masalah rakyat dan negara, pemimpin semacam ini yang kita cari. Penuh dengan idea yang bijak dan pratikal. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi, Karpal Singh dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain (termasuk pemimpin UMNO yang membodek) tidak berupaya memberikan sebarang idea untuk meringankan beban rakyat, dan pada masa yang sama, mampu meningkatkan daya saing negara di pentas dunia serta mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat sehingga rakyat tidak merasainya. H arga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5. Petunjuk bahawa harga minyak di n
“Dan mereka yang terus-menerus mengampu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.” - Tun Mahathir Mohamad Ruangan Che D.E.T Menulis Era Baru , 2 Jun 2008 .
Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya. Mokhzani keluar UMNO Pada 21 Mei 2008 Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta.``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini- Utusan. Ulasan Saya : Nampaknya ramai yang tidak mengenali anak ketiga Tun Mahathir Mohamad ini dengan lebih dekat. Saya agak kecewa apabila orang bercakap bukan berdasarkan sejarah. Benar kata-kata pepatah Arab yang berbunyi, “Manusia akan menjadi musuh dengan apa-apa yang mereka tidak ketahui”. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob m