Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Tahniah Tuan Presiden!

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu. Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA. “Kami mahu kerajaan mengadakan perundingan dengan Cuepacs, kami mahu sistem ini dikaji semula... kalau boleh, tangguh melaksanakan SBPA, ada orang kata naik gaji 1 Januari, tetapi mana yang penting, naik gaji 1 Januari atau mendapatkan maklumat betul dan tepat, faedah yang baik. “Kenaikan gaji 1 Januari boleh dian

SBPA : Dunia Penerbitan Ilmiah Malaysia Bakal Hadapi Krisis

Dalam keghairahan Perdana Menteri memperkenalkan misi transformasi dalam sektor awam bagi menjenamakan semula imej UMNO dan kerajaan - seharusnya ia akan lebih membawa seribu rahmat kepada penjawat awam dan bukan mengundang kekeliruan yang bisa sahaja dijadikan senjata maut Pakatan Rakyat untuk terus menghasut mereka agar membenci kerajaan. Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan baru-baru ini sudah mula mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, bahkan ada yang merasakan bahawa SBPA lebih bersifat paksaan daripada mengemukakan satu dokumen tawaran. Beberapa transformasi yang terkandung dalam SBPA sama sekali tidak mencermini hasrat dan laungan sebenar pihak kerajaan yang diuar-uarkan di media massa. Sebagai satu contoh yang sangat klasik - semalam Datuk Seri Najib mengumumkan dana sejumlah RM5 juta bagi merancakkan penerbitan buku karya asli di negara ini melalui Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kata lain - maksud tersiratnya adalah un

Tahniah Datuk Baha Zain!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tokoh penyair, penulis dan pemikir sastera negara, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena). Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan jubli emas Pena yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, hari ini. Selain watikah penghargaan dan hadiah iringan, Baharuddin turut menerima sepersalinan baju Melayu dan wang tunai berjumlah RM5,000. Pada majlis sama, Najib turut melancarkan tiga buku baru terbitan Pena yang berjudul Takah Lima Puluh: Antologi Puisi Sempena 50 Tahun Pena; Antologi Karya Sasterawan 2011 dan Perjuangan Pen

Sebaik-Baik Sultan

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menjelaskan baginda telah meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri bersetuju dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang diluluskan Julai lalu, bagi memastikan pentadbiran agama Islam dapat diurus dengan baik. Sehubungan itu titah Sultan Selangor, selaku ketua agama Islam di negeri itu, baginda bertanggungjawab memastikan pentadbiran agama Islam dalam berjalan dengan lancar dan berkesan. “Oleh yang demikian, saya menitahkan semua Ahli Yang Berhormat supaya bersetuju dengan semua cadangan pindaan yang dikemukakan dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut supaya semua cadangan pindaan dapat dilaksanakan segera,” kata baginda dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini. Titah Sultan Selangor, bukan baginda tidak beri rang undang-undang berkenaan dibahaskan, tetapi isu pindaan berkenaan telah lama diluluskan iaitu pa

LIVE !!! PROSES GERHANA BULAN !!!

Yang Sudah Isytihar Tarik Diri..Eloklah Tarik Diri Sahaja

GOMBAK, 10 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta semua wakil rakyat yang mengisytiharkan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang bercakap secara ikhlas sebelum membuat sebarang kenyataan akhbar. Katanya, tindakan menarik balik kenyataan tidak mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 amat memalukan. “Saya berharap sebelum seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu membuat kenyataan mereka hendaklah berfikir secara mendalam,” katanya selepas sidang akhbar ketika mengulas tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri BN Perak yang menarik balik kenyataannya ketika beliau ditemui di Universiti Islam Antarabangsa di sini pagi ini selepas seminar “Najib Razak’s Thinking From the Youth’s Perspective”. Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar telah mengisytiharkan tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13 setelah menjadi wakil ra

Apa Kata Tun?

Ceramah menarik Tun Mahathir. Mari kita berkongsi ilmu dan kesedaran.

Pengajaran Daripada Kisah Mandeep Singh

Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen. 'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China. "Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah. "Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini. Ini, di sebalik

Sekarang Baru Nak Sedar?

Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno. Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya. Negara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan? Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah? Anwar menjawab ringkas

Kita Mahu Lebih Ramai Orang UMNO Seperti Fathul Bari Ini

Kali Ini Pandangan Dr Asri Ada Kebenarannya...

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi. Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13. Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin