Akhirnya..ada juga tokoh yang sedar akan hal ini. Saya sudah lama, bahkan berbuih mulut dalam Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Bahagian Kuala Kangsar, mencadangkan agar peranan PAS diambil alih oleh UMNO, setelah PAS hilang identitinya sejak bersahabat baik dengan DAP. Sama ada suka atau pun tidak UMNO harus sedar bahawa ideologi Islam merupakan fenomena akhir zaman yang wajib didukung dan pasti mendapat sokongan ramai. UMNO wajib menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya bagi menggantikan PAS yang semakin hari, semakin mengikut telunjuk orang-orang kafir. Perjuangan Islam cara UMNO mesti dimartabatkan dengan kaedah dan cara yang dikehendaki oleh umat Islam di seluruh dunia. Sudah sampai masanya, Jabha Ulama UMNO (Barisan Ulama UMNO) ditubuhkan sebagai satu sayap baru atau majlis tertinggi parti yang mengawal selia agenda parti dari semasa ke semasa. Peranan ulama dalam UMNO wajib dinaiktaraf dan bukan sekadar menjadi sekretariat ulama muda atau membaca doa semata-mata.
Memimpin Kebijaksanaan