Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Ezam Mohd Noor 2010 : Ke Mana Khairy Selepas Ini?

Ezam Mohd Noor 2010 Ke Mana Khairy Selepas Ini? KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut. "Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara. Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang p

PKR Hulu Selangor 2010 : Tolong Sebat Kami!

PKR HULU SELANGOR 2010 TOLONG SEBAT KAMI! HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi. Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok. Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut. Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu uma

UMNO Cabar PAS : Tukar Slogan PAS for All kepada Islam for All

UMNO Cabar PAS Tukar Slogan PAS for All kepada Islam For All KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For Al l yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All . Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya. "Hampir sama tapi tak sama. Kita tidak ciplak. Israel 4 All itu adalah usaha meningkatkan sektor pelancongan negara itu. "Sementara Pas For All pula adalah untuk parti politik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini berhubung slogan parti itu yang dikatakan ada kaitan dengan slogan yang diperkenalkan Israel sebelum ini. Perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan usul bagi merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahi

Hulu Selangor 2010 : Menjawab Tulisan Sayuti Omar

Menjawab Tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) SETELAH 72 jam berlangsung pilihan raya kecil P 094 Hulu Selangor menyaksikan berbagai perisitwa, melucukan, tragis dan juga mendebarkan. Dalam tempoh hari separuh pilihan raya itu ia telah mula memberi petunjuk siapa yang akan memenangi pilihan raya berkenaan. Hari mengundi ialah 25, Sabtu ini. Dari dua kali tinjauan langsung saya ke sana ia memberi gambaran jelas bahawa sokongan kepada Zaid Ibrahim semakin meningkat. Ini didasarkan kepada kehadiran orang ramai di majlis-majlis ceramah yang melibatkan beliau, Anwar Ibrahim dan pemimpin parti-parti Pakatan lain. Begitu juga sambutan kepada orang kepada Zaid sewaktu beliau membuat lawatan mengejut di tempat-tempat awam dan ke kampung-kampung pedalaman. Jauh di pedalaman rakyat seperti menanti-nanti kehadiran Zaid. Tidak melampau dikatakan pencalonan Zaid memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor. Paling ketara ialah masyarakat Cina dan India. Orang Cina yang sinonim dengan MCA sebelum

10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak di Hulu Selangor

10 Sebab Zaid Ibrahim Mesti Ditolak Di Hulu Selangor! HULU SELANGOR 13 April – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang pernah memperlekehkan konsep ketuanan Melayu diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini. Pencalonan Zaid yang dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis ceramah di Pusat Komuniti Serendah di sini malam ini. Pengumuman itu sekali gus menutup peluang Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md. Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat yang turut disebut-sebut mempunyai potensi sebagai calon. Anwar sewaktu berucap berkata, Zaid dipilih kerana PKR mahu meletakkan calon yang sudah teruji dalam politik. Katanya, Zaid mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana sanggup meletakkan

Tuan Guru Harussani 2010 : Jalan Semakin Berliku

Tuan Guru Harussani 2010 Jalan Semakin Berliku IPOH 12 April – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain. “Apatah lagi kewujudannya adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang telah ditentang dan ditolak umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mengulas lanjut Harussani menegaskan, keputusan menolak penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 hingga 8 April lalu. Katanya, perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif. Menurut beliau, setiap agama y

PTPTN 2010 : Masa Untuk Berubah

PTPTN 2010 Masa Untuk Berubah KUALA KRAU, 12 April: Kerajaan digesa tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pinjaman tersebut ditukar statusnya kepada biasiswa sepenuhnya. Demikian kandungan usul Dewan Muslimat yang dibawa dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau kali ke 24 yang diadakan di Darul Hikmah, dekat sini, semalam. Ini kerana menyedari tentang pentingnya rakyat mendapat pendidikan tinggi hingga ke peringkat universiti dan menyedari tentang pentingnya modal insan yang intelektual, inovasi dan berdaya saing dari aspek ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang. “Menyedari tentang bebanan tanggungjawab kos yang sangat tinggi, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-24 yang bersidang pada hari ini menggesa pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima PTPTN yang membuat bayaran balik segala pinjaman yang mereka perolehi atau menuka

Anwar Ibrahim 2010 : 36 Jam Sebelum Bencana!

Anwar Ibrahim 2010 36 Jam Sebelum Bencana KUALA LUMPUR 8 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memperdaya ulama Mesir, Prof. Dr. Yusof Qaradawi berhubung dengan kes liwat yang sedang dihadapinya. Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, jawapan Yusof seperti tersiar dalam cakera padat video (VCD) yang kini diedar oleh PKR itu sebenarnya diberi berdasarkan pada soalan Anwar secara am. Menurutnya, soalan Anwar tentang pandangan syarak mengenai pertuduhan fitnah tanpa bukti dan saksi itu sudah pasti dijawab oleh Yusof secara jujur tetapi tanpa mengambil kira keterangan daripada mangsa dalam kes liwat Penasihat PKR tersebut. ''Sedangkan dalam kes ini saksinya ialah mangsa sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan dan buktinya adalah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekali gus ia bukanlah suatu fitnah. ''Kini VCD yang memaparkan jawapan ulama itu sedang hebat disebarkan ke seluruh negara. Siri cera

Hulu Selangor 2010 : Di Sini Jalan Mula Lurus

HULU SELANGOR 2010 Di Sini Jalan Mula Lurus SHAH ALAM 7 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat atas semangat setiakawan dalam BN memandangkan kerusi Parlimen Hulu Selangor adalah milik MIC sebelum ini. Bagaimanapun katanya, penentuan calon hanya akan dilakukan selepas beliau selaku Pengerusi BN Selangor mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu. ‘‘Beri kepercayaan kepada saya untuk pilih calon terbaik. Jangan fikir soal siapa jadi calon tetapi buat kerja. Tolong jangan leka dan malas. ‘‘Saya minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau memang, bukan MIC menang tetapi BN (juga) menang,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen BN Selangor di sini hari ini. Selain Samy Vellu, tur

Anwar Ibrahim 2010 : Lemas Dalam Lubang Taik

Anwar Ibrahim 2010 Lemas Dalam Lubang Taik KUALA LUMPUR 6 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel. Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan. “Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut. “Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan. Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas

Dr. Asri Ketua Dewan Ulama UMNO?

Dr. Asri Ketua Dewan Ulama UMNO? KUALA LUMPUR, 5 April (harakahdaily): Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya. Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka. Akim ditubuhkan pada tahun 1995 ekoran tindakan PAS terhadap ketuanya, Musa Salleh. Dalam pilihan raya umum 1999, Akim bertanding dua kerusi parlimen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh namun kalah kedua-duanya. Presidennya, Hanafi Mamat menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh namun hanya mendapat 92 undi sahaja. Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru. Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekor

PKR Bakal Taja 10 Calon Bebas dengan Nilai RM10 Juta?

PKR TAJA 10 CALON BEBAS DENGAN NILAI RM10 JUTA? KUALA LUMPUR, 2 April: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Islmail berkata, kemungkinan calon Bebas akan ditaja oleh pihak tertentu dalam BN menyertai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. "Kalau calon Bebas muncul, itu tentunya ditaja oleh proksi tertentu dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional sendiri," katanya. Beliau yang juga berkata, beberapa maklumat dalaman Umno memberitahu bahawa beberapa pihak di kalangan akar umbi Umno sedang merebut kerusi Parlimen P094 itu, iaitu kerusi tradisi MIC. Sumber tersebut juga memberitahu, sejak nama Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel disebut-sebut sebagai calon BN di situ, beberapa pihak dalam kalangan pemimpin Umno telahpun menyuarakan rasa tidak berpuas hati. Tuntas dari itu, beliau berkata, kemunculan calon bebas tersebut kelak mungkin disebabkan beberapa konflik tersebut. "Sekiranya tuntutan mereka tidak d