The Last Point KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam membuktikan beliau sanggup berkompromi dalam soal agama demi kepentingan politik. Beberapa tokoh agama ketika dihubungi berpendapat, tindakan tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana umat Islam tidak boleh berkompromi sekiranya timbul isu yang menggugat kesucian agama ini. "Sikapnya itu menunjukkan beliau sanggup berkompromi kerana politik,'' kata bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi artikel bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah" di dalam The Wall Street Journal . Mohd. Nakhaie menjelaskan, penganut Islam sebenarnya bukan mahu memonopoli kalimah Allah tetapi ia memang hak eksklusif umat Islam. "Mana boleh hendak disamakan Allah Ma
Memimpin Kebijaksanaan