Skip to main content

Pemuda UMNO Juga Harus Ada Mekanisme Pemilihan

Sepatutnya, sudah lama UMNO mempraktikkan konsep yang dicadangkan oleh DS Najib ini. Mekanisme yang dicadangkan oleh Perdana Menteri dalam memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan dalam PRU Ke-13, haruslah benar-benar telus dan jelas - agar tidak dipersoalkan oleh rakyat dan ahli UMNO. Sebagai contoh mana-mana pemimpin UMNO yang telah pun disabitkan dengan kesalahan rasuah, harus ditolak awal-awal, namun demikian, apakah DS Najib sanggup untuk memperkenalkan syarat sebegini? Sebagai contoh Tan Sri Isa Samad masih tetap dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang, walaupun beliau terbukti melakukan kesalahan politik wang. Alasan yang digunakan oleh UMNO Pusat adalah berpaksikan kepada kehendak masyarakat di Bagan Pinang itu sendiri. Hal ini bermakna moral dan masalah peribadi adalah soal kedua, asalkan rakyat dan penduduk di kawasan tersebut menyukai calon tersebut - itu sudah dikira memadai. Justeru itu, kita berharap agar mekanisme yang sedang dirangka oleh DS Najib itu nanti, akan benar-benar berjaya untuk memilih calon BN yang bersih dan kelihatan bersih. Wallahualam. Baca laporan di bawah :

GEORGE TOWN, 7 Dis — Calon yang akan dicadang Pergerakan Pemuda Umno pada pilihan raya umum akan datang adalah daripada kalangan mereka berkemahiran tinggi dan disenangi, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata mereka juga tidak semestinya berjawatan tinggi tetapi harus tahu tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Saya tidak lihat kepada aspek yang hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja, lihat dari pelbagai aspek dan yang penting calon yang bakal dipilih itu disenangi rakyat. “Selain itu calon itu juga harus tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana di situlah caranya untuk kita meraih sokongan dari golongan muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Bukit Gelugor, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa satu mekanisme khusus akan diwujudkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan pemilihan yang dibuat oleh parti komponen atau presiden sebelum ini. Mengulas perkembangan lain, Khairy yang Ketua Pemuda BN berkata sayap itu akan meneruskan program khidmat sosial yang dilaksanakan sekarang bagi mendekati rakyat, sesuai dengan aspirasi “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Kami tidak mahu sekadar beretorik, membuat kenyataan media dalam isu-isu politik, lebih baik memberi tumpuan dan fokus kepada khidmat masyarakat sekurang-kurangnya kami berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka. “Rakyat mahu pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi bukan hanya berjanji kosong,” katanya. Pada majlis hari ini yang dianjurkan Pemuda Umno Bukit Gelugor, Umno Cawangan Taman Tun dan Persatuan Penduduk Perumahan Kastam Bukit Gelugor, seramai 101 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun menyertainya. — Bernama

Comments

To Live Again said…
Tp bro, kita jgak harus Berpaksikan kepada indicator utama iaitu BOLEH MENANG..Kadang2 manusia blh terlanjur tetapi jga blh bertaubat..

Spt kes Isa Samad..1 N9 pon maklum yag TSI ini mmg kuat bekrja dn dekat dgn masyarakat..Dn mmg itu pon yang pengundi kehendaki dan pengundi dah terjemahkan ke atas kertas undi..Soal kesalahan dia, biarlah Allah menentukan..Selagi dia berbakti dgn masyrakat dn masyarakat pon hendak org spt dia kenapa msti BN mengambil jalan bodoh dgn mengenepikan dia.

Pekara ni jgak berlaku pd PAS,PKR or DAP..Anwar sndiri, mat sabu,azmin dll pon ada mslh moral msg2 yg sgt berat tp msh diletakkan sebagai AYAM SABUNG msg2 kerana mereka ini BOLEH MENANG..X kira la mng dgn undi simpati ke,protes ke apa ke yg pntg BLH MNG!..

