Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Memperkasakan Perkasa

MEMPERKASAKAN PERKASA KUALA LUMPUR 28 Dis. – Sudah menjadi lumrah dunia, setiap sesuatu yang mula menarik perhatian umum akan dicemburui, lebih teruk lagi apabila terdapat pelbagai usaha untuk menghancurkannya. Sedari atau tidak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini mula terkena tempias jahat itu. Pendedahan itu dibuat oleh Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dalam entri bertajuk Yahudi kuasai dunia melalui NGO, satu formula untuk survival bangsa dalam blognya, sanusijunid.blogspot.com. Menurut beliau dalam entri itu, maklumat yang amat mengejutkan itu diterima daripada seorang ketua UMNO cawangan, sebuah Bahagian UMNO di Perak semasa tiba untuk merasmikan penubuhan Perkasa cawangan Perak pada 19 Disember lalu. “Sebaik turun daripada kereta, seseorang telah mendekati saya dan membisikkan bahawa beliau ialah seorang Ketua UMNO Cawangan yang telah menerima SMS (khidmat pesanan r

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun Oleh Shamsul Amri Baharuddin Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia. Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21. Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya. Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama

Blog Pro-Kerajaan Diserang!

Blog Pro-Kerajaan Diserang! Usaha untuk memadamkan kebenaran semakin giat dijalankan oleh para hacker (penggodam) untuk menutup kelemahan parti pembangkang atau pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim. Setelah salah seorang blogger Pembela Negara, saudara Kumbang melalui blognya analisisringan.blogspot.com digodam dua hari yang lepas, para hacker ini bersembunyi dibalik nama blog tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan lewat petang semalam dan sehari sebelumnya. Blog saya juga tidak ketinggalan daripada diserang sebanyak dua kali melalui domain blog milik Kumbang tersebut. Serangan terpaksa dipatahkan seberapa segera, agar domain atau tapak blog tersebut tidak digunakan lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melancarkan serangan yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini daripada terus-menerus memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama blog pro-kerajaan. Modus operandinya adalah sangat mudah - iaitu memil

Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir

Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir Apabila buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times diterbitkan baru-baru ini, maka - riuh-rendahlah semua orang - khususnya parti pembangkang kononnya mahu mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan. Malah, tuduhan kononnya Tun Mahathir bertanggungjawab atas "kehangusan" RM100 billion wang negara kerana membina pelbagai projek mega selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menjadi agak janggal kerana tidak pula dikaitkan secara adil dengan pencapaian unggul beliau selama 22 tahun yang terbukti berjaya menarik pelaburan dan keuntungan kepada negara sebanyak hampir RM300 billion. Bahkan, di sisi lain pula - jika kita merupakan manusia yang ada "otak" pelaburan Tun Mahathir - jika sekali pun benar bahawa beliau telah membelanjakan RM100 billion untuk membina projek mega selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia - maka pulangannya pula adalah sebanyak RM300 billion kepada negara sela

Satu Tindakan Bijak

Satu Tindakan Bijak KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat. Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan. Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan persep

Bagi Anwar - Kerajaan Semua Tidak Betul

Bagi Anwar Ibrahim Kerajaan Semua Tidak Betul KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi. Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan. Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu. Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum

PAS Haramkan Perkataan "Salam 1Malaysia"?

Mengapa PAS Mahu Haramkan Perkataan "Salam 1Malaysia"? KOTA BHARU, 14 Dis (Harakahdaily): Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’. Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam. Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'. Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya. Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama. "Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah. “Sekiranya mahu m

Ingatan Tuan Guru Harussani Kepada Umat Melayu

Ingatan Tuan Guru Harussani Kepada Umat Melayu IPOH 13 Dis. - Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ( gambar ). Menurut tokoh agama itu, Islam tidak mengajar umatnya berkelahi sesama sendiri hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan ideologi. ''Kita kena sedar betapa perlunya kita bersatu. Berbeza fahaman politik dan ideologi, tidak semestinya kita harus berkelahi sesama Islam. ''Orang Melayu kena kembali pada agama. Kita lemah kerana kita ingkar dengan perintah Allah SWT," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Harussani, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan pihak-pihak tertentu mudah mengambil kesempatan untuk terus melemahkan mereka. Katanya, antara strategi yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit dalam usaha memecah-belahkan orang Melayu ialah memuji tindakan-tindaka

Barat Iktiraf Anwar Sebagai : 100 Pemikir Terbaik Dunia

Barat Iktiraf Anwar Sebagai 100 Pemikir Terbaik Dunia Kita Terlopong dan Kena Tipu Lagi KUALA LUMPUR, 11 Dis (Harakahdaily): Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan sebagai '100 Pemikir Terbaik Dunia' iaitu menduduki tempat ke 32 bersama para pemikir dunia yang lain. Anwar disenarai oleh majalah 'Foreign Policy' yang berpusat di Washington dalam edisi Disembernya baru-baru ini. Turut tersenarai adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (ke-2), Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (ke-74) dan Hillary Rodham Clinton (ke-6). Anwar adalah satu satu dari 10 pemikir yang beragama Islam yang disenaraikan oleh majalah itu. Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz disenaraikan dalam '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influen

Jangan Permainkan Islam

Jangan Permainkan Islam! Oleh Noraini Abd Razak (Utusan Malaysia) PERKARA 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sangat jelas. Tidak ada makna tersembunyi. Juga tidak ada sebarang keraguan mengenai maksud yang ingin disampaikan. Sejak digubal, peruntukan tersebut tidak pernah dipinda. Kedudukannya sangat utama. Perihal yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan itu diletakkan di Bahagian 1 Perlembagaan. Ia dibaca selepas Perkara 1 mengenai nama Malaysia dan negeri-negeri lain dan Perkara 2 yang menyentuh tentang kemasukan wilayah-wilayah baru dalam Persekutuan. Sementara Perkara 4 menyebut tentang undang-undang utama Persekutuan. Susun atur Perlembagaan sedemikian rupa cukup jelas untuk menunjukkan betapa penting dan tingginya kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Bagaimanapun menyedari kerencaman kaum yang menghuni negara ini, ada klausa sebelum frasa “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan” dinoktahkan. Frasa tersebut diletak sendi “tetapi agama-agama lain boleh dia

Apa Yang Tidak Perkauman?

Apa Yang Tidak Perkauman? Oleh Aznan Bakar (Utusan Malaysia) SEORANG teman bertanya, apa yang tidak mempunyai unsur perkauman di negara ini? Katanya, segalanya berkisar sekitar kaum dan berbaur perkauman. Bermula daripada saat dilahirkan, sampai mati setiap individu di Malaysia sarat dengan jati diri berasaskan kaum. Itu merupakan realiti yang tidak dapat disangkal. Sejak merdeka hingga sekarang, negara dibina dan dibangunkan bersama dengan unsur ini. Cuma Malaysia bernasib baik kerana kaum-kaumnya yang berbeza ini mempunyai semangat toleransi yang tinggi. Mereka sanggup mengetepikan perbezaan kaum, agama dan budaya. Sebaliknya sedia untuk bekerjasama bagi memastikan negara berada di landasan yang betul untuk maju. Ia diperkuatkan lagi dengan iltizam dan keazaman pemimpin untuk memastikan perbezaan itu tidak digunakan ke arah keburukan tetapi lebih kepada kebaikan hingga menjadi contoh kepada negara lain. Cuba fikir dan renung sejenak nilai yang terdapat pada setiap individu yang

Tahniah KJ : Selangkah Ke Putrajaya!

Tahniah Tuan Haji Khairy Jamaluddin Selangkah Ke Putrajaya Mengikut beberapa sumber, kementerian yang paling serasi dan sesuai untuk Khairy Jamaluddin adalah Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak tahu, sama ada Khairy benar-benar berminat dengan kementerian tersebut atau pun tidak. Jika khabar angin yang semakin kencang bertiup dari Putrajaya itu akan benar-benar berlaku (malah dikatakan sudah pasti akan berlaku. Wallahualam) Maka, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin sedikit masa lagi akan dinobatkan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang baharu. Namun demikian, pertanyaan yang sedang mengusik benak saya ialah berhubung dengan siapa antara dua Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang ada sekarang harus dikorbankan demi memberi lalu kepada Khairy? Apakah YB Datuk Ir. Hj Idris Haron selaku Timbalan Menteri I sudi menyerahkan kerusinya demi Khairy? Atau mungkinkah juga YB Datuk Saifuddin Abdullah yang dikira baru sahaja mengisi jawatan Timbalan Menteri II Peng

Akhirnya Khairy Jadi Menteri...

Akhirnya Khairy Jadi Menteri... Semalam saya dihubungi oleh "orang penting" dari putrajaya - sama ada berita ini benar-benar betul atau shahih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Menurut sumber tersebut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Kahiry Jamaluddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di sebuah kementerian. Hal ini adalah disebabkan desakan daripada beberapa pihak - khususnya salah seorang daripada menteri kanan. Saya tidak mahu komen banyak. Biarlah rakyat yang menilainya. Lagi pun dasar DS Najib sekarang adalah mendahului kehendak rakyat. Jika rakyat mahukan KJ sebagai Timbalan Menteri, apa yang boleh DS Najib lakukan lagi? Bukankah hal yang sama berlaku ke atas TS Isa Samad? Sekarang rakyat sudah boleh terima sesiapa sahaja sebagai pemimpin. Perasuah, Peliwat, Penzina, semuanya boleh diterima. Walau berbuih mulut kita menegur - jika rakyat mahukan sebegitu - kita terima aje la. Kesimpulannya hanya satu : Mungkin Khairy terpaksa dilantik menjadi Timbalan Menteri bagi tujuan men

Anwar Pelik Pelabur Tidak Masuk Ke Malaysia?

Anwar Pelik Pelabur Tidak Masuk Ke Malaysia? KUALA LUMPUR, 8 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoal kegagalan kerajaan dalam menarik minat pelabur antarabangsa untuk melabur di negara ini. Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam meletakkan Bursa Malaysia sejajar dengan pasaran antarabangsa sebagai sebuah destinasi penjanaan dana yang kondusif. Namun beliau hairan mengapa usaha itu masih gagal menarik golongan pelabur luar. "Saya terima baik langkah-langkah yang diambil kerajaan tapi masalahnya mengapa dengan kecekapan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti itu, kita masih gagal menarik minat peabur antarabangsa untuk jadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelaburan," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi. Anwar turut mendakwa kegagalan itu sebenarnya ada kaitan dengan krisis keyakinan pelabur an

Mengapa Mesti Zaid Saman Kadir Jasin?

Mengapa Mesti Zaid Saman Kadir Jasin? KUALA LUMPUR 7 Dis. - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah mengemukakan saman terhadap Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk A.Kadir Jasin kerana menyiarkan artikel bertajuk Zaid, The Hurricane Hattie Of PR . Artikel itu disiarkan dalam blog Kadir http://kadirjasin.blogspot.com pada 21 Oktober lalu. Menurut Kadir dalam blognya hari ini, Zaid yang juga seorang blogger mengemukakan saman itu di hadapan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria pada 2 Disember lalu. "Saman itu diserahkan kepada saya oleh peguamnya, Rueben Mathiavaranam daripada firma guaman Rueben Williams Advocates & Solicitors hari ini," katanya dalam blog beliau hari ini. Zaid yang merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah seorang pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kadir berkata, dalam samannya, Zaid menuntut beberapa perkara seperti ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan sert

UMNO Juara Rakyat

UMNO Juara Rakyat KUALA LUMPUR 4 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu kaedah pemutihan ahli parti akan diperkenalkan supaya senarai ahli yang ada di setiap bahagian adalah mengikut daftar yang terkini. Beliau berkata, ini perlu dilakukan disebabkan mengikut pindaan perlembagaan parti yang dilakukan baru-baru ini, tidak akan ada lagi kutipan yuran tahunan ahli. ''Oleh itu adalah penting untuk memastikan kesahihan senarai ahli UMNO dengan pihak ibu pejabat akan berhubung dengan semua bahagian untuk menerangkan kaedah pemutihan itu. ''Selain itu Pendaftar Pertubuhan telah luluskan pindaan Perlembagaan UMNO yang dilakukan baru-baru ini dan berkuat kuasa 10 November lalu," katanya. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, Najib t

Tafsir Al-Azli (2) : Bangkangan : PAS Tidak Ikut Cara Islam?

Tafsir Al-Azli (2) Bangkangan : PAS Tidak Ikut Cara Islam? Pada umumnya terdapat dua jenis bangkangan dalam Islam. Pertama disebut sebagai bangkangan yang dibenarkan atau dipanggil sebagai masyru’ah . Kedua disebut sebagai bangkangan yang tidak dibenarkan atau dikenali sebagai ghairu masyru’ah . Bangkangan jenis pertama adalah merujuk kepada bangkangan yang tidak menyimpang daripada ajaran Islam,baik dengan tujuan mahu pun caranya. Bangkangan jenis ini boleh dilihat dalam sejarah bangkangan pada zaman Rasulullah dan Khulafar ar Rasyidin. Para sahabat pada masa itu, sentiasa memastikan bangkangan yang mereka lakukan tidak melampau batas-batas agama serta menyalahi Sunah rasulnya. Bangkangan jenis pertama saya kira tidak perlu dibincangkan secara panjang lebar, hal ini adalah kerana yang menjadi permasalahannya di sini adalah berkenaan kekeliruan dalam kalangan orang ramai berkenaan bangkangan jenis ghairu masyru’ah. Perkara ini bertitik tolak daripada terdapatnya dalam kalangan umat I