Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Tuan Guru Harussani Bersuara Lagi!

Tuan Guru Harussani Bersuara Lagi! 1. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu para pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka. Tegas beliau, ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci al- Quran dalam ceramah mereka. 2. “Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini. “Kita perlu ingat bahawa al- Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al- Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya. Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam yang sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar. 3. Ia terjadi semasa Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K.Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Pet

Isu Menara Warisan 100 Tingkat : Hujah Mahathir Lebih Relevan

Isu Menara Warisan 100 Tingkat Hujah Mahathir Lebih Relevan Saya meneliti kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib berkenaan isu Menara Warisan 100 Tingkat - terbukti hujah Tun Mahathir lebih relevan dan menepati suasana. Antara isi hujah yang kuat diberikan olen Tun Mahathir ialah - menara 100 tingkat itu bakal mewujudkan masalah lebihan bekalan dalam sektor hartanah. Hal ini, menurut Tun Mahathir sudah pun berlaku di Dubai - bangunan-bangunan pencakar langit yang dibina di sana, pada saat ini hanya tinggal sebagai perhiasan dunia semata-mata, sedangkan pada hakikatnya dipenuhi dengan ruang kosong yang tidak berpenghuni. Sekiranya Dubai, sebuah negara yang tersohor dan kaya-raya itu pun terbukti gagal menguruskan bangunan-bangunan pencakar langitnya - apakah kita fikir Malaysia mampu melakukannnya dengan lebih baik? Tun Mahathir mahu kita belajar daripada kegagalan kerajaan Dubai - bangunan pencakar langit bukanlah lambang kekukuhan ekonomi

Akhirnya Namewee Bebas!

Akhirnya Namewee Bebas! Nampaknya Namewee semakin besar kepala selepas ini. Kerajaan Malaysia sudah membuat keputusan tidak akan mengheret budak hingusan itu ke muka pengadilan. Yang menjadi mangsa tetap orang Melayu. Tahniah Nazri Aziz. Mungkin selepas ini saya tidak akan mengundi beliau lagi sebagai ahli Parlimen Padang Rengas. Mohon maaf, saya tidak dapat terima laporan dan berita di bawah ini. Datuk Seri bakal hilang satu undi daripada saya. KUALA LUMPUR 28 Nov. - Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee sebagai sesuatu yang 'mengejutkan'. Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad berkata, jika benar itu keputusan kerajaan, ia boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu memandangkan ia dibuat hanya berdasarkan kepada penghasilan klip video yang ditujukan kepada pengetua sekolah di Kulai, Jo

Hapuskan PTPTN : Jalan Terbaik Raih Undi Generasi Muda

Hapuskan PTPTN Jalan Terbaik Raih Undi Generasi Muda Cadangan PKR di bawah ini saya sokong sepenuhnya. Sepatutnya sudah lama kerajaan melakukan sesuatu dengan masalah PTPTN yang sangat membebankan generasi muda. Saya bimbang, PTPTN mampu menjadi isu besar - sekiranya Pakatan Rakyat berjanji akan menghapuskannya jika mereka berkuasa kelak. Saya menyarankan agar kerajaan bertindak proaktif dalam menarik undi generasi muda dengan menggantikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa. PEMUDA PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa. Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia. "Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia. "Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadang

Nasrudin Mula Sedar : Pintu Syurga Yang Tertutup

Nasrudin Mula Sedar Pintu Syurga Yang Tertutup Sebenarnya, dalam kehidupan ini - untuk kita menjadi bahagia, jauhkan bersikap hipokrit. Membaca tulisan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di blognya, seolah-olah beliau merayu agar para pemimpim PAS tidak bersikap talam dua muka dalam menegakkan kalimah tauhid di negara ini. Menurut beliau - sekali pun perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai "strategi", namun demikian untuk jangka masa panjang, PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang bersikap hipokrit. Dengan bahasa kasarnya - munafik. Dalam keadaan PAS begitu ghairah meraih sokongan kaum bukan Islam - parti tersebut tidak seharusnya menenggelam dan menyembunyikan hasrat sebenar mereka untuk melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Nasrudin pada kali ini kelihatan bersikap jujur dan berharap agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka, yang kini kelihatan semakin tersasar jauh. Demi menjaga hati DAP dan mendapat undi - para pemimpin PAS sanggup menggugurkan

Arahan Baru Kepada Najib?

Arahan Baru Kepada Najib? Saya merasakan, berita di bawah ini secara tersiratnya merupakan satu "arahan" Tun Mahathir kepada DS Najib, agar meneruskan projek Jambatan Bengkok yang pernah diluluskan oleh kabinet di bawah pentadbiran beliau pada satu ketika dahulu. Saya percaya - DS Najib perlu bertindak segera, agar idea Tun Mahathir ini dapat direalisasikan semula. Walaupun ini bukanlah arahan berbentuk formal daripada Tun Mahathir - namun demikian, ramai pemerhati politik beranggapan ia mengandungi mesej tersirat daripada Tun Mahathir kepada DS Najib. Justeru itu, sama-sama kita fikirkan. KUALA LUMPUR 26 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tidak akan mengundang implikasi undang-undang daripada kerajaan Singapura jika ia menggunakan formula ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sewaktu pentadbirannya. Menurut bekas Perdana Menteri itu, keyakinan berkenaan adalah berasaskan reaksi Singapura yang tidak membantah ran

Syed Husin Ali Ramal PKR Akan Hancur?

