Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal in
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada sya
Usahawan Melayu Mencari Jalan Pulang Siri Kedua Oleh Muhammad Azli Shukri Mentaliti usahawan Melayu yang sekadar berpuas hati dengan apa-apa yang dikecapi, perlu dikikis dengan memupuk pencapaian tahap cemerlang dalam menguruskan perniagaan. Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin pernah menyatakan hal ters ebut dalam satu majlis, ”Sikap ‘cukup cari makan dan bolehlah hendak hidup’ perlu dikikis,''. Katanya lagi, sikap sebegini tidak akan memberi inisiatif kepada usahawan Melayu untuk berkembang maju dan hanya mengundang masalah kelemahan jaringan sesama mereka pada masa akan datang. Kenyataan bekas Presiden DPMM itu, merupakan sebahagian daripada masalah mentaliti yang dihadapi dalam kalangan usahawan Melayu. Terdapat beberapa lagi sikap, budaya dan mentaliti usahawan Melayu yang dikatakan menjadi penghalang utama untuk mereka berjaya dalam perniagaan, antaranya : Cukup dengan apa-apa yang ada
Usahawan Melayu Mencari Jalan Pulang Siri Pertama Oleh Muhammad Azli Shukri Setahun lalu, ketika merasmikan Kongres Jihad Ekonomi 2007 dan Akademi Kecemerlangan Perniagaan Melayu (Gabex), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia melahirkan rasa dukacitanya terhadap orang Melayu yang menurut beliau masih terlalu lemah dalam dunia perniagaan. Hal ini berikutan sikap bangsa Melayu itu sendiri kurang bersemangat untuk bersaing, mudah putus asa dan ingin cepat menjadi kaya. ‘‘Saya malu. Saya bukan nak peleceh bangsa saya, tetapi sekadar memberi maklum balas,’’ ujar beliau dalam majlis tersebut. Perdana Menteri menekankan bahawa, orang Melayu bukannya tidak boleh berniaga, tetapi mereka perlu membina keupayaan berteraskan ilmu yang boleh memberi keyakinan kepada mereka untuk bersaing dalam dunia perniagaan. Abdullah turut mengingatkan bahawa, orang Melayu tidak boleh terus-menerus bergantung harap dengan kuasa politik yang mereka miliki pada hari ini. Katanya
Mukhriz Telah Menang! Oleh Muhammad Azli Shukri Saya bertemu dengan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen baru-baru ini, ada sesuatu yang telah lama terbuku dalam benak dan fikiran saya, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera antara saya dengan Mukhriz. Sebagai seorang sahabat baik dan penyokong setia beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa yang sekian lama bermain dalam kotak minda saya. Petang itu, setelah Mukhriz bersetuju meluang masa untuk berjumpa, maka saya bergegas ke Parlimen. Tidak sabar untuk saya mendapatkan kepastian daripada mulut beliau sendiri, setelah tersebar fitnah paling ganas terhadap dirinya di Internet sejak belakangan ini. Kepastian dan kebenaran harus segera saya cara dan temui, jika tidak – saya tidak bisa tidur malam. Hampir dua jam saya berbual tentang pelbagai isu, bermula daripada isu bahasa, hinggalah ke isu politik dan ekonomi, semuanya beliau jawab dengan penuh meyakinkan – tiada ragu-ragu – tiada rasa haru biru – semu
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminj