Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Wawancara Khas
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Kedua "Memperkasakan Bahasa dan Bangsa" Oleh Muhammad Azli Shukri Wawancara bersama Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun. Merangkap Exco Pemuda UMNO Malaysia. Wawancara ini sudah disiarkan di dalam Majalah Pelita Bahasa edisi Disember 2008. Pandangan Datuk tentang bahasa Inggeris? Kita harus faham, bahawa hanya melalui bahasa sahaja, kita mampu menguasai ilmu. Dan orang yang menguasai ilmu sahaja yang akan berjaya. Asalnya, bahasa Greek digunakan sebagai bahasa yang menghimpunkan segala macam ilmu falsafah, kemudian berpindah ke bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan kemudiannya berpindah ke Eropah, dan sekarang, bahasa Inggerís menjadi bahasa ilmu pengetahuan, kita harus terima hakikat tersebut. Dunia semakin mencabar, mana-mana bangsa yang tidak menguasai bahasa Inggerís akan ketinggalan. Usaha menterjemah agak terbatas, manakala perkembang ilmu semakin pantas, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Mahu atau ti...
Belajar daripada Mokhzani "Jangan Banyak Berhutang." Oleh Muhammad Azli Shukri (Wawancara ini telah disiarkan di dalam Majalah Dewan Ekonomi edisi Januari 2008) Boleh kah Dato’ terangkan secara ringkas sejarah penubuhan Kencana Petroleum? Kencana Petroleum bertapak sejak 25 tahun yang lalu. Encik Chong Hin Loon merupakan individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan syarikat ini. Sewaktu itu , Kencana Petroleum dikenal sebagai Syarikat HL Engineering yang menawarkan perkhidmatan pembuatan. Sekitar tahun 2001, Hin Loon mula mengorak langkah dengan membeli tanah di Pelabuhan Industri di Lumut, Perak yang bertujuan memajukan dan mengembangkan perniagaannya. Ketika itu, perniagaan yang saya terajui mengalami masalah dan selaku pemegang saham utama syarikat, saya menjual semua saham di Tongkah Holdings dan Pantai Medicare Centre. Keadaan yang berlaku telah merunsingkan fikiran saya. Saya berusaha memikirkan jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan da...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
Penulis bersama Datuk Mukhriz Mahathir " Keris Itu Tersemat Dalam Jiwa Kita." -Datuk Mukhriz Mahathir Ikuti wawancara khas bersama YB Datuk Mukhriz Mahathir bersama saya di Hotel Singgahsana pada hari Rabu 7 Mei 2008 jam 12.00 malam, selepas program Wacana Generasi Muda, anjuran Biro Pengurusan & Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara. Apakah pengalaman Datuk sewaktu pertama kali memasuki Dewan Rakyat sebagai seorang ahli parlimen? Saya tidak tahu bagaimana sidang Parlimen dalam penggal yang lalu. Saya merupakan muka baru dalam parlimen pada kali ini. Tetapi, apa yang saya dapat rasai sepanjang saya menghadiri persidangan parlimen kali ini ialah, saya lihat sikap ahli-ahli parlimen daripada BN sudah kelihatan berubah. Jika dahulu mereka berasa selesa, kini mereka lebih banyak membawa masalah rakyat yang ...

Wawancara Bersama Tun Daim (Siri Dua)

Wawancara Bersama Tun Daim Zainuddin di Wisma YPR pada 15/04/2008 jam 5.00 petang. Tun Daim Dakwa BN Kalah Kerana “Irrational Optimism” Apakah kelemahan utama ahli-ahli korporat Melayu kini, dulu dan mungkin masa akan datang? In my opinion, many Malay businessmen before and even now have no staying power. Their tendency is to relax so quickly or alternatively the moment they are successful in one sector, they will start to get involved in so many other sectors without realizing that one sector is different from the other. In the end, they will be overstretched (financially and management wise) with not enough attention given to any sector at all. At the end of the day, if one wants to be successful, one has to work hard, think smart and not to relax too soon. What is more important is to manage time, manpower and your finance wisely. If they are not able to manage now, I fear that they will not be able ...