November 23, 2011

Sebab Itu Islam Haramkan Demonstrasi...Hosni Mubarak Dah Tak Ada..Pasal Apa Rakyat Mesir Masih Tak Puas Hati?

KAHERAH 22 Nov. - Kabinet Mesir semalam meletak jawatan selepas tunjuk perasaan yang menuntut perubahan politik mengakibatkan 29 maut serta menyebabkan pemerintahan tentera terpaksa mengadakan rundingan krisis. Empat hari selepas demonstrasi besar-besaran diadakan iaitu yang terburuk sejak kejatuhan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak, Kabinet mengumumkan peletakan jawatan semalam.

"Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pemerintahan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir," kata jurucakap Kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen memetik satu sumber majlis sebagai berkata, peletakan jawatan itu ditolak, tetapi Menteri Penerangan Osama Heikal memberitahu agensi berita MENA, sebarang keputusan berhubung perkara itu masih belum dibuat. Peletakan jawatan Sharaf jika diterima, boleh menangguhkan pilihan raya Parlimen yang dijadual pada 28 November ini, yang pertama selepas kejatuhan Mubarak.

SCAF melalui satu kenyataan yang dilaporkan MENA menyatakan, pihaknya menjemput semua kumpulan politik dan kebangsaan untuk satu dialog tergempar bagi melihat punca krisis terbaru itu serta cara menyelesaikannya secepat mungkin.

Majlis itu juga telah meminta Kementerian Kehakiman membentuk satu jawatankuasa untuk menjelaskan tentang keganasan yang berlaku dan menyeru tentera serta rakyat supaya bertenang bagi meneruskan proses politik. Menurut pasukan perubatan, dua lagi penunjuk perasaan dilaporkan maut pagi ini di bandar Ismailiya, di Laut Merah, menjadikan angka korban kini mencecah 26 orang. Pertubuhan Amnesty International mendakwa, SCAF gagal mengotakan janji-janjinya dan telah melakukan penyalahgunaan hak yang lebih teruk berbanding semasa pemerintahan Mubarak. - AFP

November 21, 2011

Mereka Akan Dihukum!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini. Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.

Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.

''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.

''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.

''Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,'' katanya lagi.

Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.

''Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,'' katanya. Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

''Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,'' katanya. Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.

''Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.

''Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,'' jelasnya.

November 18, 2011

Kebenaran Di Dalam Kotak Kaca

ANALISIS, 18 Nov — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan satu perkara — beliau masih tidak jemu-jemu untuk bercakap tentang perpaduan Melayu khususnya kerjasama politik PAS-Umno.

Beliau tetap konsisten dengan pendirian mahu mengikat kerjasama politik antara PAS dan Umno — idea yang beliau cuba bawa sejak keputusan pilihan raya umum ke-12. Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang. Dua muktamar tahun PAS yang lalu dengan tegas menyatakan pendirian itu dan mahu kekal dalam kerjasama Pakatan Rakyat. PAS menyertai kerjasama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12. Sehingga kini ia selesa dengan persekitaran dalam perikatan itu.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Harussani berkata beliau mahu melihat orang Melayu terus bersatu, bukan sahaja di Perak malah di seluruh Malaysia. Sudah berulang kali beliau mengulangi pendirian yang sama.

Penelitian rambang menunjukkan lebih 10 kali beliau bercakap pasal soal itu sejak Mac 2008. Baginya, ia perlu diperingatkan dari semasa ke semasa supaya orang Melayu sedar betapa pentingnya bersatu padu di kalangan mereka. Pemimpin agama berusia 72 tahun ini berkata beliau akan terus bercakap soal kerajaan perpaduan Umno-PAS ini. Katanya, sepatutnya beliau sudah berehat di rumah tak perlu bekerja dengan kerajaan pada usia yang sudah lanjut ini.

Tegasnya, tetapi demi sayangkan bangsa, beliau rela pegang jawatan Mufti Perak sebagai lambang penyatuan umat Islam. Beliau tidak memihak kepada sesiapa sama ada Umno atau PAS. Sebab itu, beliau mahu Umno dan PAS mengetepikan fahaman politik demi perpaduan Melayu.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus mahu melihat kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS menjadi kenyataan,” katanya. Beliau amat bimbang dengan perpecahan yang berlaku sekarang kerana lambat laun kuasa politik Melayu akan hilang dan beliau bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Matahir Mohamad bahawa pegangan politik Melayu akan hilang dalam masa 10 tahun lagi jika orang Melayu terus berpecah.

