Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Kegemparan Buku Hitler Mati Di Indonesia : Mungkinkah Hitler Masuk Syurga?

1. Entri ini mungkin mampu membawa kita berfikir semula - sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang boleh dianggap mustahil untuk berlaku. Info di bawah ini barangkali, bisa sahaja mengetuk pintu hati kita untuk meneroka dan menginsafi realiti kehidupan yang sebenar, dan sekiranya fakta ini adalah benar dan Hitler telah bertaubat kepada Allah, maka apakah mungkin Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkan ke dalam syurga? Buku berjudul Hitler Mati Di Indonesia sudah diterbitkan pada awal tahun ini, namun demikian sejak akhir-akhir ini, buku tersebut semakin meletup-letup di pasaran dan sedang hangat dicari oleh ramai pencita buku dan ilmu. Mungkin kenyataan di atas agak lucu - tetapi jangan kita lupa terdapat riwayat di dalam shahih Bukhari yang berbunyi begini : 2. Dalam riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi. s.a.w menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala ada seorang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian hatinya terdetik ingin bertaubat. Kemudian, dia telah menemui seor...

Jalan Lurus Untuk Mukhriz

Saya berharap, UMNO Kedah akan kembali pulih daripada perebutan jawatan yang tidak pernah reda. Pelantikan Datuk Mukhriz sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah - pada hemat saya sudah memadai bagi menyatukan kembali seluruh kem politik UMNO di negeri tersebut, agar bergerak seiring dalam perjuangan dan kepimpinan parti. Doa saya hanya satu, UMNO perlu mengurangkan pergeseran dan perebutan kuasa, sekira berhasrat untuk merampas kembali negeri Kedah daripada PAS. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Mukhriz dan selamat bertugas! ALOR SETAR 28 Dis. - Semua ketua bahagian dan ahli UMNO di negeri ini diminta bersatu dan memberi sokongan terhadap gandingan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua ahli UMNO diminta mengetepikan soal peribadi dan mengambil pendekatan positif untuk terus me...

Pengikut Syiah Semakin Melampau!

Nampaknya, kumpulan Pro-Syiah di Malaysia semakin biadab dan mula menunjuk taring mereka. Tidak sampai sebulan, kumpulan tersebut mula "menggertak" Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) agar membuat permohonan maaf secara terbuka atas penangkapan 200 pengikut ajaran tersebut baru-baru ini. Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa ajaran Syiah merupakan ajaran yang terkeluar daripada Islam yang sebenar, dan di Malaysia, ajaran tersebut tidak ada tempatnya sama sekali. Saya menyeru kepada pihak kerajaan agar segera bertindak tegas dan memadamkan terus ajaran Syiah yang semakin bertapak dan merosakkan fahaman umat Islam di negara ini. Sudah tiba masanya Syiah di Malaysia dikuburkan seperti mana yang berlaku ke atas kumpulan al-Arqam. Saya juga menyeru agar semua bloggers pro-kerajaan turut berjihad dan berjuang membongkar kesesatan ajaran Syiah di negara tercinta kita ini. Ayuh! Masanya sudah tiba! KUALA LUMPUR, 28 Dis — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datu...

Isu Syiah : Pintu Syurga Yang Tertutup

Sungguh tidak menduga sama sekali, rupa-rupanya posting saya berkenaan isu Syiah di Malaysia telah menarik minat banyak pihak, sehingga membuatkan saya terfikir, bahawa pengaruh Syiah semakin kukuh tapaknya di negara ini. Berdasarkan komen-komen yang dipaparkan di dalam posting berkenaan, maka jelaslah terlalu ramai yang jahil daripada yang bijak. Banyak yang menggunakan emosi daripada ilmu dan kewarasan. Saya memandang hal ini penuh dengan dukacita, tidak sangka, masih ramai dalam kalangan kita yang menyangka ajaran Syiah adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Apakah golongan ini sudah membaca dan mentelaah kitab-kitab Syiah? Sudahkah mereka membaca karya dan ajaran Ayatullah Ruhullah Komeini yang didewa-dewakan oleh pengikut Syiah itu? Kalau belum baca, eloklah balik rumah dahulu dan duduk diam-diam. Pada saya, hanya ada dua alasan sahaja, mengapa terdapat golongan yang bersungguh-sungguh mempertahankan Syiah, pertama kerana mereka jahil dan tidak mengkaji sejarah dan ...

Hujah Mufti Perak Lebih Matang Daripada Mufti Perlis

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara. Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya. "Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya. Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikan bahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi. Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah. Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu ...

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...

Isu AES : BN Undang Kemarahan Rakyat?

Dalam isu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan Raya (pindaan) yang telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini, saya percaya ia bakal mengundang kemarahan rakyat. Saya juga tidak bersetuju dengan beberapa pindaan tersebut - yang jelas menjadikan saman ekor dalam bentuk dan wajah yang baharu, serta dikormersialkan pengurusannya kepada pihak swasta. Yang kita bimbang hanya satu, mungkin pada peringkat permulaan, Sistem Penguasaan Automatik (AES) akan ditempatkan di kawasan-kawasan kemalangan yang tertentu sahaja, namun demikian, lama-kelaman, saya percaya AES pasti akan diperluaskan untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum bagi syarikat yang telah memperoleh kontrak tersebut. Kita bimbang AES akan menjadi satu lagi sumber pendapat kerajaan yang akhirnya hanya membebankan rakyat dan menimbulkan kebencian mereka.Tidak dinafikan negara-negara maju menjadikan AES sebagai salah satu cara mengurangkan kemalangan maut - namun begitu, pengguna jalan raya d...

Analisis Terkini : Pakatan Rakyat Mungkin Tumbang Dalam PRU Ke-13

PKR dan Barisan Nasional telah mengadakan kongres/konvensyen-nya baru-baru ini. Tidak kurang juga peristiwa yang menimpa PKR kebelakangan ini. Sesungguhnya PKR boleh mempersalahkan media arus perdana kerana memperbesarkan "kekecohan" yang berlaku dalam partinya, namun pada hakikatnya, kemegahan dan semangat PKR telah luntur berbanding dua tahun yang lalu. Secara perbandingannya, semangat BN pula dipacu dengan kemenangan dua PRK yang terdekat. Malah, BN yang kini semakin stabil dari pimpinan atasannya, sering menyindir PR dengan nada yang sinis. Seandainya PRU diadakan sekarang juga, PR tidak semestinya mengulangi kegemilangan yang dicapainya pada tahun 2008. Mengapa kekuatan PR, terutamanya PKR luntur dalam tempoh dua tahun? Meskipun tidaklah sampai tahap meranap, namun seandainya tidak bermuhasabah, ia bakal menyusut. Situasi sedemikian sememangnya menjejaskan sistem dua parti yang baru muncul pada tahun 2008. PKR wajar mengkaji kelemahannya dari segi kualiti anggota, strukt...

Laluan Sukar Pakatan Rakyat

Konvensyen kebangsaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang semalam diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kira-kira 2,000 perwakilan daripada PKR, PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat. Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu. Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian ADUN Johor kawasan Tenang daripada BN Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam semestinya akan turut dibincangkan. Pada zahirnya, Pakatan Rakyat dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda "pemimpin paling utamanya", Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikil...

Perkara Sekecil Ini Pun Melayu Boleh Kena Tipu?

Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus mengamalkan sikap pembohong dan putar belitnya. Setelah diasak hampir sebulan meminta Guan Eng mendedahkan nilai kontrak sebenar yang diperolehi kontraktor bumiputera, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat dengan mendedahkan nilai projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).Guan Eng cuba menyembunyikan fakta, beliau hanya mendedahkan projek projek dari JKR dan JPS. Jika dilihat sejumlah 18 tender di JPS bernilai 40.9 juta manakala 16 tender JKR bernilai 20.4juta jika dicampurkan jumlah tender hanya bernilai 61.3 juta yang merangkumi 34 tender.Persoalannya kenapa Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan angka tersebut.Hakikatnya sejumlah 34 tender yang diberikan dengan nilai 61.3 juta adalah jauh berbeza dengan satu tender secara runding terus yang bernilai 74 juta yang diberikan kepada satu kontraktor Cina, Khor Ing Choon dari ECK Sdn Bhd untuk projek menambun tanah di Batu Kawan. In...

Dr Asri, Mengapa Jalan Ini Yang Tuan Pilih?

