October 10, 2016

Saat Bila BERSATU Menjadi Hantu!

Parti BERSATU mungkin kelihatan tidak kuat. Bahkan dipandang sepi oleh banyak pihak. Namun demikian, saya menyakini bahawa BERSATU akan menjadi duri dalam daging UMNO, saat selesai penamaan calon yang berjaya terpilih bagi mewakili UMNO. Dan pada ketika itu, mana-mana pemimpin UMNO Bahagian yang diketepi atau disisihkan daripada menjadi calon YB, saya percaya - BERSATUlah sebagai platform untuk mereka menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan tertinggi parti. Tidak mustahil pada waktu itu berduyun-duyun ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan dalam PRU itu, akan menyerahkan borong keahlian untuk menyertai BERSATU. Inilah cabaran sebenar UMNO dalam PRU yang akan datang! 

May 19, 2016

Kuala Kangsar : PAS Dijangka Tewas, PAN Bertambah Berpengaruh

Mungkin secara zahirnya, PAS kelihatan kuat di Kuala Kangsar namun realitinya mungkin tidak sebegitu. Beberapa sumber menyebut bahawa sekiranya Parti Amanah Negara meletakkan calonnya di Kuala Kangsar, pengaruh PAS akan bertambah lemah. Seperti yang kita sedia maklum, jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara BN, PAN dan PAS - inshaAllah BN akan menang selesa. Namun demikian, lawan sebenar untuk BN di Kuala Kangsar bukanlah PAN atau PAS tetapi para penyokong dan pendukung UMNO yang cenderung kepada Tun Mahathir, itulah cabaran utamanya, bagaimana caranya untuk memastikan mereka tidak melakukan sabotaj atau apa-apa tindakan yang merugikan parti dalam PRK di Kuala Kangsar dan di Sungai Besar - inilah yang patut menjadi pertimbangan asas dalam menggerakkan jentera dan mengembleng kekuatan UMNO di bahagian masing-masing. UMNO tidak boleh menyerang Tun Mahathir dengan kaedah tradisional - ia memerlukan pendekatan yang lebih lunak dan berstrategi. Fikir-fikirkan.

May 15, 2015

1MDB : Apabila Jalan adalah Lautan

1. Belum sampai 6 bulan, 1MDB tiba-tiba menjadi hantu. Sebelum ini, tidak ramai rakyat Malaysia tahu berkaitan syarikat itu, walaupun telah wujud sejak Januari 2009, beberapa bulan sebelum Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

2. Hujung tahu lalu, tiba-tiba sahaja syarikat pembangunan strategik itu menjadi tajuk berita, apabila satu portal yang didaftar di UK - Sarawak Reports (SR) menjadikannya isu. Kemudian, digunakan oleh pembangkang terutama oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli.

3. Pokok pangkal, penyebab syarikat itu menjadi sensasi, apabila terlambat mengemukan laporan kepada bursa malaysia dan isu terlambatnya membayar hutang.

4. Oleh kerana isu disiarkan oleh Sarawak Report dan akhirnya menjadi berita antarabangsa, maka kemudian menjadi tajuk-tajuk utama portal-portal pembangang dan blog-blog pembangkang.

5. Sarawak Report mengetengahkan laporan kerjasama antara syarikat itu dengan PetroSaudi International (PSI), dengan berbagai laporan, seolah-olah berlaku penyelewengan berkaitan kerjasama tersebut.

6. Dengan keluarnya laporan tersebut, pada mulanya Perdana Menteri yang juga penasihat kepada 1MDB menafikan semua laporan Sarawak Reports tersebut.

7. Oleh kerana laporan-laporan Sarawak reports tersebut, selain ditokok tambah oleh pemimpin pembangkang, kemudian, mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, juga memberi kritikan berkaitan syarikat itu, akhirnya isu 1MDB bukan sahaja menjadi toksik malah menjelma sebagai hantu yang menakutkan.

8. Berbagai pendedahan dirungkai, termasuk jumlah hutang terbaru yang berjumlah RM42 bilion, kemudian dibandingkan dengan aset syarikat itu bernilai RM58 bilion.