Tgk la di Balik Pulau sbgai cnth pd PRU2008, Pak Lah bertindak bodoh dgn mengubah tempat Dr.Hilmi yg ckup dkt dgn msyrakat balik pulau sbaliknya diganti dgn Dr.Noraesah, slh seorang tokoh ekonomi dunia.Tp beliau tiada AURA utk menarik pengundi dn x pnh berjasa pon pd PENGUNDI, lalu kerusi tradisi umno 2 terlepas pd sorang bdk yg CKP X SERBA BIKIN dgnpelbagai FALSAMPAH iaitu yusmadi..

Renung2kanlah..
azlishukri said…
TLA - hujah yang berkesan

Pilihan Pembaca

Isu Namewee : Di Mana DAP?

Namewee dan DAP 2010 Di Sini Kesetiaan Tidaklah Penting 1. S ehingga hari ini, saya masih ternanti-nanti komen dan pendirian DAP berhubung kenyataan menghina Wee Meng Chee terhadap negara ini. Lim Kit Siang mahu pun Karpal Singh masih membisu seribu bahasa. Sekiranya , selama ini DAP memperjuangkan keadilan dan tidak memperjuangkan perkauman sempit yang sering dilaung-laungkannya, maka kenyataan rasmi parti tersebut berkenaan isu Namewee ini hendaklah segera dikeluarkan, bagi membuktikan parti tersebut tidak bersikap racis dan pilih kasih dalam menegakkan kebenaran. 2. Sudah lebih seminggu isu ini dimainakn di media cetak dan elektronik. Namun demikian, DAP masih berdiam diri. Apakah DAP sebenarnya menyokong tindakan kurang ajar si budak hingusan bernama Namewee itu? 3. Tetapi awas! tidak sampai 24 jam isu berkenaan dua orang pengetua di Kedah dan Johor yang didakwa kononnya memainkan sentimen perkauman - Lim Kit Siang pantas mendesak kerajaan agar kedua-dua pengetua Melay...

Tahniah Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tahniah Syed Mokhtar Al-Bukhary Antara tokoh korporat yang saya kagumi ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary. Berita terkini berkenaan hasrat beliau untuk membeli UEM Group sangat dialu-alukan. Seharusnya umat Islam di Malaysia mencontohi akhlak dan cara Syed Mokhtar berniaga. Inilah tokoh korporat yang diperlukan pada masa kini. Syabas Syed Mokhtar! KUALA LUMPUR, 5 Okt – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan yang ia sedang meneliti tawaran jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu membeli Kumpulan UEM Berhad, konglomerat yang menguruskan pemegang konsesi lebuh raya PLUS dengan mengambil kira rekod kewangan beliau. Pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, kerajaan telah pun menerima cadangan daripada syarikat Syed Mokhtar, MMC Corp Berhad untuk mengambil alih syarikat tersebut. “Khazanah akan melihat pada semua aspek cadangan,” kata beliau. “Kami juga akan melihat soal situasi apa jua cadangan yang dikemukakan dan rekod latar belakang pembeli,” kata b...

Tunku Abdul Aziz : Hutang Tidak Terbayar

Abdul Aziz 2010 Hutang Tidak Terbayar Saya agak pelik dan sedikit aneh dengan kenyataan Naib Presiden DAP Nasional, Senator Tunku Abdul Aziz berkenaan dakwaannya di dalam Malaysia Today - kononnya UMNO tidak faham perlembagaan. Aziz berhujah bahawa beliau tidak menjumpai satu fasa pun yang tertulis di sisi perlembagaan negara yang menunjukkan bahawa orang Melayu atau bumiputera mempunyai hak untuk mendapat diskaun dalam pembelian hartanah di negara ini. Saya tidak tahu, sama ada beliau seorang yang tersesat akal fikirannya atau pun seorang yang telah diracuni dengan pemikiran komunisme ala-DAP sehingga lupa bahawa perlembagaan Malaysia di dasarkan atas prinsip Kontrak Sosial antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Kontrak Sosial merupakan suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India ) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan oran...