Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Menjawab Tohmahan Kononnya UMNO Parti Nasionalisme Yang Haram Di Sisi Islam

MENJAWAB TOHMAHAN KONONNYA UMNO PARTI NASIONALISME YANG HARAM DI SISI ISLAM Tahun ini merupakan tahun ke-52 tanah air kita mencapai kemerdekaan. Semua lapisan rakyat, tidak kira agama dan bangsa, telah menikmati kemakmuran dan keamanan, hasil daripada usaha dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tidak ternilai segala jasa dan pengorbanan mereka itu. Dan bersyukur merupakan sebahagian daripada tanda kenangan kita terhadap perjuangan mereka itu. Kemerdekaan sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada konsep nasionalisme. Iaitu semangat cinta akan tanah air dan bangsa sendiri. Namun demikian, terdapat segelintir umat Islam di negara ini, yang menyalah tafsirkan konsep nasionalisme sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa konsep tersebut merupakan konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam. Dakwaan golongan ini adalah mudah, iaitu nasionalisme adalah sama ertinya dengan assabiyah. Mereka berhujah berdasarkan sabda Rasulullah, “bukan daripada golongan kami orang yang

Tuan Guru Harussani Kecewa

Tuan Guru Harussani Kecewa PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka. Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri. ‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan I

8 July : The Last Stage

8 JULY THE LAST STAGE KUALA LUMPUR 22 Jun - Kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan sehingga 8 Julai ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan bagi membolehkan beliau mendengar dua permohonan Ketua Pembangkang itu terlebih dahulu sebelum perbicaraan kes tersebut bermula. Menurutnya, pada 1 Julai ini beliau akan mendengar permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes itu setelah Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam mewakili Anwar memohon penangguhan bagi membolehkan pihaknya memfailkan jawapan kepada afidavit balasan pihak pendakwaan. Permohonan tersebut sepatutnya didengar oleh hakim tersebut pada hari ini. Hakim Mohamad Zabidin juga menetapkan 8 Julai ini bagi mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadualkan didengar pada Jumaat ini.

PAS + DAP + PKR : Perjanjian Mungkar

PERJANJIAN MUNGKAR! Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (Dipetik dari blog Anwar Ibrahim) 22 Jun 2009 - Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut: 1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang. 2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat. 3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan k

Alhamdulillah...Allah dah Buka Hati Nik Aziz

ALHAMDULILLAH... ALLAH DAH BUKA HATI NIK AZIZ KOTA BHARU 21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluran parti dan juga pakatan pembangkang. Beliau yang sebelum ini dengan keras menyanggah cadangan tersebut dalam nada lebih lembut tetapi tegas hari ini berkata, perkara yang diputuskan dalam muktamar di Ipoh tahun lalu itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Katanya, sebarang kata putus mengenai cadangan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibincangkan secara bersama dengan turut melibatkan pakatan pembangkang bagi mengelak kekacauan dalam hubungan antara mereka. ''Jadi, bila ada pihak dalam Pas (timbulkan cadangan), pakatan rakyat pun nak jaga, dengan UMNO pun nak jaga, itu sudah kacau. Jadi saya nasihat jangan buat begitu.. kalau nak juga, kita mesti buat mesyuarat. Kena ikut saluran, tak bole

DAP 2009 : Replika Anak Syaitan

DAP 2009 Replika Anak Syaitan KUALA KRAI 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara. Katanya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan membuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan. Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan. “Bagi saya itu tidak sepatutnya menjadi halangan. Sebagai umat Islam, kita digalakkan bermaaf-maafan. Itu zaman lampau, kini dalam kepimpinan baru dan situasi baru. “Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula kita manusia. Bagi saya ia bukan suatu halangan. Kita boleh menggerakkan permulaan baru yang akan memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam dan bukanny

PAS, Kerajaan Perpaduan Dan Dunia Yang Satu Lagi

PAS, Kerajaan Perpaduan dan Dunia yang Satu Lagi PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah. Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Ulasan Saya : 1. Hampir semua pemimpim tertinggi UMNO mahu perbincangan kerajaan perpaduan dipercepatkan. Maka, PAS mahu menunggu siapa lagi? Yang baik harus disegerakan. 2. PAS

Jalan Semakin Lurus

JALAN SEMAKIN LURUS KUALA LUMPUR 17 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai isu kerajaan perpaduan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali berkata, perbincangan antara Pas dan UMNO tidak akan berlaku selagi Najib belum membuat pertemuan dengan pemimpin parti pembangkang yang lain. “Najib perlu berjumpa dengan pemimpin DAP dan PKR. Konsep kerajaan perpaduan ini masih dibincangkan dan perlu mendapat persetujuan bersama. “Ini isu besar. Ada isu yang boleh diputuskan satu parti saja namun isu ini memerlukan persetujuan semua,” katanya pada sidang akhbar berhubung idea kerajaan perpaduan di sini hari ini. - Utusan Ulasan Saya : 1. Saya ingin bertanya kepada Datuk Mustapha Ali, nak ikut cakap Anwar dan Karpal Singh atau nak ikut ayat Al-Quran? apabila berlaku perselisihan faham antara umat Islam, kembali kepada kitabullah dan hadis shahih dan bukan kembali kepada DA

Di Sini Jalan Mula Lurus

DI SINI JALAN MULA LURUS KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Justeru, Perdana Menteri tetap dengan pendiriannya untuk mengamalkan sikap terbuka dan pada masa sama, bersedia mendengar serta mempertimbangkan apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menolak segala bentuk kerjasama yang akhirnya boleh memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. ‘‘Saya pernah menyatakan sebelum ini yang kita bersikap terbuka berhubung cadangan tersebut dan kita juga bersedia untuk mendengar dan menimbang cadangan yang dikemukakan oleh Pas mengenainya (kerajaan perpaduan),’’ katanya yang juga Presiden UMNO. Ulasan Saya : Saya mendoakan agar PAS dapat melihat keikhlasan Perdana Menteri, dan kembali kepada kehendak al-Quran dan As-Sunnah. Jika benar PAS mahu kembali kepada kitab suci

Buih-Buih Masa Hadapan : Menjawab Persoalan Benarkah UMNO Akan Pupus?

BUIH-BUIH MASA HADAPAN (NEW) Menjawab Persoalan Benarkah UMNO akan Pupus? Oleh Muhammad Azli Shukri Setelah jurnal Foreign Affairs menerbitkan rencana “Pertembungan Tamadun” tulisan tokoh sains politik masyhur dunia, Samuel P.Huntington pada musim panas 1993, rencana tersebut telah menimbulkan keresahan dan kegelisahan terhadap masyarakat dunia. The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order buku kontroversi Huntington adalah lahir daripada respons mereka terhadap rencana beliau yang tersiar di dalam jurnal tersebut. Huntington berpendapat, pola politik global selepas tamat perang dingin akan lebih berpaksi pada jati diri dan disusun kembali mengikut garis budaya, tamadun dan keetnikan sesuatu kaum. Masing-masing kaum ingin mengekalkan jati diri budaya dan jati diri tamadun mereka sendiri. Dan sebuah tamadun sejagat yang digembar-gemburkan oleh Barat sama sekali tidak akan berlaku. Tamadun utama dunia seperti China, India dan Islam semakin mengukuhkan jati diri dan

Anwar Ibrahim dan Chin Peng

Anwar Ibrahim Jauh Lebih Merbahaya daripada Chin Peng KUALA LUMPUR 14 Jun – Tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah hukuman selayaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Pengerusi Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP), Pegawai Waran 2 (B) Othman Ab. Majid menegaskan, provokasi Anwar itu jelas menghangatkan kembali isu tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara. Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan segera bertindak dan jangan membiarkan mana-mana individu yang sengaja cuba mengeruhkan keadaan dan meniup api persengketaan. “Kami bekas perajurit amat terkilan dan kecil hati, isu Chin Peng sebenarnya bukan isu politik tetapi malangnya ia dipolitikkan kerana semua sedia maklum bahawa PKM pertubuhan ganas, jadi kenapa perlu diperjuangkan. “Kemarahan kami yang pernah bertempur dengan komuni

Terima Kasih ITNM!

TERIMA KASIH ITNM! Peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000" telah pun diketahui keseluruhan pemenangnya semalam. Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Namun demikian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih secara peribadi kepada Institut Terjemahan Negara kerana memilih slogan saya sebagai salah seorang pemenang untuk hadiah ke-3 pertandingan tersebut dengan membawa wang tunai RM1000 (Seribu). Saya agak terkejut pada awalnya, hal ini adalah kerana saya cuma menghantar tiga atau empat penyertaan sahaja (jika tidak silap saya) sewaktu berada di tapak Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bulan April lepas, itu pun slogan tersebut ditulis secara main-main sahaja, selepas kawan baik saya saudara Khairul Anuar Manshor memperkenalkan buku terjemahan tulisan Presiden Amerika Syarikat, bertajuk, "Keberanian Menggapai Harapan". Hakikatnya, sehingga kini pun saya masih tidak ingat apakah slogan yang telah saya tuliskan itu. Walaubag

Burger Sedap Dari Universiti Malaya

BURGER SEDAP DARI UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 9 Jun — Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my. Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM. Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. — Bernama. Ulasan Saya : 1. Saya bimbang jika pembangkang mempolitikan soal ini. Sedangkan isu PPSMI masih belum selesai lagi. 2. Niat kerajaan baik, iaitu ingi

Muzakarah PAS-UMNO : Mimpi Dalam Paksaan

MUZAKARAH PAS - UMNO Mimpi Dalam Paksaan KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional. Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional. ''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara. Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti. Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Isl

Kerajaan BN Terlalu Baik

KERAJAAN BN TERLALU BAIK KUALA LUMPUR 1 Jun – Kerajaan sedia mengkaji kemungkinan mewujudkan skim pinjaman wang untuk golongan yang tidak mempunyai kerja tetap bagi mengelak golongan itu meminjam dengan ah long. Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, skim pinjaman yang sedia ada kebanyakannya adalah untuk pekerja tetap dan ingin membuka perniagaan sahaja. “Ketika ini tiada skim tertentu bagi membantu golongan tidak bekerja tetap, justeru kerajaan perlu melihat satu skim khas untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada media di sini hari ini. Ulasan Saya : 1. Kerajaan pimpinan BN terlalu baik dengan rakyat. Macam-macam diberikannya. Tetapi terdapat dalam kalangan rakyat yang tidak mahu bersyukur. 2. Semoga skim ini tidak akan menjadikan rakyat Malaysia bertambah malas untuk bekerja 3. Adakan juga "kawalan" serta "syarat" bagi memastikan

Hiburan Halal 2009 : Dunia Tanpa Warna

HIBURAN HALAL 2009 DUNIA TANPA WARNA KUALA LUMPUR 31 Mei - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Islam di negara ini diminta supaya bersikap lebih kreatif untuk menyediakan pelbagai hiburan yang halal dari segi agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu penting bagi memastikan umat Islam mempunyai alternatif untuk menghiburkan diri mereka. ''Umat Islam khususnya generasi muda kini banyak terpengaruh dengan konsert hiburan yang melalaikan kerana mereka tidak mempunyai alternatif lain untuk berhibur," katanya. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan penutupan Majlis Tilawah Al-Quran, Azan, Nasyid, Ceramah, Kuiz Agama dan Hafazan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Anan C. Mohd. Turut hadir Presiden Kebangsaan G