KUALA LUMPUR 27 Julai - Tahap ekonomi semasa Malaysia kini berada pada kedudukan yang cukup sesuai bagi kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Justeru, penganalisis pasaran berpendapat pilihan raya umum wajar dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana khuatir ketidaktentuan ekonomi Eropah dan pergolakan di Asia Barat akan menjejaskan kestabilan ekonomi. Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng berkata, kedudukan ekonomi memang menjadi antara faktor penting yang diambil kira dalam menentukan pilihan raya. Menurutnya, mengambil kira faktor itu, Malaysia memang dalam keadaan terbaik untuk mengadakan pilihan raya pada tahun ini berbanding tahun depan. Jelas Kim Leng, ketidaktentuan ekonomi Eropah dan masalah kemelesetan Amerika Syarikat dikhuatiri akan menjejaskan fundamental di rantau ini dan memberi risiko kepada Malaysia. "Kita khuatir lagi lama masa diambil untuk mengadakan pilihan raya, banyak kekangan dalam aspek eko
Memimpin Kebijaksanaan