Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Sebaik-baik Jawapan

Pada hemat saya, inilah sebaik-baik jawapan berhubung kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terbukanya terhadap Israel dengan frasa ayat kontroversi berbunyi, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel ," (teks penuh di sini) . Isunya sangat mudah - perlukah Anwar Ibrahim mengusulkan agenda melindungi Israel sekiranya rundingan damai Palestin-Israel benar-benar berjaya? Atas hujah apa Israel mesti dilindungi? Walau pun mereka sanggup berdamai dengan Palestin, itu bukan alasan untuk melindungi negara haram mereka. Bahkan hujah dari kitab mana yang digunakan oleh Anwar bagi menghalalkan sikap melindungi Israel? Rasanya jawapan daripada Duta Palestin ke Malaysia di bawah ini sangat tepat lagi bernas: KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melind

Cakaplah Apa Pun..Orang Melayu yang Iri Hati Tetap Tak Puas Hati

" Namun dalam keadaan kekuatan politik orang Melayu semakin lemah kerana berpecah belah, saya ingin membuat teguran kerana ramai pihak menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah sesuatu yang teruk kerana kegagalan pelaksanaan, korup dan sebagainya. Namun apakah semua itu betul dan tidak ada satupun dari DEB ini berjaya membantu orang Melayu dan masyarakat. Saya nak tanyalah jika sebelum ini ada orang Melayu dapat kontrak RM20 juta, dia dapat untung RM2 juta melalui DEB. Orang pertikaikan kenapa dia dapat kontrak dan sebagainya. Kenapa tak orang pertikai siapa yang dapat selebihnya dari RM20 juta tadi, sudah tentu orang Cina. Tetapi mengapa tidak ada orang yang bercakap mengenainya. Apakah DEB itu hanya menguntungkan orang Melayu semata-mata sedangkan yang mengaut keuntungan besar adalah orang Cina. Kenapa orang lain perlu menjadikan hal 30 peratus penguasaan ekonomi orang Melayu sebagai isu besar sedangkan ramai di luar sana terutama kaum