Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Bagan Pinang 2009 : Di Sini Putih Bukanlah Warna

Bagan Pinang 2009 Di Sini Putih Bukanlah Warna Saya diminta oleh banyak pihak untuk membuat sedikit ulasan berkenaan calon BN di Bagan Pinang - iaitu Tan Sri Isa Samad. Jawapan saya mudah - saya tiada apa-apa lagi yang hendak dikomen. Rakyat lebih bijak dan tahu siapa yang lebih mereka suka. Mungkin untuk masa hadapan, akhlak pemimpin bukan lagi jadi ukuran untuk dipilih sebagai calon dalam pilihan raya. Selepas ini, tiada lagi masalah untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon UMNO/BN dalam pilihan raya. Sama ada perasuah ke, pelacur ke, perompak ke, penzina ke atau peliwat ke - semua boleh dipilih menjadi pemimpin, akhlak adalah soal kedua, yang penting sekarang ini ialah kuasa - tidak kiralah siapa calon kita itu, sekali pun seorang perompak atau pencuri atau seorang perasuah, tetapi jika rakyat suka, maka pilih sahajalah. Lagi pun nak buat macam mana, kalau dah rakyat sendiri yang mahukan wakil rakyat mereka dalam kalangan perompak, pencuri, perasuah dan peliwat - apa lagi yang

Bagan Pinang 2009 : Jembalang Di Depan Pintu

Bagan Pinang 2009 Jembalang Di Depan Pintu Perkara yang paling susah dan payah untuk diterima adalah kebenaran! Sekali pun sudah dibentangkan hujah dan dalil yang kukuh, namun demikian, hati manusia sangat tidak gemar mendengar dan menerima kebenaran. Isu berkenaan siapakah calon yang paling layak untuk diketengahkan sebagai calon UMNO di kerusi Bagan Pinang masih menjadi tanda-tanya dalam kalangan ahli-ahli UMNO. Masih ramai yang keliru apakah yang harus diperjuangkan oleh UMNO pada ketika ini - yakni pada saat UMNO dilihat sebagai parti yang lemah. Jawapan saya sangat mudah - UMNO pada saat ini perjuangannya hanya satu sahaja, iaitu membuang dan mengorbankan semua ahlinya yang jelas terlihat dengan politik wang dan rasuah - tidak kira seramai mana sekali pun - hatta jika UMNO hanya tinggal seorang sahaja ahlinya yang bersih maka lakukanlah, itu lebih baik. Percayalah UMNO sama sekali tidak akan rugi menolak dan membuang mana-mana ahlinya yang terbukti terlibat dengan politik wang da

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra

Hari Raya 2009 : Kita Mulakan Mimpi Baru

Hari Raya 2009 Kita Mulakan Mimpi Baru Saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca setia blog saya selama ini. Mohon kemaafan juga kerana agak terlalu lama saya tidak mengemaskini blog ini. Hal ini bukanlah disengajakan, sebaliknya beban tugas dan kesibukan menyambut Aidilfitri baru-baru ini menyebabkan saya ketiadaan masa untuk menulis dan melayari internet.

Tarian Akhir Samy Vellu

TARIAN AKHIR SAMY VELLU KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai. Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti. Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri. ‘‘Setakat ini, satu ‘bom’ pun tidak pernah meletup. ‘‘Tetapi saya ada satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia beliau dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Subramaniam adalah salah seorang calon yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti Sabtu ini. Sementara itu, Sam

Harakah 2009 : Hantu Di Gandola

HARAKAH 2009 Hantu Di Gandola KOTA BHARU, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja. Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain. Kata beliau "aqidah Umno" yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri. "Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini. Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja. Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali

DAP Perintah Malaysia 2012?

DAP PERINTAH MALAYSIA 2012? Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang? Oleh Zaini Hassan (Saya memetik tulisan bernas daripada Zaini Hassan yang ditulis di dalam Utusan Malaysia hari ini. Bacalah dengan hati dan akal yang sihat.) PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi. Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu. Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak Brit

Terima Kasih Kerajaan : Jadilah Manusia Yang Bersyukur

Terima Kasih Kerajaan! Jadilah Manusia yang Bersyukur Terima kasih kerajaan! Oleh kerana esok (10/09/2009) gaji bagi kakitangan kerajaan akan masuk ke akaun masing-masing, maka saya mengambil kesempatan ini untuk menasihat sesama kita agar sama-samalah kita berjimat-cermatlah dalam berbelanja. Banyakkan bersedekah dan kurangkan pembaziran dengan membeli barang-barang yang tidak perlu sempena musim perayaan ini. Apa-apa pun janganlah lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan bersyukurlah kepada Allah dengan apa-apa rezeki yang diberikannya. Janganlah kita menjadi manusia yang lupa diri dan mengutuk serta mencaci pihak kerajaan yang selama ini memberi kita peluang pekerjaan untuk kita menyara anak bini. Ingatlah, Allah tidak akan memandang orang yang tidak tahu bersyukur dan suka mencari buruk pihak lain, khususnya pihak kerajaan. Bagi para penyokong pembangkang atau ahli parti pembangkang yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan, fikir-fikirkanlah, jasa kerajaan kepada hid

Khairy Jamaluddin 2009 : Masa Hadapan Tanpa Warna

Khairy Jamaluddin 2009 Masa Hadapan Tanpa Warna PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu. Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian. "PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka. "Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya a

Tan Sri Isa Samad 2009 : Karakatua Muntah Lagi!

Tan Sri Isa Samad 2009 Karakatua Muntah Lagi Pemimpin Umno Bahagian Telok Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata, Isa yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi. "Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya. Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana BN telah tewas di tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi. "Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang. "Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan, malah majoriti perlu ditambah agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat. Bahagia

Najib 2009 : Sejarah Mula Bengkok

Najib 2009 Sejarah Mula Bengkok KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya menjadikan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar. Perdana Menteri berkata, ia penting supaya mereka dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Teluk Kemang nanti. "Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN untuk kita lakukan yang terbaik pada pilihan raya kecil Bagan Pinang,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu 2 1/2 Jalan Cheras di sini hari ini. Beliau mengulas kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Nor dari BN akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini pukul 2.30 petang semalam. Azman, 54, yang merupakan sala

Dato Adil 2009 : Di Sini Tiada Azli Shukri Lagi

Dato Adil 2009 Di Sini Tiada Azli Shukri Lagi Dato Adil merupakan nama terkenal di dalam blog saya ini. Sejak blog saya ini muncul pada bulan empat tahun lepas, nama ini sering menimbulkan konfilk, misteri dan tanda-tanya. Awalnya, sejarah Dato Adil hanyalah sekadar memberi komen berkenaan isu KJ di blog saya, malah, saya juga tidak terlepas daripada dikritik hebat oleh beliau. Namun demikian, itu adat apabila kita berblog, jika takut dikritik, jangan main dengan blog. Namun begitu, dipendekkan cerita, setelah saya dianiaya dan dizalimi, Dato Adil yang sebelum ini lantang mengkritik saya, tiba-tiba bertukar gaya, dengan memberi sokongan moral kepada saya, agar terus tabah menghadapi ujian di DBP. Dari situ, mulalah episod baru Dato Adil yang secara berterus-terang mengkritik DBP dan bahagian M. Rupa-rupanya, ada yang tidak senang dengan kebenaran dan komen yang ditulis oleh Dato Adil, lalu segera menyebarkan fitnah kononnya Dato Adil merupakan staf di bahagian M dan sengaja memburuk-b

PAS 2009 : Simpang Di Tepi Malam

PAS 2009 Simpang Di Tepi Malam KOTA BHARU 2 Sept. - Pemimpin Pas diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai Pas termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti. Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu. ''Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar Pas yang tidak berteraskan perkauman. Hu berkata, kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seol