Hukum haram mengundi DAP adalah jelas dan bertepatan. Jika PAS mahu melaksanakan hukum Islam dan membentuk negara Islam melalui kerjasama dengan DAP maka ia adalah jelas dosanya. Islam tidak akan dapat dilaksanakan dengan kaum kafir yang terang-terang menghina dan mengutuk Islam. Sebelum ini Mufti Perak sudah lama menunjukkan rasa bimbangnya terhadap penguasaan DAP di Perak, selepas itu semakin hari semakin ramai ulama yang ikhlas bersuara bahawa DAP merupakan sebesar-besar ancaman terhadap Islam dan umatnya. Terbaru Mufti Pahang dan Mufti Negeri Sembilan. Sebelum itu ulama pondok terkenal Tuan Guru Abdullah Sa'amah turut menghukum haram kepada sesiapa yang mengundi DAP.
KUALA LUMPUR 9 Ogos
- DAP boleh menjadi satu ancaman kepada umat Islam di negara ini kerana
pemimpinnya secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam. Penasihat Madrasah Bab al-Khausar, Shahbudin Embun berkata,
sehubungan itu, umat Islam wajar menolak sepenuhnya parti itu kerana ia
bukan sahaja mengancam malah, boleh dianggap musuh kepada umat Islam. "Parti itu perlu ditolak secara total. Kita tidak boleh berkompromi
kerana apabila dikaji dasar perjuangannya iaitu Malaysian Malaysia,
mereka mahukan negara sekular yang non-Islamik. "Maka, kita umat Islam tidak boleh menyokong parti seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa tokoh agama mengenai hukum orang
Islam menyokong parti bukan Islam yang secara terang-terangan menyatakan
tentangan terhadap penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Shahbudin berkata, walaupun Malaysia mengamalkan pemerintahan
bercorak demokrasi yang mengikut acuan Barat, pada hakikatnya ia masih
sebuah negara Islam sejak dahulu lagi. Katanya, umat Islam juga wajar kembali kepada al-Quran bagi merujuk
isu berhubung menjalinkan hubungan dengan orang bukan Islam yang menolak
Islam, bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Yusof Ahmad berkata, umat
Islam pada dasarnya tidak boleh menjadikan orang bukan Islam yang
menolak agama itu secara terang-terangan sebagai rakan kerjasama
terutama di dalam politik. Katanya, ini kerana al-Quran dengan jelas sudah menyatakan mengenai perkara itu. "Secara umumnya orang yang menolak Islam tidak boleh dijadikan rakan
bukan sahaja dalam politik tetapi dalam apa-apa hal sekalipun," katanya.
Pendapat itu turut disokong pendakwah bebas, Zainal Abidin Yahaya
yang berkata, umat Islam wajib menolak golongan kafir yang secara jelas
tidak menerima ajaran Islam. "Tidak perlu tunggu DAP atau sesiapa pun membuat pelbagai kenyataan
bahawa mereka tolak Islam, baru umat Islam mahu menolak mereka. "Ini kerana sudah jelas mereka menolak negara Islam. Kita kena tentang golongan seperti itu," katanya.