Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Azli Shukri's Sunday Views

Azli Shukri's Sunday Views : Tengku Razaleigh Yang Mengecewakan

Azli Shukri's Sunday Views Tengku Razaleigh yang Mengecewakan (Ruangan ini khusus untuk saya menjawab tohmahan pembangkang terhadap kerajaan setiap hari Ahad) 1. Pada pandangan peribadi saya, saya merasakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah sudah pun dikira sebagai seorang ahli parlimen bebas (baca di sini) . Kritikan dan seruan beliau agar masyarakat bersama-sama dengannya untuk menentang Akta ISA dan OSA, sudah dianggap keterlaluan. Cukuplah rasanya beliau sanggup menjadi saksi berhubung isu royalti minyak Kelantan, dan kini sekali lagi beliau seolah-olah menikam kerajaan dari arah belakang. 2. ISA diperlukan sampai bila-bila, yang salah bukan ISA, yang salah adalah penyalahgunaannya sahaja. Saya sedih, kerana sebelum ini saya sangat menghormati beliau sebagai seorang pejuang yang berfikiran jauh - saya tidak tahu bagaimana mungkin beliau secara tiba-tiba menentang suatu akta yang jelas telah memberi keharmonian dan keamanan kepada negara serta rakyatnya lebih daripada 5...