9. Keadaan yang menyelubungi syarikat itu, apabila timbulnya masalah membayar hutang, sehingga terpaksa meminjam daripada pihak ketiga sejumlah RM2bilion, permintaan suntikan modal daripada kerajaan yang berjumlah RM950 bilion, semata-mata untuk membayar hutang tertangguh sehinga Januari 2015.

10. Ekoran berbagai dakwaan, sehingga menjadikan syarikat itu sebagai hantu yang menakutkan, Perdana Menteri pada awal April meminta Ketua Audit Negara untuk mengaudit syarikat tersebut, dan kemudiannya laporan audit itu diserahkan kepada Jawatan kuasa-kuasa Kira-Kira Dewan Rakyat (PAC). Perdana Menteri juga menyatakan, jika sebarang salah laku berlaku, kerajaan tidak akan melindungi siapa-siapa.

11. Walaupun arahan mengaudit syarikat tersebut telah diberikan, namun rakyat Malaysia, tidak sabar-sabar menunggunya, malahan dimarakkan oleh desakan Tun Dr Mahathir yang bertali arus, agar dengan segera Perdana Menteri menjawab semua persoalan yang ditimbulkan.

12. Oleh kerana, desakan dan syarikat itu telah menjadi hantu yang menakutkan, sehingga memberi impak kepada perekonomian negara, malah ada yang mendakwa kemelut syarikat tersebut penyebab kepada jatuhnya nilai ringgit.

13. Cuba kita perhatikan, permulaan kepada penyebab 1MDB menjelma sebagai hantu, apabila Sarawak Reports membuat laporan yang membabitkan PSI dan 1MDB, kononnya sejumlah wang yang disalurkan kepada PSI oleh 1MDB sebagai obligasi kepada kerjasama, kononnya dialihkan kepada satu akaun yang dikawal oleh jutawan kontraversi Jho Low.

14. Cuba perhatikan tiga isu utama yang menjadi kemelut kepada 1MDB. Pertama- USD700juta yang kononnya dirompak Jho Low, kedua- Jho Low merupakan pemain dibelakang layar urusniga PSI dan 1MDB dan ketiga- 1MDB berbohong berkaitan wang yang disimpan di sebuah akaun di Singapura.

15. Sebelum membuat apa-apa kesimpulan atau anggapan buruk berkaitan 1MDB, elok kita melihat atau memeriksa, dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak reports (di mana menurut portal tersebut, beribu-ribu lagi dokumen dalam simpanan portal), walaupun portal itu tidak pernah memberitahu sumber-sumber kepada dokumen-dokumen tersebut dan bagaimana dokumen-dokumen tersebut diperolehi. Sarawak Reports dikuasai oleh Rewcastle-Brown.

16. Bertolak belakang kepada laporan Sarawak reports tersebut, PSI telah membuat laporan kepada London police Action Fraud Unit at the National Fraud and Cyber Crime Reporting Centre kerana mendakwa server syarikat itu diceroboh.

17. Dakwaan PSI, bahawa server syarikat itu diceroboh, seolah-olah benar, apabila meneliti dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Reports (SR) seolah-olah berasal daripada PSI, atas sebab dokumen-dokumen tersebut merupakan dokumen asli. Oleh kerana urusniaga antara PSI dan 1MDB sungguh rumit, tidak perlulah mengetahui lebih detail berkaitan urusniaga itu, apa yang mustahak, adalah isu utama, iaitu, wang USD700juta, apakah benar wang tersebut dimasukkan ke akaun Jho Low di Swiss?

18. Mari periksa urusniaga antara PSI dan 1MDB. Mengikut TOA (Terma Perjanjian) 1MDB perlu menyalurkan dana tunai USD1bilion1. 1MDB menyalurkan tunai USD 700 juta kepada PSI, namun menurut SR, wang tersebut disalurkan akaun syarikat Good Star yang dikawal Jho Low. Bukti yang digunakan, sekali lagi SR satu surat kononnya daripada CEO PSI-Tarek Obaid. yang meminta agar wang tunai tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd Zurich, Switzerland.

19. Menurut SR akaun tersebut bukan milik PSI, akan tetapi Good Star Ltd. Untuk membuktikan bahawa akaun tersebut kepunyaan Good Star, SR menyertakan tiga bukti- pertama email daripada Patrick Mahony kepada Tarek Obaid, dimana menurut surat tersebut, akaun tersebut kepunyaan Good Star Ltd.

Bukti kedua yang disertakan oleh SR bahawa Good Star Ltd beralamat PO Box 1239, Offshore Investment Centre, Mahe, Seychelles, di mana Seet Li Lun ada CIO, dan merupakan orang kanan Jho Low.

Bukti ketiga- SR mengepilkan email kononya berasal daripada CEO 1MDB Sharol Halmi yang telah mengarahkan pegawai Deutsche Bank Malaysia untuk menyalurkan dana tersebut kepada akaun yang dimaksudkan dengan alamat yang sama seperti bukti kedua.

20. Dengan merangkai tiga bukti tersebut, SR mendakwa Jho low menggunakan Good star Ltd untuk memesong USD700juta urusniaga 1MDB-PSI.

Analisis bukti #1- Bukti yang disertakan SR, seolah-olah asal atau asli, kerana ianya dicetak pada "letterhead" PSI yang ada tandatangan Tarek Obaid, di mana isi surat, tarikh, alamat dan tandatangan serupa salian asli. Dalam surat itu juga, dinyatakan wang USD700 dibayar kepada PSI dengan akaun, alamat yang sama dengan Good Star Ltd. Persoalnya, syarikat mana pemilik akaun tersebut? kerana mempunyai nombor yang sama, alamat yang sama dan bank yang sama.TIDAK mungkin, dua syarikat mempunyai akaun yang sama!!!.

Mari lihat, bagaimana SR menghubungkan akaun tersebut kepada Good Star Ltd. Amati bukti ke-2, Email Patrick Mahony kepada Tarek Obaid, di mana nombor akaun tersebut seolah-olah kepunyaan Good Star Ltd, akan tetapi email tersebut macam dipalsukan, kerana ianya seperti ditaip semula semacam berbentuk memo, selain "font" abjad yang berbeza, format juga berbeza,. selain tarikh. Email tersebut sangat mencurigakan. 

Bukti ke-3, semacam ditaip semula dimana alamat dan nombor akaun seolah kepunyaan Good Star Ltd.

Bukti ke-4 seolah-olah Sharol Halmi mengarahkan Deutsche Bank juga mencurigakan. Email tersebut mencurigakan, dan besar kemungkinan berlaku rekayasa dan pemalsuan. Dalam email tersebut tidak menunjukkan masa (GMT-4) yang menunjukkan Time Zone bahagian Timur Amerika yang juga termasuk wilayah timur caribbean (lokasi kewangan pesisir pantai). Email itu tersebut, berformat seperti berasal daripada format handphone blackBerry, dan berbeza dengan sekian banyak email yang biasa dilapor oleh SR. yang ada kaitan dengan Sharol.

21. Memandangkan beribu pejabat di Kuala Lumpur, janggal bagi CEO 1MDB menggunakan time zone pantai timur Amerika termasuk kepulauan Caribbean? Untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku, didapati alamat yang digunakan pada email yang dikepilkan SR, iatu POBOX 1239, Offshore investment Centre, Mahe, Seychelles " ialah alamat sebenar PSI. kerana dicetak dikaki "letterhead" PSI, di sini lah boleh disimpulkan bahawa SR menipu, kerana hanya menyertakan letterhead PSI, tanpa catatan kaki (catatan kaki dipadam). Letterhead PSI dengan mudah dibuktikan melalui surat-surat yang dikeluarkan syarikat itu pada tahun 2010 semasa membeli saham UBG dan hingga kini boleh diperolehi melalui sesawang internet.

22. Apa yang menarik tidak berlakunya perpindahan USD700juta daripada akaun JV antara 1MDB dan PSI ke akaun Good Star Ltd. Apa yang berlaku adalah tindakan menipu yang sistematik untuk memburukan 1MDB. Apa kah Jho Low adalah dalang dibelakang JV PSI-1MDB? menurut SR, Jho Low adalah dalang utama. Menurut SR, orang kanan Jho Low Seet Li Lin adalah orang yang mengatur semua perancangan dalam PSI, tanpa pengetahuan 1MDB. Menurut SR, 1MDB hanya terlibat, apabila semua urusniaga selesai, dan 1MDB hanya diminta tandatangan pada perjanjian. Untuk membukti itu, SR mengemukan berbagai bukti email yang membabitkan Seet, Jho Low, Sharol dan Patrick Mahony.

23. Apabila meneliti semua email kononya daripada Jho low dan Seet yang mengguankan akaun gmail, amat meragukan, kerana tidak masuk akal menjalankan transaksi ratusan juta menggunakan email yang tidak selamat (insecure gmail accounts), kerana semua email itu menggunakan perkhidmatan telepon bimbit blackBerry. Adalah tidak masuk akal seorang billioner menggunakan BB dengan email yang mudah dipintas seperti gmail. Juga, time zone yang tertera pada email yang dikepilkan SR menunjukkan timezone yang berbeza, iaitu GMT+2 dan GMT+0, dimana email tersebut dihantar di kawasan Eropa, perbezaan timezone ini juga menimbulkan tanda tanya besar.

24. Sebagai tambahan email-email tersebut dihantar menggunakan T-Mobile, sedangkan hanya tahun 2009 perkhidmatan tersebut beroperasi di UK, German, Amerika dan beberapa negara Eropa, manakala perkhidmatan tersebut belum beroperasi di Asia. Oleh kerana Jho low dan Seet beroperasi di Hongkong, adalah mustahil mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.

25. Didapati juga berlakunya penipuan, apabila Patrick menghantar email kepada dirinya. 

26. Berasas kepada analisa, adalah didapati email-email yang kononnya daripada PSI, sebenarnya direkayasa dan dipalsukan.

27. Benarkah 1MDB menipu berkaitan akaun di Singapura? . Menurut SR, 1MDB mengemukakan penyata akaun palsu pada sebuah bank di singapura-BSI Bank Ltd Singapore dan kononya satu laporan diberikan oleh bank tersebut ke pihak berkuasa Singapura. Dakwaan ini, sebenarnya tidak masuk akal, kerana sebagai bank niaga, BSI sangat ketat berhubungan dengan profile pelanggannya.

28. BSI merupakan private bank dan salah satu keistimewaannya adalah kerahsian. Tidak mungkin, sebuah bank seperti BSI dengan mudah mengemukan penyata akaun pelanggannya, tanpa perintah mahkamah, lagi pun pihak Malaysia tiada locus standi untuk meminta bank tersebut mengeluarkan penyata akaun, walaupun pelanggannya adalah syarikat Malaysia. Berasaskan kepada keadaan ini, dakwaan SR tersebut, sebenarnya hanya dakwaan dan tidak berasas.

29. Adalah jelas, keseluruhan laporan SR berkaitan 1MDB, sebenarnya satu rekayasa yang tersusun untuk menjadikan 1MDB sebagai HANTU, khususnya kepada Perdana Menteri- DS Najib Tun Razak.

30. Sungguh malang, ada rakyat Malaysia termasuk Tun Dr Mahathir termakan pemalsuan yang sistematik yang dilakukan SR. Sungguh pelik, bagaimana Tun boleh percaya SR, sedangkan sebelum ini, beliau mengutuk protal itu sebagai portal sampah.

May 12, 2015

Siapa Pula Mangsa Rafizi Selepas Ini?

