Skip to main content

Jalan Lurus Untuk Mukhriz

Saya berharap, UMNO Kedah akan kembali pulih daripada perebutan jawatan yang tidak pernah reda. Pelantikan Datuk Mukhriz sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah - pada hemat saya sudah memadai bagi menyatukan kembali seluruh kem politik UMNO di negeri tersebut, agar bergerak seiring dalam perjuangan dan kepimpinan parti. Doa saya hanya satu, UMNO perlu mengurangkan pergeseran dan perebutan kuasa, sekira berhasrat untuk merampas kembali negeri Kedah daripada PAS. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Mukhriz dan selamat bertugas!

ALOR SETAR 28 Dis. - Semua ketua bahagian dan ahli UMNO di negeri ini diminta bersatu dan memberi sokongan terhadap gandingan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua ahli UMNO diminta mengetepikan soal peribadi dan mengambil pendekatan positif untuk terus memberi kerjasama kepada kedua-dua pemimpin itu.

"Pelantikan mereka adalah satu keputusan yang baik untuk UMNO Kedah. "Adalah wajib untuk kita semua sebagai ahli UMNO menyokong dan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada Bashah dan Mukhriz," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan barisan baru kepimpinan UMNO negeri termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Ahmad Bashah Md. Hanipah dipilih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah dengan mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Mukhriz dipilih untuk menjadi timbalan beliau.

Menurut Jamil, walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Ahmad Bashah dan Mukhriz, semua masalah yang timbul perlu dilupakan untuk kebaikan parti. "Kita semua berada dalam satu parti dan walaupun ada unsur-unsur yang tidak menyenangkan hati, kita perlu ketepikan perasaan ini. "Pilihan yang dibuat oleh Presiden parti adalah satu pilihan tepat kerana Ahmad Bashah dan Mukhriz masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri," ujarnya. Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, Ahmad Bashah dan Mukhriz adalah satu gandingan yang tepat bagi memantapkan UMNO Kedah. "Saya yakin semua ketua bahagian UMNO akan menerima gandingan ini dan bersama-sama bekerja untuk kebaikan UMNO. "Agenda kita kini adalah untuk merampas semula Kedah daripada tangan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Comments

Abdul Hayee said…
Gandingan mantap untuk menyatukan UMNO Negeri Kedah. Tindakan bijak oleh Dato Seri Najib Presiden UMNO Malaysia.

Adalah mustahil untuk memuaskan hati semua ahli UMNO Negeri Kedah. Tetapi yang penting majority ahli UMNO Kedah menerima perlantikan kedua-dua tokoh ini.

Selepas ini UMNO Kedah mesti menumpukan kepada memperkukuhkan parti untuk matlamat yang sama.

Teruskan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan negara.
Anonymous said…
pandai betoi dok seru semua ahli supaya bersatu....toksah dok kisah pasai kami la.
yang dok buat taik selama ni bukan ahli2 biasa macam kami...
tu...segala ketua bahagian dan setiausaha bahagian dan pencacai hangpa yang buatkan umno kedah jadi haru-hara.
hangpa la yang dok sabotaj sesama sendiri pasai nak kedudukan dan rebut peluang isi tembolok hangpa.
kami ni ahli biasa,kesetiaan kami pada umno tak pernah berubah.
sikit2 ahli...sikit2 ahli yang hangpa minta bersatu.
perangai hangpa tu ubah dulu.pi bedighi depan ceghemin tengok muka ada macam pemimpin yang jujorq ka tak.
yang dok buat gheta dan dan rebut segala projek selama ni hangpa bukan ahli biasa macam kami dikampong-kampong.
kejujuran kami yang hangpa persoalkan..perangai hangpa yang jadi ketua2 macam jebon kebulorq hangpa tak sedarq.
Helang Merah said…
1. Setuju dengan Anon 6.44 pm. Selama ini pun, yang dok bertelagah dan berkacamokkan UMNO di Kedah adalah Ketua-Ketua Bahagian. Apabila berkuasa di Bahagian ( kemenangan di Bahagian pun boleh dipertikai caranya)mereka ini berasa merekalah sahaja yang juara dalam apa saja yang bercorak politik ! Dari penyususnan Ketua-Ketua Cawangan (pandai susun dan atur semasa persiadangan cawangan)hingga ke perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKKP , semua ni dalam tangan Ketua-Ketua Bahagian. Sesiapa yang nampak menentang mereka, akan digugur dengan pelbagai cara dan helah !

