Skip to main content

Apabila Ulama Muda PAS "Haramkan" Buku Ulamanya Sendiri

Inilah jadinya apabila terdapat segelintir ulama muda PAS yang mahu menunjuk pandai dan bijak, sehingga tidak dapat membezakan antara buku yang ditulis atas dasar akademik dengan buku yang ditulis untuk bacaan umum. Buku Menuju PAS Baru, tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa adalah buku kritikan sosial untuk bacaan umum, ia hanyalah pandangan dan pendapat peribadi penulis semata-mata, tidak perlu kecoh sampai perlu memanggil 32 pakar syariah untuk memperdebatkannya, buang masa dan tenaga sahaja.

KUALA LUMPUR, 9 Dis ─ Buku terbaru Dr Mujahid Yusuf Rawa, “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang berada di pasaran sejak September lalu mencetuskan kontroversi dengan Ulama Pelapis parti Islam itu mahu beberapa perkara yang diketengahkannya dikaji semula. Ahli jawatankuasa Ulama Pelapis Azharudin Mat Said berkata, keputusan itu diambil oleh 32 pakar syariah dari seluruh negara, yang merupakan anggota sayap itu, pada stau muzakarah mengenai buku tulisan Mujahid di ibu negara, Ahad lalu.

“Kami tidak menolak bulat-bulat buku ini tetapi ada beberapa perkara yang yang perlu diteliti semula... ini keputusan 32 pakar syariah, mereka merasakan ada perkara yang perlu dikaji semula,” kata beliau pada diskusi mengenai buku itu yang diadakan di sini malam tadi.

“Ya memang buku ini mencetuskan polemik baru, ada pandangan mengatakan bahawa buku ini diluluskan oleh PAS... itu yang kami terima sebagai maklum balas,” katanya yang membahaskan buku itu dari sudut syariah. Muzakarah itu juga mendakwa kandungan buku itu tersasar daripada keadaan sebenar dalam PAS. Sehubungan itu kata beliau, pihaknya kemungkinan akan mengeluarkan satu buku bagi menjawab hujah-hujah yang diketengahkan oleh Mujahid.

Hasil muzakarah dijangka akan dikeluarkan secara rasmi dalam beberapa hari lagi. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat hadir sama pada majlis diskusi, yang majoriti hadirin merupakan golongan mula. Ketika menjawab kenyataan mengenai keputusan itu, Mujahid berkata, “saya menghormati keputusan itu, tetapi keputusan itu dibuat tanpa memanggil penulis untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam buku.”

Beliau yang kelihatan telah menjangkakan implikasi sedemikian kemudian memberitahu The Malaysian Insider, “ini sebahagian daripada pandangan yang diterima.” “Kita ada pelbagai pandangan mengenai hujah yang saya ketengahkan dalam buku... anda sendiri telah menyaksikan keadaan ini malam ini,” kata Mujahid yang ayahnya merupakan bekas presiden PAS. Buku itu diterbitkan oleh The Malaysian Insider. “Banyak perkara kena tengok balik, tapi bukan kami hendak menolak... usaha Dr Mujahid ini kami hargai.

“Ini kematangan yang kita amalkan dalam PAS, di mana kami berbincang,” katanya lagi. Dalam bukunya, Mujahid mengesyorkan agar PAS yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.” Kata beliau, PAS perlu menonjolkan ciri-ciri nasional yang mampu memberi keyakinan kepada orang ramai tentang komitmennya terhadap tonggak negara bangsa.

“Persoalan ini timbul berlatangbelakangkan persepsi yang ditanggap oleh orang ramai bahawa PAS bukan parti nasional yang ada kaitan dengan semangat negara bangsa, malah dakwaan PAS keluar dari kerangka perlembagaan dan kebimbangan PAS tidak membawa aspirasi nasional adalah kebimbangan yang berasas,” kata Mujahid dalam buku itu. Mujahid menambah, kebimbangan itu sebenarnya adalah persepsi orang ramai kepada kepada PAS hasil daripada ungkapan-ungkapan pemimpin dan ahli PAS yang seolah-olah menafikan Perlembagaan Persekutuan. Anak bekas Mursyidul Am PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”.

“Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada. “Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Buku itu menggariskan senarai krisis dilalui PAS yang kini berusia enam dekad. Dalam buku setebal 194 halaman itu, Mujahid menambah, kesan silap faham ini menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya keengganan parti untuk menyanyikan lagu Negara Ku atas alasan tidak syariah dan sekali gus menampakkan kurangnya ciri nasionalistik PAS secara simboliknya. Mujahid berkata, sebagai sebuah parti nasional, PAS perlu melihat dirinya berdiri di atas premis Perlembagaan Persekutuan dan untuk menjelmakan premis ini PAS perlu mengambil lima langkah organisasi.

Antaranya ialah memasukkan dalam latihan pengkaderannya satu modul khas tentang Perlembagaan Persekutuan dan membentuk identiti nasional dalam program-program parti melalui simbol yang melambangkan komitmen nasional PAS seperti mengibarkan Jalur Gemilang, menyanyikan lagu Negara Ku. Isu berdiri di atas Perlembagaan Persekutuan dan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negara Ku juga dibangkitkan oleh Azharudin. Menurut Azharudin, perkara-perkara tidak perlu dibangkitkan sebagai syor memandangkan PAS telah pun menjadikan sebagai amalan politik semasa.

“Saya sendiri menaikkan bendera PAS dan juga Jalur Gemilang pada Hari Kebangsaan, begitu juga kami menyanyikan lagu Negara Ku... PAS juga bergerak atas landasan demokrasi yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan (walaupun perjuangan dasar Islam), jadi mengapa perlu meminta agar PAS berubah?” kata Azharudin lagi. “Kalau ada satu dua kes, kita tidak boleh menjadikan ia sebagai senario nasional, ia hanya kes-kes terpencil,” katanya lagi.

Dua langkah lain ialah menuru Mujahid ialah, berpakaian dengan ciri-ciri kebangsaan dan menegaskan dalam pengucapan awam komitmen parti mengikut perlembagaan parti bahawa PAS adalah parti yang berpijak di bumi nasional dan menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif kepada nama-nama yang mudah difahami oleh orang ramai dalam pengucapan awam supaya ekspresi bahasa mudah difahami awam.

Mujahid juga berkata, kepimpinan PAS dalam Lekuk Ketiga perlu mengubah persepsi orang ramai bahawa mereka adalah golongan eksklusif yang memimpin dengan gelaran tertentu. Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Prof Abdul Aziz Bari yang melancarkan buku itu September lalu juga hadir sebagai panel semalam bersama seorang lagi penganalisis politik Dr Ghazali Muhyiddin. Kedua-dua Aziz dan Ghazali mempertahankan hujah dan perkara yang dibawa oleh Mujahid khususnya yang berkaitan dengan Lekuk Ketiga.

Ghazali berkata, PAS sewajarnya melakukan perubahan seiring dengan persekitaran landskap baru politik negara ini. “Lekuk ketiga yang dikatakan oleh Dr Mujahid sudah wujud, memang sudah wujud. Bukan tidak wujud lagi, tetapi sudah wujud,” kata beliau sambil berkata, PAS juga perlu faham hakikat bahawa ia tidak boleh memerintah secara bersendirian. “Sebaliknya PAS kalau hendak memerintah ia perlukan sokongan orang Cina dan India,” kata beliau.

“Jadi, perlu ada PAS yang baru... satu perubahan menyeluruh dalam PAS diperlukan,” katanya. Aziz juga berpendapat PAS juga perlu melalui era baru dengan mempamerkan gaya kepimpinan yang boleh memenuhi keperluan semua pihak. Katanya, kepimpinan PAS perlu memperluaskan kemahiran dan kebolehan mengupas pelbagai isu termasuk soal-soal ekonomi. Malah Aziz juga menekankan tentang ‘kelemahan’ PAS dalam mengendalikan isu pelantikan bukan Islam sebagai timbalan perdana menteri. “Dalam isu jawatan timbalan perdana menteri pun, PAS nampak kelam-kabut,” katanya lagi dilihat merujuk kepada kenyataan Mursyidul Am PAS baru-baru ini.

Comments

Fairosza said…
dulu pas cakap mereka menentang UMNO sbb UMNO ni bersifat kebangsaan.UMNO ditentang sbb dekat namanya ada perkataan kebangsaan.
Tapi bukan ke nasional tu merupakan salah satu perkataan Melayu yg dirosakkan yg bermaksud kebangsaan.
Jadi,memang wajar org PAS menentang parti mereka sendiri.
cakap lain,buat lain
Bukankah salah satu asas perjuangan PAS ialah `Matlamat menghalalkan cara' jadinya mereka akan lakukan sesuatu mengikut tafsiran sendiri!
amieiezam said…
sya tengok kulit buku pun dah senyum, budak@penyokong baru PAS tuh dh pakai seluar pendek...hehheheh...muslimah baru pas macamana pula?
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Carlos Abdullah said…
Masalah kalau agama dijadikan bahan politik. Politik bukan benda hitam putih macam agama.

Pilihan Pembaca

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam – apabila dengan sengaja menyamakan perkataan “Tuhan” dengan “Allah” dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia – yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita – mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik – harus bertegas dan serius mempertahan agama Alla...

Khairy Timbalan Menteri?

Saya tidak mahu komen banyak berkenaan berita di bawah. Sehingga hari ini DS Najib masih belum membuat apa-apa kenyataan berhubung rombakan kabinet yang dijangka berlaku hujung atau awal bulan depan. Sumber yang saya terima memaklumkan hampir 80% berita di bawah adalah benar, cuma ada sedikit penambahan, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi menteri penuh. Namun demikian, kementerian mana yang bakal diterajuinya, masih menjadi tanda-tanya. Walauapa pun alasannya, keputusan muktamad masih berada di tangan DS Najib, semoga rombakan kali ini akan memuaskan hati semua pihak, sekali gus mengembalikan kekuatan BN/UMNO semula. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas-desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak min...