Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Pakatan Rakyat 2011 : Apabila Dunia Adalah Pasaraya

1. Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca blog saya, sebuah rencana yang perlu kita baca dan fikirkan - hasil tulisan saudara Fareed Dawood dari portal Malaysia-Intinct. APABILA MELIHAT BAGAIMANA negara-negara Timur Tengah berjaya dijatuhkan melalui revolusi rakyat, pembangkang Malaysia semakin tidak tahan kemaruk gian lagi merenyam dan geram sangat untuk berkuasa. Saban hari mereka makan tak kenyang, mandi tak basah teringatkan kerusi Putrajaya. Ini bukan baru, malah hidup mati mereka, mungkin juga sejak lahir, bukan untuk Yang Maha Esa, bukan untuk anak isteri, bukan untuk negara, bukan untuk mencari ketenangan menikmati nikmat Allah iaitu keselesaan dan keamanan di bumi Malaysia, tetapi untuk kuasa semata-mata. 2. Mereka tidak kenal erti hidup, mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai keluarga mahupun masa mereka di dunia ini. Bagi PAS yang mereka tahu hanyalah bencikan UMNO. Bagi PKR yang mereka tahu hanyalah Anwar mesti jadi PM. Dan bagi DAP pul

Maaf Tuan! Segalanya Sudah Terlewat

Saya mengucapkan tahniah kepada Zulkifli Noordin yang semakin insaf dan kembali ke pangkal jalan kebenaran. Lima soalan yang beliau kemukakan kepada Nik Aziz tidak mungkin mampu dijawab oleh Mursyidul Am Pas itu, apatah lagi para pemimpin PAS yang lain. Sebenarnya, persoalan kerjasama haram antara PAS dengan DAP sudah acapkali diperbahaskan oleh para ulama. Sebelum ini, Mufti Perak tampil dengan tegas menyatakan bahawa hubungan kerjasama antara PAS dengan DAP sudah sampai ke tahap berkasih sayang - dan ia jelas haram di sisi Islam. Pada hemat saya, kita telah terlewat untuk menyedarkan PAS dan Nik Aziz dalam hal ini. Kehancuran semakin hampir untuk PAS dan para pemimpinnya yang selama ini tidak amanah dengan ilmu yang dimiliki. Baca laporan berita di bawah ini : KUALA LUMPUR 19 Feb. - Bosan dengan permainan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan Islam untuk bekerjasama dengan DAP, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli

Orang Cina Di Malaysia Tidak Pernah Ditindas!

Saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca blog saya berkenaan sebuah rencana menarik tulisan Fareed Dawood dari portal Malaysia-Intinct. Elok rasanya direnungi dan diinsafi. SEMALAM AKHBAR UTUSAN menyiarkan senarai 10 orang terkaya di Malaysia dengan 8 daripadanya adalah dari kaum Cina, seorang Melayu dan seorang India sekali gus membuktikan bahawa kecaman dan kritikan beberapa pihak bahawa kepimpinan dan polisi-polisi di negara ini telah menganaktirikan atau menindas kaum bukan Melayu adalah tidak berasas langsung. Malah apa yang jelas, kaum yang paling kuat merungut dan tidak berpuas hati, iaitu kaum Cina merupakan kaum yang memegang bahagian paling besar dalam pemilikan kekayaan negara. Begitupun mereka, termasuklah beberapa media asing yang sering membantu agenda mereka untuk menguasai sepenuhnya asset negara ini terus membuat kecaman, kritikan dan tuntutan kerana tidak puas hati dengan bantuan kerajaan terhadap kaum Melayu dan Bumiputera. Sedikitp

Unsur Riba Dalam Saman JPJ : BN Gantung Diri Sendiri?

Unsur riba dalam pembayaran kompaun kesalahan lalu lintas bukanlah penyelesaian bijak yang mampu mendidikan rakyat agar lebih berwaspada di jalan raya (baca di sini) . Hakikatnya, unsur riba yang cuba diperkenalkan oleh Kementerian Pengakutan terhadap pesalah-pesalah trafik merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara - bahkan ia juga telah difatwakan sebagai haram oleh ulama-ulama Kerajaan Arab Saudi (baca di sini) . Nampaknya, kerajaan buat "perangai lama" setelah terdapat tanda-tanda rakyat mula kembali menyokong BN/UMNO. Sebelum itu, kerajaan melakukan perkara yang dibenci rakyat dengan memperluaskan kuasa JPJ sehingga boleh menyaman kenderaan di kawasan-kawasan yang selama ini "bebas" daripada campurtangan JPJ - kemudian kerajaan bertindak menyakiti hati rakyat dengan memperkenalkan AES - saman eletronik perangkap had laju bagi menggantikan saman ekor yang membebankan kehidupan rakyat - dan sekarang, sekali lagi kerajaan bertindak tanpa b

Karpal Singh-Lim Kit Siang : Dialog Antara Syaitan!

Pada hemat saya kerajaan dan rakyat wajib bersikap buruk sangka dengan DAP - khususnya Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Kedua-dua tokoh DAP ini sangat perlu dijauhi. Mereka mempunyai agenda dan niat tersembunyi membantu Anwar Ibrahim. Tidak salah sebenarnya umat Islam berasa sangsi dan berburuk sangka dengan DAP - kerana terbukti selama ini DAP adalah sama sahaja dengan PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Lakonan terbaru Lim Kit Siang dan Karpal Singh berhubung isu Ops Lalang yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir baru-baru ini cuba dijadikan modal politik dan diseleweng faktanya oleh kedua-dua tokoh pemimpin DAP itu. Baca laporan di bawah : KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu. Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ah

Memo Untuk Anwar : Panggilan Terakhir Kebenaran!

Sebenarnya sudah terlalu ramai pihak yang membuat analisis berkenaan kejatuhan parti anak-beranak Anwar Ibrahim yang bernama Parti Keadilan Rakyat ini. Bahkan sejak akhir-akhir juga ini, sudah kedengaran suara para bloggers mereka sendiri yang mengakui bahawa PKR dan Anwar sudah tidak lagi mempunyai masa hadapan dalam politik arus perdana. Zaman kegemilangan Anwar Ibrahim dikatakan sudah berakhir - malah beliau sendiri sudah membayangkan untuk lari ke Amerika Syarikat dan menetap di sana, sekiranya beliau disabitkan dengan jenayah meliwat. Portal Agenda Daily mendedahkan kepincangan PKR - yang dikatakan semakin kronik dan menuju ke gaung kehancuran. Baca analisis menarik tulisan Helme Hanafi di bawah ini : KRISIS KEYAKINAN AHLI terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu. Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua caba

Isu Iran Dan Syiah : Apabila Saya Dituduh Jujur!

Izinkan saya berterus-terang, sama ada tuan-tuan suka atau pun tidak - maka ini tetap merupakan pandangan peribadi saya. Ramai juga pembaca yang meminta saya agar mengupas sedikit isu berhubung pergolakan politik yang sedang melanda Mesir dan Tunisia baru-baru ini - Jawapan awal saya adalah mudah, saya sebenarnya malas untuk memberi apa-apa komen tentang politik di negara-negara Timur Tengah, khususnya yang melibatkan Mesir, Iraq, Iran dan Arab Saudi. Pada hemat saya, hampir 90% negara-negara di Timur Tengah merupakan balaci atau khadam kepada Amerika dan Yahudi sahaja. Sejak tercetusnya perang Iraq-Iran, semua orang tahu, pada waktu itu Iran merupakan balaci kepada Amerika. Kemudian, tatkala Iraq menceroboh Kuwait, semua orang tahu, pada saat tersebut Iraq merupakan balaci setia kepada Amerika. Dan sewaktu Amerika menyerang Iraq - Arab Saudi pula yang menjadi khadam kepada Amerika. Realitinya, setelah runtuhnya Daulah Uthmaniah, tiada sebuah pun negara-negar

Apabila Tehran Adalah Mesir!

Setelah pemerintah Mesir dan Tunisia tersungkur rebah ke bumi kerana kebangkitan rakyatnya - kini, gelombang kuasa rakyat menyular ke Iran pula. Sentimen anti-Ahmeddinejad semakin galak kedengaran. Golongan muda Iran mahukan Ahmeddinejad segera berundur daripada tampuk kuasa. Masalah kemiskinan dan ekonomi yang membelengu negara teluk itu, dikatakan berpunca daripada kegagalan Presiden Iran tersebut dalam menguruskan ekonomi negaranya. Baca laporan dan artikel menarik yang ditulisn oleh Zin Mahmud pada tahun 2009 di bawah : TEHRAN 15 Feb 2011. - Berpuluh-puluh penyokong pembangkang Iran ditahan ketika mengambil bahagian dalam sebuah perhimpunan haram di sini bagi menyokong pemberontakan penduduk yang berlaku di Mesir dan Tunisia, semalam. Laman web pembangkang Iran, Kaleme melaporkan, seorang saksi mengatakan bahawa pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan beribu-ribu penyokong pembangkang yang berarak menuju ke

Hari Kekasih 2011 : Hantu Yang Terkebil-kebil!

Saya tertarik untuk berkongsi berkenaan sebuah artikel menarik yang saya petik daripada portal Malaysia-Intinct di bawah ini. Elok rasanya umat Islam di negara ini kembali merenungi agenda tersembunyi DAP dalam berpolitik. Sudah terlalu banyak DAP memperbodohkan umat Islam dan orang Melayu. Cukup rasanya selama ini kita dipermainkan oleh Lim Kit Siang kuncu-kuncunya. Baca rencana tersebut di bawah : 1. KALAU SUDAH NAMA parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini. 2. Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini. Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan

Menyanggah Pandangan Asri : Pergilah Tidur Kecelaruan!

1. Saya yakin sepenuhnya, apa-apa yang berlaku di Mesir, sehingga tersingkirnya Hosni Mubarak dari tampuk kuasa, sama sekali tidak akan berlaku di bumi Malaysia. Saya menolak sekeras-kerasnya kenyataan Mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainol Abidin, yang mendakwa kuasa rakyat yang berlaku di Mesir boleh berlaku di Malaysia, seandainya kebebasan bersuara rakyat disekat oleh pemerintah. 2. Hujah Asri yang menyandarkan bahawa sekatan terhadap "kebebasan bersuara" mampu menyebabkan rakyat bangkit dijalanan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia - pada hemat saya merupakan hujah yang dangkal lagi mengarut. Tiada satu pun kerajaan di dunia ini yang digulingkan oleh kuasa rakyat, datangnya daripada dakwaan "rakyat bangkit dijalanan untuk menjatuhkan kerajaan, semata-mata kebebasan bersuara yang disekat". 3. Sekiranya kita jujur, kita akan temui fakta ini - kuasa rakyat hanya akan bangun secara bersatu dan serentak tanpa putus-putus, seandainya sesebuah negara

Ramalan Terbaru Tun Daim : Beban Sejarah Yang Tergalas!

Mungkin ramalan Tun Daim kali ini sedikit menggusarkan Pakatan Rakyat - atau setidak-tidaknya membuat Pakatan Rakyat melihat kembali tinggi rendahnya bumi dan langit ini. Lufti Othman ada coretan tentang hal ini. Baca laporan di bawah : BEKAS MENTERI KEWANGAN , Tun Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak. Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan ku

Yang Berdosa Itu Bukan Mahathir!

DAP sememangnya sangat terkenal dengan para pemimpinnya yang bertabiat talam dua muka. Karpal Singh sebagai contoh - semasa Anwar Ibrahim masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, orang pertama yang mengemukakan secara rasmi di parlimen berhubung isu liwat TPM itu ialah Karpal Singh sendiri! Beliau juga mendakwa memiliki bukti kukuh berkenaan aktiviti tidak bermoral Anwar itu - Tetapi, malangnya apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan - orang pertama yang membelanya di mahkamah ialah Karpal Singh juga! Soalnya, di manakah prinsip mempertahankan kebenaran yang selalu dilaung-laungkan oleh Karpal Singh dan DAP selama ini? Baca pengakuan Tun Mahathir di bawah.. MANTAN PERDANA MENTERI , Tun Dr Mahathir Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa beliau ada berjumpa dengan pemimpin pembangkang sebelum Operasi Lalang pada 1987 dilaksanakan. “Mereka menipu. Saya tidak ada sebab membuat kenyataan itu kecuali ia benar-benar berlaku. “Tetapi saya tidak menjangka

Peningkatan Jenayah : Karpal Singh Juga Perlu Bertanggungjawab?

Saya agak tertarik untuk berkongsi sama dengan para pembaca blog saya sebuah rencana yang menarik ditulis oleh wartawan Malaysia-Instinct bernama Satu Hala. Kadangkala kita terlupa, sesungguhnya peningkatan kadar jenayah di negara ini turut disumbangkan oleh para peguam yang menggunakan kemahiran putar belit mereka di kamar mahkamah bagi mempertahankan anak guamannya daripada dijatuhkan hukum bersalah atau diringankan hukuman. Seperti yang kita sedia maklum, penjenayah yang mempunyai wang yang banyak mampu sahaja membayar para peguam terbaik bagi mewakili diri mereka, agar kes yang sedang mereka hadapi itu dapat diselesaikan dengan segera. Soalnya, berapa ramaikan peguam di negara ini benar-benar jujur dengan kerjaya mereka? Atau sebenarnya kerjaya peguam adalah mencari wang ringgit dan upah yang tinggi bagi membela sesiapa sahaja termasuklah perompak, pelacur, pencuri, peliwat, perogol dan pembunuh - janji mereka membayar perkhidmatan guaman mereka dengan harga yang tin

Isu Demo Pelajar UM : Kebebasan Salah Mendarat

Kebebasan ada hadnya - dan ada tempatnya. Kita dihantar oleh ibu bapa belajar ke universiti adalah untuk belajar dan bukan untuk berdemonstrasi. Saya percaya semua bekas pelajar Universiti Malaya yang pada suatu ketika dahulu pernah terjebak dengan gejala demonstrasi di kampus universiti, pada hari ini bukanlah golongan yang berjaya di medan pekerjaan. Kebanyakan daripada mereka sudah pun menyesal dan menasihati adik-adik mereka yang sedang belajar di universiti, agar menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Namun demikian, Universiti Malaya sangat terkenal dengan gerakan mahasiswanya yang begitu terpengaruh dengan Parti Pembangkang - tetapi bukan semua. Golongan ini sangat gemar menonjolkan diri dan cuba menjadi hero melalui gerakan demonstrasi dan rapat umum, kononnya mahu membela golongan yang tertindas, tetapi mereka lupa yang sepatutnya ditolong terlebih dahulu adalah diri mereka sendiri. Sikap keras kepala mereka yang tidak mahu bersurai apabila diminta

Nasrudin at-Tantawi 2011 : Jemputlah Masuk Kecelakaan!

Saya sebenarnya sangat benci dengan perangai orang munafik. Di depan cakap lain, di belakang pula, rancangan dan cakap hal lain. Saya sangat pelik dan hairan, mengapa masih terdapat ahli-ahli PAS yang buta mata hati mereka terhadap kebenaran ini. Ingin saya ulangi, Nik Aziz dan barisan tertinggi kepimpinan PAS telah memutuskan sebulat suara bahawa negara Islam dan hukum Hudud tidak ada lagi dalam kamus perjugangan mereka, setelah DAP - melalui lidah Karpal Singh dan Lim Kit Siang menolak mentah-mentah perjuangan PAS tersebut. Lantaran itu - seharusnya para pemimpin PAS, khususnya Ketua Pemuda PAS Pusat - Nasrudin Hassan at-Tantawi tidak perlu lagi sibuk dan berbohong kepada rakyat, kononnya cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam masih lagi menjadi agenda utama, perjuangan parti tersebut! Seolah-olah PAS pada hakikatnya masih lagi tidak puas hati apabila mereka terpaksa menggugurkan hasrat membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud, semata-mata "terpaksa

Bencana Cinta!

Tiada kata-kata yang lebih baik daripada memuji dan mengucap kesyukuran kepada Allah atas keputusan kerajaan Malaysia yang dengan berani melancarkan program anti-Valetine bermula esok. Setinggi tahniah dan sekalung penghargaan juga saya berikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom atas pengumumannya tersebut. Ini merupakan titik mula ketegasan kerajaan terhadap aktiviti maksiat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kepada DAP, ini amaran saya, kalau benar parti tersebut menghormati ajaran Islam, maka tunjukkan sokongan terhadap program anti-Valetine yang dianjurkan oleh kerajaan ini. Baca berita di sini...

Mahathir Tidak Berdosa!

Akhirnya kebenaran terselah juga - kenyataan terbaru daripada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir tidak bersalah sama sekali terhadap penangkapan dan penahanan 106 ahli-ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987, sebaliknya tindakan tersebut adalah atas kehendak pihak polis yang melihat suasana dan keadaan yang boleh mengancam keselamatan negara pada ketika itu. Kenyataan Tun Hanif Omar ini secara tidak langsung menjawab kritikan pedas Lim Kit Siang semalam, yang mendakwa kononnya Mahathir telah berbohong dalam isu tersebut. Saya secara peribadi lebih menyakini kata-kata Mahathir daripada Lim Kit Siang. Maka jelaslah bahawa sepanjang Tun Mahathir mentadbir negara ini, beliau telah memimpin dengan penuh amanah serta tidak suka melakukan campurtangan dalam hal-hal pentadbiran yang berada diluar kemahiran dan kepakarannya. Baca laporan di sini...

10 Ribu Dijangka Hadir : Ummi Hafilda Mulakan Jihad Malam Ini!

kebiasaannya Anwar Ibrahim suka "menelanjangkan" musuh-musuh politiknya - tidak kira di mana, di pentas ceramah, di media massa mahu pun di dalam Dewan Parlimen - memang Anwar Ibrahim sangat terkenal dengan peranginya yang suka "membogel"kan sesiapa sahaja, janji cita-cita politiknya tercapai. Tabiat Anwar yang suka "menelanjang" dan "membogelkan" para musuhnya dikhalayak ramai - akhirnya memakan diri sendiri! Malam ini, bertempat di Jalan Kebun Kota Raja Kelang, satu ceramah besar-besaran akan diadakan bagi "membogel"kan Anwar Ibrahim pula. Sekiranya selama ini beliau terlalu suka melondehkan seluar orang lain. Maka, pada kali ini, seluar beliau pula yang bakal ditarik dan dirobek-robek oleh masyarakat yang sudah begitu muak dan benci dengan segala ragam kemunafikan Anwar Ibrahim. InsyaAllah roadshow pertama Ummi Hafilda Ali di Jalan Kebun Kota Raja Kelang jam 9.30 malam ini, merupakan permulaan kepada kebangkitan rakyat

Isu Kenyataan Zahrain : Kemenangan Yang Gagal Mendarat!

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan pasti berdoa agar Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim berkubur secepat mungkin. Semua orang tahu PKR ditubuhkan hanya untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia - tidak lebih daripada itu. Tidak menghairankan sama sekali berhubung dakwaan bahawa PKR bakal lenyap penghujung tahun ini - perhitungannya sangat mudah, hayat sesebuah parti politik bukan bergantung kepada nama besar para pemimpinnya, tetapi ia banyak bergantung kepada idealisme yang diperjuangkan oleh parti tersebut. PKR adalah contoh sebuah parti politik yang tidak memiliki apa-apa idealismenya - memperjuangkan keadilan dan menghapuskan rasuah bukanlah idealisme - ia hanyalah retorika politik yang rapuh dan bisa sahaja memakan diri sendiri. Anwar hanyalah seorang pejuang jalanan yang berbakat dan bukan seorang pemimpin yang mempunyai kekuatan idealisme. Seorang pemimpin politik yang disegani dan dihormati bukanlah bergantun

Jawapan Siapakah Wanita Misteri Ini!

Gambar wanita serba misteri ini telah tersebar secara meluas di laman-laman facebook dan blog - semua nada ceritanya adalah sama, tunggu dan tunggu pendedahan yang akan mengejutkan berkenaan wanita yang sudah pun gambarnya "tersiar lebih awal" daripada rancangan asal. Sayang, sumber original yang mengetahui asal-usul kisah duka lara wanita tersebut, tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Tanpa berselindung, saya akui kisah yang bakal didedahkan oleh tuan empunya cerita berhubungan wanita di atas - tidak hanya menghancur-lumatkan politik Anwar Ibrahim, bahkan cerita dan hikayat di sebalik gambar wanita manis tersebut bisa sahaja menggegarkan segenap jantung dan urat nadi rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran. Hikayat Si Wanita Misteri ini - seratus kali ganda lebih menakutkan daripada apa-apa yang telah dialami oleh Saiful Bukhari, Sukma, dan Azizan - hikayat malapetaka ini, InsyaAllah akan dijadikan sebagai pintu keluar Anwar Ibrahim untuk selama-lamanya. Tunggula

PAS Akui Putrajaya Terlalu Jauh...

Akhirnya - kesombongan PAS yang sering mendabik dada kononnya rakyat sudah bersama-sama dengan mereka untuk menuju ke Putrajaya, semakin meleset. Nada para pemimpin PAS tidak lagi sebongkak dahulu - sudah ada tanda-tanda "berpijak di bumi nyata" setelah melihat perkembangan terkini sokongan orang Melayu kepada BN di DUN Tenang beberapa hari yang lalu. Sebelum ini, PAS dilihat begitu ego dan bongkak, serta terlau yakin kononnya formulasi "perpaduan PAS-DAP" mampu meranapkan higemoni UMNO/BN di seluruh negara ini. Tetapi ternyata - perpaduan mungkar yang jelas bertujuan untuk menghancurkan saudara SeIslam itu tidak akan menjadi kenyataan - hal ini adalah kerana niat PAS sudah berubah, daripada jihad ikhlas kerana Allah, kini sudah bertukar untuk mengejar kuasa dan menghancurkan saudara sendiri. Baca laporan di bawah : KUALA LUMPUR, 1 Feb — Keputusan kerusi Tenang yang menyaksikan kekalahan keempat dalam lima pilihan raya kecil sejak setahun lalu dan

Jangan Kerana Minyak Naik 10 Sen : Kita Lupa Penyelewengan Tabung Memali

Rupa-rupanya penyelewengan Tabung Memali sememangnya wujud dan benar-benar berlaku. Hal ini diakui sendiri oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad. Pengalamannya di dalam PAS sudah cukup menjadi bukti bahawa Tabung Memali sudah diselewengkan. Sekiranya sebuah "tabung" pun sangat mudah diselewengkan oleh para pemimpin PAS, maka apakah yang akan terjadi, sekiranya negara ini jatuh ke tangan mereka? Fikir-fikirkan sendiri. KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma. Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan. Ujarnya, selama beliau ber