Skip to main content

Di Mana Kedudukan Blog Anda? Ikuti Ranking Terkini Blog Politik Popular Malaysia

Ini merupakan kedudukan terkini (ranking) blog-blog politik Malaysia yang popular, terkenal dan berpengaruh. Jutaan terima kasih kepada pengendali blog http://ruzanah.blogspot.com yang sangat rajin melakukan kemaskini kedudukan blog-blog politik di Malaysia. Sudah agak lama saya meneliti "kerajinan" pengendali blog tersebut dalam hal ini. Lantaran itu, saya tertarik untuk berkongsi bersama-sama dengan para pembaca setia blog saya berhubung info tersebut. Kedudukan teratas 10 blog politik paling popular di Malaysia, masih terus didominasi oleh blog-blog pro-kerajaan (mesra kerajaan) dengan ketuai oleh blog Parpukari, dan diikuti Gerakan Anti PKR, Unspinners, Mykmu.net, Papa Gomo dan Perak Today. Kedudukan ini, sekali gus mengesahkan, bertapa blog-blog pro-kerajaan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Sekiranya pada satu ketika dahulu, blog pro-pakatan sangat diminati oleh "pembaca online", kali ini ia tidak lagi berlaku. Semua tuduhan songsang Pakatan Rakyat terhadap kerajaan - tidak lagi diterima bulat-bulat oleh rakyat. Bahkan, rakyat semakin bijak menilai dan mencari info yang benar-benar tepat lagi berwibawa. Tahniah saya ucapkan kepada semua blog pro-kerajaan yang semakin mantap dan mendapat sokongan rakyat. Lihat kedudukan terkini blog tuan-tuan untuk tarikh semasa hari ini (15/12/2010) - Klik Di Sini

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Kejutan Yang Masih Belum Hilang!

Walau apa pun hujah dan alasan yang diberikan - saya tetap berpendirian bahawa BN telah tewas dari segi moral. Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini. Komitmen masyarakat Cina dalam menyokong DAP sangat menakutkan. Mereka bakal menjadi kuasa penentu dan pendesak yang berpengaruh, sekiranya orang Melayu terus berpecah belah. Di sisi lain pula, sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini. Dan keputusan pilihan raya Sarawak hari ini, sebe...