Bagi PAS irama itu tiada asas. Bagi parti Islam itu jika pun Umno tidak berkuasa, nasib Melayu akan terus terbela.PAS sebelum ini berkata pihaknya akan meneruskan perjuangan itu menerusi ikatan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Harussani kata, beliau sedih apabila apabila PAS menolak perpaduan dan mahu kekal bersama DAP dan PKR dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang menyaksikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau yakin dengan pepatah Melayu carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum juga. Dan, beliau yakin suatu hari nanti PAS akan sedar kesilapan mereka dan kembali bergabung dengan Umno demi perpaduan Melayu.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua pihak tidak bertelingkah mengenai isu yang remeh temeh seperti haji seseorang itu sah atau tidak. Katanya, “kita banyak membuang masa membicarakan isu yang remeh temeh sebaliknya isu yang lebih besar seperti perpaduan Melayu diketepikan.” Misalnya kata beliau, tidak timbul haji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sah jika benar beliau menghabiskan awal hajinya. “Jika benar tuduhan itu, haji beliau tetap sah cuma beliau kena bayar dam,” katanya.

November 16, 2011

Kemenangan Yang Belum Dicuri

Populariti Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku ke atas tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat, demikian lapor kajian Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kadar populariti berkenaan Najib itu berbeza daripada hasil kajian dikeluarkan oleh Merdeka Center baru-baru ini.

Kajian Merdeka Center diterbitkan akhir Ogos lalu menunjukkan aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November tahun lalu, 67 peratus pada Mac lalu dan seterusnya ke paras 65 peratus pada bulan Mei dan terbaru 59 peratus. Selain Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIA menunjukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003.

Kajian UIA itu menambah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan. Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib, yang menjadi perdana menteri pada April 2009, adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib,” katanya dipetik Bernama. Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

“Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka,” kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal. Azrul Hisyam yang menyelaras kajian itu berkata, kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu. Azrul Hisyam berkata, rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara. “Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan,” kata beliau dipetik agensi berita nasional itu.

November 15, 2011

Khairy Perlu Tinggalkan Shahrizat

Oleh Mathias Gomes Tidak kira berapa banyak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhujah dan mengemukakan fakta-fakta di blognya (Saya rasa mungkin tidak dikunjungi langsung) atau suratkhabar atas talian untuk memberitahu apa yang berlaku di NFC- versi Umno, ia tetap tidak masuk akal kepada manusia normal.

Setiap hari rakyat Malaysia ingin makan daging lembu sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mereka mampu, sekiranya tidak, satu lagi sumber protein untuk mereka makan adalah ayam yang dianggap masih mampu dibeli. Ikan terutamanya dari laut hampir tidak dapat dibeli disebabkan harga melonjak kepada paras tertinggi dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Harga ikan kembong kegemaran rakyat (scomber) adalah kira-kira sebelas ringgit sekilo! Dengan ini di dalam minda kita, jika NFC boleh menjual daging lembu dengan harga murah untuk orang biasa, ini akan lebih masuk akal. Khairy kemudiannya bolehlah berhujah sehingga semua lembu pulang balik ke kandang dan tiada siapa akan kisah. Pada masa ini, adalah lebih baik baginya untuk menutup mulutnya, dan menjauhkan diri daripada kejatuhan NFC.

Sebelum cerita lembu, ada cerita AP Skandal NFC sudah semestinya merosakkan imej Sharizat dan juga Najib. Adalah mustahil beliau akan diletakkan untuk bertanding di kawasan yang beliau pernah kalah iaitu lembah pantai atau diberi mana-mana kerusi untuk ditandingi. Ini akan membuat musuh tradisinya Rafidah Aziz gembira kerana beliau sememangnya menunggu-nunggu saat ini. Bagi Sharizat pula, ini adalah penghujung untuk karier politik beliau yang telah pun dihidupkan kembali. Tapi sekurang-kurangnya, beliau mendapat bonus daripada Umno dalam bentuk kondo mewah dan lembu-lembu.

Pakaian pintar, kelihatan pintar, berjalan pintar tetapi ... Berbalik semula kepada bekas wira di tingkat 4 ini, dia berpakaian seperti orang pintar, kelihatan bijak, berjalan pun macam orang pintar tetapi serupa dungu apabila dia membuka mulutnya. Jika dia mahu kekal dalam politik terutamanya Umno, dia perlu mempunyai strategi untuk mengukuhkan asasnya. Dia mungkin mempunyai kelayakan kukuh dalam kertas, tetapi untuk tempat beliau sekarang iaitu ruangan bawah tanah, itu adalah lemah. Dia perlu untuk memperbetulkannya dengan pantas. Kini, beliau mempunyai kerusi di Rembau dan ia relevan kepada Umno dan kepada kerjaya politik beliau sendiri.

Jika dia tidak menjadi MP dia akan mati, jadi dia mesti memastikan dia masih dipertandingkan pada pemilihan akan datang. Untuk ini, beliau harus bekerja keras atau meletakkan semua wang di mulutnya untuk menang dalam pilihan raya dan kekal relevan dalam politik. Sekiranya beliau tidak dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang dan ini mustahil memandangkan beliau adalah Ketua Pemuda Umno, maknanya beliau harus membuat pilihan. Tinggalkan Umno untuk terus hidupkan kerjaya politik peribadi beliau supaya jika pada 40 dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri, maka sekurang-kurangnya pada usia 55 tahun, dia masih berpeluang. Ini bermakna, beliau akan mengambil tempat dalam giliran selepas Mukhriz Mahathir (Insan terpilih) atau Nurul Izzah (Pilihan Rakyat) mengambil giliran mereka.

De-facto PM untuk orang yang tidak berguna Khairy yang kini berusia 35 tahun, dan pernah menerajui para ahli strategi muda yang diupah oleh bapa mertua beliau, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh 2004 hingga 2008 pasti merindui pejabat tingkat 4 beliau yang enak di Putrajaya. Dari de-facto PM, Khairy kini berada di bawah tanah politik Umno. Walaupun dengan portfolio yang kuat sebagai Ketua Pemuda , beliau tidak diberikan jawatan menteri dan ini agak memalukan. Dan yang lebih memalukan, Mukhriz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, walaupun ini mungkin hanya melalui campur tangan Maha Kuasa (bapanya dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad).

Adakah Dr M pernah memaafkan Khairy Sekarang semua orang tahu Mahathir membenci Khairy, mereka tidak bergaul dengan baik.Untuk Khairy bangun, dia harus menghadapi musuhnya, Mahathir yang hebat,dan beliau juga harus melawan rasa takutnya pada bekas PM itu. Jika Mahathir mengampunkan Khairy, maka semua akan baik baginya dalam Umno. Khairy tidak boleh berpaling kepada Najib kerana PM itu pun sedang melawan dajal-dajal kecilnya dari dalam dan luar Umno, dan sama ada Najib mampu untuk mengekalkan kuasa ditangannya sendiri itu adalah sesuatu yang belum pasti.

Oleh itu, Khairy tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bertempur sendirian tanpa bapa mentuanya disisi. Pilihan lain untuk beliau adalah berhibernasi untuk beberapa tahun dalam dunia perniagaan atau meninggalkan Umno dan menyertai parti politik lain. Apa pun yang dia pilih, dia harus melakukannya dengan pantas keranan masa tidak menyebelahi beliau dengan semua tekanan yang diterima Umno daripada parti pembangkang berikutan skandal-skandal besar mereka. Sememangnya Umno sedang kehilangan pengaruh mereka dengan begitu cepat sekali kepada pembangkang dan peluang Umno membentukkerajaan seterusnya lenyap. Malah, ruang bawah tanah mungkin juga akan lenyap untuk Khairy jika dia tidak bertindak cepat sekarang. Malaysia Chronicle

Isu Haji Najib - Ini Jawapan Kita

November 14, 2011

Gaji Pengurus Besar PKNS Sama Seperti Gaji PM - Mohamad Satim 10/11/2011

Tanda Awal Kematian!


Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffinDalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor.

Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

parti rakyat malaysia prmAdalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini.

PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Nasional pada tahun 2003 selepas perbincangan yang berlarutan antara kedua-dua pihak.

Beberapa pihak dalam PRM mendakwa sebilangan besar ahli-ahlinya menentang penggabungan itu dan ia masih berfungsi sebagai sebuah parti politik,dan terus diiktiraf sebagai sebuah entiti yang berasingan oleh Pendaftar Pertubuhan.

prm congress meeting 160706 hassan abdul karimWalau bagaimanapun, pemimpin PKR, termasuk mereka yang pernah menganggotai parti berhaluan kiri yang ditubuhkan oleh oleh pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam pada tahun 1955 itu, menegaskan bahawa PRM tidak lagi wujud.

Dakwa mereka sesetengah pemimpin, seperti bekas presiden, (kanan) dan setiausaha agung SK Song - yang merupakan antara mereka yang berkeras mempertahankan kewujudan PRM - juga telah bertanding pada pilihan raya umum 2004 di bawah tiket PKR.

November 13, 2011

Apa Salah Ambiga?

Cuba kita semua baca sendiri bagaimana fahaman puak-puak pejuang hak asasi manusia ini melihat isu-isu hak asasi manusia - khususnya yang melibatkan perbezaan seksualiti - otak mereka penuh dengan nanah dan najis - serta golongan pejuang perbezaan seksualiti ini adalah golongan sakit jiwa yang bukan sahaja perlu diubati - bahkan jika memudaratkan masyarat, mereka perlu sahaja dikurung demi kebaikan hidup manusia. Baca rencana tulisan Stevie Ong di bawah, bertajuk "Apa Salah Ambiga?"

Oleh: Stevie Ong : Ambiga Sreevanasan, atau wajar digelar wanita besi, atas semangatnya berjuang menentang arus. Beliau mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Untuk itu, beliau telah dikritik dan diprovokasi berbagai pihak tetapi beliau berjaya meraih penghormatan dan menerima penghargaan dari berbagai pihak juga.

Atas kesungguhan beliau memperjuangkan pendiriannya, beliau telah menerima anugerah International Women of Courage pada tahun 2009 oleh kerajaan Amerika, dan hanya baru-baru ini, pada 23 September tahun ini, beliau menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur (Knight of the Legion of Honour) daripada kerajaan Perancis.

Amatlah ironi sekali apabila pihak yang sebelum ini menentangnya iaitu ketika beliau memperjuangkan kemurtadan Lina Joy, juga telah berarak di belakangnya dalam Bersih 2.0. Dan kini, pihak yang sama juga, bersama-sama dengan beberapa pihak lain sekali lagi ‘menggila’ kerananya apabila beliau merasmikan Festival Seksualiti Merdeka.

Apakah kesalahan yang dilakukan Ambiga? Apakah kita semua menyokong hak asasi manusia atau tidak? Jika ya, kenapa ada dwistandard? Kenapa hak sesetengah orang diiktiraf dan sesetengah lagi tidak pula?

Apa salahnya Ambiga merasmi dan menyokong pesta untuk meraikan perbezaan seksualiti?

Ambiga sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak asasi manusia – tidak kira sama ada hak untuk menukar agama, hak untuk berdemonstrasi di jalanan atau hak untuk mempunyai selera seks songsang atau luar tabie.

Pakatan Rakyat, sebagai sebuah parti politik yang meletakkan hak asasi sebagai perjuangan utama wajib menunjukkan sokongan yang nyata terhadap Ambiga dalam isu ini.

Homoseks, lesbian, biseksual bukan lagi perkara ‘taboo’ termasuk di negara-negara konservatif. Telah dilaporkan bahawa hanya semalam, pasangan lesbian pertama telah dinikahkan di Nepal. Negara tersebut baru sahaja mengiktiraf hak kumpulan LGBT dan telah meminda undang-undang untuk mengelak diskriminasi terhadap golongan tersebut. Pasangan tersebut, Courtney Mitchell 41, dan Sarah Welton, 48 dari Denver Colorado telah diraikan dalam adat perkahwinan Hindu di kuil Dakshinkali di selatan Kathmandu.

Malaysia, walaupun begitu pesat membangun, ternyata jauh ke belakang dalam isu-isu hak asasi manusia. Golongan LGBT di Malaysia tidak mungkin mampu memperjuangkan hak mereka tanpa platform politik.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat perlu menyatakan pendirian tegas dalam isu ini dan tidak harus takut kehilangan sokongan dari golongan jumud dan terkebelakang. PAS, mungkin menjadi masalah tetapi mereka telah membuktikan yang mereka mampu bertoleransi dan mengalah dalam banyak perkara termasuk dalam hal-ehwal agama Islam, dengan itu bukanlah masalah besar untuk mereka bersikap lebih terbuka terhadap isu LGBT jika DAP dan PKR menangani mereka dengan cara yang betul.

Dengan Pakatan Rakyat di belakang Ambiga, LGBT akan mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan hak mereka di negara ini. Justeru, Pakatan Rakyat tidak harus menghampakan mereka. Kita mengharapkan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan besar ini terhadap Malaysia. (Sumber : Di sini).

November 12, 2011

Saya Belum Mati Lagi

"Paling kritikal dan penting pada waktu ini ialah perpecahan orang Melayu. Ia mesti diatasi segera. Ini Kerana Melayu kini sudah mempunyai pelbagai parti politik yang mereka boleh sokong. Dulu hanya Umno dan Pas, sekarang tidak lagi, Sudah ada KITA dan sebagainya. Jadi kita orang Melayu sudah berpecah menjadi tiga atau mungkin lebih. Kita perlu sedar kita tidak lagi majoriti. Sedangkan untuk memerintah, kita bergantung kepada majoriti. Sekarang siapa yang menang itu yang kita sokong, jadi kita terpaksa menunggu keputusan mereka.

