March 29, 2013

Harian Metro Tolak Iklan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dicadang Buat Iklan di dalam Harakah

Pelik bin ajaib bukankah dahulu puak-puak ini yang beria-ria memboikot surat khabar perdana yang kononnya suka memfitnah Pakatan Rakyat? Lupakah mereka NSTP tu penerbit surat khabar Berita Harian yang turut dibenci dan kutuk oleh puak-puak ini? Bukahkah dahulu Lim Kit Siang juga pernah menyaman NSTP kerana kononnya NSTP memfitnah beliau? (Klik di sini).
Jawapan kita mudah - Apabila sudah tersepit untuk mendapatkan undi orang Melayu, baru korang cari Harian Metro. Dulu tak sedar diri, sombong. Sekarang pengundi Melayu semakin sedar siapakah sebenarnya DAP. Awat tak buat iklan sahaja di dalam Harakah? Harakah tak laku ke?

Syed Mokhtar al-Bukhari - Taikun Muslim yang Bernasib Malang!

Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka?
(Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain) 

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Skop perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary yang luas dari gula sehingga syarikat komposit telah menjadi topik utama dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR), menandakan siapa dan apakah sasaran blok pembangkang itu jika mereka menang Pilihan Raya 2013. Dalam hampir keseluruhan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemimpin de facto PKR itu menerangkan tentang pengaruh Syed Mokhtar yang berleluasa dan kesannya terhadap ekonomi. 

Dengan menilai sambutan daripada hadirin kebanyakkannya Melayu semasa ceramah Anwar dan acara lain mengenai subjek tersebut oleh PAS dan DAP, kelihatan tiada kasih sayang yang banyak terhadap hartawan ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu, parti tersebut bukan hanya bercakap mengenai Syed Mokhtar akan tetapi termasuk juga Tan Sri Ananda Krishnan dan mereka yang mengawal kumpulan YTL dan Genting. "Kerana salah satu cabaran besar ... adalah untuk menangkis dakwaan Umno, PKR dan PR cuba untuk melemahkan kedudukan Melayu dari segi ekonomi dengan pendekatan yang berasaskan keperluan," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. "Memberi tumpuan kepada Syed Mokhtar adalah untuk mengubah minda dan menangani propaganda Umno ... " tambah beliau.

Rafizi berkata hartawan itu dibangkitkan kerana usaha PKR untuk menjelaskan keperluan beralih daripada dasar ekonomi semasa kerajaan bagi mencapai sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera. Beliau mengatakan kerajaan boleh mencapai sasarannya dengan membantu segelintir Melayu secara ekonomi, akan tetapi menurutnya majoriti daripada komuniti Melayu tidak mendapat manfaat daripada polisi tersebut. Rafizi memberitahu, sepanjang tiga tahun lepas PKR telah menerangkan kepada masyarakat Melayu alternatif lebih baik adalah untuk memperbaiki pendapatan isirumah bagi semua orang, menyedari majoriti orang miskin terdiri daripada masyarakat Melayu. "Apa yang kita tidak mahu adalah satu atau dua jutawan Melayu, kami mahu lihat semua orang mempunyai kehidupan baik dan pendapatan baik," kata Rafizi menerangkan mengenai ikrar pilihan raya PKR untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Apabila ditanya tentang langkah yang akan diambil PKR selepas berkuasa, Rafizi mengatakan terdapat keperluan untuk memperkenalkan undang-undang anti monopoli dan anti persaingan yang lebih keras. "Apabila ini dapat dilakukan, kebanyakkan syarikat yang dimiliki oleh kroni.... perlu berhadapan dengan undang-undang ini dan akan melemahkan cengkaman terhadap ekonomi kita," katanya. Malaysia pada ketika ini mempunyai Akta Persaingan 2010 yang mula digunakan pada 1 Januari 2012 dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). 

