Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Maha Suci Allah

MAHA SUCI ALLAH Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya, kerana agak lambat sedikit untuk memberi komen berkenaan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan berkaitan dengan agama Kristian - kelulusan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tersebut sebenarnya tidak hanya "mengejutkan" Mufti Perak, Datuk Seri Harussani semata-mata, bahkan sekalian monyet, beruk, beruang dan semua haiwan dan binatang di hutan-banat pun akan terkejut "beruk" dengan keputusan tersebut. Apakah jenisnya manusia ini jika hal yang sangat asas dalam agama Islam pun, kita seolah-olah masih jahil dan tidak tahu membezakan antara niat menghina dengan niat untuk berdakwah. Kita harus faham kalimah Allah bukan daripada perkataan Melayu yang boleh diterjemahkan menjadi perkataan "Tuhan", itu salah dan terpesong jauh daripada kebenaran. Kalimah Allah adalah daripada bahasa Arab - ia mengandungi makna dan pengertian tertentu - tidak seperti pengertian umum perk

Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 5 (Eksklusif)

DIARI LAWATAN DATUK MUKHRIZ MAHATHIR KE PALESTIN BERSAMA TUN MAHATHIR MOHAMAD Oleh Dato' Mukhriz Mahathir Siri Terakhir (Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 5) Melihat Masjid al-Aqsa dari bumbung rumah itu amat menyedih dan memilukan kerana kami tidak dapat menunaikan solat di sana . Tempat-tempat suci tiga agama agung di dunia – Islam, Kristian dan Yahudi – yang berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa itu sememangnya merupakan simbol kesefahaman yang sedia terjalin antara umat yang menganuti agama-agama ini dahulu. Saya semakin faham dengan apa-apa yang dinyatakan oleh Rabbi Weisz, salah seorang peserta yang hadir ke Persidangan Keamanan di Palestin anjuran Aman Malaysia di Putrajaya baru-baru ini, bahawa Rejim Zionis tidak boleh dimaafkan kerana mengakibatkan permusuhan dalam kalangan umat Islam, dan Yahudi yang dahulunya dapat hidup berjiran dalam keadaan aman damai. Beliau mengingati kita bahawa sewaktu Kristian Eropah melancarkan pogrom , iaitu tindakan m

Berguru dengan Mukhriz

Berguru dengan Mukhriz Oleh Muhammad Azli Shukri No 1 yang dimiliki oleh Datuk Mukhriz Mahathir dalam kertas pengundian untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilihat sesuatu yang sangat signifikan. Mengapa saya berkata begitu, kerana, setiap sesuatu yang berlaku sama ada kita sedar mahupun tidak, sesungguhnya ada tanda atau "signal" yang perlu ditafsir dan diselidiki. Umpamanya, kita tidur - sebelum kita tidur, terdapat tanda-tanda bahawa kita ingin tidur, seperti kita mula menguap berkali-kali, mata semakin mengantuk, badan semakin tidak bermaya dan sebagainya. Semua tanda ini membawa kita untuk tidur. Begitu juga dengan kejayaan dan kemenangan - ada tanda dan signal yang perlu kita fahami, baik yang berupa tersurat mahupun yang tersirat. Dalam hal tersebut - saya memerhatikan bahawa Datuk Mukhriz mempunyai tanda-tanda tersebut - beliau mempunyai tanda untuk menjadi pemimpin besar negara pada satu hari nanti, saya dapat rasakannya. Dengan no 1 yang beliau terima baru

Inilah Syaitan

Inilah Syaitan Oleh Muhammad Azli Shukri Mohon ampun dan maaf, jika kali ini saya tidak berupaya lagi menahan amarah. Tiada apa-apa pun yang mampu membuat saya terlalu marah, melainkan jika agama dan nama Tuhan kita - Allah dipersenda dan dipermainkan semahu-mahunya. Jika hati kita masih tiada rasa benci dan sensitif, dengan apa-apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini, maka saya tidak berupaya lagi menilai di manakah letaknya nilai iman kita kepada Allah. Hati saya dan umat Islam seperti dicarik-carik dan dihiris-hiris dengan pisau tatkala keputusan kerajaan Pulau Pinang - di bawah Ketua Menterinya Lim Guang Eng mewujudkan Majlis Perundingan Antara Agama, yang didakwa telah ditubuhkan pada tahun lalu ( Malaysiakini melaporkan bahawa Lim Guang Eng menafikan kewujudan majlis ini dan ingin menyaman Utusan boleh percaya ke cakap Guang Eng ini? saya daripada dulu lagi tidak mempercayai cakap pemimpin-pemimpin DAP) , sekaligus meletakkan agama suci kita yakni - ISLAM setaraf

Apa Salahnya Mukhriz?

Apa Salahnya Mukhriz? Nampaknya, apabila fikiran sudah tidak waras lagi, maka yang datang menghantui fikiran adalah sifat amarah dan berburuk sangka. Inilah yang berlaku apabila terdapat banyak blogger yang mendakwa, kenapa dengan tiba-tiba sahaja, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dihormati dan disanjungi sebagai pemimpin agung dalam eranya (kata-kta ini terbukti satu fitnah kepada Mukhriz, beliau tidak pun menyebut pemimpin agung)?, hal ini menurut para blogger yang membenci Tun Mahathir dan keluarganya – membuktikan sikap talam dua muka Datuk Mukhriz Mahathir, yang menurut mereka, Mukhrizlah orang pertama yang beria-ria mahukan Abdullah meletakkan jawatan dengan segera, dan kini beliau pula yang memohon agar Abdullah dihormati selepas beliau bersara kelak sebagai pemimpin UMNO yang berjasa kepada parti. Apakah salah kenyataan Datuk Mukhriz itu? Lihat laporan tersebut : “Hari ini, beliau meminta semua rakyat terutamanya ahli U

Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri Ke 4

DIARI LAWATAN KE PALESTIN DATUK MUKHRIZ BERSAMA TUN MAHATHIR MOHAMAD Oleh Dato' Mukhriz Mahathir Siri Kedua (Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 4) Penduduk Palestin kini terpaksa berpindah ke kawasan tembok yang bersebelahan dengan Palestin apabila mendapati tembok tersebut telah memisahkan mereka daripada jiran dan saudara-mara mereka. Selain daripada itu, Israel turut membina sistem lebuhraya yang ditinggikan sehingga memisahkan kawasan dan daerah-daerah Palestin. Kesemua kawasan yang terangkum dalam tembok tersebut pula menjadi tanah jajahan Israel, termasuk Baitulmaqdis. Betapa sedihnya realiti di belakang muslihat pembinaan tembok ini – pemaksaan penduduk Palestin ke daerah-daerah Palestin yang kian mengecil dan pembentukan negara Israel yang bertambah luas. Walaupun rundingan yang diawasi Washington sedang diadakan antara Palestin dengan Israel, hakikatnya, semua mengetahui bahawa hanya Israel akan menentukan kesudahan masalah ini. Sebagai kuasa yang jauh lebih

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap

Kenali Datuk Mukhriz Mahathir Siri 3

DIARI LAWATAN KE PALESTIN DATUK MUKHRIZ BERSAMA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Siri Satu (Kenali Datuk Mukhriz Siri 3) Oleh Dato’ Mukhriz Mahathir Penyelaras Aman Malaysia merangkap Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sempadan Jordan-Palestin, Pintu masuk Allenby, Jericho “Welcome to Israel ”. Itulah yang tertera pada borang kemasukan imigresen di kawasan tanah Palestin yang dijajah oleh Rejim Zionis Israel . Walaupun kawasan ini bersempadan dengan dua negara berjiran, Jordan dan Palestin, selain terletak di kawasan paling timur dari Israel, tidak seorang pun rakyat Palestin yang menjadi pengawal, pegawai kastam atau imigresen untuk mengawasi keluar masuk pelawat di antara dua buah negara ini. Kesemuanya orang Israel . Kami hairan kenapa Israel yang menguasai pintu masuk ini, walhal kami ingin melawat Palestin dan bukannya Israel . Dari pintu masuk ini lagi, kami sudah dapat mengagak tahap ketidakadilan

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke n

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam – apabila dengan sengaja menyamakan perkataan “Tuhan” dengan “Allah” dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia – yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita – mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik – harus bertegas dan serius mempertahan ag