Sudah banyak kali saya katakan, orang Melayu kena bersatu. Tapi kita degil. Sebagai contoh Pas, mereka Melayu tetapi mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Sedangkan Umno minta kerjasama dulu tapi mereka tidak mahu, dengan DAP mereka mahu. Ini yang saya kata Melayu tidak mahu bersatu. Dengan DAP mereka sanggup gugurkan Negara Islam. Pada pandangan saya mereka ini hanya bekerjasama untuk menang sahaja. Tentang prinsip perjuangan, mereka tidak peduli. Melayu yang sedar hari ini perlu kembali bersatu demi survival bangsa." (Sambung bacaan anda di sini).

November 11, 2011

Peringatan Kepada Semua Bloggers! Wajib Tonton

Tuan Tak Akan Menang Menentang Anwar Ibrahim!

Satu pesanan yang cukup penting oleh seorang ulama' tersohor Prof Dr Yusuf Qardawi kepada Haji Hadi kini sudah hampir jadi kenyataan. Difahamkan pesanan ini sengaja tidak diwar-warkan oleh pakatan pembangkang kerana pesanan ini melibatkan ketua Umum mereka Anwar Ibrahim.

Menurut saksi Ulama’ Besar Prof Dr. Yusof Qardawi berpesan kepada Tuan Guru Haji Hadi agar “berhati-hati dengan Anwar Ibrahim”. Pesanan ini dibuat sewaktu Presiden PAS dan rombongannya meminta pandangan Ikhwanul Muslimin dalam pertemuan mereka di London sebelum 16 September 2008.

Dr. Yusof Qardawi menjelaskan bagaimana penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan apabila RAND Corporation (US) mendedahkan tentang penglibatan Anwar secara langsung dalam buku yang bertajuk “Building Moderate Muslim Network” terbitan yayasan itu dan ditaja oleh Smith Richardson Foundation.

Dalam buku ini didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat di seluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syari’ah, mengembangkan pluralisma agama dan menggalakkan dialog antara agama.

Smith Richardson Foundation juga merupakan penyumbang tetap kepada satu pertubuhan Yahudi (Jewish Institute For National Security Affair). Jumlah sumbangan tetap yang disalurkan berjumlah USD 125,000 setahun bagi 2002 dan 2003. Memang licik permainan Anwar ini. Sebenarnya dah nampak sangat dia dah ‘kemaruk’ nak jadi PM selepas PRU12 lalu. Rupa-rupanya ada ‘sponsor’ dari luar sana. (Sumber klik sini).

Sesat Di Hujung Masa

KETIKA bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor mengutarakan kebimbangannya mengenai agama baru yang sedang berkembang atas asas hak kebebasan individu, banyak pihak memandang sepi kecualilah seorang daripada penyokong pembangkang menulis dengan nada marah mengecamnya dengan sebuah hipotesis sebagai perangkap politik untuk menutupi perjuangan membangunkan demokrasi dalam politik Malaysia.

Belum pun sampai sebulan culaan itu dibuat, kini semakin terdedah bahawa apa yang dimaksudkan oleh Rahim mula membuktikan gema perjuangan untuk Malaysia menerima kedudukan sekumpulan pejuang kebebasan hak asasi yang mendesak agar "komuniti mereka" tidak dipandang serong sebagai "komuniti yang bermasalah" kerana mereka juga mempunyai hak sebagai warganegara.

Tuntutan mereka itu sebenarnya bukan sahaja boleh dilihat melampau kerana mahu mendapat pengiktirafan, ia adalah satu bentuk perjuangan yang boleh meruntuhkan nilai-nilai budaya, moral dan agama masyarakat Malaysia yang masih terus bergelut dengan percaturan pelbagai fahaman yang tidak masuk akal.

Arus gerakan 'komuniti songsang' yang dikenali sebagai pengkid, lesbian, gay dan homoseksual itu sebenarnya mendapat nafas baru apabila pada 17 Jun 2011 Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) menerusi Majlis Hak Asasi telah meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan mereka dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.

PBB melihat 'komuniti songsang' atau lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LBGT) sebagai kelompok yang semakin berpengaruh kerana mereka sudah berjaya mendapat ruang kebebasan di banyak negara Eropah dan sebahagian besar negeri di Amerika Syarikat.

Kelompok LBGT yang berusaha mempromosikan perjuangan mereka telah berjaya membentuk persepsi baru bahawa apa yang berkaitan dengan kehidupan mereka bukan lagi sesuatu yang jijik dan tidak bermoral, ia adalah satu budaya yang perlu dihormati.

Asas perjuangan untuk mengiktiraf LBGT mendapat kekuatan moral apabila Belanda dan Perancis membawanya untuk dibahaskan dalam platform Majlis Hak Asasi PBB bagi menebus dosa silamnya yang pernah menghukum dengan kejam pengamal-pengamalnya sebelum meletusnya Revolusi Perancis.