Rafizi juga berkata akan terdapat sebuah suruhanjaya awam untuk meneliti kontrak kerajaan dan bebas menentukan jika terma kontrak adalah terbaik untuk kepentingan rakyat. Awal bulan ini, Rafizi mendakwa penjualan firma aeroangkasa yang lumayan CTRM Sdn Bhd kepada unit DRB-Hicom milik Syed Mokhtar tidak dilakukan melalui tender terbuka, mendakwa usaha untuk menswastakan syarikat berkaitan kerajaan akan meminggirkan tenaga kerja Bumiputera. CTRM merupakan anak syarikat Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF) dan telah menunjukkan prestasi kukuh dengan kontrak bernilai RM8.26 bilion dari 2012 hingga 2017. Akhbar The Edge Financial baru-baru ini melaporkan hartawan logistik itu akan bersaing untuk projek baru rel kelajuan tinggi berjumlah berbilion-bilion ringgit, projek kereta api yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor, dan dilaporkan sedang berusaha untuk mengambil alih syarikat keretapi nasional KTM. 

MMC Corp kini secara mempunyai usahasama dengan Gamuda Bhd untuk Massa Rapid Transit (MRT), projek rel terbesar di Lembah Klang, dijangkakan akan siap pada tahun 2017. Kedua-dua syarikat juga bekerjasama untuk projek 329km rel elektrik berkembar menghubungkan Perak dan Perlis yang dijangka akan siap pada tahun ini. Syarikat Syed Mokhtar telah dituduh mengawal perdagangan beras dan gula di Malaysia, dan kepentingan perniagaannya termasuk Malakoff Corp Bhd, pengeluar tenaga bebas terbesar negara.(sumber klik sini).

March 28, 2013

Mengapa Parlimen Masih Belum Bubar? Hujah Khir Toyo Menghampiri Kebenaran.

1. Hari ini merupakan hari terakhir Dewan Undangan Negeri Sembilan berfungsi. Mungkin pada hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Hasan akan mengumumkan pembubaran DUN. DUN juga boleh terbubar sendiri selepas 12 tengah malam ini. Namun saya berharapkan Menteri Besar akan mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Negeri untuk membubarkan DUN. Adalah tugas Menteri Besar untuk memohon perkenan membubarkan DUN. Jika tidak, Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama dalam sejarah pilihan raya negara yang terbubar secara sendiri.

2. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga 28 April ini untuk membubarkan Parlimen. Namun sebelum tarikh tersebut akan terdapat beberapa negeri akan terbubar dahulu seperti Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang DUN pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, terdapat beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang DUN mereka pada bulan Mei 2008.

3. Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak akan membubarkan Parlimen dalam minggu ini. Ini menjadikan kerajaan Negeri Sembilan akan berada di bawah kerajaan sementara untuk tempoh yang agak panjang.

4. Saya dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Negeri Selangor akan membubarkan Dewan Negeri Selangor pada 22 April 2013 sekiranya Parlimen masih belum dibubarkan pada masa tersebut. Tarikh ini tidak menghairankan kerana ia merupakan hari terakhir penggal Dewan Negeri Selangor.

5. Hakikatnya, hak untuk membubarkan DUN Selangor terletak kepada Menteri Besar dan DYMM Tuanku Sultan Selangor. Ia tidak ada kena mengena dengan Penasihat Ekonomi Negeri mahu pun Ketua Umum PKR.

6. Anwar juga mendakwa Najib takut untuk membubarkan Parlimen kerana tidak yakin boleh memenangi pilihan raya umum kali ini.

7. Saya tidak fikir Najib masih belum membubarkan Parlimen kerana takut kalah. Ini kerana kajian dan pemerhatian pelbagai pihak sama oleh jentera Barisan Nasional, badan-badan pemerhati bebas, mahu pun penganalisis politik dan ekonomi antarabangsa meramalkan Barisan Nasional akan kembali memenangi pilihan raya kali ini dengan pencapain yang lebih baik dari tahun 2008.

8. Misalnya, The Economist Intelligence Unit (EIU), sebuah unit penyelidikan majalah terkemuka The Economist, meramalkan Barisan Nasional akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Malahan The Economist menyatakan bahawa pada pandangan pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya jelas akan memihak kepadaBarisan Nasional.

9. Kaji selidik oleh Merdeka Centre dan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) juga mendapati Barisan Nasional akan kembali memerintah kerajaan Persekutuan.

10. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kajian pasukannya mendapati Barisan Nasional akan memenangi 160 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang. Sungguhpun saya agak skeptikal dengan kajian ini, namun ia bukanlah mustahil.

11. Malahan Tun Daim Zainuddin sendiri yang terkenal dengan bacaan politik beliau yang sangat ampuh juga meramalkan BN akan menang dalam pilihan raya kali ini.

12. Berdasarkan pandangan pelbagai pihak dalam dan luar Negara, kajian bebas atau dilakukan oleh parti, BN akan kembali memerintah Malaysia untuk lima tahun akan datang. Justeru tidak timbul andaian dan tuduhan Anwar Ibrahim bahawa Najib tidak membubarkan Parlimen kerana takut kalah.

13. Soalan ini agak sukar untuk dijawab. Hanya Allah dan Perdana Menteri sahaja yang mengetahui sebab sebenar. Namun berdasarkan kenyataan-kenyataan beliau sejak beberapa bulan lalu, nyata beliau mahu menggunakan masa yang ada untuk memastikan idea, falsafah dan pelan transformasinya dirasai oleh majoriti rakyat.

14. Saya fikir apa yang Najib mahukan sekarang ialah kemenangan 2/3. Untuk mendapat kemenangan 2/3 agak sukar berbanding sekadar untuk menang. Sebab itu beliau mengambil masa yang lebih sedikit untuk membuktikan kebolehan beliau dan meyakinkan sebahagian rakyat yang masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

15. Beliau dilihat seolah-olah tidak cukup masa untuk meyakinkan majoriti rakyat agar memberi kemenangan 2/3 kepada Barisan Nasional. Ini tidak menghairankan kerana hanya pada 3 April tahun ini genap empat tahun pentadbiran beliau. Ini bermakna beliau kekurangan setahun untuk penggal pentadbiran penuh.

16. Oleh kerana beliau mengambil alih pentadbiran dalam keadaan parti yang lemah dan berantakan, pentadbiran yang dikritik hebat dan hampir dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya 2008, tugas Najib tidak semudah disangka.

17. Selain itu, keengganan Najib membubarkan Parlimen lebih awal mungkin beliau bimbang Pakatan akan cuba membuat tindakan tidak beretika seperti melewatkan pembubaran DUN Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

18. Jika ini berlaku dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mahu mengadakan pilihan raya serentak maka masa kerajaan Persekutuan sementara boleh mencecah sehingga dua bulan. Ini boleh memberi kesan serius kepada ekonomi dan pentadbiran Negara. Malahan masa yang sedemikian panjang boleh mengancam keselamatan sekiranya kempen politik menjadi kian panas.

19. Justeru saya fikir Najib akan hanya membubarkan Parlimen seawalnya selepas ulang tahun keempat pentadbirannya pada awal April ini atau menunggu sehingga saat akhir, sekaligus mengelakkan Pakatan melakukan taktik memanjangkan masa pilihan raya untuk menimbulkan ketegangan kepada rakyat.

20. Tindakan Najib untuk memenuhi penggal yang ada harus dipuji bukannya dikritik. Ini merupakan catatan demokrasi yang penting kepada Negara ini. Perdana Menteri memilih untuk mengabaikan keistimewaannya untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut.

21. Bukankah selalunya pembangkang menuduh tidak mempunyai cukup masa berkempen dan menuduh Barisan Nasional tidak professional kerana mengumumkan pilihan raya mengejut? Sekarang apabila semua orang sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan, tiada unsur kejutan lagi, Pakatan masih tidak berpuas hati. Apa yang mereka mahukan sebenarnya?

22. Ramai juga yang bertanya kepada saya, mengapa Anwar begitu beria-ia mahukan pilihan raya segera sedangkan masanya memang telah pun hampir tiba. Apakah kerana beliau yakin akan menang atau takut banyak lagi isu terbongkar dan makin ramai yang meninggalkan Pakatan nanti?

21. Wallahhualam! Hanya Allah yang maha mengetahui. — www.drkhir.com

March 15, 2013

Tahniah! Dato' Baha

PUTRAJAYA 15 Mac - Tokoh bahasa dan budaya Melayu, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) diumumkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan Baharuddin dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, majlis pengurniaan anugerah itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi. "Pemilihan calon-calon untuk Sasterawan Negara berdasarkan sumbangan mereka melalui karya dan pemikiran terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera dan impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

"Panel telah mengadakan beberapa perbincangan untuk meneliti sumbangan dan kekuatan calon, dan akhirnya panel memilih Baha Zain sebagai penerima anugerah kali ke-12," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel Anugerah Sastera Negara ke-12 di sini hari ini. Muhyiddin berkata, dengan penganugerahan itu, Baharuddin akan dikurniakan watikah penghormatan negara, wang tunai RM60,000, penerbitan 50,000 naskah buku atau nilai harga buku berjumlah RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. "Beliau juga akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan dan keselesaan untuk mencipta karya sastera, kemudahan menerbitkan karya dan penterjemahan karya yang sesuai ke bahasa asing," katanya. 

Baharuddin dilahirkan di Hutan Melintang, Perak pada 22 Mei 1939 dan mendapat pendidikan awal di Sabak Bernam, Selangor hingga tahun 1949. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada 1963, beliau bertugas di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Pada tahun 1966, beliau menyambung pengajian di Fakulti Sastera, Universiti Indonesia, Jakarta. Baharuddin juga pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010), dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011). - UTUSAN

March 5, 2013

Dokumentari Sejarah Penubuhan Skuad Komando VAT 69


Sabah : Kepada Siapa Hendak Diberi?

"Jacinto also disturbingly writes that “The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy.” Anwar Ibrahim, a Rizalian scholar, is known as a stalwart against the ruling UMNO party-led coalition in Malaysia. Now we should not be involved in the domestic politics of Malaysia.-" The Manila Times (teks penuh di sini)

Ulasan saya : Nampaknya, Utusan Malaysia berkemungkinan kalah sekali lagi di mahkamah, sekiranya Anwar Ibrahim meneruskan saman RM100 jutanya ke atas surat khabar perdana itu. Adalah jelas bahawa, pencerobohan "Tentera Sulu" berlaku selepas begitu teruja dengan "tawaran" Anwar Ibrahim untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah dan bukan janji terus Anwar Ibrahim kepada Jamalul Kiram III. Soalnya sekarang - tiada sesiapa pun yang bertanya kepada Anwar kepada siapakah "Kuasa Autonomi"  itu hendak diberikan sebenarnya? Ada sesiapa tahu? Apakah "Kuasa Autonomi" itu hendak diberikan kepada rakyat Sabah secara umum? Atau kepada waris Kesultanan Sulu? Atau mungkin juga kepada kerajaan boneka Pakatan Rakyat sekiranya mereka berjaya merampas Sabah daripada BN? Terlalu banyak janji ditaburkan oleh PR - sehingga kami yakin janji-janji ini bakal memakan diri Anwar Ibrahim sendiri. Anwar sebenarnya membiarkan maksud "Autonomi" itu ditafsir dan difahami oleh sesiapa sahaja mengikut fahaman mereka sendiri. Bahkan lebih malang lagi, janji untuk memberi autonomi penuh kepada Sabah tidak pulak dimasukkan di dalam manifesto rasmi Pakatan Rakyat. 

Selain daripada itu, di dalam laporan yang sama, mereka menulis seperti berikut :

"Malaysian officials earlier suspected the intruders to be members of a Moro rebel group, but Philippine officials said they were unarmed Filipinos who had been promised land."- The Manila Time

Ulasan saya : Siapakah yang sebenarnya menjanjikan tanah kepada para penceroboh tersebut? Atau berjanji menyerahkan Sabah kepada Jamalul Kiram III? Apakah ini yang dimaksudkan dengan janji pemberian autonomi oleh Pakatan Rakyat kepada Sabah? Apakah rakyat Sabah sudah bersedia untuk bersultankan kepada Jamalul Kiram III? Dan sejauh ini, kita telah melihat politik kotor lagi hanyir yang cuba diamalkan oleh Pakatan Rakyat atas nama "JANJI" iaitu "JANJI AKU DAPAT!". Mereka tidak pernah berfikir apakah kesannya janji-janji mereka tersebut terhadap keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini.  

Mengapa Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

"Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami...