Skip to main content

Jalan Semakin Lurus

SAYA MENYOKONG penuh saranan TS Muhyiddin di bawah - pada perkiraan saya, sudah tiba masanya semua ahli UMNO merapatkan ukhwah mereka. Kita tidak lagi boleh berpecah belah. Selagi kita bercakaran sesama sendiri, maka selagi itulah UMNO tidak akan kuat dan kukuh. Untuk seketika kita jauhkan terlebih dahulu sengketa antara kita. Kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Cukuplah dengan apa-apa yang sudah berlaku ke atas UMNO selama ini. Saya percaya - jawatan bukanlah segala-galanya. Jika itu yang kita kejar sewaktu mendaftar sebagai ahli UMNO - maka tunggulah kehancurannya.

Seruan saya mudah - ahli-ahli UMNO perlu melupakan sengketa sesama mereka, kita sudah tidak ada masa lagi untuk bergaduh dan tuduh-menuduh. Tumpukan perhatian kepada musuh. Ingar! ahli politik yang berjaya adalah mereka yang berjaya menjadikan musuh sebagai kawan! Sebagai ahli UMNO, kita boleh mengkritik mana-mana pemimpin parti kita yang terkeluar daripada landasan perjuangan, tetapi kritikan tersebut biarlah berpada-pada. Elakkan penggunakan bahasa kesat dan celupar serta jangan sesekali menggelarkan mereka dengan gelaran yang buruk - tulislah nama mereka yang sebenar sekiranya kita mahu mengkritik. Kita harus tahu siapakah musuh kita yang sebenar - dalam konteks politik hari ini, musuh negara ialah Anwar Ibrahim. Beliau mesti ditumpaskan. Beliaulah punca segala fitnah yang melanda negara tercinta kita ini. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli UMNO supaya tidak membuat sebarang spekulasi di atas penangguhan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang sepatutnya berlangsung tahun depan. Timbalan Presiden UMNO berkata, seperti yang dijelaskan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, penangguhan itu sudah biasa dilakukan bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya ke arah pengukuhan parti.

“Penangguhan ini bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan oleh perlembagaan parti, selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini. “Jadi, jangan buat sebarang spekulasi, yang mustahak keputusan telah dibuat dan jangan fikir soal pemilihan kerana dalam politik bila ada pemilihan, masing-masing mahu dapatkan kedudukan dalam parti.

“Apa yang penting kini, parti kita UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan. Jangan fikir soal jawatan, kedudukan dan sebagainya. Itu akan kita tetapkan pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara (MTN) di Parlimen di sini hari ini.

Comments

To Live Again said…
Saudara azli..

Ckp mgkn mudh tp pelaksaanya mmg PARAH..Sejak politik wang menular bermula dgn isu pink form dn salam isi yg dimulakn oelh sorang yg mmg kita kenali, perjuangan umno kini semakin kabur..Mujur la ahli2 biasa mcm kita ni msh memndg MATLAMAT umno sbgai pegangan kita dn mujurla kita msh ada 1-2 org pemimpn yg msh blh memimnpn kita spt TS Muhydin sndiri, Dato Mukhriz, Dr.Puad, Tok Pa, DS Anifah dll yg msh kuat pegangan dn jelas tujuan mereka berkecimpung dlm dunia politik ini..

Kalau semua pemimpn umno spt KJ,nazri,khaled nordin dll dh lm umat melayu berpaling tadah 100% dr umno..
azlishukri said…
TLG - saya setuju, inilah perjuangan utama kita, saya berdoa agar kita istiqamah dalam perjuangan.
wanbaki said…
Saudara Azli,
Saya ada dapat info dari seseorang yang rapat dengan Pejabat PM.
Penangguhan ini ada satu muslihat dari PM. sebenrnya ramai menteri2 pun tak tahu tujuan sebanar. Ramai orang tertanya-tanya bila Pengerusi Perhubungan Negeri tak di umumkan. Kabinet tak dirombak. Ini adalah misi jelas yang tak perlu dipertikaikan. Mesti ada sesuatu yang PM nampak dan ini lah masej jelas kepada menteri, AMT, ketua2 bahagian, bakal calon PRU13, ahli UMNO dan rakyat malaysia.

Yang pasti ramai yang kena bankin balik duit cash yang dah di kluarkan tu.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Kejutan Yang Masih Belum Hilang!

Walau apa pun hujah dan alasan yang diberikan - saya tetap berpendirian bahawa BN telah tewas dari segi moral. Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini. Komitmen masyarakat Cina dalam menyokong DAP sangat menakutkan. Mereka bakal menjadi kuasa penentu dan pendesak yang berpengaruh, sekiranya orang Melayu terus berpecah belah. Di sisi lain pula, sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini. Dan keputusan pilihan raya Sarawak hari ini, sebe...