Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Kedua "Memperkasakan Bahasa dan Bangsa" Oleh Muhammad Azli Shukri Wawancara bersama Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun. Merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Wawancara ini sudah disiarkan di dalam Majalah Pelita Bahasa edisi Disember 2008. Pandangan Datuk tentang bahasa Inggeris? Kita harus faham, bahawa hanya melalui bahasa sahaja, kita mampu menguasai ilmu. Dan orang yang menguasai ilmu sahaja yang akan berjaya. Asalnya, bahasa Greek digunakan sebagai bahasa yang menghimpunkan segala macam ilmu falsafah, kemudian berpindah ke bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan kemudiannya berpindah ke Eropah, dan sekarang, bahasa Inggerís menjadi bahasa ilmu pengetahuan, kita harus terima hakikat tersebut. Dunia semakin mencabar, mana-mana bangsa yang tidak menguasai bahasa Inggerís akan ketinggalan. Usaha menterjemah agak terbatas, manakala perkembang ilmu semakin pantas, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Mahu atau ti
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a
Realiti Baru Kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu pada sesetengah tanggapan masyarakat merupakan suatu yang mengejutkan. Tidak kurang pula yang sudah meramal akan keputusan tersebut. Bagi saya pula, saya mengandaikan kekuatan UMNO dan PAS di Kuala Terengganu adalah 50-50. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Namun demikian, keputusan yang mengecewakan itu – harus diterima dengan hati yang terbuka. Sekurang-kurangnya, seluruh ahli UMNO harus menimbangkan semula kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak ini dengan sangat teliti, “Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja. Dari kaca mata rakyat di peringkat akar umbi, mereka menilai UMNO berdasarkan interaksi dengan pemimpin.” Kata-kata ini juga disambut oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan menyatakan bahawa UMNO memerlukan perubahan radikal. Namun demikian, soalan yang harus segera dijawab ialah, apakah ya
Tahniah Dr. Firdaus! Saya difahamkan bahawa Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerima surat lantikan sebagai Senator. Ucapan tahniah harus saya sampaikan kepada beliau sebagai satu penghormatan daripada seorang anak didik serta seorang yang pernah bekerja dengan beliau di DBP. Saya rapat dan baik dengan Dr. Firdaus sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (Hal Ehwal Pelajar). Pernah dijemput untuk berdikusi berkaitan hal-hal politik semasa bersama dengan beliau dan Mantan Ketua Pengarah DBP Datuk Aziz Deraman di Dewan Kuliyyah Pusat Sains Sukan, Universiti Malaya sekitar tahun 2000/01 (jika tidak silap penulis). Saya juga pernah mengkritik pandangan beliau dalam majlis tersebut, sedangkan penulis pada ketika itu baru sahaja berusia 21 tahun. Namun demikian, sikap Dr. Firdaus sangat saya puji dan sanjung. Beliau sangat mudah menerima kritikan dan pandangan daripada generasi muda. Lantaran itu, tidak
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan
Dunia Tidak Rata Beberapa minggu belakangan ini saya agak kurang menganalisis isu-isu politik, hal ini bukanlah disengajakan, tetapi kesibukan melayan rakan-rakan yang datang dari jauh serta pelbagai latar belakang - membuatkan saya tiada masa untuk melakukan analisis ringkas berkenaan isu Palestin dan Pilihan Raya di Kuala Terengganu. Namun demikian, saya berikan sedikit pandangan saya berkenaan isu-isu berkenaan. 1. Debat antara Khairy Jamaluddin dengan Husam di Kelantan beberapa minggu yang lalu - bolehlah saya analisiskan seperti berikut. Saya sudah menonton VCD lengkapnya, namun saya menjadi agak kecewa. Pertama, terbukti KJ tewas dalam perdebatan tersebut - sehingga menunjukkan betapa Husam sangat bijak "mengenakan" KJ, antaranya yang saya masih ingat ialah, jika benar KJ menyokong beliau sebagai calaon Presiden PAS, maka eloklah terlebih dahulu KJ masuk PAS. Itu sindiran yang tajam untuk KJ. Malah, cara Husam yang sederhana amat berkesan dan berjaya dalam usaha memata
Mengapa Kita Takut? Saya mendapat beberapa panggilan yang menunjukkan rasa kurang senang dengan pendedahan yang saya lakukan. Kononnya kisah Hikayat Dewan Ekonomi akan mendedahkan banyak perkara dan kepincangan di Bahagian M yang tidak diketahui umum. Malah, tidak kurang juga ada yang menuduh saya seorang yang pendendam. Sudah saya jelaskan sebelum ini, bahawa kepada mereka yang tidak suka membaca blog saya, maka tutup sahaja. Tidak perlu susah-susah ingin membaca kisah yang saya tulis ini. Golongan ini bertanyakan kepada saya, apa yang saya mahukan sebenarnya dengan mendedahkan hal yang sebenar? saya jawab mudah. Saya mahu orang yang bertanggungjawab atas penganiayaan saya serta bersengkongkol dengan mereka tampil ke hadapan dan meminta maaf secara terbuka . Isu yang terjadi kepada saya merupakan isu kecil, jika tiada batu api yang sanggup mencetak blog saya untuk dihantarkan kepada pihak pengurusan - agar saya disingkirkan, maka hal ini tidak akan berlaku. Semua orang tidak dapat me
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Dua : Lombong Emas En. Ferderhof 1. Saya agak sedikit kecewa, tidak banyak. Tetapi kecewa. Begitu banyak respons yang saya terima ekoran tersiarnya Hikayat Dewan Ekonomi di blog saya baru-baru ini. Baik respons positif mahupun respon negatif. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. 2. Rupa-rupanya hikayat tersebut telah menyebabkan sesetengah orang “melompat” dan terasa dengan apa-apa yang pernah mereka ucapkan kepada saya. Malah, ada sesetengah pihak yang tidak mahu mengaku dengan apa-apa yang telah mereka katakan kepada saya pada suatu ketika dahulu. 3. Namun demikian, itulah adalah sikap manusia – dan lumrah manusia untuk menjaga “periuk nasi” mereka sendiri. Dan saya sama sekali tidak akan mempedulikan semua itu, kerana kebenaran perlu didedahkan. Tidak kurang juga yang mahu agar hikayat ini tidak diteruskan lagi, kerana kononnya ia hanya membuka pekung dan keburukan organisasi kita sendiri, khususnya tentang apa-apa y
Belajar daripada Mokhzani "Jangan Banyak Berhutang." Oleh Muhammad Azli Shukri (Wawancara ini telah disiarkan di dalam Majalah Dewan Ekonomi edisi Januari 2008) Boleh kah Dato’ terangkan secara ringkas sejarah penubuhan Kencana Petroleum? Kencana Petroleum bertapak sejak 25 tahun yang lalu. Encik Chong Hin Loon merupakan individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan syarikat ini. Sewaktu itu , Kencana Petroleum dikenal sebagai Syarikat HL Engineering yang menawarkan perkhidmatan pembuatan. Sekitar tahun 2001, Hin Loon mula mengorak langkah dengan membeli tanah di Pelabuhan Industri di Lumut, Perak yang bertujuan memajukan dan mengembangkan perniagaannya. Ketika itu, perniagaan yang saya terajui mengalami masalah dan selaku pemegang saham utama syarikat, saya menjual semua saham di Tongkah Holdings dan Pantai Medicare Centre. Keadaan yang berlaku telah merunsingkan fikiran saya. Saya berusaha memikirkan jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan da