June 29, 2011

Selebriti Harus Lebih Berwaspada

Saya agak kasihan melihat nasib selebriti popular Malaysia, Wardina yang dikaitkan dengan politik kotor Pakatan Rakyat. Tanpa menyalahkan sesiapa dalam soal ini - saya tetap berpendirian bahawa Wardina seharusnya bijak mengatur langkah kerjayanya agar tidak "memandai-mandai" memberi komen politik di laman twittwernya sehingga menimbulkan fitnah ke atas dirinya sendiri. Saya percaya artis atau selebiriti harus menumpukan perhatian terhadap kerjaya mereka, tanpa cuba melibatkan diri mereka dengan ulasan-ulasan politik yang hanya mengundang amarah dan salah faham dalam kalangan peminat setia mereka. Mereka harus sedar bahawa tingkah laku serta pendirian politik mereka sentiasa diperhati dan diawasi oleh orang lain. Lantaran itu - berhati-hatilah sentiasa. Dan sekarang apabila semakin ramai yang mengkritik pandangan politik Wardina, beliau seolah-olah telah "meloncat" terlalu tinggi sehingga mengugut mahu menyaman para pengkritiknya. Jika takut dikritik orang, maka elaklah mengkritik orang lain. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 28 Jun - Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih. Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga. Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR. "Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. "Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama. "Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar. "Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya. Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera. "Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya.

June 24, 2011

SMS Ugut Sudah Bersepah - Tapi Seorang Pun Tak Mati

Ambiga dan puak-puaknya diminta agar membina plot drama dan lakonan yang lebih mantap berbanding dengan mencipta sms palsu kononnya mereka diugut akan bunuh oleh pihak tertentu, (baca di sini). Soalnya, berbaloikah membunuh pengkhinat bernama si Ambiga ini? Berapakah nilai nyawanya jika di bandingkan dengan nyawa Sosilawati yang dibunuh dengan kejam sebelum ini?

Yang perlu di"BERSIH"kan ialah Majlis Peguam, sebuah majlis yang dianggotai oleh sebahagian besar peguam yang membenci Perlembagaan Negara dan mahu menafsir semula segala keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu-Islam melalui kaca mata demokrasi ala-Anwar Ibrahim! Inilah badan NGO yang mesti diBERSIHkan dahulu. Pembunuh, penjenayah, perompak semuanya berselindung di sebalik jubah peguam dan badan tersebut. Tiada sesiapa pun yang nampaknya berminat untuk mengaudit Majlis Peguam yang penuh kotor lagi jijik itu.

Kisah sms ugutan bunuh yang diterima oleh Ambiga di atas merupakan kisah lawak jenaka yang tiada hujung pangkal, hal ini dikupas dengan baik oleh pisau.net ini (baca di sini). Sangat tepat ulasan beliau, sekiranya kita perhati dengan jujur, setiap kali puak-puak ini menghadapi masalah dan sokongan mereka semakin terhakis, maka akan terdengarlah kisah-kisah sedih kononnya mereka menerima ugutan bunuh dan nyawa mereka terancam.

Cukup-cukuplah dengan kisah dongeng ini, dulu Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang mahu membunuhnya dengan racun Arsenik, hidup lagi sampai hari ini, kemudian dakwa pula terdapat unsur sabotaj terhadap kereta yang dinaikinya, tidak lama selepas itu, si anaknya Nurul Izzah pula muncul dengan mendakwa ada menerima sms ugutan yang mahu menculik anak kesayangannya, tak habis di situ, beberapa wakil rakyat pembangkang juga pernah mendakwa bahawa mereka juga pernah mendapat sms ugutan bunuh sebelum ini.

Namun demikian, yang peliknya semua itu hanya ugutan, tidak pernah kita dengar pemimpin pembangkang atau manusia seperti Ambiga ini benar-benar dibunuh. Saya percaya, ini semua lakonan Ambiga untuk meraih semula sokongan rakyat akibat daripada begitu banyak laporan polis yang telah dibuat bagi menghalang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan. Sekiranya perhimpunan Bersih yang pertama dahulu, puak-puak ini bolehlah menipu rakyat, tetapi pada hari ini rakyat semakin cerdik. Empat buah negeri yang dikuasai PR adalah bukti ketelusan SPR, di samping merosotnya undi BN di Sarawak baru-baru ini, adalah bukti bahawa SPR menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah.

Nasihat saya hanya satu, hentikanlah skip bodoh seperti ini. Kalau betul UMNO nak bunuh si Ambiga ini, tak perlu rasanya diugut-ugut terlebih dahulu, tembak sahaja dari awal, habis cerita. Pelik dan ajaib, sms ugut dah bersepah dihantar kepada pemimpin pembangkang, tetapi seorang pun tak mati. Ini sms ugut atau sms cinta? Orang yang bodoh sahaja percaya kisah bohong ini.

Dulu, semasa himpunan Bersih yang pertama mendapat sambutan rakyat jelata, mengapa si pengajur dan si Ambiga ini tidak menerima satu pun sms ugutan? Jawapannya mudah, pada masa itu puak-puak ini mendapat sokongan kuat rakyat, dan tiada masalah untuk menghimpunkan lautan manusia di jalanan. Tetapi pada hari ini, sokongan tersebut sudah semakin terhakis. Maka, sesuatu terpaksa dilakukan oleh penganjur Bersih, agar rakyat kembali bersimpati dengan mereka dan bersama-sama turun di jalanan untuk meramaikan keadaan yang mungkin lengang dan lesu. Inilah strategi licik mereka.

June 20, 2011

Di Mana Ulama Lain?

Syabas saya ucapkan kepada Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut yang juga merupakan bekas Mufti Johor dalam mempertahankan kebenaran, sekali pun pahit rasanya. Sehingga hari ini, masih tidak ramai ulama yang berani tampil bagi menjelaskan bertapa haramnya melakukan demonstrasi seperti mana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui Perhimpunan Bersih. Namun demikian, dengan adanya ulama jujur seperti Datuk Noh Gadut ini, diharapkan akan bangkit ulama-ulama lain dalam berhadapan dengan ulama-ulama PAS yang tidak amanah dengan ilmu yang mereka miliki. Baca kenyataan beliau di sini..

Panas! Ambiga "Bantai" Anwar Ibrahim

Tinggi benar ego si Ambiga ini. Dengan Anwar Ibrahim pun berani kurang ajar. Belum lagi dapat kuasa. Kepala Anwar Ibrahim pun berani dipijaknya. Dahsyat...Inilah manusia yang disokong membabi-buta oleh ulama-ulama PAS. Tidak mampu dibayangkan, kalau orang semacam ini mendapat kuasa politik, hancur negara. Agaknya si Ambiga ni lupa, tanpa Anwar Ibrahim yang mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan, beliau tidak mungkin mampu mengadakan perhimpunan BERSIH seperti hari ini. Baca berita di bawah...

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil. Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas. “Kami hormat (keputusan Anwar) tapi rakyat bukan hak kamu. Ini keputusan kami (mengadakan Himpunan Bersih 2.0) dan keputusan ini dibuat setelah usaha kami mahu mengadakan sesi dialog bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Klik di sini..

June 19, 2011

Khairy Tunjuk Kuasa : Siapa Yang Rugi?

Saya terpaksa tegaskan di sini, sesiapa sahaja yang menyertai demonstrasi pada 9 Julai ini tetap dikira berdosa, sama ada aman atau pun tidak. Kerajaan setakat ini tidak meluluskan mana-mana organisasi atau pergerakan untuk mengadakan sebarang demonstrasi. Tidak kiralah Pemuda UMNO, BERSIH atau pun PERKASA - semua akan menanggung dosa jika terus menentang keputusan pihak kerajaan yang mengharamkan perhimpunan tersebut. Ketaatan terhadap pemimpin itu wajib selagi perintahnya tidak melanggar syariat Islam. Dalam hal ini, kerajaan mempunyai pertimbangan yang sangat tepat dari pelbagai aspek sebelum mengharamkan perhimpunan tersebut. Bahkah sebagai rakyat biasa wajib bagi kita mentaati perintah kerajaan tersebut. Walaupun di sisi perlembagaan mengizinkan perhimpunan aman, namun ia bukanlah boleh dibuat sesuka hati tanpa terlebih dahulu mendapatkan permit daripada pihak berwajib. Sekiranya keizinan dan permit tidak diperoleh, maka perhimpunan juga tidak boleh diadakan. Sekali lagi saya tegaskan kepada semua pemuda UMNO agar menjauhi perhimpunan tersebut walau atas nama apa sekali pun. Ia muktamad. Ia berdosa dan ini bukan cara yang diseru oleh Islam. Khairy perlu menghormatinya. Baca berita ini...

June 18, 2011

Siapa Punya Kerja Ini?

Siapakah sebenarnya yang memulakan
penghinaan terhadap Islam, ulama dan al-Quran
melalui lukisan karikatur?

June 17, 2011

Ya Allah, Mengapa Aku Tidak Tahu "Dosa" Mahathir Ini?

Maha Suci Allah - rupa-rupanya dalam senyap-senyap kerajaan UMNO/BN yang mentadbir negara ini dengan aman dan sentosa telah berjaya mengIslamkan seramai 71 400 orang kafir di Sabah sepanjang 37 tahun pentadbirannya. Maha Besar Allah yang menganugerahkan negara tercinta ini ditadbir dan dijaga oleh para pemimpin UMNO yang tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan perintah Allah. Biar apa pun cacian, maki hamun dan tuduhan busuk daripada PAS, hakikatnya mengalirlah segala pahala 71 400 orang muallaf itu ke dalam "akaun" dan "tabungan tetap" para pemimpin UMNO di akhirat kelak. Berbahagialah Tun Mahathir yang dapat menghimpun begitu banyak pahala, hasil menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang begitu komited berdakwah dan mengIslamkan penduduk Sabah. Dan beruntung jugalah Tun Mahathir kerana dapat menghimpun sekalian banyak pahala amal ahli-ahli PAS yang mencaci, mengeji dan memfitnah beliau selama ini. Baca berita di bawah :

Pada tahun 1973, jumlah penduduk yang memeluk agama Islam hanya 35 persen. Kini, setelah 37 tahun, jumlah penduduk yang beragama Islam mencapai 55 persen dengan jumlah muallaf capai 71.400. Sehingga agama Islam telah menjadi agama resmi di wilayah Sabah. Perjuangan untuk mengembangkan agama Islam ini dilaksanakan secara terstruktur dan terencana. Selain, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Non Government Organization (NGO) yang aktif adaalah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau United Sabah Islamic Association (USIA). Sambung bacaan anda di sini...

Panas! Zulkifli Noordin Bantai Persatuan Ulama Bisu

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan klip video yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama', yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A'raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan 'ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para 'ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab "kami tak tau!!!".

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan 'ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan 'ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam!

Kepada jaguh-jaguh kampung yang tetiba bangkit nak berjihad kerana kartun ini, cermin-cerminlah muka tu dulu. Cuba mike pikio sikit yop, apakah perlakuan dan perbuatan yang mike dok buat selama ini tidak menghina Islam, menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, dan sebenarnya menghina diri sendiri!

1. mike meredhai penyalahgunaan kalimah ALLAH untuk dicemari oleh segelintir Kristian, dengan alasan kristian juga berhak menggunakan nama ALLAH walaupun dalam bentuk syirik dengan fahaman triniti. Kristian ini dipanggil kafir oleh ALLAH yop. Mike tau pasal apa, pasal mereka menolak ALLAH Yang Satu, sebaliknya mempercayai Tuhan itu dalam bentuk triniti. Bukan sahaja mike meredhai kristian mensyirikkan kalimah ALLAH, mike putar habis ayat Quran hadis Nabi saw untuk menghalalkan kekufuran itu. Dan yang lebih teruk, mike maki hamun pejuang dan pembela Islam yang mempertahankan kalimah ALLAH ini. Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

2. mike meredhai tuntutan seorang kafir harbi supaya perjuangan negara Islam dihapuskan, dan dia beri amaran "langkah mayat dia dulu" kalau nak buat negara Islam. Belum pun sikafir harbi ni mati, mike semua mematikan perjuangan negara Islam mike. Dan mike hina ALLAH dan Rasulullah saw dengan mendakwa rupa-rupanya dalam Al Quran tak ada sebut tentang Negara Islam. Mike hina kawan mike sendiri Almarhum Ustadz Ibrahim Libya yang mike fatwakan mati syahid kerana memperjuangkan negara Islam. Mike hina ulama' besar Dato' Dr. Haron Din yang bersusah payah menulis kitab "Ciri-Ciri Negara Islam". Hari ini mike nak kata kartun tu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

3. mike meredhai murtadnya seorang rakan sekutu Nor Azman Beginda, calon pilihanraya DUN Sarawak dari PKR. Bukan sahaja murtad, dia benarkan anak dia membawa sosej babi kesekolah. Bukan sahaja mike tetiba menjadi syaitan bisu yang langsung tak bercakap, pejuang Islam yang menegur kemungkaran itu mike maki hamun, sampai ada yang diancam! Kalu dulu mike akan melompat lebih dulu dari teman sambil cabut pedang mengisytihar jihad fisabilillah kepada mereka yang murtad. Hari ni mike dah jadi tak lebih macam tepong custard. Dan hari ni mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

4. mike meredhai orang yang menganut aqidah pluralisma. Terang-terang mereka kata "semua agama sama, menuju kearah yang sama". Sedangkan mike semua diberi 'ilmu oleh ALLAH, agama Islam itu haq dan benar, dimenangkan atas agama lain, walau kafir musyrik tidak suka. ALLAH tegaskan Islam untuk kita, kafir untuk kafir. Tetapi tetiba mike jadi syaitan bisu bila rakan sekutu mike mengisytiharkan ALLAH milik semua orang, samada dalam bentuk Esa atau dalam bentuk Triniti. Bahawa semua agama itu sama. Dan hari ni mike nak kata kartun itu tidak Islamik! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

5. mike meredhai seorang penentang Islam menjadi pemimpin mike untuk mengadakan himpunan haram. Orang yang mike sendiri lawan dahulu; orang yang menjuarai IFC, orang yang menyokong murtadnya Lina Joy, orang yang menghina Islam dengan forum "Masuk Islam". Dulu mike bersama teman sebaris dihadapan Majlis Peguam menentang. Dulu mike satu saf dengan teman di Masjid Wilayah dalam Himpunan Sejuta Umat menentang murtadnya Lina Joy. Mike rempuh forum IFC sehingga ada diantara mike masuk penjara. Mike isytihar jihad memerangi Majlis Peguam. Hari ini mike angkat kaum itu sebagai ketua mike untuk berhimpun secara haram. Dan mike nak kata kartun itu menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

6. mike menentang fahaman syi'ah. Mike umum bahawa orang yang berfahaman syi'ah ini kafir, sesat. Malah semasa teman memuji Presiden Ahmadinejad dari Iran sebagai satu-satunya pemimpin Islam yang berani berhadapan dengan Amerika/ Yahudi dan kafir Barat la'natullah, mike marah teman dan suruh teman kaji semula pendirian. Tetiba mike mengangkat kalangan idola syiah sebagai pemimpin. Mike kompangkan inilah pemimpin-pejuang yang menjadi "kabinet perang" ke Putrajaya. Mike telan habis apa yang mike ludahkan selama ini. Tetiba kartun itu mike fatwakan menghina Islam!Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

7. mike bertakbir jihad bila isu videoklip VK Lingam meletus. Mike desak VK Lingam dihukum. Bila Rahim Thamby Chik dituduh berzina dengan budak bawah umur, mike tanpa sebarang keraguan, dan belum pun ada bukti, mengisytiharkan Rahim Thamby Chik wajib dihukum. Bila muncul videoklip Chua Soi Lek, mike tanpa sebarang keraguan mengisytiharkan Chua Soi Lek wajib letak jawatan, dan dihukum. Bile si Balasubramaniam buat SD dengan bayaran RM5-00 tu memfitnah PM berkaitan Altantuya, mike terus hunus pedang menghukum PM.

Tapi bila Saiful Bukhori Azlan mengadu dirogol liwat, tanpa sedikit keraguan, tanpa bertanya Saiful dan tanpa menyiasat, terus mike hukum qazaf keatas Saiful, mike tuntut dia disebat 80 kali. Dan tetiba bila muncul videoklip manusia yang mike taqsubkan, siap dengan jam Omega dan saksi yang turut bersama; terus mike fatwakan videoklip itu besi, tidak boleh jadi saksi. Mike terus fatwakan ini isu qazaf, mike putar habis dalam kuliah, tazkirah dan khutbah bahawa ini fitnah kabeer! Malah hingga mike fatwa wanita kena rogol, mangsa liwat jugak kena bawak 4 orang saksi. Tetiba bila kartun itu melakar-kartunkan apa yang mike fatwakan; mike kata ia menghina Islam! Apakah mike lupe yang mike telah menghina agama dan memperkartunkan diri mike sendiri? Apa mike dah hilang aqal ke yop!

Teman nak tutup yop dengan peringatan ALLAH didalam surah Yaasin (7-10) sebagai peringatan untuk teman dan semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan:

"Demi sesungguhnya telah pasti berlaku ketentuan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mempercayai. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, sehingga mereka tertengadah keatas. Kami jadikan (ketaqsuban mereka kepada dunia, habuan dan pangkat) sebagai dinding penghalang dihadapan, dibelakang mereka, dan Kami tutup mata mereka, sehingga mereka menjadi buta tidak melihat. Sama sahaja bagi mereka, samada kamu berikan peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan menerima kebenaran (dan mempercayainya serta beriman)".

Dibulan Rejab penuh sejarah, dari Isro' wal Mi'raj sehingga pembukaan Masjidil Aqsa oleh Sultan Salahuddin, teman mengajak diri teman dan mike semua supaya bertaubat dan beristghfarlah kepada ALLAH, pohonlah petunjuk dan hidayah, mohonlah keredhaan dan keberkatan, dan mohonlah dimasukkan kedalam golongan yang beriman. Jadikanlah peristiwa gerhana bulan pagi tadi sebagai pengajaran, jangan sehingga perjuangan kita untuk Islam berlandaskan Al Quran dan Sunnah juga digerhanakan ALLAH swt.

Janganlah kita ni muncul sekadar menjadi mujahiddin dan ulama' kartun je yop!!! Sebenarnya mike yamg telah menghina ALLAH swt, menghina Rasulullah saw, DAN mike juga sebenarnya telah memperkartunkan diri sendiri yop! Jadi bila orang memperkartunkan sikap kartun mike, janganlah marah yop. Sebab sebenarnya, hakikatnya, memang mike telah memperkartunkan agama dan diri mike sendiri!

Mereka sekadar melakarkannya kekartunan perangai mike tu sebagai peringatan kepada mike. Ambillah itu sebagai peringatan untuk menyedarkan diri daripada kesesatan yang mungkin kita lakukan. Sepatutnya mike semua bersyukur masih ada lagi dikalangan umat yang mahu menegur, dan ALLAH swt masih memberi peluang dengan peringatan demi peringatan. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Wallahua'lam dan wassalam.

June 16, 2011

Vendetta Tidak Lagi Selamat!

Serangan penggodam terhadap 41 portal agensi kerajaan Malaysia berjaya ditangkis sejak awal pagi tadi. Serangan dikatakan bermula jam 3.30 pagi setelah berakhirnya gerhana bulan sehingga jam 9.00 pagi tadi. Dalam serangan tersebut, tidak kurang 10 portal rasmi kerajaan Malaysia berjaya dibedil oleh para penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous". Namun demikian, dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, portal-portal kerajaan Malaysia ini masih selamat dan boleh dilayari, kecuali Sabah Tourism yang masih dalam penutupan sementara. Antara portal yang dibedil ialah : SabahTourism.com, ASEAN connect, Bomba, Perbendaharaan Malaysia, Parlimen Malaysia, JobsMalaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Sukan Negara.

Inilah "perangai" dan wajah sebenar pejuang demokrasi bebas tanpa batasan. Mereka tidak pernah peduli kebebasan orang lain, yang mereka mahu dan perjuangkan hanyalah kebebasan yang mereka takrifkan sendiri berdasarkan kepada sifat individualistik. Baca di sini...

June 15, 2011

"Perhimpunan Bersih 2.0 Haram" - Ketua Fatwa Al-Azhar

Sesiapa sahaja yang menganjur, menyokong dan menyertai demonstrasi Bersih anjuran Pakatan Rakyat 19 Julai ini dikira melakukan perbuatan haram dan berdosa. Walau apa pun alasan mereka. Pada Januari tahun ini, Ketua Fatwa Al-Azhar, Syeikh Saeed Amer menghukum haram perbuatan demonstrasi sama ada ia aman, apatah lagi yang ganas. Demonstrasi tiada petunjuk dalam al-Quran dan Sunnah nabi, ia merupakan perbuatan mungkar, kecuali menentang pemerintah kafir yang zalim terhadap umat Islam, itu pun sekiranya umat Islam mempunyai kekuatan. Baca berita di bawah :

A leading scholar from al-Azhar said on Friday that protesting is forbidden in Islam. Saeed Amer, head of the Fatwa – religious opinions – Committee at Al Azhar, Egypt and the Sunni Islamic world leading Sunni institute told al-Shourok newspaper that demonstrations that cause violence is “Haram,” or forbidden, within the religion. Amer added that even peaceful protest is also forbidden.

“As for peaceful demonstrations it is rejected in Islam as Islam never witnessed such phenomena,” al-Shourok reported. Al-Azhar is the most influential Islamic institution in the country, however, in recent years it has become more in line with the government and most Egyptians have ignored fatwas that have been released. When asked about what thinks about the deaths caused by state security violence, Amer said that if the police was defending the country, then it is okay and those who die will be judged by God.

“Only God knows if the deceased, civilian or police, is a martyr,” the newspaper quoted him saying. His comments come as Egyptians continue mass demonstrations aimed at ousting President Hosni Mubarak from power. According to reports on the ground, over 100 people have been killed since protests began on January 25.

Ternyata ulama "bebas" di Malaysia masih takut disergah oleh Nik Aziz dan para juak-juak PAS, sekiranya mereka bercakap perkara yang sebenar berlandaskan ilmu yang mereka miliki. Tetapi malang - mungkin ulama-ulama "bebas" di Malaysia terlalu takut kalau-kalau nanti dilabelkan pula sebagai "ulama kerajaan" atau "ulama as-Suu'" oleh para ustaz pencaci yang terdapat begitu banyak dalam PAS. Yang terbaru, mangsa mereka ialah Tan Sri Harussani, Mufti Perak yang digelarkan dengan gelaran "Haramsani". Walaupun ulama-ulama ikhlas ini bercakap dengan ilmu mereka secara amanah sekali pun, ustaz-ustza PAS ini tidak pernah mahu sedar atau pun insaf. Wallahualam.

June 14, 2011

Blair Masuk Islam? Rupanya UMNO Islamkan 1000 Orang Kafir

Tony Blair bakal masuk Islam? Tidak mustahil hidayah Allah akan turun ke dalam hati musuh Islam yang sangat terkenal ini. Beliau ialah watak yang sangat kuat menyokong dan bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menakluk Iraq. Dan kini, beliau mendedahkan bahawa setiap hari beliau membaca al-Quran dan memuji bahawa kitab tersebut merupakan kitab yang penuh dengan keindahan dan maklumat. (Baca di sini).

Alhamdulillah, di Malaysia atas kebijaksanaan pimpinan UMNO yang mendukung perjuangan agama, bangsa dan negara - kita menyaksikan peningkatan yang sangat mendadak dalam kalangan kaum bukan Islam yang memeluk Islam. Pada tahun 2008 seramai 597 orang kafir sudah mengucap syahadah dan pada tahun 2009 jumlah tersebut meningkat sekali ganda menjadi 915 orang. Kalaulah kita menerima bulat-bulat dakwaan PAS, kononnya UMNO menolak Islam, saya tidak fikir jumlah orang kafir yang memeluk Islam akan meningkat saban tahun. UMNO nampaknya buat kerja senyap-senyap, sedar-sedar hampir seribu orang kafir di Malaysia sudah memeluk Islam pada tahun 2009, itu belum campur tahun 2010 lagi.

Islam ini bukan hanya atas lidah atau atas serban sahaja - Islam ini luas dan menekankan amalan serta kebijaksanaan, memekik mahukan negara berkebajikan belum tentu berjaya mengIslamkan 10 orang kafir. Berpada-padalah dalam menghina dan mencaci UMNO, jangan nanti tersangkut di pintu syurga. Wallahualam.

Isu Jeff Ooi : Mari Belajar Tersenyum

Apakah mesej dan pengajaran sebenar yang boleh kita peroleh daripada kisah mohon maaf terbuka Jeff Ooi kepada NSTP dan tiga bekas pegawai kanan organisasi tersebut atas fitnah yang dilakukannya lima tahun yag lalu? (baca di sini). Pengajaran yang boleh kita ambil ada tiga :

1. Terbukti bahawa kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat suka menabur fitnah terhadap kerajaan tanpa usul periksa.

2. Jangan mudah percaya dengan laporan daripada tulisan "blogger-blogger elit" - walaupun tulisan mereka hebat dan mengasyikkan, tetapi itu bukan jaminan kebenaran. Ramai yang kagum dengan tulisan mereka, namun demikian banyak juga laporan mereka yang mengandungi fitnah.

3. Setelah lima tahun berlalu - semua orang sudah lupa, barulah Jeff Ooi sanggup memohon maaf secara terbuka, itu pun setelah tahap kerosakan fitnahnya sudah sampai ke puncak. Seolah-olah permohonan maaf ini tiada bermakna lagi.

June 13, 2011

Zahid Hamidi : Kenyataan Yang Terpaksa Disanggah!

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mendakwa bahawa unit media baru UMNO telah gagal menjalankan "tanggungjawab" mereka dalam berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh unit media baru pembangkang. Benarkan begitu? Dari mana Zaid memperoleh maklumat atau data tersebut? Atau ia sekadar persepsi yang tiada hujung pangkalnya.

Beban untuk menjawab dan membalas hujah-hujah Pakatan Rakyat bukan hanya terletak di atas bahu para bloggers UMNO semata-mata, tetapi para pemimpin tertinggi UMNO juga perlu bijak dan tahu bagaimana untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Sikap Zahid yang menyalahkan unit media baru UMNO semata-mata, secara tidak langsung memperlihatkan ketidakmatangan Zahid dalam berpolitik dan selok-belok peperangan dunia siber.

Para bloggers UMNO bukan sahaja perlu diberi latihan penulisan, bahkan mereka perlu dibekalkan dengan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Masalah yang timbul sekarang ialah - para pemimpin UMNO hanya berminat dengan beberapa bloggers "elit" sahaja - segala perjumpaan, makan malam, dana kewangan dan maklumat terkini - sekadar berlegar dalam kalangan beberapa bloggers "terpilih" UMNO sahaja. Inilah yang menjadi penghalang kepada kekuatan bloggers UMNO dalam mewujudkan unit tempur sibernya yang lebih tersusun dan bersistematik. Baca berita di bawah :

BENTONG 12 Jun - UMNO perlu mewujudkan unit tempur siber yang sistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang menerusi media baru. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit siber parti itu ketika ini dilihat gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar. Katanya, pengendalian unit itu tidak memberikan perincian dan penghayatan kepada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

"Unit berkenaan sering kalah dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam media baru berbanding unit siber pembangkang. Unit siber pembangkang mengumpul dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bentong, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas amat penting bagi menarik rakyat, terutama golongan muda dan 'pengundi atas pagar' daripada terjebak dalam dakyah parti pembangkang.

June 11, 2011

Menyanggah Pandangan Asri : Titik Hitam Tak Bertemu!

Saya sebenarnya sangat kecewa dengan kenyataan terbaru bekas Mufti Perlis, Dr Asri yang mendakwa kononnya UMNO hipokrit dalam mengkritik dasar terbaru PAS yang sudah berubah arah daripada negara Islam kepada negara Berkebajikan, (Baca di sini). UMNO mengkritik dasar PAS tersebut bukan bermakna UMNO bersikap talam dua muka - sebaliknya mahu membuktikan kepada rakyat jelata bahawa demi kepentingan politik sempit, PAS sanggup melakukan apa-apa sahaja bagi mengejar kuasa dan menjatuhkan saudara seIslam.

Asri, dalam kenyataannya itu, turut mengesyor agar UMNO mengalu-alukan pendirian PAS yang dikatakan semakin terbuka, bahkan jauh lebih ke hadapan daripada UMNO. Soalnya apakah benar langkah PAS tersebut terlalu jauh ke hadapan? Atau langkah itu sebenarnya tidak ubah meniru cara dan kaedah yang sudah pun digunakan oleh UMNO 60 tahun yang lalu! Apakah Asri buta sejarah Malaysia? Tanpa "Kebajikan" yang selama ini ditabur oleh para pemimpin UMNO terhadap rakyat jelata - Asri sendiri, barangkali tidak mungkin boleh berjaya dan mendapat pendidikan yang tinggi seperti hari ini! Tanpa UMNO memartabatkan pengajian Islam di universiti-universiti tempatan, PAS tidak mungkin mendapat sokongan super hebat daripada anak-anak muda yang berkelulusan agama. Justeru itu, saya ingin mengingatkan Asri, jangan kerana nila setitik - sejarah "kebaikan" UMNO hendak dipadamkan!

Di satu sisi lain - Asri beria-ria mahu UMNO "mengalu-alukan" perubahan dasar PAS tersebut, tetapi, pada masa yang sama, Asri tidak pula "mengalu-alukan" perubahan sikap UMNO yang mahu mewujudkan perpaduan dengan PAS. Bahkan, Asri juga tidak menegur Nik Aziz yang terang-terang menolak perpaduan dengan UMNO, walaupun Asri tahu, bahawa al-Quran memerintahkan umatnya agar kembali bersatu apabila timbul perselisihan. Adalah mustahil sekiranya Nik Aziz dan Asri tidak bertemu dengan ayat Allah yang berbunyi, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10).

Bukankah UMNO dan PAS adalah orang Islam yang sedang bertelagah? Maka, di mana peranan ulama seperti Dr Asri ini dalam menyatukan perpaduan sesama saudara seIslam ini? Mengapa hanya pandai mengkritik, tetapi tidak sanggup menjadi jambatan yang menghubungkan kembali tali silaturrahim antara ahli UMNO dengan PAS? Mengapa Asri tidak mahu menjadi orang tengah yang menyeru dan menggerakkan "kebajikan" yang sangat utama itu? Malah lebih utama daripada negara Berkebajikan yang sedang diperjuangkan oleh PAS! Saya mencabar ulama-ulama seperti Asri ini, agar kembali kepada ayat 10 di dalam surah al-Hujuraat di atas dan mengkritik ulama-ulama PAS yang masih hanyut dan mabuk untuk berkuasa dan meninggalkan saudara seIslam sendiri. Soalnya, apakah Asri berani mengkritik Nik Aziz? Atau hanya berani mengkritik Mufti Perak semata-mata? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

June 8, 2011

Isu Negara Berkebajikan : Tolong Rotan Kami!

Sehingga hari ini, saya terus menunggu dan menunggu, apakah Haji Hadi akan membentangkan tafsiran Negara Berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh beliau dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Mana blueprint Negara Berkebajikan PAS yang hendak ditawarkan kepada rakyat, ahli PAS bukan bodoh seperti dulu lagi. Kita mahu lihat, apakah al-Quran dan as-Sunnah diletakkan sebagai sumber perundangan tertinggi dalam Negara Berkebajikan yang dinyatakan oleh Haji Hadi dalam ucapan dasarnya tempoh hari. Hakikatnya, dasar PAS yang semakin berubah itu sudah dapat dihidu tatkala mereka mempromosikan slogan "PAS for All" dan bukan "Islam for All".

Dan sekarang - para penceramah PAS menjadi kelam-kabut untuk menjawab dan memberi penerangan berhubung Negara Berkebajikan, soalan mereka mudah - apakah Negara Berkebajikan sama maknanya dengan Negara Islam? Apakah ciri-ciri Negara Berkebajikan yang diilhamkan oleh PAS itu sama dengan ciri-ciri sebuah Negara Islam? Jika sama, mengapa tidak digunakan sahaja Negara Islam? Islam di Malaysia bukanlah seperti mana Islam yang baru muncul di kota Mekkah yang memerlukan kaedah bersembunyi-sembunyi bagi menggerakkan dakwah, Islam di Malaysia adalah kuat, apatah lagi PAS sudah mendapat sokongan orang ramai - perlu apa ditakuti bagi mengisytiharkan bahawa PAS mahukan sebuah Negara Islam.

Sejijik-jijik Tun Mahathir pada pandangan PAS, beliau tetap berani mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam - malangnya pemimpin PAS yang dikatakan beriman tahap tinggi - terketar-ketar untuk menyatakan pendirian mereka, bahawa "Kami Mahu Negara Islam" - sekiranya para pemimpin PAS memberi alasan bahawa mereka tidak mahu menggunakan istilah "Negara Islam" kerana mahu berdakwah secara senyap-senyap kepada kaum bukan Islam, maka mengapa tidak sahaja dibuang perkataan "Islam" itu daripada nama parti agar lebih mudah meraih sokongan rakyat bukan Islam seperti mana yang dilakukan oleh UMNO puluhan tahun! Tukar sahaja nama parti daripada Parti Islam Se-Malaysia kepada Parti Berkebajikan Se-Malaysia (PABES) bukankah itu lebih mudah mendapat sokongan DAP dan orang Cina?

Di sisi lain pula, ada juga yang bertanya, apakah Majlis Syura Ulama PAS sudah membuat keputusan muktamad dalam isu pertukaran perjuangan PAS daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan? Jika belum, maknaya Haji Hadi memandai-mandai mengubah dasar perjuangan PAS. Sudahkah Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan dalam isu yang sangat besar ini? Benarkah al-Quran hanya menyuruh umatnya menegakkan Negara Berkebajikan dan bukan Negara Islam? Mana ketetapan daripada Majlis Syura Ulama PAS? - jawapanya tiada! Kita semua ditipu hidup-hidup oleh PAS selama ini, sia-sia sahaja ahli-ahli PAS yang menderma setiap kali adanya ceramah parti tersebut, bukan negara Islam yang mereka dapat, tetapi negara Berkebajikan pula yang datang! Baca di sini...

June 7, 2011

Isu Negara Berkebajikan : Pengorbanan Ibrahim Libya Yang Sia-sia

Sangat tepat huraian dan penjelasan daripada YB Zulkifli Nordin di bawah ini - penubuhan negara berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Haji Hadi baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada para mujahiddin dan syuhada yang selama ini berjuang bersama-sama dengan PAS, kononnya mahu menegakkan negara Islam - nampaknya darah Ibrahim Libya yang didakwa mati syahid itu mungkin sia-sia. Baca tulisan terbaik Zulkifli Nordin di bawah :

"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS kerana mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah para mujahidin dan bakal syuhada didalam PAS menghentam dan memaki hamun Karpal Singh & DAP sehingga nak terbalik si punjabi tak berturban tu! Malah ada yang sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP ini!

Belum pun mati si Karpal Singh, tau-tau Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab/ 06 Jun lepas bahawa PAS tidak akan memperjuangkan lagi penubuhan Negara Islam dengan fatwa "negara Islam tidak ada dalam Al Quran!!!".

Tentu tidur Karpal Singh nyenyak penuh dengkuran puas, pasti Kitsiang tersengeh meleret macam Anwar tengok China-doll melihat pendirian PAS yang terkulai kini. Tidak cukup dengan pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati mempertahankan Karpal, kini PAS sudah sanggup mematikan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah. Ini tidak ada bukti lain selain membuktikan bahawa cengkaman DAP sudah lengkap bukan sahaja keatas PKR, malah kini keatas PAS!!!

Apa yang menyedihkan teman ialah fatwa terbaru Ustadz Hadi ini sangat menghina para syuhada', mujahidin dan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang bukan sahaja berkorban harta benda dan keringat peluh, malah ada yang membayar dengan nyawa demi mencapai impian Amanat Hadi untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga ada yang mengkafirkan UMNO dan orang Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah Negara Islam.

Akibat daripada Amanat Negara Islam Hadi ini, maka muncullah isu solat jemaah dua imam, pemboikotan kenduri walaupun dikalangan sanak-saudara, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri ada yang bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa akibat dirasuk fahaman penubuhan Negara Islam melalui Amanat Hadi ini. Teman melihat sendiri orang kampung teman yang walaupun hidup kais pagi makan semalam, kais petang makan minggu lepas, tapi sanggup belanja duit untuk buat frame Amanat Hadi yang nak menubuhkan sebuah negara Islam. Rupanya 3o tahun pengorbanan mereka semua selama ini sia-sia, perjuangan yang mereka sokong selama ini tidak ada dalam Al Quran pun!!!

Dan persoalan besar ialah: adakah perjuangan orang saperti Ustadz Ibrahim Libya selama ini sia-sia; sedangkan beliau difatwakan mati syahid kerana memperjuangkan sebuah Negara Islam, demi memenuhi Amanat Hadi tersebut. Pada teman, fatwa terbaru bahawa "perjuangan menubuhkan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran" adalah satu penghinaan besar terhadap Assyahid Ustadz Ibrahim Libya dan para syuhada' yang lain!!!

Kalau ikut logik fatwa terbaru Ustadz Hadi itu, maka Negara Islam Madinah yang ditubuh oleh Rasulullah saw juga tidak ikut Al Quran lah jugak agaknya yop! Malah kalau ikut fatwa terbaru ini, PAS perlu ubah namanya kerana nama Parti Islam SeMalaysia pun tiada dalam Al Quran yop! Mungkin elok PAS tukar ke nama Parti Anwarinas Sejati aje yop!

Padanlah Rasulullah saw berpesan kepada kita, kelak kamu nanti akan diratah oleh kafir kerana walaupun kamu besar dan ramai, tetapi kamu terkena penyakit hubbud dunya wakarohiyatul maut - terlalu cintakan dunia, dan takut mati!!! Na'uzubillah min zalik!

Teman tahu dan cukup yakin ramai ahli akar umbi PAS yang terkejut dengan perubahan dasar perjuangan PAS ini. Ramai juga yang menghubungi teman melahirkan perasaan sedih dan dukacita mereka. Kepada para ahli akar umbi PAS, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS demi memenuhi nafsu seorang manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. Teman pernah sebut perkara ini; jika PAS berterusan mahu bergayut kepada Anwar, PAS akan terpaksa membayar harga yang mahal. Cuma teman tak sangka ianya berlaku begitu cepat.

Dalam keadaan DAP bukan sahaja masih kekal dengan prinsip perjuangannya Malaysian Malaysia, perjuangan mahu menyamatarafkan semua agama dan kaum dalam negara ini, malah makin bertambah cauvinis, rasis dan biaDAP; tau-tau PAS pulak yang bukan sahaja tumPAS dan gagal mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mendaulatkan sebuah Daulah Islamiyyah; malah menghalalkan tindakan mematikan perjuangan menubuhkan sebuah Negara Islam atas fatwa "ianya tidak ada dalam Al Quran!!!". Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Mungkin selepas ini para kuffar dan muysrik akan berebut mengundi PAS. Mungkin selepas ini para kaafirun dan musyrikun akan berasak-asak memangkah calon-calon PAS menjadi Yang Berhormat. Mungkin selepas ini para penghalal khinzir ini akan menobatkan kepimpinan PAS ke Putrajaya bersama Anwar, Karpal & Kitsiang. Mungkin selepas ini para taukeh judi & arak akan turut sama memenuhi tabung jihad PAS demi membiayai perjuangan negara kebajikan PAS. Tetapi apa guna itu semua jika prinsip tergadai, aqidah berkecai, perjuangan bersepai!!! Bolehkah para kuffar, musyrik, penghalal khinzir ini membantu kita dihadapan ALLAH nanti?!

Pesan teman kepada para ahli akar umbi PAS, suara majoriti bisu selama ini, bangkitlah mempertahankan PAS. Janganlah dikorbankan perjuangan PAS semata-mata kerana kilauan palsu Putrajaya. Kalau dahulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima Negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS sendiri yang memfatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan kita semua hidayah dan istiqamah, dan memberi petunjuk kepada kaum yang perlu diberikan petunjuk. Amin.

Adios amigos, grasias senorita.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
05 Rejab 1432
07 Jun 2011

Tanpa al-Quran dan as-Sunnah Sebagai Sumber Tertinggi, Negara Berkebajikan PAS Tiada Makna!

Elok benar cadangan daripada Mufti Perlis kepada Haji Hadi, agar PAS segera membentangkan konsep negara berkebajikan yang dilaung-laungkan dalam muktamar mereka baru-baru ini. Sekiranya dalam konsep negara berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS itu tidak meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai sumber perundangan tertinggi - maka, eloklah PAS tukar sahaja nama parti mereka menjadi Parti Kebajikan Nasional (PKN), itu lebih kelihatan amanah dan jujur dengan rakyat. Jangan diulangi pembohongan kononnya mahu menegakkan negara Islam dan hukum Hudud - semua itu dijadikan retorik politik yang penuh dengan tipu daya dan ketidakjujuran. Tiada maknanya PAS menawarkan negara berkebajikan, sekiranya al-Quran dan as-Sunnah tidak diletakkan sebagai sistem perundangan tertinggi negara. Tanpa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai asas pembentukan negara berkebajikan, maka negara tersebut sama sahaja dengan negara kebajikan yang dicanang oleh kaum kuffar yang lain. Wallahualam. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mahu PAS segera mengadakan jawatankuasa pemandu bagi menggubal konsep negara kebajikan yang digariskan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar parti itu Jumaat lalu. Tokoh agama negeri utara Semenanjung ini berkata, butiran terperinci perlu bagi kebanyakan pihak khususnya mereka atas pagar dan profesional Muslim dan bukan Muslim menilai agenda PAS. “Jawatankuasa ini perlu terdiri daripada profesional, ulama bebas, ahli politik terulung dan negarawan dan perlu bersidang dan keluarkan segera pelan rangka.

“Ini penting agar mereka di atas pagar, mereka yang tidak memihak mana-mana parti, profesional Muslim dan bukan Muslim boleh tertarik dengan agenda PAS,” katanya dalam kenyataan SMS mengenai agenda negara berkebajikan yang diketengahkan oleh Hadi Jumaat lalu. Juanda berkata ruang demokrasi yang ada mesti dijadikan ruang terbaik untuk menyuburkan keadilan, kesejahteraan, keselamatan untuk semua.

Kepimpinan Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya sudah pun melaksanakan dasar negara berkebajikan. Dalam ucapan dasarnya, Hadi membentangkan dasar pihaknya bersama komponen Pakatan Rakyat untuk mewujudkan asas negara berkebajikan - pengurusan yang menurutunya tidak akan membebankan rakyat sama sekali.

Ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”, dilihat kali pertama meletakkan komponen pengurusan dan pentadbiran ekonomi secara menyeluruh lagi terperinci. Ucapan-ucapan lalu lebih berkisar pada soal agama dan sosial. Hadi menegaskan, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh itu katanya, PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan Umno-BN sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. Hadi juga memberitahu, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga.

“Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. “Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan,” kata beliau.

Hadi menjelaskan, PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. “PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara,” kata beliau lagi.

Hadi, yang juga bekas menteri besar Terengganu berkata, PAS telah melaksanakan sebahagian daripada konsep negara berkebajikan di negeri yang diperintahnya, mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, pernah di Terengganu dan Perak dan memperkenalkan di negeri PAS menyertai kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat telah memperkenalkan konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga yang dilancarkan Disember lalu. Manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008 juga bertemakan negara kebajikan.

June 6, 2011

Isu Negara Berkebajikan : 57 Tahun Dalam Kejahilan

Sememangnya lucu - setelah 57 tahun negara merdeka, PAS baru tersedar bahawa al-Quran tidak pernah menyatakan secara terperinci istilah negara Islam - yang ada, menurut Haji Hadi ialah negara berkebajikan, yang selama ini sudah pun dilaksanakan oleh UMNO/BN. Dengan kata mudah - PAS menipu orang Melayu berpuluh tahun, kononnya mahu menegakkan sebuah daulah Islamiyyah, sekiranya mereka berjaya memerintah Malaysia. Oleh kerana terlalu kemarukkan kuasa yang berada di dalam genggaman UMNO/BN, Islam tidak hanya dilacurkan, bahkan dikhianati dengan pelbagai cara. Menghalalkan perbuatan mencaci sesama saudara seIslam, tunduk kepada kehendak DAP, menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam, menghapuskan hasrat untuk melaksanakan hukum Hudud - dan yang terkini, para perwakilan PAS menolak kepimpinan ulama yang memayungi perjuangan PAS selama ini.

Saya tidak dapat bayangkan, kalaulah perwakilan UMNO yang melakukan apa yang telah dilakukan oleh para perwakilan PAS dalam muktamar mereka baru-baru ini - saya yakin, nescaya, PAS akan berkata, "Lihatlah tuan-tuan, ulama-ulama UMNO ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri", atau "Ulama tiada tempat dalam perjuangan UMNO" atau "UMNO tolak Ulama". Dan sekiranya, Datuk Seri Najib yang menyuarakan pandangan seperti mana yang diucapkan oleh Haji Hadi, bahawa al-Quran tidak menyebut pun istilah "Negara Islam" sebaliknya lebih menjurus kepada "Negara Berkebajikan" - saya yakin 100%, nescaya Najib dikafirkan oleh PAS pada hari ini, malah tidak mustahil darah beliau dihalalkan oleh puak-puak ekstrimis PAS. Inilah jadinya, apabila agama dijadikan alat politik untuk mengejar habuan dunia yang sedikit. Wallahualam. Baca berita ini..

Isu Mufti Perak Syaitan : Siapa Sebenarnya Syaitan?

Seakan-akan tidak puas menghina Mufti Perak, Tan Sri Harussani dengan gelaran "Haramsani" beberapa hari yang lepas, kini, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa sekali lagi dengan sangat berani menggelarkan Mufti Kanan itu sebagai syaitan yang berkata-kata. Saya berdoa agar Allah memberi sebaik-baik balasan kepada beliau. Mulut celuparnya perlu ditutup segera. Sama ada kita sedar atau pun tidak, saya secara peribadi dapat menghidu kejatuhan PAS, bermula dengan kenyataan Haji Hadi yang secara terang-terangan menghina para mufti dalam ucapan dasarnya, tempoh hari. Bersaksilah, sesungguhnya PAS bukanlah parti Islam yang menyeru manusia ke arah kebaikan. PAS adalah parti yang merosakkan ummah. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 5 Jun
- Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa sekali lagi bertindak biadab apabila mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu. Dakwaan itu dibuat kerana mufti di negara ini kononnya membisu dalam isu yang jelas bercanggah dengan syarak yang dinyatakan dalam al-Quran. Kenyataannya itu merujuk kepada isu budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memenangi pilihan raya umum di negara ini. "Seolah-olah mufti hari ini tentang bab lain dia berani bangkit. Terutamanya mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria). Apabila sebut dia marah... Seolah-olah mufti Perak mufti poco-poco, mufti yoga.

"Seolah-olah mufti hanya melihat tari-tarian... Boleh beri fatwa tentang poco-poco, tentang yoga tetapi isu-isu hari ini yang jelas nyata dalam al-Quran yang bercanggah dengan syarak, mereka membisu.

"Kalau mereka syaitan bisu tak apa juga. Tetapi mereka ini seolah-olah syaitan yang bercakap. Buat kenyataan media sana-sini... Dia bukan bisu tetapi syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu," katanya. Beliau berkata demikian ketika tampil bagi menyokong usul dibawa Mohd. Fadzil Mohd. Noor yang mengutuk fitnah menggunakan video pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Nor Azli bersikap biadab sebegitu. Sebelum ini beliau pernah menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa mufti Perak itu tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram. Tidak terhenti di situ, Nor Azli turut memberi 'ingatan' agar rakyat tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka akan menerima bala daripada Allah SWT.

"Disebut dalam Hadis Qudsi di mana Allah berfirma, 'Aku bala umatmu 40,000 yang baik-baik kerana mereka tidak pernah murka dengan orang yang melakukan perkara yang aku murkai malah boleh makan, minum dan sekongkol pula dengan golongan itu'. "Oleh itu bangkitlah, jangan sekali-kali kita menyetujui atau menyokong UMNO dan BN kerana walaupun kita sembahyang, pergi haji dan pergi umrah... Tetapi kalau kita bersekongkol dan menyokong mereka (UMNO dan BN), maka kita pasti akan dibala Allah SWT," ujarnya.

June 4, 2011

Isu Negara Berkebajikan : Makan Tengah Hari Yang Terhutang!

PAS sekali lagi berbohong kepada rakyat melalui ucapan dasar Presidennya, Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa al-Quran tidak pernah menyebut negara Islam, sebaliknya yang ditekankan adalah negara berkebajikan. Perlu diingatkan - menubuhkan sebuah negara Islam, bermaksud akan tertegaklah secara tidak langsung sebuah negara berkebajikan, manakala menegakkan sebuah negara berkebajikan, belum tentu tertegaknya sebuah negara Islam! Dalam hal ini, nampaknya Haji Hadi terkeliru.

Perlu juga ditekankan bahawa Islam bukan sebahagian daripada kebajikan, sebaliknya kebajikan itu merupakan sebahagian daripada Islam, atau dengan kata mudahnya, kebajikan itu berada dalam Islam dan bukan Islam berada dalam kebajikan! Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Sekiranya benar Haji Hadi mengetahui bahawa tidak terdapat satu perkataan pun yang merujuk kepada "Negara Islam" di dalam al-Quran, maka mengapa PAS melancarkan buku berjudul "Negara Islam" pada tahun 2003? Bahkan, Haji Hadi juga terlupa bahawa beliau sendiri pernah menulis sebuah buku berjudul, "Sistem Pemerintah Negara Islam" pada tahun 1995, terbitan Dewan Muslimat PAS, bagi menjelaskan konsep sebenar negara Islam.

Selain itu, menurut Haji Hadi, buku "Negara Islam" yang dilancarkan oleh PAS pada tahun 2003 itu adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada orang bukan Islam tentang negara Islam yang adil lagi berkebajikan, tetapi apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya - PAS seolah-olah semakin takut untuk menyebut "negara Islam" - bimbang, kalau-kalau hilang undi daripada kaum Cina. Soalnya siapakah yang patut ditakuti? Allah atau pengundi-pengundi DAP?

Hari ini, tatkala PAS mendabik dada kononnya mereka semakin kuat dan gagah perkasa, maka selayaknya PAS semakin berani untuk mempromosikan keindahan Islam melalui hukum Hudud dan negara Islam kepada orang kafir! Tetapi, yang berlaku adalah sebaliknya - PAS semakin berjiwa kecil dan takut untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenar. Jika sebelum ini, para pemimpin PAS sangat galak mengutuk UMNO kononnya tidak berjiwa Islam, kini ternyata parti tersebut pula yang terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan Islam yang mereka laungkan di pentas-pentas ceramah, demi menjaga hati PKR dan DAP!

Perlu diingatkan, kehadiran PAS di pentas politik tanah air adalah bertujuan untuk berdakwah tentang Islam dan bukan untuk mengejar kuasa semata-mata. Sekiranya promosi negara Islam sudah ditukar kepada negara berkebajikan, maka bila lagi masa yang sesuai untuk PAS berdakwah kepada DAP berkenaan keindahan negara Islam? Malah, kita juga ingin tahu secara terperinci, apakah yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dengan negara berkebajikan itu? Jika al-Quran dan as-Sunnah tidak dimasukkan sebagai perlembagaan tertinggi dalam negara berkebajikan - maka ia tiada bezanya dengan negara komunis atau sosialis.

Sebaliknya, jika negara berkebajikan yang dimaksudkan oleh Haji Hadi dalam ucapan dasarnya itu sebagai sebuah negara yang meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber tertingginya, maka itu disebut sebagai negara Islam dan bukan negara berkebajikan, kerana negara Islam sudah tentu secara automatiknya akan menjadi sebuah negara berkebajikan! Baca di sini dan di sini...

Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi : Ahli PAS Akar Umbi Tidak Puas Hati!

Tidak sampai 24 jam selepas barisan baru kepemimpin PAS yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dibentuk - sudah mula kedengan suara-suara sumbang yang gelisah dan sukar menerima keputusan daripada para perwakilan tersebut. Kegelisahan ini ada rasionalnya - hakikat yang sebenarnya ialah Mat Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS adalah berpunca daripada perpecahan golongan ulama dalam parti tersebut. Sekiranya salah seorang daripada calon ulama untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, sama ada Nasharudin mahu pun Tuan Ibrahim menarik diri, InsyaAllah kepimpinan ulama masih boleh dipertahankan.

Realitinya, perwakilan masih menginginkan kepimpinan ulama. Seandainya jumlah undi yang diterima oleh Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur, maka aspirasi perwakilan PAS masih mahu mengekalkan ulama bagi mengisi jawatan nombor dua parti tersebut. Tetapi - malangnya, keinginan untuk mengejar kuasa dan pengaruh mula menyelubungi kepimpinan ulama sejak beberapa tahun yang lalu, sehingga jawatan tidak lagi dilihat sebagai beban yang akan digalas di akhirat kelak, sebaliknya jawatan dalam parti sudah mula digambarkan sebagai satu bentuk keistimewaan dan jalan pintas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Rata-rata ahli PAS akhir umbi sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati atas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS - menurut mereka, jumlah undi yang diterima oleh Mat Sabu membuktikan bahawa majoriti perwakilan masih menolak beliau. Dengan kata mudah - Mat Sabu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh daripada perwakilan PAS, sekali gus menyukarkan beliau untuk melakukan gerak kerja parti.

Beberapa ahli PAS yang jujur dan ikhlas, sudah mula menghidu gerakan sulit bagi menukar wajah PAS kepada bentuk yang lebih "nasional" - Daripada Hukum Hudud menjadi "Keadilan Sejagat", daripada negara Islam menjadi "Negara Berkebajikan" Semua ini merupakan gambaran yang sangat jelas, bahawa terdapat gerakan "bawah tanah" yang cuba memesong dan menukar perjuangan tulen PAS. Tanpa disedari, selangkah demi selangkah, PAS dijauhkan daripada al-Quran dan as-Sunnah, dan perlahan-lahan perkataan Islam diganti dengan perkataan-perkataan lain yang erti dan maksudnya sangat jauh berbeza daripada perjuangan asal PAS.

Sama ada kita sedar atau pun tidak - PAS benar-benar telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim. Sedikit demi sedikit, wajah PAS sudah berubah, yang mana akhirnya umat Melayu-Islam juga yang menanggung kerugian. Inilah natijah daripada membelangkangi perintah Allah, yang melarang umat Islam menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat. Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 144 yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman; adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menghukum) kamu?" Lantaran itu, fikir-fikirankah, wallahualam.

Kumpulan Pro-Anwar Kuasai PAS : Berakhirnya Kepimpinan Ulama

Akhirnya - slogan "PAS Ganti UMNO" memakan parti itu sendiri, tatkala golongan Erdogan atau dengan kata mudahnya golongan pro-Anwar Ibrahim menyapu bersih saf kepimpinan PAS dengan Mat Sabu memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS, manakala Mahfuz Omar, Husam Musa dan Salahuddin Ayub menguasai barisan Naib Presiden. Perkembangan ini - adalah malapetaka terhadap barisan kepimpinan ulama yang selama ini digembar-gemburkan sebagai tunjang kekuatan PAS dalam merubah iklim politik arus perdana. Semua ini adalah retorik - ternyata Muktamar PAS pada kali ini merupakan muktamar Anwar Ibrahim dalam melebarkan pengaruhnya dalam barisan kepimpinan PAS. Kepimpinan ulama PAS sudah berakhir! Golongan ulama PAS tidak lagi dihormati - bahkan tidak diyakini mampu membawa parti tersebut pergi lebih jauh.

Natijah daripada agenda "PAS Ganti UMNO" akhirnya merosakkan PAS - untuk mengganti UMNO, PAS sebenarnya terlupa bahawa mereka harus terlebih dahulu membuang segala imej dan gambaran "lebai dan ustaz" yang selama ini membelit parti Islam tersebut - sekiranya PAS benar-benar mahu menggantikan UMNO. Dan sekarang - PAS terpaksa membayar harga yang sangat mahal semata-mata mahu bersama dengan Pakatan Rakyat - lalu "Kepimpinan Ulama" terpaksa dikorbankan! PAS kini tidak lagi boleh berbangga dengan istilah kepimpinan ulama - kerana suara mereka hanya boleh didengar dalam ruang yang sangat sempit. Mereka boleh "terpekik" dalam Dewan Ulama, tetapi untuk menentukan hala tuju perjuangan PAS suara mereka pasti diketepikan.

Nampaknya - agenda jahat kumpulan profesional yang mahu merubah wajah kepimpinan ulama dalam parti tersebut sudah hampir berjaya. Sekiranya tuan-tuan masih tidak percaya - cubalah tanyakan kepada Mahfuz, Salahuddin, Mat Sabu dan Husam Musa, apakah pendirian mereka terhadap Hudud dan negara Islam? Pasti jawapan mereka hampir sama sahaja dengan jawapan para pemimpin UMNO! Selamat tinggal PAS dan selamat tinggal kepimpinan ulama, takbir! Baca di sini...

June 3, 2011

Kenyataan Juanda Jaya : Dosa Selepas Jumaat

Dalam hal ini - saya agak bersetuju dengan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu PAS mengetuai Pakatan Pembangkang. Sudah begitu lama, PAS dijadikan sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR bagi bertembung dengan UMNO - hakikatnya orang Melayu juga yang rugi. Sejak setahun lalu, PAS sudah mencanang agenda "PAS Ganti UMNO" - soalnya apakah PAS mampu menjadi parti tulang belakang dan mengetuai Pakatan Rakyat sebagaimana UMNO mengetuai Barisan Nasional? Jika PAS tidak mampu menjadi "ketua" dalam Pakatan Rakyat, maka jangan bermimpi mahu menggantikan UMNO.

PAS seharusnya terlebih dahulu membuktikan bahawa mereka benar-benar disegani dan mampu menerajui Pakatan Rakyat, dan bukannya masih berkepit di celah ketiak DAP dan Anwar Ibrahim. Realiti yang sedang berlaku sekarang sama sekali tidak menunjukkan bahawa PAS mampu menggantikan UMNO. Sekiranya PAS masih bersujud dan mengikut rentak tari politik Anwar dan DAP, hal ini bermakna PAS masih lemah dan terpaksa menagih simpati daripada DAP dan PKR. PAS boleh menggantikan UMNO, dengan syarat - PAS terlebih dahulu menerajui dan mendominasi Pakatan Rakyat, atau dengan kata mudahnya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim perlu lebih banyak mendengar kata-kata PAS daripada menyanggah kehendak serta aspirasi parti tersebut.

Mahu atau pun tidak, hala tuju politik Pakatan Rakyat perlu diterajui oleh parti yang berideologikan Islam dan bukan dengan ideologi yang "iras-iras" seperti ideologi Islam atau ideologi yang cuba diselaraskan dengan kehendak Islam - Hakikatnya, ideologi Pakatan Rakyat yang perlu mengikut Islam dan bukan ideologi PAS yang terpaksa "diselaraskan" dengan kehendak ideologi Pakatan Rakyat, itu salah! - Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Ideologi "keadilan" yang diperjuang dan difahami oleh DAP dan Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan konsep keadilan Islam - PAS tidak boleh mendakwa kononnya "kita sudah menemui titik temu dengan Pakatan Rakyat" apabila semua parti pembangkang kononnya telah bersetuju sebulat suara untuk memperjuangkan "keadilan" secara holistik, tetapi pada masa yang sama DAP dan Anwar Ibrahim menolak pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang terbukti merupakan sebaik-baik keadilan untuk negara ini. Hal yang sama dapat dihidu tatkala PAS seolah-olah bersetuju untuk memperjuangkan "Negara Berkebajikan", sedangkan negara berkebajikan sama sekali tidak sama dengan negara Islam yang digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah! Adalah sesuatu yang tersasar jauh, sekiranya PAS menyamakan negara Islam itu ialah negara berkebajikan dan negara berkebajikan itu ialah negara Islam.

Justeru itu , tafsiran keadilan dan negara berkebajikan bagi Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebenarnya sangat berbeza dengan apa-apa yang digariskan oleh Islam - dan PAS jangan sesekali terperangkap dalam hal ini. Hakikatnya, keadilan yang sebenar-benarnya adalah merujuk kepada keadilan yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah, lantaran itu, keadilan Islam sama sekali tidak mengiktiraf golongan Gay dan Lesbian seperti mana yang diterima dalam konsep demokrasi ala-Barat. Namun demikian, pendirian Anwar Ibrahim dan DAP dalam hal ini sangat meragukan! Soalnya sekarang, apakah kita berdosa menyokong PAS? Wallahualam. Baca di sini...

Mengapa Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

"Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami...