Fitnah Terbaru Aziz Bari! Saya masih tidak faham dengan seorang pensyarah yang bertaraf profesor dari UIA ini. Walaupun sudah jelas bahawa beliau begitu kuat menyokong Pakatan Rakyat - tetapi sebagai seorang ahli akademik dan mengajar pula di sebuah universiti Islam - saya fikir beliau tahu sedikit sebanyak berkenaan hukum-hakam Islam, khususnya dalam persoalan fitnah dan berburuk sangka! Aziz Bari - ahli akademik yang pakar perundangan dan perlembagaan Malaysia dengan "selamba" membuat andaian yang masih belum terbukti benar, kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas merupakan percubaan halus UMNO untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut. Pada saya, tuduhan Aziz Bari ini sangat jelas berniat jahat lagi busuk - bahkan ia hanyalah andaian dan tuduhan yang bersifat buruk sangka terhadap UMNO. Dan bukankah ia merupakan andaian yang berunsur fitnah? Sebagai pengamal undang-undang dan sering mendakwa berpijak atas kebenaran -
Memimpin Kebijaksanaan