Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas

Universiti Malaya, Aku Cinta Kamu!

Universiti Malaya! Aku Cinta Kamu! Oleh Jyh Wee Sew Para peminat menara gading akan terus menanti dengan debar mengenai senarai universiti terbaik. Laporan varsiti terbaik akan diterbitkan pada 2 hingga 4 November 2009 oleh Universiti Shanghai Jiatong. Sebelum itu, laporan 200 buah universiti terbaik sedunia Tinjauan Times Higher Education telah disiarkan pada 9 Oktober lalu. Beberapa perubahan yang menarik ke atas universiti di Asia diperhatikan. Kedudukan sesetengah universiti terus berubah secara mendadak dalam senarai yang berlainan. Dalam senarai universiti sedunia, Universiti Nasional Singapura (NUS) mengekalkan status sebagai universiti terbaik di Asia Tenggara iaitu di tempat ke-30 setara dengan kedudukan tahun lalu. NUS universiti keempat terbaik di rantau Asia. Tiga yang mendahuluinya ialah Universiti Tokyo, Universiti Hongkong dan Universiti Kyoto yang berada di tangga ke-22, ke-24 dan ke-25. Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tempat ke-14 dalam senar

Ibrahim Ali 2009 : Jalan Pintas Sejarah

Ibrahim Ali 2009 Jalan Pintas Sejarah KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, belum terdapat sebarang keperluan untuk beliau menyertai semula UMNO dalam masa terdekat ini. Menurutnya, terdapat beberapa sebab mengapa beliau mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas termasuk tidak mahu dituduh kembali menyertai parti itu kerana ia semakin kuat. "Saya suka membuat penjelasan secara muktamad hari ini iaitu walaupun saya menyambut baik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya berpendapat atas beberapa sebab, belum lagi ada keperluan bagi saya menghantar borang menyertai UMNO. "Saya tidak mahu orang ramai membuat andaian saya menyertai UMNO kerana parti ini sekarang bertambah kuat, disebabkan kepentingan peribadi, mengejar pangkat atau pun dibeli mana-mana pihak," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu semalam bahawa parti berkenaan tidak pernah menyekat ses

Anwar Tewas Lagi

Anwar Tewas Lagi PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar. Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir. Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005. Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini. Hakim A

Tafsir Al-Azli : Zuhud Cara Terbaik Kurangkan Tekanan

Tafsir Al-Azli Zuhud Cara Terbaik Kurangkan Tekanan Oleh Muhammad Azli Shukri Menurut definasi bahasa, erti lafaz zahida fiihi wa’anhu, zuhdan wa zahaadatan , ialah berpaling daripada sesuatu, meninggalkan sesuatu itu kerana kehinaan atau kerana kekesalan kepadanya. Lafaz zahuda fi asy-syai’i ertinya tidak memerlukan. Jika dikatakan zahida fi ad-dunyaa , ertinya meninggalkan hal-hal yang halal dari dunia kerana takut hisabnya dan meninggalkan yang haram dari dunia itu kerana takut siksaannya. Inilah erti dan makna umum bagi perkataan zuhud tersebut, seperti mana yang dijelaskan oleh Imam Waki’ bin al-Jarrah di dalam kitab terkenalnya, Kitabuz-Zuhud . Walaubagaimana pun, kebiasaanya, kefahaman masyarakat awam terhadap kehidupan zuhud itu seringkali dilingkari dengan pakaian compang-camping, rambut kusut-masai, dan baju lama yang penuh dengan tampalan-tampalan, di samping hidup dalam keadaan dhaif kerana ingin menunjukkan rasa benci dan menolak dunia. Faham semacam ini merupakan

UMNO 2009 : Mentera Patih Karma Wijaya

UMNO 2009 Mentera Patih Karma Wijaya KUALA LUMPUR 13 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat rukun yang perlu digerakkan oleh seluruh warga UMNO bagi menjayakan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti terus relevan serta mendapat kepercayaan rakyat. Dalam ucapan bertajuk Menggalas Tuntutan Perubahan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di sini malam ini, Timbalan Presiden parti mengingatkan tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah. Muhyiddin menekankan betapa perlunya menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga telah berubah. “Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO relevan dengan putaran masa. UMNO perlu relevan memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru,” kata beliau dalam ucapan perasmian sulungnya itu yang dihadiri oleh 2,379 perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri. Empa

UMNO 2009 : Jangan Datang Masa Hadapan

UMNO 2009 Jangan Datang Masa Hadapan MELAKA 11 Okt. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pindaan perlembagaan parti yang dijangka diluluskan oleh seluruh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO minggu depan akan lebih merakyatkan parti. Menurut beliau, pindaan tersebut adalah transformasi yang cukup besar kepada parti di mana proses pemilihan kepimpinan pada masa akan datang akan melibatkan lebih daripada 140,000 ahli. Katanya, penghapusan sistem kuota yang dijangka mendapat sokongan daripada seluruh perwakilan yang akan bersidang dari 13 hingga 16 Oktober ini sekali gus akan memberi ruang yang lebih luas kepada ahli menawarkan diri berkhidmat kepada parti. Beliau menambah, cadangan pindaan perlembagaan parti adalah bertujuan bagi merealisasikan perubahan yang diperlukan oleh seluruh anggota UMNO hingga ke peringkat akar umbi. "Perhimpunan agung UMNO kali ini mempunyai dua sejarah tersendiri kerana ini adalah perhimpunan pertama di bawah kepemimpinan Datuk S

Bagan Pinang 2009 : 2 + 1 Berapa?

Bagan Pinang 2009 2 + 1 Berapa? Saya sebenarnya sedikit risau dengan keadaan politik di Bagan Pinang, kerisauan itu adalah berasaskan kepada beberapa perkara tersebut : 1. Undi tentera yang didakwa akan berpihak kepada pembangkang, benarkah begitu? Menurut sumber tertentu, sudah kedengaran berlaku arus perubahan dalam kalangan tentera yang akan mengundi pembangkang secara besar-besaran. Ini satu hal yang serius. Soalnya sekarang mengapa mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang? Dan apa yang harus kita lakukan? 2. Dikatakan bahawa 65% generasi muda di Bagan Pinang masih kental menyokong pembangkang. Benarkah begitu? Apakah langkah Pemuda UMNO Malaysia dalam mendekati mereka? 3. Wujud undi sabotaj dalam kalangan ahli UMNO yang jujur berjuang dan sejak awal-awal lagi golongan ini menolak Tan Sri Isa Samad sebagai calon di kawasan tersebut - persoalannya berapa ramaikah golongan tersebut dan kesannya kepada undian untuk BN kelak? Kesimpulan saya : Saya risau dengan keputusan

Islam Tulen Dan UMNO

Islam Tulen Dan UMNO Oleh Dr.Mohd Asri Zainul Abidin Saya tertarik dengan tulisan Dr. Asri di dalam Mingguan Malaysia hari ini. Saya 100% menyokong tulisan beliau. Semoga UMNO akan sedar dan kembali kuat. Marilah sama-sama kita hayati tulisan beliau ini. Wallahualam. Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai addin dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik. Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen! UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kep

Anwar Ibrahim 2009 : Tersungkurnya Kebenaran

Anwar Ibrahim 2009 Tersungkurnya Kebenaran Mengikut beberapa sumber, sama ada betul atau pun sebaliknya - saya tidak tahu. Mungkin rakan-rakan blogger yang lain lebih tahu dan arif. Kononnya Anwar Ibrahim sudah menemui DS Najib untuk berkompromi berkenaan isu liwatnya. Sebelum ini pula, heboh dikatakan bahawa ada tawaran yang berjumlah RM20 juta hendak diberikan kepada Saiful Bukhari agar menyelesaikan kes liwat ini diluar mahkamah. Namun demikian, hal ini masih menjadi tanda-tanya. Malah, DNA Anwar Ibrahim juga didakwa sudah diperoleh melalui sehelai rambutnya yang sempat diambil sewaktu debat berkenaan isu kenaikan harga minyak anjuran Agenda Daily antara Anwar dengan Menteri Penerangan pada ketika itu, Datuk Ahmad Shabery Cheek, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimana pun, persoalan yang ingin diajukan sekarang adalah seperti berikut, 1. Benarkah Anwar pernah menemui DS Najib untuk berkompromi isu liwat dan ingin mencadangkan agar pada satu lagi PRU, Anwar Ibra

Bagan Pinang 2009 : Bila Derita Menjerit

Bagan Pinang 2009 Bila Derita Menjerit KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana itu adalah pilihan parti. Menurut bekas Perdana Menteri, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat. "Ia bagus, kita akan menang," katanya selepas program A Meeting of Minds antara beliau dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes, Steve Forbes di sini hari ini. Ditanya apakah Barisan Nasional (BN) boleh menambah majoritinya jika menang di Bagan Pinang, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak boleh meramalkan perkara itu. "Saya tidak tahu itu, mungkin ia akan meningkat," katanya. Jelas beliau, terletak di tangan pengundi untuk membuat penilaian apakah Mohd. Isa adalah satu pemilihan yang tepat. Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak merancang untuk