Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Mari Kita Mulakan Amalan Ini...

Menjelang Pertemuan Malaysia-Singapura Esok : Rajagobal Ada Fomula Misteri

Izinkan saya memberi komen menjelang perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura, Khamis ini - sama ada kita suka atau tidak, saya yakin dan percaya, Malaysia akan berjaya ke peringkat seterusnya. Walaupun kita tewas 5-3 baru-baru ini, tetapi itu bukanlah penutup kepada segala-galanya. Dalam satu kenyataan, Datuk K. Rajagobal mendakwa bahawa beliau mempunyai fomula misteri dalam berhadapan dengan Singapura malam esok - saya yakin dan percaya, formula misteri tersebut mampu meranapkan keegoan Singapura, sekali gus melenyapkan impian besar mereka. Sekali lagi secara peribadi saya mengucapkan agar pasukan dan anak didik Rajagobal akan terus menunjukkan prestasi cemerlang malam esok, serta tidak mengecewakan para peminat mereka. Go Harimau Malaya Go! Baca berita di bawah: KUALA LUMPUR, 27 Julai — Ketua jurulatih Datuk K Rajagobal berkata, beliau ada formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol d

Tahniah Tan Sri! Kita Memerlukan Lebih Ramai Seperti Ini

Saya mengambil kesempatan secara peribadi mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Hamad Kama Piah yang baru sahaja menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada majalah perniagaan berpengaruh dunia - The Leaders. Sememangnya beliau sangat layak untuk menerima anugerah yang berprestij tersebut. Sekali lagi saya ucapakan syabas dan diharapkan beliau terus berusaha membangunkan ekonomi orang Melayu-Islam ke persada antarabangsa. Doa saya semoga kesihatannya sentiasa terpelihara dan persahabatan kita terus berkekalan. KUALA LUMPUR, 23 Julai — Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Kepimpinan Global di sini. Hamad Kama Piah , yang mempunyai pengalaman 30 tahun di bidang pelaburan dan pengurusan unit amanah, membangunkan PNB dengan aset di bawah pengurusan meningkat berganda dari RM40.7 bilion pada Disember 1997 kepada hampir RM150 bili

Pemalsu Facebook Ungku Aziz Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang?

Syabas sekali diucapkan kepada blog MyMassa atas pendedahan berharga ini. Sudah ratusan kes yang kita dengar berhubung penipuan Pakatan Haram di alam siber. Terbaru nama Ungku Aziz pula dikaitkan. Tanpa rasa berdosa, tergamak mereka mencipta fake Facebook untuk Prof Diraja Ungku Aziz. Memang dah keje pembangkang buat fitnah sampai pak ungku yang baik macam ni pun kena. Yang bestnya, fake profil ini digunakan untuk menghentam Kerajaan seolah-olah datangnya daripada Pak Ungku. Terdesak nak cari sokongan sampai macam tu sekali. Yang bodohnya adalah penyokong pembangkang yang percaya bahawa kata-kata itu datang dari Pak Ungku sendiri. Ini bukan kali pertama pembangkang menggunakan cara keji, mencipta fake FB. Untuk mencapai matlamat menfitnah DS Najib, pembangkang menggunakan kaedah yang sama kononnya ratusan ribu membenci PM sedangkan semua yang sokong itu adalah fake FB. Selain itu, fake FB ini juga digunakan untuk menunjukkan ramai orang bengang kepada kerajaan. Carany

Tengku Razaleigh Hamzah - Nama Yang Tertinggal!

Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan sebuah NGO baru yang dipanggil sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) - apakah tujuannya masih tidak ketahui secara nyata. Namun demikian, yang pasti NGO ini lebih kepada mengembalikan nostalgia zaman pentadbiran Tun Abdul Razak. Pada saya, lebih elok rasanya beliau isytihar sahaja masuk Pakatan Rakyat, banyak prinsip perjuangan beliau yang sudah tidak secocok dengan UMNO. Baca di sini..

PDRM Dedah Lagi Pembohongan Pakatan Rakyat!

Razali Akhirnya Dipecat!

Orang yang cakap betul kena pecat...tapi..ahli DAP yang hina Islam dan tidak hirau sensitiviti umat Islam di Malaysia, dibiarkan bermaharajalela. DAP ini parti yang tiada main amaran-amaran, kalau tak suka sahaja, pecat, ikut suka hati mak bapak mereka. Baca berita di bawah : PULAU PINANG 18 Julai - Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini dipecat daripada parti itu. Menurut Mohamed Razali, 42, beliau menerima surat pemecatan bertarikh 6 Julai 2011 yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai Katanya, berdasarkan surat berkenaan yang diterimanya Rabu lalu, beliau dipecat kerana telah menjatuhkan imej parti. "Saya terima surat pemecatan pada 13 Julai lalu yang dihantar ke rumah lama saya menerusi pos. "Dalam surat tersebut, alasan saya dipecat adalah kerana telah menjatuhkan imej par

Dr Lo'Lo Masih Hidup Jangan Sebarkan Cerita Palsu

Dr Lo'Lo masih lagi dirawat di hospital, tidak benar berita yang menyatakan bahawa Dr Lo'Lo telah meninggal dunia. Cerita tersebut sama sekali tidak benar. Saya merupakan bekas guru kepada anak lelakinya iaitu Muhammad Farhan Aminuddin , dan melalui FaceBook beliau tadi, beliau mengesahkan bahawa ibunya masih hidup dan sedang diberi rawatan rapi. Doakan kebaikan dan kesejahteraan Dr Lo'Lo. Harap, jangan disebarkan lagi kisah palsu ini. Mohon jasa baik tuan-tuan semua. Jazakumullah. Sama-samalah kita berdoa untuknya.

Media PAS Akui Dunia Siber Dikuasai Bloggers UMNO

Nampaknya, peranan bloggers pro-UMNO/Kerajaan semakin dirasai dan digeruni. Realiti penguasaan bloggers Pakatan Rakyat dalam perang siber semakin tumpul dan kurang berkesan. Pelbagai isu yang cuba dimanipulasikan oleh Pakatan Rakyat sudah dapat dihidu lebih awal oleh bloggers-bloggers pro-UMNO, sekali gus memudahkan kami mematahkan serangan mereka dengan lebih awal. Terbaru, senario ini diakui oleh SiasahDaily yang membuat analisis secara jujur bahawa perang dunia siber telah mula ditakluki oleh segerombolan bloggers-bloggers UMNO bagi berhadapan dengan PRU yang akan datang! Baca analisis SiasahDaily di bawah : "SATU MASA DULU, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini. Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara. Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional keli

Fatwa Dr Asri Terkini Diperlukan!

Saya memohon fatwa daripada Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan terbaru Anwar Ibrahim yang mahu melakukan revolusi terhadap pemerintah di Malaysia. Apakah hukumnya di sisi Islam? Mana ulama-ulama yang jujur dalam soal ini? Cepat keluarkanlah fatwa. Janganlah berdolak-dalih lagi. Baca berita di bawah ini : KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas. Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara. "Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhia

Fatwa Terbaru Asri : Demonstrasi Bersih 2.0 Halal Di Sisi Islam?

Nampaknya selepas memperoleh "title" Prof. Madya - ilmu Dr Asri Zainul Abidin sudah jauh tinggi melangit, mengalahkan ilmu para ulama besar Arab Saudi, sehingga tergamak beliau mendakwa golongan salaf yang berpegang kepada hadis nabi yang menyuruh agar tetap taat kepada pemerintah dan mengharamkan demonstrasi jalanan seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, sebagai golongan yang tidak faham akan tujuan dan maksud hadis-hadis nabi tersebut (baca di sini) . Apakah ulama-ulama al-Azhar dan Arab Saudi juga jahil dalam memahami hadis-hadis politik itu? Kerana mereka juga turut mengharamkan perbuatan demonstrasi di Mesir dan di negara-negara Islam lain? Bahkan, ulama-ulama besar Mesir dan Arab Saudi sangat menentang perbuatan demonstrasi yang boleh mencetuskan huru-hara dan pada masa yang sama keadaan tersebut boleh diambil kesempatan oleh pihak ketiga. (Baca di sini) . Apakah ilmu dan kefahaman hadis Dr Asri jauh lebih hebat jika dibandin

Di Mana Kematian Itu?

Mantap.....kalau tidak berbohong dan menipu itu bukan namanya Pakatan Rakyat, tidak sah kalau tiada ciri-ciri tersebut dalam segenap perjuangan mereka. Sekali lagi setelah blog PapaGomo mendedahkah secara terperinci konspirasi jahat mereka dalam memburuk-burukan pihak polis dan kerajaan, kini blog Minda Intelek Melayu pula menyiarakan gambar yang jelas siapakah petualang negara yang sebenarnya.. Baca di sini

Ya Allah, Banyak Ini Duit Yang Habis Beri Mereka Makan?

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim seolah-olah menyampah dan teramat benci terhadap pendedahan pihak kerajaan berhubung jumlah wang rakyat yang terpaksa digunakan bagi memberi makanan dan menyediakan tempat berteduh kepada 1697 tahanan demonstrasi haram Bersih baru-baru ini. Sejumlah RM42 425 diperuntukan daripada wang rakyat, termasuk daripada cukai ahli-ahli UMNO bagi menanggung makan - minum peserta perhimpunan haram Bersih 9 Julai lalu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak. Soalnya sekarang, bersediakah ahli-ahli UMNO menghalalkan duit daripada hasil cukai mereka digunakan bagi membiayai makan-minum para pendemonstrasi haram yang akan diadakan oleh Pakatan Haram pada masa akan datang? Jika sekarang baru ada Bersih 2.0, mungkin selepas ini akan muncul pula Bersih 3.0, 4.0 dan seterusnya, dan berapa banyak lagi duit rakyat yang hendak digunakan lagi bagi membiayai makan-minum para peserta perhimpunan haram seperti ini? Sudikah kita men

Al-Fatihah Untuk Siapa? Papa Gomo Kantoikan Para Pembohong Pakatan Haram

Setinggi-tinggi tahniah kepada PapaGomo yang berjaya mendedahkan kehodohan dan kejahatan Pakatan Rakyat berhubung isu kematian seorang peserta bersih bernama Baharuddin Ahmad - mereka bukan sahaja berbohong, menipu, memfitnah, tidak takut mati - bahkan tidak langsung rasa berdosa dengan penyelewengan yang terang-terang dilakukan atas nama agama. Nauzubillah minzalik. Semoga Allah membalas segala kejahatan mereka dengan sebaik-baiknya. Baca di sini..

Ambiga 2011 : 14 Hukum Jahanam!

Dalam sunyi-sunyi malam ini...sambil kita menanti untuk mengerjakan solat tahajjut..elok rasanya kita kembali merenungi apakah yang sebenarnya yang telah dituntut oleh seorang manusia yang bernama Ambiga melalui IFC terhadap kerajaan Malaysia selama ini. Apakah kita faham akan hakikat perjuangan si Ambiga ini? Atau mata hati kita telah ditutupkan oleh Allah sehingga tidak lagi dapat melihat kebenaran dengan sejelas-jelasnya..MasyaAllah..bacalah kembali dan renungilah apakah tuntutan Ambiga atau IFC terhadap kerajaan di bawah ini...Nauzubillah minzalik...inikah manusia yang kita sokong pada 9 Julai yang lalu? 1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang. 3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalika

Hentikan Kisah Bersih! Tumpukan Kisah Ini Pula!

Sudah- hentikan memberi promosi percuma kepada Perhimpunan Haram Bersih 2.0 yang berlalu dua hari yang lalu. Tiada gunanya kita seolah-olah meraikan "kegagalan" perhimpunan mereka itu berhari-hari. Terdapat banyak lagi isu yang perlu kita tangani, antaranya isu memartabatkan bahasa Melayu. Ada sesuatu yang sangat menarik untuk kita renungi dalam rencana tulisan Ku Seman Ku Hussain di dalam Utusan Malaysia hari ini. Cuba baca di bawah ini : PERJUANGAN memartabatkan bahasa Melayu di negara ini masih belum difahami dengan mendalam oleh banyak pihak. Walaupun bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) adalah bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dari segi perjuangan kebahasaan, banyak yang tidak dapat melihatnya dalam konteks bahasa rasmi bagi sebuah negara. Adalah suatu yang sangat malang apabila pihak yang tidak faham perjuangan kebahasaan ini terdiri daripada kalangan pembuat dan pelaksana dasar. Mereka sepatutnya lebih faham kedudukan

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Menyanggah Semua Analisis Politik Perhimpunan Bersih 2.0 : Jangan Baca Kalau Tidak Suka

Inilah yang aku idam-idamkan.. Rupa-rupanya masih terlalu ramai yang jahil apakah yang sebenarnya terjadi dalam Perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur petang semalam. Masih terlalu ramai penganalisis politik yang gagal mentakrif perhimpunan tersebut dengan tepat dan jujur. Maka, biarlah saya simpulkan analisis politik saya di bawah ini : 1. Perhimpunan Haram Bersih 2.0 adalah perhimpunan suka-suka dan bukan perhimpunan serius. Hujahnya mudah - golongan yang terlibat tahu lebih awal bahawa pihak polis dan kerajaan tidak akan menggunakan kekerasan untuk menghuraikan mereka, seperti mana yang berlaku dalam demostrasi jalanan sebelum ini. Maka, sebab itulah, yang hadir menonton jauh lebih ramai daripada yang terlibat secara langsung dalam perhimpunan haram tersebut. 2. Perhimpunan yang didakwa kononnya disertai oleh semua kaum bukanlah simbol sebuah gerakan massa masyarakat Malaysia yang mahu melakukan reformasi dalam politik, sebaliknya perhimpunan yang disertai pelbagai kau

Hatinya Terlalu Mulia

Saya sangat terharu dengan kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Utusan Malaysia hari ini. Inilah cara dan gaya seorang pemimpin yang mulia hatinya. Tiada benci dan tiada dendam sesuai dengan nama beliau sendiri iaitu Najib yang bermaksud keturunan yang mulia. Najib terlalu penyabar, walau dikutuk, dicaci dan dihina - beliau tetapi bersikap lembut dengan sesiapa sahaja - termasuk dengan Pakatan Rakyat. Pendekatan politik lembut Najib ini sangat digeruni oleh Anwar Ibrahim dan kncu-kuncunya, Tahniah Datuk Seri! Sebenarnya, pentadbiran kerajaan UMNO/BN tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk berhimpun, tetapi jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan yang menyusahkan orang tua, orang sakit yang mahu ke hospital, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung yang bekerja - semua ini menyusahkan kehidupan mereka semua. Dengan 2000 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, rakyat secara majoritinya membenci perhimpunan Bersih yang dilihat lebih banyak membawa kerosa

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

"Perhimpunan Bersih 2.0 Haram, Peserta Perhimpunan Harus Bertaubat" - Majlis Fatwa Kebangsaan

Itulah akibatnya menyokong sesuatu perbuatan tanpa ilmu. Apa-apa sahaja yang disuruh oleh si Ambiga itu, semua penyokong Pakatan Rakyat ikut dan taat - tidak ubah seperti seekor lembu yang dicucuk hidung. Sekarang - tidak pasal-pasal para penyokong tegar PR yang bakal menyertai Perhimpunan Haram Bersih 9 Julai ini diminta bertaubat nasuha. Inilah akibatnya apabila tiada ilmu agama dan bertakliq buta kepada ulama-ulama PAS. Berita terkini Majlis Fatwa Kebangsaan meminta peserta Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini agar bertaubat. Baca berita ini..

Dari Daerah Zeni Ke Buku Shit!

Sayang sungguh nasib Sasterawan Negara yang terkenal ini - kerana mudah dipengaruhi oleh orang lain, akhirnya telunjuk parti pembangkang juga yang diikutinya. Bukankah lebih mulia sekiranya A. Samad Said menggerakkan massa bagi mempertahankan novel Interlok karya Abdullah Hussien yang dihina daripada bersekongkol dengan para pengkhianat negara seperti si Ambiga ini? A. Samad Said tidak perlu menyalahkan pihak lain - realitinya beliau sendiri yang menjatuhkan maruahnya, bukan orang lain. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh seorang Sasterawan Negara, berikan tumpuan terhadap menghasilkan karya sastera bermutu tinggi dan bukan menggunakan jalan pintas untuk menonjolkan diri. Sikap A. Samad Said sangat mengecewakan ramai pihak - keterlibatan beliau dalam Perhimpunan Bersih sedikit sebanyak mengotorkan peribadi sasteranya. Terdahulu, Shahnon Ahmad telah mengotorkan tangannya dengan tulisan jijik berjudul "Shit" - kini, jejak tersebut diikuti pula