Pada hemat saya, selepas ini, sama ada 1MDB bebas daripada sebarang penyelewengan atau sebaliknya, itu sama sekali tidak lagi penting - kerana kehancuran sudah pun terjadi. Seperti yang dijangka, selepas 1MDB, Rafizi akan terus membuat siri serangannya, sehinggalah PRU yang akan datang. Selepas ini mangsa beliau adalah seperti PNB, Felda, Syed Mohtar al-Bukhary, KWSP, dan banyak lagi institusi kepunyaan Melayu-Islam. So, sampai bila kerajaan hanya sanggup bertahan semata-mata? Please la..buatlah serangan..londehkan kepincangan pemimpin-pemimpin PR..Jom Baca : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-dakwa-pnb-pula-terlibat-pinjam-wang-kepada-1mdb


May 11, 2015

Giliran Mahathir Pula untuk Menjawab

Satu ketika dulu bila ditanya tentang IPP , kita sebagai penyokong kerajaan yang memerintah terkial-kial memikirkan rasional keputusan yang dibuat semasa pemerintahan PM sebelumnya . Menteri yang menjawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang pun terkial-kial . Jawapan yang diberikan seolah-olah memperbodohkan diri sendiri atas sesuatu keputusan berat sebelah yang dibuat lama dahulu. Semua sedia maklum keuntungan yang diperoleh oleh IPP bukan sikit tapi cukup banyak, daripada keputusan yang dibuat itu hanya 4 individu yang juga antara orang terkaya di Malaysia ketika ini memperoleh keuntungan besar . 1 orang Melayu, 1 orang India dan 2 orang Cina.  Berikut ialah kenyataan yang dibuat oleh Menteri pada 2011 .  Berita penuh http://www.malaysiakini.com/news/165116


IPP dijadikan 'modal tetap' pembangkang untuk menghentam kerajaan secara berterusan walaupun orang yang bertanggungjawab memulakan idea IPP sudah tak lagi berada dalam perkhidmatan. Maka terkial-kial lah mereka (pemimpin sekarang) yang mewarisi idea IPP ini berhadapan dengan kritikan-kritikan pembangkang. Antaranya kita tahu Rafizi cukup gemar menggunakan modal IPP ini untuk menyerang pimpinan kerajaan . Antara dakwaan Rafizi ialah Petronas terpaksa tanggung RM21 billion kerugian setiap tahun dari perjanjian IPP. 
Oleh yang demikian, perlu ada mekanisme untuk membersihkan 'sial' IPP supaya tidak terus dijadikan bahan untuk serang UMNO/BN secara berterusan. TNB selama ini terpaksa membeli elektrik dari IPP ini pada harga yang agak tinggi, sehingga memaksa tarif elektrik dinaikkan. Bila tarif elektrik naik isu IPP akan ditimbulkan lagi dan semua jari akan menunding kepada kerajaan yang memerintah. Pembuat dasar sebelum ini pula tak perlu sakit kepala menjawab dan sibuk mencari silap orang lain.  Dalam satu sidang media, si Rafizi berkata
“Jadi saya rasa lebih baik jika TNB berunding dengan IPP supaya kadar itu dapat dikurangkan daripada menaikkan tarif elektrik sedia ada yang membebankan pengguna,”

Secara tak langsung menunjukkan sekiranya IPP itu dimiliki oleh entiti kerajaan, kenaikan tarif elektrik boleh dikawal. Seperti yang telah kita semua sedia maklum sekarang kebanyakkan IPP yang ada sekarang telah diambil alih oleh 1MDB menjadikan syarikat itu sebagai IPP yang kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff. Apabila kesemua IPP di negara ini dimiliki syarikat berkaitan kerajaan maka adalah lebih mudah untuk mengawal kenaikan tarif elektrik dan secara tidak langsung juga RM21 billion setahun kerugian yang ditanggung Petronas dapat diselamatkan .


Bayangkan setahun RM21 billion , 2 tahun RM 42 billion ? tiga tahun ?? berapa tahun dah IPP beroperasi ? Dah berapa puluh billion 'hangus' kepada IPP ? Dan sekarang orang yang menyebabkan IPP dimulakan ini bertanya kemana wang 1MDB pergi ?

December 15, 2014

Kita - Umat Melayu-Islam Memang Dalam Kehancuran

Nampaknya, DAP semakin berkuasa dan telah berjaya menjadikan PAS langsung tidak berguna. Ulama-ulama besar PAS sudah menjadi seperti budak suruhan yang tidak mempunyai apa-apa erti dalam perjuangan Pakatan Rakyat selama ini. Tahniah PAS, tahniah semua. (Baca di sini).

November 5, 2014

Syabas Puteri UMNO!

Tahniah Puteri UMNO, sikap sebeginilah yang kita harap-harapkan. Semoga selepas ini akan ada kerjasama dan bibit-bibit ukhwah antara UMNO dengan PAS demi kesejahteraan Islam dan negara. Baca laporan berita di sini..(Klik).

October 27, 2014

Peringatan Daripada Penggerak MalaysiaKini

Berikut ialah tulisan Fathi Aris Omar di dinding Facebook peribadinya:

Kepada pengkagum, pemuja dan peminat Anwar Ibrahim (dan semua pemimpin seangkatannya); juga penyokong Pakatan Rakyat:

“In a world that’s changing really quickly, the only strategy that is guaranteed to fail is not taking risks.” — Mark Zuckerberg

Semua harus akur bahawa tiada guna bergayut pada sentimentaliti tokoh bernama Anwar.

Seperti pemain ‘superstar’, jika sudah sakit atau tidak lagi berkesan, pemain harus direhatkan di bangku simpanan.

Mungkin kita fikir masih lagi remaja atau mentah. Namun jika ibu bapa kita pergi, kita harus belajar hidup sendiri – cari rezeki dan rumah sendiri.

Kita harus ambil risiko meninggalkan Anwar dan semua seangkatan dengannya, dalam Pakatan atau di luar Pakatan.

Lagi cepat kita berfikir untuk mengambil risiko bergerak tanpa Anwar (dan generasi seangkatannya), lebih baik untuk masa depan reformasi bangsa ini.

Umar juga tidak dapat menerima kematian Rasulullah. Hanya Abu Bakar yang rasional dan strategik.

Pilihlah – nak jadi Umar atau Abu Bakar? Nak jadi budak-budak selamanya atau bebas daripada ikatan ibu bapa? Mahu dengar nasihat pengasas Facebook atau tidak?

(ii)

Kalau saya, ambil risiko lebih baik. Sama ada saya terpaksa merempat di sini; namun saya tidak akan kembali tinggal di rumah pusaka atau menziarahi pusaranya dengan linangan air mata.

Saya memang tidak bersentimental dengan gerakan atau tokoh politik.

Saya dekati, saya minati, saya ceburi, saya perjuangkan dan saya tulis apa yang saya fikir tanpa perlu bersentimental.

Sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, pesan ini kekal relevan. Soalnya, bukan Anwar bersalah atau tidak; soalnya, suatu hari nanti Anwar akan pergi dengan cita-cita dan angan-angannya.

Saya harap pesan saya ini berguna kepada semua pengkagum Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat.

Saya tiada dendam pada sesiapa seperti saya kagum pada (almarhum) Fadzil Noor. Tapi saya tiada sentimen dan sanggup berdepan dengan karenah PAS tanpa kepemimpinan Fadzil. Seperti berdepan karenah hidup sendiri tanpa usapan manja ibu.

Kita harus keluar daripada bayang-bayang Anwar (dan mereka seangkatannya). Jika tidak esok; lusa pastilah sudah.

(iii)

Dalam Quran, pesan seumpama ini disampaikan kepada Muhammad dan pengikutnya melalui surah “An Nasr”. Surah ini meramalkan kemenangan merampas Makkah. Dan, sekali gus, membawa isyarat Nubuwwah tidak lama lagi akan berakhir.

Saya bukan menyampaikan wahyu. Saya tidak mampu meramalkan kemenangan. Saya hanya memberi pesan akan tiba sudah isyarat pertukaran generasi perjuangan reformasi.

Saya tidak maksudkan Anwar seorang sahaja. Saya maksudkan “Anwar dan angkatannya”, di dalam dan luar Pakatan.

Kalaulah anda mahu memahaminya.