2. Dulu semasa Dato' Seri Shafie Apdal mengetuai UMNO Kedah, siapa yang menentangnya ? Kami ahli-ahli di akar umbi atau mereka yang di atas ? Siapa yang kerap sabotaj usaha-usaha DS Shafie sehingga ternampak beliau tak berbuat apa-apa yang signifikan di Kedah ? Siapa kalau bukan geng Ketua-Ketua Bahagian.

3. Teringat satu rentetan peristiwa di mana seorang ahli akar umbi telah dipilih dan dilantik oleh DS Shafie untuk menjadi Setiausaha Kerja UMNO Kedah. Tujuan DS Shafie berbuat demikian ialah untuk membawa masuk muka baru,tenaga muda dan 're-energise' keseluruhan pentadbiran yang ketika itu dilihat sebagai lembab dan mundur. Tetapi apa yang berlaku ? Seolah-olah diorkestrakan, GKB ( Geng Ketua Bahagian) bergerak pantas untuk menolak tenaga muda ini dan diganti dengan seorang yang diperkenan oleh puak GKB ini. Geng ini bertindak sebagai J & J ( juri & judge). Ada yang melihat penolakan tenaga muda ini sebagai penentangan kepada apa saja yang cuba dibawa masuk oleh DS Shafie Apdal ke Kedah.

4. Samada baik ke, buruk ke, mesti mendapat restu dahulu dari GKB ini.DS Shafie sudah diganti ; oleh siapa kalau bukan dari golongan GKB ini? Ketua baru ini adalah dari GKB tersebut. TAPI percayalah, walaupun terpapar dengan jelas dan terang suara-suara sokongan tak berbelah bagi kepada Ketua baru ini di akhbar-akhbar dengan foto mereka berkepit di sebelah boss baru, percayalah mereka inilah juga orang pertama yang akan jahanamkan ketua pilihan DS Najib ini.

5. Ramai akan percaya jika dikata kebanyakan dari GKB ini terdiri daripada insan yang tidak 'perfect', tak telus, tak jujur, ego, sombong, lebih suara dari kerja, buat pun kalau menguntung diri sendiri dahulu, perancang kemusnahan orang-orang tak sebulu,
dan lain-lain lagi yang lebih bersifat negatif ! Inilah personaliti-personaliti, inilah puak-puak yang akan menentukan hala-tuju atau nasib timbul tenggelam UMNO Kedah.

6. Sementara sebilangan besar rakyat Kedah mengalu-alukan perlantikan Dato' Mukhriz sebagai orang No 2, mereka juga sedar bahawa DM ( Dato' Mukhriz)boleh dijadikan 'korban' oleh puak GKB ini. Rasnya, strategi untuk 'down-play' atau memperkecil-kecilkan usaha dan sumbangan DM akan diusaha dan dilakukan dengan penuh licik, senyap,sulit, terancang dan tersusun. Ini modus operandi mereka. Jika berjaya dikorbankan, maka akan terjerit-jeritlah suara sombong dan ego yang mengiya kononnya hanya puak GKB sajalah yang paling layak untuk menerajui apa-apa jawatan kepimpinan tinggi di negeri Kedah ini.

7. Sedikit nasihat, Dato' Mukhriz jalankan kerja seperti biasa ; susun program yang melibat ke semua 15 daerah atau bahagian. Dengar suara rakyat sambil tidak alpa dengan kemungkinan-kemungkinan yang boleh dirancang oleh puak GKB ini. Senyuman mereka tak semestinya dibasahi madu ! Kata-kata sokongan tak semestinya bersifat membina. Tingkah-laku dan gerak-geri mungkin lakonan dan sandiwara 'Jebat' !!! Pandai-pandai pilih dan nilai ; ada di antara GKB yang tidak seburuk seperti yang digambarkan ! Dekati mereka ini dahulu. Yang kelihatan "buruk, kotor dan jijik" gunakan pendekatan DP ( Dekati & Pulih)!

8. Kesimpulan, dengar suara ahli-ahli di bawah kerana mereka ini tiada ada niat buruk atau mencari keuntungan peribadi. Mereka hanya mahu UMNO kembali gagah di negeri Jelapang Padi ! Walaupun Kedah jatuh dan rebah, ia pasti boleh bangun semula , GAGAH !
To Live Again said…
setuju dgn anon December 29, 2010 6:44 PM dn anon December 30, 2010 8:24 AM

Sy respect dgn pandangan hampa suma..Yg dok kalut suruh ahli macai mcm kita ni bersatu nk buata pa..Km ni x pnh ada mslh pon..Km setia dgn umno wpon kami bkn dpt project apa2 pon...Yg kami mau yg terbaik buat umno..

Saya setuju dgn anon di ats..Di mana2 negeri pon mslh umno adalah berpunca dr GKB..Depa la yg dok bergasak sesama depa..

Sapa yg mulakan isu penghinaan pd Tun M dulu..Sapa yg jd dlaang kes sampul rm200 smpai Tun di malukan di kubang pasu..Bkn ka ni keja det khalid dgn johari baharom..spa depa ni bkn ka GKB..

Sapa yg dok ada angan2 nk pulau mesyurat pertama yg Dato Shafie buat dulu kalau x slh di cinta syg SP..Km yg macai ni mana lyk nk msk meeting dgn dato shafie..GKB la yg buat suma ni..Bila sinar harian dedah kes ni pakat kalut buat statement konon KAMI BERSATU DI BWH SHAFIE..

Padahal dato shafie rasa sgt betapa azabnya memmpin umno kedah..kes pulau, sabotaj dn dimalukan dh jd pekara biasa..

Mak aku sndiri pnh cita, ms dia mengajar di SK Banai..Ada 1 mjls penyampain sumbangan dr pemuda umno yg mas 2 organizer dia MUKHRIZ..Sekolah dh buat persiapan suma dh last2 batal last minit ja dgn alasan mukhriz x blh dtg..Padahal bila guru besar hubungi mukhriz sndiri..Dia jwb ADA PIHAK HALANG SY DTG..

Sapa yg buat taik suma ni????Bkn ke GKB..Yg siang mlm tkt dgn byg2 sndiri..Tkt dgn perubahan..Tkt depa suma disisihkan..
tansrimat said…
Salam Tuan Azli SHukri,

Mohon linkkan blog saya yang tak seberapa untuk bantu UMNO dan BN capai pengundi.

Terimakasih.

http://tansrimat.blogspot.com
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anak Jati KL said…
wah! dasyat jugak tgk kecekalan pengomen semua. kalau betullah itu yg terjadi, mintak mintak la GKB tu sama-sama bersatu. Hrp2 dengan perlantikan 2 tokoh ni dpt membetulkan apa yang bengkok di Kedah tu.

p/s: mintak linkkan ke blog saya
Anonymous said…
anon December 29, 2010 6:44 PM, anon December 30, 2010 8:24 dan anon December 30, 2010 12:57 PM

cakap diorg betui tu...

yang jadi mangsa nya UMNO...PM....dll..

da tu yang rakyat dok nampok depa2 yang giler kuasa...giler pangkat...giler...dan giler...

den harap sgt...regu yang dilantik skrg ni...cekal...dan bijak

sebab UMNO totap di hati den...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...