"Tetapi di Johor, seseorang warga Singapura boleh diculik. Anda tidak akan alaminya jika datang ke Pulau Pinang." - Lim Guan Eng
SOALAN: Artikel The Economist sepenuhnya menulis perkara positif mengenai Pulau Pinang. Adakah terdapat apa-apa laporan yang negatif ke atas Pulau Pinang? Saya merujuk laporan NST bahawa Kerajaan Pulau Pinang perlu bersih mengenai rangka tindakan pembangunan perindustrian di negeri ini dan tidak memberikan pelbagai alasan mengapa ia ditangguhkan. Business Times pula melaporkan perkhidmatan asas seperti kereta api tidak berfungsi dan sebagainya. Adakah ini kerana beberapa media Malaysia dianggap ada tujuan politik atau sesetengah kritikan itu ada kebenarannya? GUAN ENG: Semua akhbar-akhbar di Malaysia dikawal oleh kerajaan. Tidak bermakna bahawa kita menolak kritikan yang dibuat terhadap kerajaan negeri. Tetapi jika itu yang terbaik mereka boleh lakukan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri yang mentadbir kerajaan dengan efisien. Mengenai pelan induk perindustrian, Pulau Pinang telah mengumumkannya tetapi kerajaan Pusat mendesak bahawa kita perlu bekerjasama d