September 30, 2014

Sedikit Pengetahuan tentang Perang di Yaman

Oleh ZIN MAHMUD

Ada dua peperangan sedang berlaku di Yaman. Pertama perang antara Sunnah wal Jamaah dan Syiah. Kedua, perang antara pengganas dan tentera. Di antara Sunnah dan Syiah, maka pihak kerajaan adalah yang Sunnah. Sementara Syiah merupakan golongan pemberontak. Di kalangan pengganas dan tentera pula, kedua-duanya adalah Sunnah. Di pihak pengganas, mereka adalah mujahidin yang menentang kerajaan yang menjadi sekutu Amerika Syarikat. Sementara di pihak kerajaan pula, mereka melihat pengganas itu sebagai mengancam keselamatan negara dan rakyat. 

Tetapi Yaman mempunyai sejarah konflik yang panjang. Dalam sejarah silam, Yaman pula terkenal sebagai negara bertamadun purba yang pernah menjadi wilayah Habsyah semasa zaman sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w. Kemudian di situ jugalah muncul raja terkenal, Abrahah yang menyerang Mekah dan kisahnya diabadikan sebagai pihak yang dimusnahkan oleh burung ababil. Dalam sejarah Islam, Yaman diperintah oleh kerajaan Syiah. Mereka berpegang kepada fahaman mazhab Syiah Zaidiah. Iaitu mazhab Syiah yang paling hampir dengan Sunnah wal Jamaah. 

Pegangan mereka berbeza daripada Syiah yag ada di Iran. Maka sehingga hari ini, terdapat banyak penganut Syiah di bahagian selatan. Di akhir pemerintahan Islam pula, Yaman adalah sebahagian daripada pemerintahan khilafah Uthmaniah. Tetapi selepas kejatuhan Uthmaniah, di sebelah utara menjadi bebas dan dikenali sebagai Yaman Utara dengan ibu negara Sanaa. Sementara di sebelah selatan dikenali sebagai Yaman Selatan dengan kota pelabuhan Aden terletak di dalam penjajahan Britain. Dalam keadaan begini, Yaman Utara lebih konservatif, sementara Yaman Selatan oleh kerana di bawah penjajahan Britain serta mempunyai pelabuhan adalah lebih terbuka dan dipengaruhi oleh idea-idea Barat khususnya fahaman nasionalisme kiri dan sosialisme. Maka tidak hairanlah di sebelah selatan, muncul pergerakan kebangsaan yang berupa pengangkatan senjata menentang penjajahan Britain.

Maka ketika dunia melalui proses pembebasan tanah jajahan, muncul dua Yaman yang berlainan fahaman, malah berperang di antara satu sama lain. Yaman Utara merupakan kerajaan Yaman yang pro-Amerika Syarikat dan bersekutu dengan Arab Saudi. Sementara Yaman Selatan menjadi Republik Demokratik Rakyat Yaman, sebuah negara sosialis, malah boleh dikatakan komunis. Ia bersekutu dengan Mesir pimpinan Presiden Gamal Nasser dan pada satu masa bergabung dengan negara itu serta Syria untuk menjadi Republik Arab Bersatu (UAR), suatu gagasan yang gagal. Tetapi kejatuhan Kesatuan Soviet dan pergerakan komunis keseluruhannya membawa perubahan mendadak kepada Yaman. Kerajaan kiri Yaman Selatan tumbang dan ia digantikan dengan pemerintahan biasa, bermaksud tidaklah bersifat kiri dan pro-komunis.

Dengan kejatuhan kerajaan kiri Yaman Selatan, negara itu menurut jejak langkah Jerman. Jerman yang berpecah kepada Jerman barat dan Jerman Timur telah bersatu. Maka begitulah dengan Yaman. Yaman Utara disatukan dengan Yaman Selatan untuk menjadi satu Yaman, dengan Sanaa di utara sebagai ibu negara. Bermaknanya kuasa berada di tangan bahagian utara. Apabila kuasa berada di sebelah utara, ia bermakna bahawa pihak yang mendominasi ialah di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bukannya Syiah. Bermakna juga golongan konservatif lebih berpengaruh daripada golongan radikal. Perbezaan ini jugalah akhirnya menghasilkan jurang yang mencetuskan dua peperangan, iaitu antara pihak Sunnah dan Syiah, dan golongan konservatif dan radikal. Tetapi pertembungan antara konservatif dan radikal pula menghasilkan satu aliran yang pemikirannya ultra-konservatif tetapi tindakannya ultra-radikal hingga terkelauar daripada nilai-nilai kemanusiaan. DI sinilah muncul golongan yang bersekutu dengan pergerakan pengganas bunuh diri yang menjadi musuh Amerika Syarikat, iaitu Al-Qaeda. 

Timbul persoalaan mengapakah Yaman muncul sebagai negara yang menjadi pangkalan baru bagi Al-Qaeda selepas Afghanistan? Mudah untuk melihat bahawa Al-Qaeda menjadikan Yaman sebagai pangkalan dari sudut bahawa pemimpinnya Osama bin Laden berasal usul dari negara itu. Tetapi tentunya bukan irtu menjadi penyebab utama. Perlu diingat bahawa pangkalan awal bagi Osama adalah di Sudan. Dia tidak memilih Yaman walaupun tentunya dia mempunyai banyak rangkaian sanak saudara di situ. Mungkin kerana keadaan kerajaan Sanaa dan Khartoum yang berbeza hingga mendorong Osama untuk berada di Sudan dan bukannya Yaman. Setelah ditolak daripada Sudan, barulah Osama berpindah ke Afghanistan dengan mendapat ruang daripada Taliban yang memerintah. Tetapi apabila digempur, tentunya Al-Qaeda perlu mencari tempat lain walaupun ia mempunyai sekutu di Pakistan. Dari segi tempat yang sedang kacau dan boleh dijadikan pangkalan baru Al-Qaeda ialah di Iraq dan Somalia. 

Namun begitu ternyata kedua-dua tempat ini tidak pula muncul sebagai pangkalan baru. Mungkin di Ieaq kehadiran tentera Amerika menyukarkan kehadiran mereka. Sementara Somalia yang mempunyai penduduk yang berminda merdeka mungkin tidak memberi ruang kepada pengganas ini. Justeru apabila disedari bahawa Yaman muncul sebagai tempat baru kumpulan ini, maka ia menimbulkan tanda tanya. Tetapi apa yang Amerika Syarikat mahu lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras Al-Qaeda di Yaman. Kalau di Iraq, mereka mempunyai kedudukan untuk melakukannya. Begitu juga di Pakistan dan Afghanistan. Tetapi Amerika belum begitu menguruskan kehadirannya di Yaman. Maka itulah yang sedang dilakukan dan menjadi medan peperangan bagi kuasa besar itu.

September 29, 2014

Sindiran Pedas Presiden Gerakan kepada Anwar

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana akhirnya cita-cita beliau untuk menyingkirkan pemimpin selepas berpuluh-puluh tahun mencuba akhirnya berjaya dengan tergulingnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, adalah sesuatu yang amat malang bagi Abdul Khalid kerana memiliki ketua seperti Anwar walaupun khidmatnya sebagai bekas Menteri Besar Selangor diperakui cemerlang tetapi semua itu langsung tidak dipandang Ketua Pembangkang tersebut disebabkan keghairahannya mahu menjatuhkan pemimpin. "Anwar memang tabiatnya suka menjatuhkan pemimpin. Beliau cuba menjatuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berjaya, kemudian Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pula menjadi sasaran pun tidak berjaya tetapi nafsunya tidak pernah padam apabila cuba pula menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. "Bagaimanapun saya harus mengucapkan tahniah kepada Anwar kerana hasil usaha tanpa mengenal erti jemu untuk menjatuhkan pemimpin akhirnya beliau berjaya, tetapi mangsanya ialah Abdul Khalid sendiri," katanya sinis sewaktu berucap merasmikan Persidangan Gerakan Selangor di sini hari ini.

Saat Bila BERSATU Menjadi Hantu!

Parti BERSATU mungkin kelihatan tidak kuat. Bahkan dipandang sepi oleh banyak pihak. Namun demikian, saya menyakini bahawa BERSATU akan men...