Skip to main content

Mengapa Hal Ini Tidak Diceritakan Oleh PAS?

Rencana yang ditulis oleh Zolkarnain Abidin di bawah ini, pada hemat saya merupakan hakikat sebenarnya perkara yang sedang berlaku dalam dunia politik PAS. Semoga kita terbuka hati membacanya. UMNO perlu mengambil peluang keemasan ini bagi mengukuhkan lagi kekuatan partinya. Baca tulisan beliau ini : SETELAH TIDAK MENJADI orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang. Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti.

Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji. Di mana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja. Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS? Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS? Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang? Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun. Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga. Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai. Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Comments

Anonymous said…
duit UMNO ke duit kerajaan hasil cukai orang-ramai termasuk ahli pembangkang ? Contoh, duit ihsan petroleum nampak duit UMNO sebab dibagi masa majlis UMNO.Orang kampung mudah percaya, orang bandar yang kritikal tak berapa nak hadam.

DR NO
anak desa said…
Cerita ini sesuai dengan budak sekolah atau pun zaman kelas dewasa zaman tok aku mula kenal a b c dulu.Dah lama pendekatan dibuat.Kalau zaman hari ini dok buat kerja macam tu alamat umno lingkup lagi.Oarng kg budak lah dangkal kesemua.Jangan lah letak rakyat sebagai pengundi demekian rupa setaraf dgn kain pelikat.RM 50.oo.Sampai bila kita nak letakan pengundi kg /melayu sedekian rupa.Ini tidak wajar malah kesian pada mereka.Nasib oranh kg/melayu.
azlishukri said…
Dr No apabila duit rakyat sudah menjadi cukai - maka ia menjadi hak kerajaan untuk diuruskan. Maka rakyat tidak lagi boleh mendakwa wang itu masih menjadi hak mereka.
wanbaki said…
tp inilah hakikatnya...
walaupun tak menyeluruh tp ini memberi kesan. walaupun kiasan RM5 tu unutk zaman dulu tp nilai dan cara adalah sama cuma pendekatan berbeza.
Bg orang kampung mereka tak mintak besar, tp sekadar untuk dikenang. Kalau JKK boleh singggah tgk anak sakit, kenduri datang bersiang daging, gotong royong bersama masyarakat. itu sudah memadai.
Lg baik kalau boleh tolong anak masuk asrama, tolong itu, tolong ini.
Mungkin budaya ini sudah berubah tp pendekatan hampir sama
Anonymous said…
Apa Pencapaian Parti PAS. Sebagai Parti Pakatan, PAS berkuasa dinegeri Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor.

Apa kah sumbangan PAS dalam menjaga Kepentingan Orang Melayu dan ISLAM.
Tak ada apa pun.

Kelantan masih mundur, keperluan asas saperti air pun masih belum dilaksanakan.

Di Kedah pun tak buat apa-apa semasa banjir baru baru ini. Tak usah tanya pasal pembangunan.

Di Penang pula DAP bermaharaja lela menindas Orang Melayu tertapi PAS senyap saja macam orang bisu. Oh saya lupa PAS bukan orang Melayu.

Di Selangor pula DAP juga yang berkuasa, PKR dan PAS jadi pak turut saja macam orang bisu.

Wahai kaum ku Orang Melayu dan (Beragama Islam- kena ingatkan PAS) apa kah Pestasi dan Pencapaian PAS yang bolih kita guna sebagai Panduan untuk Menilai kemampuan mereka memerintah.

Maaf lah saya katakan PAS hanya jadi Pak Turut kepada PKR dan DAP.
Mampukah mereka menjaga kepentingan bangsa Melayu yang beragama ISLAM.

Apa yang berlaku sekarang sungguh aneh. Parti Orang Melayu, UMNO,PAS dan PKR memecah tiga undi orang Melayu yang merupakan kaum majoriti iaitu anggaran 60% dinegeri ini. Olih kerana itu kaum minoriti saperti Cina dan India menjadi kuasa penentu. Bodoh betul kaum ku ini.

Cubalah UMNO dan PAS bermuafakat sebagai orang ISLAM. PKR akan mati beragan tanpa sokongan ahli PAS. DAP akan bersendirian balik asal sebagai pembangkang. UMNO an PAS bolih lah bermuafakat untuk dibahagi bahagi Pentadbiran Negeri.

FIKIR FIKIR KAN LAH.
Anonymous said…
duit cukai kena balik ke rakyat dengan semangat federalism tanpa diugut & diumpan serta dijaja atas nama parti.Bila adil, rakyat lagi kasih. Bila sombong, makan sumpah.

DR NO
Anonymous said…
politikus PAS hanya tau cakap jer,..pidato berjela-jela di selang selikan dengan lawak jenaka. apabila buat kerja.hampeh tak terkata..bodoh takk serupa kata. tak pernah berikan apa yang dijanjikan. cuma janji masuk surga jer oleh bapak penjaga surga neraka iaitu pak nicky ajis sakit belakang tu.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
To Live Again said…
DR.NO..

Mmg la cukai dh dipulangkan kepada rakyat dlm pelbagai bentuk..Pembangunan material dn rohani..Sumbangan 2 pon salah 1 bentuk bantuan la..Kalau kata bantuan duit kerajaan dikira sbgai salahguna dn rakyat x ptt pon berterima kasih dgn kerajaan, aku nk tnya mcm mana plak bantuan yg dihulur di selangr dn kelantan misalnya..

Apakah 2 pon dikira sbgai MAINAN POLITIK..Kalau cm 2 prinsipnya sng la..Org2 di kedah pon blh KEDARAH suma bantuan kerajaan negeri bg dn kerajaan negeri pon x pyh la bsg2 konon x undi ISLAM la..X skg ISLAM la..Bkn ke 2 pon bntuk ugutan yg merendahkan IQ pengundi..

PAKU DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORG PR YG LEBIH!
Anonymous said…
kelantan yg diperintah oleh pas masih lagi mundur.kedah bernasib baik bila pas perintah sudah ditadbir dan dirancang oleh umno.cuma cuci kaki jer..cuba lihat sekarang ada kesimbungan pembangunan baru tak?..jawapanya tidak ada.yg dah ada akan usang.jadi sejarah dan antik.penang..dimana melayu kian terhakis oleh lim guan eng..saya tak mau cerita..cari sendiri..kenapa anwar ibrahim di pertahan oleh DAP..jawapan nya mudah..bila anwar dapat jadi PM segala kemahuan DAP akan di turut oleh anwar kerana DAP mempunyai bukti kukuh kesalahan anwar.siapa yg rugi..melayu siapa melayu? apa agama org melayu? dah tentu islam

Pilihan Pembaca

Terima Kasih ITNM!

TERIMA KASIH ITNM! Peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000" telah pun diketahui keseluruhan pemenangnya semalam. Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Namun demikian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih secara peribadi kepada Institut Terjemahan Negara kerana memilih slogan saya sebagai salah seorang pemenang untuk hadiah ke-3 pertandingan tersebut dengan membawa wang tunai RM1000 (Seribu). Saya agak terkejut pada awalnya, hal ini adalah kerana saya cuma menghantar tiga atau empat penyertaan sahaja (jika tidak silap saya) sewaktu berada di tapak Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bulan April lepas, itu pun slogan tersebut ditulis secara main-main sahaja, selepas kawan baik saya saudara Khairul Anuar Manshor memperkenalkan buku terjemahan tulisan Presiden Amerika Syarikat, bertajuk, "Keberanian Menggapai Harapan". Hakikatnya, sehingga kini pun saya masih tidak ingat apakah slogan yang telah saya tuliskan itu. Walaubagaiman...
Mukhriz Telah Menang! Oleh Muhammad Azli Shukri Saya bertemu dengan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen baru-baru ini, ada sesuatu yang telah lama terbuku dalam benak dan fikiran saya, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera antara saya dengan Mukhriz. Sebagai seorang sahabat baik dan penyokong setia beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa yang sekian lama bermain dalam kotak minda saya. Petang itu, setelah Mukhriz bersetuju meluang masa untuk berjumpa, maka saya bergegas ke Parlimen. Tidak sabar untuk saya mendapatkan kepastian daripada mulut beliau sendiri, setelah tersebar fitnah paling ganas terhadap dirinya di Internet sejak belakangan ini. Kepastian dan kebenaran harus segera saya cara dan temui, jika tidak – saya tidak bisa tidur malam. Hampir dua jam saya berbual tentang pelbagai isu, bermula daripada isu bahasa, hinggalah ke isu politik dan ekonomi, semuanya beliau jawab dengan penuh meyakinkan – tiada ragu-ragu – tiada rasa haru biru – semua dijawa...

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra...