Skip to main content

Mahathir Bertemu Tuhan

Mahathir Bertemu Tuhan

1. Saya memetik komen menarik tulisan Dr Zulkeflee Yaacob, dari Tanjong Malim, Perak yang tersiar dalam portal Malaysia-Instinct hari ini. Baca komen tersebut : KETUANAN MELAYU SEBAGAI satu abstrak bahawa wujudnya bangsa itu di tanah tinggi dan berbukit yang dinamakan Malaya. Abstrak ini sering dimainkan oleh pemain politik dan terbaru pemain politik Melayu sendiri dalam kongres tahunan sebuah parti politik pembangkang.

2. Hal ini telah diperingatkan banyak kali baik oleh pihak istana mahupun individu yang tidak berpolitik agar tidak mempersoal dan mempertikai hak istimewa Orang Melayu pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi mereka konsep ketuanan Melayu mewujudkan hubungan pihak tuan dengan hamba. Ini dimaksudkan orang Melayu diibaratkan tuan, manakala orang bukan Melayu sebagai hamba kepada orang Melayu.

3. Walhal realiti orang Melayu tidak pernah mengawal orang bukan Melayu dari apa-apa aspek pun sama ada pemilikan harta, agihan kuasa, hak pendidikan dan sebagainya. Pemahaman hubungan tidak bertamadun ini sengaja dimomok-momok dan diuar-uarkan kerana cita-cita politik tinggi ingin menawan Putrajaya. Jika orang Melayu disifatkan sebagai tuan ada kebenarannya kerana asal usul dan sejarah yang panjang seperti terbentuk tamadun Melayu sejak 1,300 tahun lalu.

4. Catatan sejarah membuktikan bahawa Wilayah Kepulauan Melayu mengakui tamadun Melayu sejak Empayar Srivijaya di Sumatera abad ke-7. Rumpun Melayu membina peradabannya hingga menguasai sebuah wilayah tanah daratan dan pengairan dan Asia Tenggara yang dikenali gugusan kepulauan Melayu. Pada abad 11 dan 12 peradaban bertukar nama kepada Melayu diikuti Perlak (840), Samudera Pasai (976) kepada kerajaan Jawa seperti Taruma abad ke-5, Sailendra abad ke-8, Mataram abad ke-9, Majapahit akhir abad ke-13, Demak abad ke-15.

5. Bantam, Pejajaran, Surabaya dan seterusnya kerajaan Trengganu sekitar (1303), Melaka (1400), Sulu (1405), Brunei (1406), Mindanao (1515), Banjarmasin dan Makasar (1,604), Ternate (1486), Tidore (1475) Patani dan Aceh sekitar 1500 dan Johor Riau (1700). Namun dalam konteks sejarah tidak pula orang bukan Melayu sebagai hamba dan mengawal serta memaksa ikut telunjuk orang Melayu. Malah mereka tidak dipaksa menukar nama, agama, budaya dan bahasa masing-masing seperti negara jiran, iaitu Indonesia dan Thailand.

6. Ini jelas terpesong apabila menganggap bahawa ketuanan Melayu mengongkong kehidupan kaum lain kerana kononnya orang Melayu memiliki status dan kuasa lebih tinggi. Berbanding mitos orang kulit putih, tidak berlaku penyingkiran hak-hak kaum lain mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan di negara ini. Mereka berusaha menukar fikiran pengundi agar tidak mempercayai pemimpin yang menggunakan prinsip keadilan, kuasa dan kualiti. Orang Melayu perlu kefahaman bahawa biarlah hilang konsep ketuanan asalkan kedaulatan Melayu tetap tegar dan konsisten.

Comments

namewi kutuk2 Melayu dan Islam akhirnya dapat juga bertemu pak2 menteri, mana dia hero Pemuda yang nak bunuh sangat mamat tu...kecoh2 buat demo lgi..
Anonymous said…
Saya ni kurang faham..apa kena mengena dgn tajuk Mahathir bertemu tuhan..?
azlishukri said…
tajuk ini berkait rapat dengan tulisan yang disiar dari aspek simbol Mahathir sebagai pejuang Melayu-Islam moden.
hans said…
owh
soalan anonymous tu sama macam soalan saya
dah faham dah
azlishukri said…
hans - sudah terjawab

Pilihan Pembaca

Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya. Mokhzani keluar UMNO Pada 21 Mei 2008 Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta.``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini- Utusan. Ulasan Saya : Nampaknya ramai yang tidak mengenali anak ketiga Tun Mahathir Mohamad ini dengan lebih dekat. Saya agak kecewa apabila orang bercakap bukan berdasarkan sejarah. Benar kata-kata pepatah Arab yang berbunyi, “Manusia akan menjadi musuh dengan apa-apa yang mereka tidak ketahui”. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob m...

Akhlak Mulia ialah Jenama Nabi Muhammad dalam Berniaga

TIADA ALASAN LAIN, MENGAPA MICHAEL HART sanggup meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah manusia melalui buku terkenal beliau berjudul  “Seratus Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah”, melainkan Nabi Muhammad seorang yang benar-benar berpengaruh dalam dunia perniagaan.    Para orientalis sering berbohong dengan mendakwa Nabi Muhammad ialah seorang penganggur, sebelum Baginda diutus menjadi rasul dan nabi. Fakta berkenaan Nabi Muhammad sebagai pengurus, usahawan dan peniaga sering diputar-belitkan demi menidakkan kredibiliti Nabi Muhammad sebagai seorang rasul agung pilihan Tuhan. Nabi Muhammad didedahkan dengan dunia perniagaan seawal usia 12 tahun, sewaktu mengikuti  bapa saudaranya Abu Thalib dan kumpulan peniaganya dalam ekspedisi dagang ke Syria – sebuah ekspedisi agung yang menyerlahkan kenabian Muhammad melalui kaca mata Pendeta Bahira. Hakikat sejarah yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa pun.  Nabi Muhamm...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...