Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

DAP 2011 : Kami Mahu Kuasa Ini!

1. Saya tertarik dengan tulisan Susan Lim dari portal Malaysia-Instinct. Sudah tiba masanya DAP diharamkan di bumi Malaysia ini. Ternyata merekalah yang memulakan segala sentimen kebencian antara kaum di Sarawak. Hari ini, pihak BN/UMNO harus serius memikirkan bagaimanakah cara terbaik untuk terus mentadbir negara ini tanpa "terhegeh-hegeh" mengharap undi daripada kaum Cina. Sudah jelas dan terang, masyarakat Cina sama sekali tidak akan mengundi BN dalam PRU yang akan datang. Baca rencana menarik di bawah : 2. DAP SEOLAH-OLAH tidak kisah bermain dengan api. Dengan keputusan yang menggalakan dalam Pilihanraya Sarawak, parti itu semakin nekad untuk terus memainkan isu perkauman. Sikap chauvinis DAP jelas terserlah di Sarawak apabila merkea dengan bongkaknya menyeru kaum Cina agar memikirkan faktor ‘bangsa’ ketika mengundi. Mereka menyerang kaum lain dan memainkan isu agama yang sensitif tanpa sedikitpun peduli jika ianya mengguris hati warga lain. 3. DA

Kejutan Yang Masih Belum Hilang!

Walau apa pun hujah dan alasan yang diberikan - saya tetap berpendirian bahawa BN telah tewas dari segi moral. Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini. Komitmen masyarakat Cina dalam menyokong DAP sangat menakutkan. Mereka bakal menjadi kuasa penentu dan pendesak yang berpengaruh, sekiranya orang Melayu terus berpecah belah. Di sisi lain pula, sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini. Dan keputusan pilihan raya Sarawak hari ini, sebe

BN Tewas di 13 DUN!

Barisan Nasional dalam keadaan bahaya. Dimaklumkan bahawa BN tewas di semua kawasan tersebut, iaitu : N.2 Tasik Biru, N.5 Demak Laut, N.17 Tarat, N.18 Tebenu, N.19 Kedup, N.31 Layar, N.42 Meluan, N. 50 Dalat, N.52 Tamin, N.53 Kakus, N.57 Belaga, N.58 Jepak dan N.70 Ba'kelalan.

Pilihan Raya Sarawak : BN Mungkin Kecundang!

Khabar angin yang mendakwa bahawa Sarawak bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat bisa dipandang dengan sangat serius - tidak mustahil ia akan berlaku, sekiranya sentimen kebencian terhadap Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus bergelora dan mendapat tempat di hati para pengundi. Beberapa petunjuk sudah menunjukkan bahawa BN tidak mungkin menang besar di Sarawak - mereka bukan membenci BN, tetapi para pengundi membenci Ketua Menterinya, itu sahaja. Seandainya Taib Mahmud boleh membaca kehendak hati nurani rakyatnya, InsyaAllah BN bakal menang besar di Sarawak. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Walaupun SPR cuba menafikan keputusan tidak rasmi yang sudah tersebar meluas di alam maya - namun demikian, keputusan rasmi yang bakal diumumkan kelak pastinya tidak berubah terlalu jauh! Mahu atau pun tidak - BN sudah tewas dari aspek moralnya. Keputusan terkini di Sarawak menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi, manakala BN pula hampir kehilangan 2/3 maj

Mengapa Segalanya Berlaku Setelah Solat Hajat?

Apakah untuk kali ini - Tengku Razaliegh (Ku Li) akan menafikan segala pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin semalam, bahawa terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak? Sebelum ini, tindak-tanduk Ku Li sangat mencurigakan. Bermula dengan serangan bertali-arus beliau ke atas DS Najib berhubung konflik royalti minyak Kelantan yang secara terang-terangan menunjukkan beliau menyebelahi PAS - walaupun semua orang tahu bahawa Kelantan tidak mempunyai hak untuk mendapatkan royalti tersebut (jika tidak, sudah lama mahkamah memberi kemenangan kepada kerajaan Kelantan). Malah, baru-baru ini, Ku Li juga tampil ke hadapan dengan menafikan sekeras-kerasnya tulisan Tun Mahathir di dalam buku "A Doctor in The House" bahawa beliau menggunakan wang untuk menewaskannya dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Saya tidak tahu, apakah Ku Li masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia atau beliau cuba ber

Usaha Terakhir Mufti Perak!

Seluruh umat Islam di Malaysia diseru menyokong sepenuhnya kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani dalam usaha terakhirnya menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Usaha beliau yang tidak pernah kenal erti penat selama ini, harus mendapat sokongan dan dukungan daripada segenap masyarakat Islam - tidak mengira fahaman politik. Saya juga berterus-terang menyokong sepenuhnya perjuangan Harussani dalam memperjuangkan isu ini. Ini adalah jihad yang wajib seluruh umat Islam bersatu. Baca berita di bawah : KUALA LUMPUR, — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah e