Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Mahathir Menyerang Lagi...

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina. “Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit. 

Kita Tetap Yakin Kepada Allah - BN InshaAllah Menang Besar

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah. David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas. Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama . Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam. Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang. "Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk me

Setelah Puas "Membelasah" Syed Mokhtar al-Bukhary, Kini Mokhzani Pula Sasaran Anwar Ibrahim

GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. “Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. “Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu at

Demokrasi Harus Mati!

1. Pernah satu ketika Uthman Al Huwairith mengisytiharkan dirinya sebagai raja kota Makkah setelah mendapat dukungan kerajaan Rom, namun akhirnya dia mati dibunuh.  2. Malah semasa Rasulullah SAW berdakwah, Uthbah Ibnu Rabi’ah datang kepada Nabi lalu menawarkan jawatan raja kota Makkah kepada Baginda dengan syarat berhenti sebar Islam. Dua kes ini menunjukkan Makkah tidak memiliki raja atau ketua negara, sebaliknya Makkah menjalankan sistem Demokrasi Perwakilan. Majlis mala’ dalam Darul Nadwah 3. Makkah mengamalkan sistem Perwakilan dipanggil Mala’ yang bersidang di Dewan Darul Nadwah. Ahli Majlis Mala’ terdiri daripada setiap ketua kabilah di Makkah. Al Fasi menyatakan, setiap keputusan dibincangkan dalam Darul Nadwah perlu mendapat persetujuan wakil-wakil Mala’ yang lain, barulah keputusan akan dilaksanakan dan diterapkan ke atas penduduk Makkah. (lihat: Syifa’ al Gharam). 4. Oleh kerana itu Jawwad Ali menetapkan ada persamaan antara sistem pentadbiran

13 Hujah Terakhir Tun Daim Sebelum PRU Ke-13

1. Tun Daim berpandangan bahawa BN akan memenangi PRU ke-13 dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU ke-12 (tetapi tidak pasti sama ada mampu memperoleh 2/3 majoriti). 2. BN bakal kehilangan beberapa DUN dan Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak. 3. BN akan memperoleh kembali beberapa kerusi parlimen di Selangor, Kedah dan Kelantan. 4. BN kembali berkuasa di Selangor dan Kedah. 5. BN masih tetap tewas di Kelantan dan Pulau Pinang. 6. Peluang sama rata antara BN dengan PR dalam usaha memerintah Perak. 7. Masalah utama PR adalah tidak berupaya menunaikan janji-janjinya selama ini. 8. Tun Daim menasihat kaum Cina agar bijak mengundi pada kali ini, tanyanya "Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN?,” 9. Pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu banyak menguntungkan BN. 10.  Pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan. 11. DS Najib lebih bijak dan diyakini, berbanding Anwar yang lebih