1. Cara pemikiran Dr Asri Zainul Abidin dalam menyelesaikan beberapa kemelut yang melibatkan kepentingan Islam di negara ini sangat membimbangkan. Saya terpaksa mengkritik Asri, walaupun kami dari aliran yang sama iaitu manhaj salaf as-soleh, namun demikian, pendekatan Asri dalam menyelesai beberapa isu yang menyentuh kesucian Islam sejak akhir-akhir ini sangat mendukacitakan saya. Isu kalimah Allah umpamanya, cara penyelesaian yang ditunjukkan oleh Asri sangat jauh berbeza dengan kemuafakatan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Walaupun masing-masing pihak ada hujah yang tersendiri, tetapi terbukti hujah Majlis Fatwa lebih menghampiri kebenaran dan memenuhi keadaan semasa. 2. Dan yang terkini, Asri membuat satu lagi kenyataan yang pada anggapan saya sangat tidak "waras" - menuduh kononnya penangkapan 200 pengikut syiah di Gombak baru-baru ini oleh JAIS, sebagai perbuatan yang tidak demokratik dan merupakan satu cubaan membawa Malaysia menuju ke "e...

Orang Melayu Tiada Jalan Pintas!

Tulisan Dr. Mohd Noor Yazid di dalam Utusan Malaysia ini sangat menarik untuk kita renungi bersama. Baca rencana tersebut : PERSOALAN HAK KEISTIMEWAAN dan ketuanan Melayu kini menjadi isu yang tak berkesudahan. Ini paling jelas dan semakin ketara seepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 diumumkan keputusannya. Persoalan ini seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan kekuatan politik di antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN). Bilangan wakil rakyat yang ramai dalam Parlimen daripada pakatan pembangkang seakan-akan mempunyai hubungan dengan isu ketuanan dan hak keistimewaan Melayu. Apakah hanya BN (khususnya UMNO) yang sepatutnya menjaga dan melindungi hak ketuanan dan keistimewaan Melayu? Adakah pakatan pembangkang tidak mempunyai hak bagi melindungi ketuanan dan hak keistimewaan Melayu? Atau persoalan ini sengaja diputar-belit oleh pihak tertentu bagi melabelkan bahawa pakatan pembangkang adalah sebuah pakatan yang tidak akan mempertahankan hak istimewa M...

Isu Kecoh Di Parlimen : Yang Mana Manusia, Yang Mana Beruk?

Adakah Perbezaan? Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba mengalih perhatian masyarakat Malaysia daripada memikirkan kes liwat Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh WikiLeaks baru-baru ini. Isu penggantungan empat ahli parlimen pembangkang oleh speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dua hari yang lalu - cuba digembar-gemburkan oleh Karpal Singh dan Anwar Ibrahim sebagai isu yang sangat besar dan serius. Padahalnya, ia merupakan perkara biasa bagi tujuan mendisiplinkan ahli-ahli Yang Berhormat yang "kurang ajar", agar faham dan mematuhi segala peraturan Dewan Rakyat, jika mahu bergelar Yang Berhormat. Tindakan serius seperti ini perlu diambil dengan segera, bagi membezakan antara Dewan Rakyat dengan Zoo Negara. Pada hemat saya - semua ini merupakan strategi jijik lagi hanyir yang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, bagi mengalih perhatian rakyat, daripada terus memberi tumpuan terhadap pendedahan mengejut WikiLeaks - berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim. Te...

Selamat Tinggal Hanafi Mamat!

Cukup! Hentikan semua pertikian berkenaan siapakah yang sebenarnya Ketua Parti AKIM. Sudah sah Datuk Zaid ialah Ketua parti tersebut setelah bekas presidennya, Zakaria Salleh memberi laluan mudah kepada beliau. Sekarang, jawatan kosong untuk jawatan-jawatan penting parti itu perlu diisi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Ketua Pemuda, Wanita dan Puterinya silalah mengisi borang keahlian parti baharu Zaid Ibarhim tersebut, mudah, cepat dan tidak perlu tunggu terlalu lama untuk menuju ke puncak kuasa. Baca laporan ini : KUALA LUMPUR , 16 Dis — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengesahkan Zakaria Salleh, yang melepaskan kedudukannya kepada Datuk Zaid Ibrahim semalam, merupakan presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) yang sah. Selain Zaid dipilih sebagai presiden, Akim ditukar nama sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada mesyuarat agung tahunannya di Petaling Jaya pagi semalam. Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kelantan, Wan Rahimah Wan Mamat berkata, ...