Dalam kes perjuangan 'komuniti songsang' senarionya menjadi semakin jelas apabila UNHCR menyifatkan undang-undang Tasmania (pulau di selatan Australia) menilai homoseksual sebagai satu bentuk diskriminasi dan bertentangan dengan International Covenant on Civil dan Political Rights (ICCPR) berdasarkan Perkara 2,17 dan 26. Akhirnya, Tasmania terpaksa memansuhkan undang-undang tersebut dan mematuhi ICCPR yang ditandatanganinya.

Di Malaysia, akhir-akhir ini corak kehidupan pengamal seks bebas ini sudah berubah sehingga menjadi satu tuntutan yang lebih bersifat mendesak, termasuk menganjurkan perhimpunan terbuka untuk menuntut perubahan undang-undang sebagaimana telah berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat.

Sebagai warganegara, mereka mempunyai hak untuk hidup berasaskan pilihan mereka sendiri, dan undang-undang tidak sepatutnya menyekat kebebasan tersebut. Atas prinsip kebebasan, mereka juga berhak untuk hidup sebagai pasangan yang sah kerana perkahwinan bagi mereka bukan lagi terhad antara lelaki dan wanita.

Mereka menggunakan definisi perkahwinan sebagai perkongsian antara pasangan atas prinsip kerelaan dan pasangan itu pula boleh dalam bentuk sesama jantina. Matlamat perkahwinan sebagai mengembangkan institusi keluarga tidak lagi boleh diterima kerana mempunyai anak atau zuriat juga adalah pilihan.

Bagi mereka, matlamat utama ialah memenuhi naluri seks, kerana seks dengan pasangan kelainan jantina adalah sesuatu yang menakutkan apabila trauma kehidupan silamnya tidak dapat dipadamkan.

Sebenarnya, langkah memperjuangkan kebebasan individu itu adalah suatu prinsip penebusan dosa moral masyarakat Barat yang ditindas oleh elit agama dan ini sebenarnya tidak berlaku dalam Islam. Masyarakat Barat memberikan kelonggaran dan kebenaran 'komuniti songsang' itu sebagai usaha untuk menebus dosa silam sebagaimana mereka melakukan tindakan yang sama kepada masyarakat Yahudi.

Atas kecenderungan baru di Eropah menghadapi penghijrahan masyarakat Islam setelah berpecahnya Kesatuan Republik Sosialis Rusia, banyak negara telah meletakkan syarat hanya boleh menerima mereka yang mengamalkan budaya LBGT dalam kalangan Muslim, maka perkembangan itu mula dikaitkan dengan sikap sebenar negara-negara Barat.

Barat menganggap dengan membenarkan kemasukan pasangan Islam ke negara mereka, ia bukan sahaja akan menambahkan bilangan penganut Islam, bahkan akan mempengaruhi struktur demografi berasaskan agama.

Mempromosikan kebebasan asasi menerusi budaya LBGT itu sebenarnya satu strategi Barat untuk melumpuhkan Islam dan seterusnya menebus dosa-dosa silam elit gereja. Sebab itulah di Barat, LBGT bukan lagi satu isu. Tetapi, dalam masa yang sama kepura-puraan Barat terus berlaku, kerana masyarakat awam tetap tidak boleh menerima pemimpin politik mereka mengamalkan budaya tersebut.

Malaysia terus mempertahankan bahawa budaya LBGT adalah salah dalam apa aspek sekalipun. Undang-undang yang sedia ada akan menghukum pelakunya sebagaimana terkandung dalam seksyen 377A, 377C dan 377D, Kanun Kesiksaan; dan perkahwinan yang sah dalam Seksyen 69 Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Pembubaran Perkahwinan) 1976 adalah antara lelaki dan wanita, bukannya sesama jenis.

Islam tidak boleh menerima LBGT dan tidak akan bertoleransi dengan tuntutan 'komuniti songsang' kerana budaya itu adalah satu bentuk kemungkaran.

Meskipun Malaysia merupakan anggota PBB, tidak bermakna Malaysia harus meminda undang-undang berkenaan hal itu bagi menyesuaikan keputusan tersebut. Malaysia mempunyai kebebasannya sendiri untuk menentukan rupa bentuk masyarakatnya tanpa perlu menodai sekatan-sekatan yang terdapat dalam agama, kerana hak asasi itu bukanlah tiket kebebasan tanpa batas.

Kepada golongan ini ruang untuk kembali ke pangkal jalan masih luas dan hayati firmannya yang bermaksud: Barang siapa di dunia ini buta (gelap) maka di akhirat kelak juga buta, dan akan lebih sesat jalan lagi. (Maksud al-Quran Surah Al-Isra ayat 72)

Lim Guan Eng Buat Hal Lagi!

"Jika Najib berkeras untuk mengadakan pilihanraya kilat pada akhir tahun ini, Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menganjurkan sebuah konvensyen khas di mana cadangan akan disyorkan supaya pilihanraya negeri tidak akan diadakan bersama dengan pilihanraya umum." - Kenyataan Media Lim Guan Eng (baca di sini).

*Helo...lu jangan bimbang la Najib tak akan buat PRU dalam tahun ini..kalau lu tak mahu bubarkan DUN Pulau Pinang, BN pun tak akan bubarkan DUN negeri masing-masing..biar padan muka lu olang semua. Awat lu takut sangat? Kalau rasa PR kuat bubar saja la DUN negeri..kita tengok lu olang boleh menang atau tidak.

Kepastian Di Selekoh Gelap!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih popular berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lemah dalam membuat keputusan konkrit dan bukannya seorang komunikator baik, demikian menurut kajian kendalian PKR. Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.

Hasil kajian diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.

Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).

Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu. Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.

Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau. Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.

Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian. Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus). Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).

Sementara Anwar popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).

Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.

Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib. Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor. - Malaysia Insider.

Nama Saya Tan Sri Muhyiddin Yasin!

Tahniah Tan Sri..inilah yang sudah lama kita tunggu-tunggukan. Sudah tiba masanya bahasa Melayu diaudit penggunaannya dalam agensi dan badan-badan berkanun kerajaan. Malah, kalau dilakukan audit, saya percaya banyak sekali kesalahan bahasa dan ejaan yang dilakukan para penjawat awam sewaktu mereka berucap, menulis memo, menulis surat, menulis minit mesyuarat dan lain-lain aspek penggunaan bahasa. Selama ini kita hanya mengaudit kewangan, pengurusan, kualiti dan perjawatan sahaja - sudah sampai masanya tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan penjawat awam disemak dan diteliti kemampuan mereka - kita mahu mereka menguasai bahasa Melayu tinggi dan bukan bahasa Melayu pasar. Syabas Tan Sri. Perjuangan yang tidak pernah selesai.

KUALA LUMPUR, 10 November - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran menjalankan pengauditan bahasa Melayu melalui penarafan bintang ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan penggunaannya di sektor itu adalah menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengauditan itu perlu bagi menilai tahap dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan di institusi kewangan dan GLC.

“Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa Melayu.

“Kita memahami bahawa penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan perniagaan dan perdagangan di peringkat antarabangsa, tetapi tidak bermakna kita harus meminggirkan bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di sini, hari ini, yang turut dihadiri sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Muhyiddin menambah, institusi kewangan juga wajar melihat budaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, kata beliau, institusi kewangan boleh memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan untuk menjayakan aktiviti dan program yang menjurus kepada pembudayaan bahasa Melayu.

Muhyiddin percaya banyak kerjasama strategik antara institusi kewangan dengan badan bahasa dapat diusahakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

“GLC sewajarnya mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan. Dengan itu, inisiatif yang digerakkan oleh DBP dan BNM seperti simposium ini dapat diteruskan oleh penggiat industri kewangan sendiri,” katanya. Muhyiddin turut mencadangkan supaya semua institusi kewangan menyediakan kursus berkaitan bahasa bagi melahirkan modal insan yang mahir dalam bahasa Melayu. - Utusan Malaysia

November 10, 2011

Tahniah Tan Sri!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan BrandLaureate Legendary Brand ICON Leadership Award 2011, di sini malam tadi. Turut menerima anugerah utama pada majlis anjuran BrandLaureate tersebut adalah Pengerusi Berjaya Corp., Tan Sri Vincent Tan (The BrandLaureate Man of the Year) dan Pengerusi K&N Kenanga Holdings Bhd., Datuk Noor Zakiah (The BrandLaureate Woman of the Year).

Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan berkata, terdapat ramai pemimpin yang hebat di dunia hari ini tetapi antara mereka yang layak digelar ikon adalah sedikit. ‘‘Ikon bermaksud tahap tertinggi dalam sesuatu bidang, berani mengambil risiko dan mengubah budaya pemikiran untuk menjadi lebih baik.

‘‘Sejarah telah membuktikan pemenang hari ini memiliki keunikan luar biasa dalam bidang masing-masing dan berada di kelas tersendiri,’’ katanya di dalam ucapan pembukaan majlis penyampaian anugerah tersebut malam ini. Turut hadir pada malam tersebut adalah 37 pemenang lain dan dimeriahkan lebih 500 orang tetamu. Antara penerima anugerah kategori The BrandLaureate Premier adalah Pengerusi Top Glove Corp. Bhd., Tan Sri Lim Wee Chai dan Presiden Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow.

Sementara itu Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd., (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman telah dianugerahkan The BrandLaureate Most Eminent. Manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd., (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dianugerahkan the BrandLaureate Transformational Corporate Leader.

Turut memenangi anugerah yang sama adalah Pengarah Urusan Bank Islam Bhd., Datuk Seri Zukri Samat dan Pengarah Urusan Kumpulan, Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir.

November 4, 2011

Mahathir Mula Serang Muhyiddin

Seperti yang dijangkakan ramai pihak - legasi terakhir Tun Mahathir adalah PPSMI. Ketegasan Muhyiddin mempertahankan bahasa Melayu dalam pembelajaran sains dan matematik sejak akhir-akhir ini membuatkan Mahathir menghalakan muncung meriamnya kepada Muhyiddin. Baca berita ini. LANGKAWI, 4 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih boleh menghalang timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar yang diperkenalkan oleh pentadbirannya.

Dr Mahathir yang masih dilihat sebagai pemimpin yang berpengaruh dalam Umno selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun berkata, Najib boleh berbuat demikian demi negara. Beliau berkata demikian di sini hari ini. Semalam, Muhyiddin berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad.

Mengulas desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Muhyiddin berkata, tidak akan diadakan sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada 2009.

“Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringakt, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali,” kata beliau lagi.

“Kemungkinan mereka (pihak yang mendesak) sudah ketinggalan zaman,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan satu kumpulan kecil.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak. Beliau dijangka mengumumkan perkembangan penting berkaitan dasar itu petang ini.

PAGE sebelum ini mendesak kerajaan agar mengekalkan PPSMI dengan mendakwa bahawa ramai kalangan ibu bapa mahu supaya PPSMI terus dikekalkan atau memberi pilihan kepada ibu bapa yang masih mahu mengekalkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi anak-anak mereka. PAGE juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya kelmarin.

Muhyiddin juga percaya dasar MBMMBI yang dilaksanakan mulai tahun ini bagi murid Tahun 1 melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu itu akan membuahkan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

November 1, 2011

Apakah Ini Akan Melemahkan Semangat Mereka?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman yang difailkan seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu, terhadap bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JJAIS) dan badan itu. Hakim Datuk VT Singham membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas pengarah JAIS Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS bagi membatalkan saman itu.

Pada 16 Jun lalu, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menfailkan saman terhadap penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Muhammad Khusrin dan JAIS atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu. Bagaimanapun, Utusan tidak memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut. Mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi menyebut kes saman itu terhadap Utusan.

Dalam keputusannya, Hakim Singham memutuskan kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Khusrin dan Jais pada 16 Dis tahun lalu yang kemudiannya disiarkan Utusan Malaysia pada 17 Dis, tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada Mohd Kamilzuhairi atau mana-mana individu. Hakim Singham berkata kenyataan itu juga tidak pernah merujuk bahawa Mohd Kamilzuhairi adalah seorang anggota atau ketua kumpulan Syiah, dan ia hanya merujuk kepada satu kumpulan ajaran Syiah sahaja.

"Oleh itu, kenyataan tersebut tidak boleh dianggap atau dibuat sebarang andaian merujuk kepada plaintif (Mohd Kamilzuhairi) melainkan plaintif sendiri yang merasakan ia merujuk kepadanya," katanya.

Beliau berkata jika kenyataan itu dibaca secara keseluruhan, pembaca tidak akan merujuknya kepada plaintif. Bagaimanapun, Hakim Singham berkata plaintif sendiri dalam pernyataan tuntutannya mengakui beliau adalah pengikut ajaran Syiah.

"Oleh itu, mahkamah mendapati tidak ada apa-apa asas yang boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada plaintif atau mana-mana individu," katanya. Hakim Singham juga memutuskan saman yang difailkan Mohd Kamilzuhairi itu tidak menunjukkan kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Hakim itu juga memerintahkan Mohd Kamilzuhairi membayar kos berjumlah RM3,500 kepada kedua-dua defendan berkenaan. Dalam samannya, Mohd Kamilzuhairi mendakwa Muhammad Khusrin pada 16 Dis 2010, telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan kenyataan itu telah diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Dis.

Beliau mendakwa kenyataan itu secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut. Mohd Kamilzuhairi mendakwa kata-kata dalam kenyataan itu dibuat selepas serbuan JAIS terhadap markas Syiah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, pada 15 Dis tahun lalu, yang boleh membawa maksud beliau adalah pengikut ajaran Syiah yang mengkafirkan umat Islam lain dan beliau adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya daripada ajaran sesat.

- Bernama

Mengapa Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

"Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami...