Murid Terakhir Tun Daim
Oleh Muhammad Azli Shukri (Episod Pertama)
Apabila Tun Daim Zainuddin – dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia yang disiarkan semalam, mendakwa krisis ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini adalah berakar umbi daripada sifat tamak yang diajar oleh sistem ekonomi kapitalis – setelah runtuhnya komunis pada lewat tahun 1989, saya mula teringat akan kata-kata beliau sewaktu saya bertemu dengannya setahun yang lalu. Saya bertanyakan apakah Malaysia boleh mencapai negara maju dan mencapai hasrat Wawasan 2020? Beliau menjawab, “ Saya percaya, kerajaan sedia maklum, untuk mencapai semua itu, pertumbuhan ekonomi negara kita harus bergerak (pertumbuhan ekonomi) tujuh peratus setahun. Namun demikian, beberapa tahun yang lalu, negara kita gagal mencapainya."
Mesej yang jelas daripada kata-kata Tun Daim tersebut dapatlah saya rumuskan bahawa, Wawasan 2020 mungkin hanya akan tinggal kenangan, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara sekitar 7...
Memimpin Kebijaksanaan