Syed Husin Ali Ramal PKR Akan Hancur? Oleh Syed Mu'az Syed Putra PETALING JAYA, 26 Nov — Senator Dr Syed Husin Ali khuatir Pakatan Rakyat (PR) akan berhadapan dengan nasib ikatan-ikatan tidak formal pembangkang masa lalu jika perikatan tiga komponen itu gagal menangani gabungan terbaru dikenali sebagai “Third Force” pada pilihan raya umum ke-13. Beliau yang akan melepaskan jawatan timbalan presiden PKR Ahad ini berkata, kini terdapat hanya satu gabungan yang boleh menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang. “Namun ada percubaan untuk membentuk apa yang disebut sebagai ‘Third Force’. “Jika terbentuk, badan ini boleh memberi nafas kepada Umno-BN. Ia akan juga menyulitkan Pakatan untuk mencapai kemenangan besar. Perkara ini pelu ditangani dengan bijaksana,” kata beliau dalam ucapan dasar merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini pagi ini. Syed Husin yang tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 2003 berkata, PKR yang tersusun, mantap,

Kita Bunuh Bahasa Kita?

Kita Bunuh Bahasa Kita? Saya terpanggil untuk berkongsi bersama para pembaca sekalian berkenaan sebuah rencana yang agak menarik tulisan Rohani Ibrahim di dalam Utusan hari ini. Semoga tulisan ini membuka mata kita perihal keadaan bahasa Melayu di bumi tercinta kita ini. DALAM mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, semua pihak tidak kira pemimpin masyarakat, ahli korporat, para peniaga, pihak media, ahli sukan, orang ramai dan golongan pelajar perlu memainkan peranan proaktif demi merealisasikan matlamat berkenaan. Namun, kebelakangan ini sikap tidak mempedulikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilihat semakin ketara dan ini dikhuatiri akan menjejaskan usaha mendaulatkan bahasa tersebut. Bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad yang ditemui di ibu pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur semalam melahirkan rasa kesal dengan kurangnya inisiatif untuk memartabatkan bahasa Melayu oleh pelbagai golongan sejak akhir-akhir ini. Bagi beliau, ini menggambarkan sikap pandang ringan dan tidak

Pakatan Rakyat 2010 : Selamat Datang Hari Celaka!

Pakatan Rakyat 2010 Selamat Datang Hari Celaka! Pilihan Raya Umum ke-13 semakin menghampiri kita. Transformasi yang berlaku ke atas Barisan Nasional baru-baru ini - menjelaskan lagi, sesungguhnya PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun hadapan. Namun demikian itu semua hanyalah andaian - belum lagi menjadi kenyataan. Semalam saya menerima sms daripada Ketua UMNO Cawangan saya, yang memaklumkan mesyuarat pelarasan gerak kerja Pilihan Raya ke-13 dan peti undi akan diadakan esok. Untuk beberapa minggu yang akan datang ini - Semuan Cawangan UMNO di seluruh negara akan mula sibuk dan meriah. Mesyuarat Pelarasan Pilihan Raya Umum ke-13 bakal mewarnai mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Kerja sudah pun bermula, dan bajet akan dibentangkan. Pada kebiasaannya, apabila mesyuarat khas berkenaan PRU telah mula dipanggil di peringkat cawangan- itu bermaksud, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi PRU ke-13 bakal diadakan. Antara gerak kerja awal yang perlu dilakukan oleh Cawangan-cawanga

Mahathir Sindir Anwar Lagi

Mahathir Sindir Anwar Lagi Saya sangat bersetuju dengan nasihat Tun Mahathir semalam, yang meminta supaya PKR dibubarkan sahaja - kerana terbukti parti tersebut hanya berperanan sebagai pemecahbelah umat Islam di negara ini. Menurut Tun Mahathir lagi, eloklah rasanya semua ahli PKR berpakat untuk kembali kepada UMNO dan tinggal sahaja kapal PKR yang semakin karam itu. Sekiranya dahulu Anwar sering melabelkan UMNO umpama sebuah kapal yang semakin bocor dan ditenggelami air - kini, kata-kata tersebut perlu ditelan kembali oleh Ketua Umum PKR itu. Hakikatnya, pada hari ini, PKR tidak ubah seperti sebuah sampan yang cuba dinaiki oleh ramai orang - sehingga muatannya berlebihan dan mengakibatkan sampan tersebut pecah berderai dan bukan sekadar bocor lagi. Fikir-fikirkanlah..sampan atau kapal yang bocor, masih ada harapan untuk ditampung, tetapi sampan yang hancur dan pecah - semuanya tenggelam di dalam air. Jadi, Tuhan sudah memberikan kepada kita akal fikiran, gunakannya sebaik mungkin -

Cerita Lama, Kisah Baru

Cerita Lama Kisah Baru Saya fikir, sudah tiba masanya Tan Sri Muhyiddin Yasin, selaku Menteri Pelajaran Malaysia campurtangan dalam kemelut yang sedang melanda rumah tangga Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 4 tahun yang lalu. Sudah berpuluh-puluh laporan salah laku dan penyelewengan yang melibatkan pihak pengurusan tertinggi DBP telah diserahkan kepada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan, bagi menyelesaikan segala konflik yang semakin bernanah dan membusuk di organisasi tersebut . Namun demikian, tiada apa-apa tindakan yang diambil. Rungutan pekerja-pekerja DBP seolah-olah langsung tidak didengari oleh pihak kerajaan - saya khuatir, jika hal ini berterusan, bukan sahaja DBP yang akan hancur, malah tidak mustahil UMNO juga bakal hilang sokongan daripada pejuang bahasa dan sasterawan. Tulisan terbaru berkenaan kemelut yang masih terus menghantui DBP menggambarkan segala-galanya..baca tulisan ABANG SALEHUDIN SHUKRAN di bawah.. KATA ORANG sekarang macam-macam ada begitulah

Kekecewaan Khoo Kay Kim Dan Murid Terakhirnya

Kekecewaan Khoo Kay Kim dan Murid Terakhirnya Membaca kisah dan cerita Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim yang terkini, sangat menyentuh hati dan perasaan. Secara jujur, saya tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku dan merusingkan hati tokoh sejarawan terkenal ini - bagi saya ada sesuatu yang perlu dibongkarkan secara berterus-terang. Dr. Khoo Kay Kim menunjukkan kekecewaannya - termasuk terhadap bloggers dengan menyatakan, “Bloggers especially talk absolute rubbish! They think they are very clever and that they have the right to say anything they want. We're getting more people like this who don't talk sense anymore. It isn't possible to debate with them.” “Don't talk about history unless you have done meticulous research. Otherwise, fact and fiction will merge like it is happening now.” Saya mampu - walaupun mungkin sedikit sahaja untuk memahami jiwa prof sejarah yang hebat ini - namun demikian, pergolakkan hatinya sukar sekali dibendung. Har

Jalan Lain Ke Syurga

Jalan Lain Ke Syurga Oleh Tarmizi Md Jam 1. Semalam, puak-puak rasis tegar DAP di Pulau Pinang telah menunjukkan warna sebenar mereka dengan terang-terangan membela komunis di dalam program yang dianjurkan mereka atas nama ‘Anti ISA’. Program tersebut menyaksikan risalah-risalah mengecam tindakan kerajaan dalam menentang ancaman komunis melalui penempatan kampung-kampung baru telah ditampal dan diedarkan untuk bacaan orang ramai. 2. Ini adalah jelas satu bentuk hasutan yang mampu mengancam keselamatan. Entah kenapa mereka ini, seperti juga Namewee langsung tidak tersentuh dek undang-undang negara. Yang lebih mengejutkan ialah kehadiran Mat Sabu sebagai salah seorang panelis forum program tersebut bersama dengan Hishamuddin Rais dan pemimpin DAP. Kehadiran Mat Sabu memberi gambaran bahawa PAS juga turut sama menyokong komunis. 3. Ucapan Mat Sabu dalam program tersebut hanya berkisar mengenai penangkapan tanpa bicara mengikut undang-undang ISA. Ini menunjukkan tahap pengetahuan dan daya

Provokasi Penyokong DAP : Punca Tragedi 13 Mei

Provokasi Penyokong DAP Punca Tragedi 13 Mei Saya merasakan tulisan Dr Firdaus Abdullah di bawah ini sangat bernas dan menepati keadaan semasa di negara ini. Rencana ini dengan jelas membuktikan bahawa DAP merupakan parti yang terlalu banyak menimbulkan masalah perkauman di negara ini. Elok jika kita hayati tulisan mantan Ketua Pengarah DBP ini. 1. SEKIRANYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak tahu, maka dia perlu diberitahu bahawa selain Peristiwa 13 Mei 1969, semenjak selepas Perang Dunia Kedua, di Semenanjung Tanah Melayu ini telah berlaku beberapa peristiwa pergaduhan kaum atau dalam bahasa Inggeris sering disebut racial riots. 2. Peristiwa-peristiwa hitam tersebut perlulah diingat sebagai satu pengajaran agar jangan sampai berulang lagi hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan kerukunan hidup bernegara. 3. Demi mengingatkan diri untuk menghindarkan kemudaratan peristiwa-peristiwa hitam itu, maka tidaklah salah untuk menyebut atau men

Lim Guan Eng Dibelasah Lagi!

Lim Guan Eng Dibelasah Lagi Saya memetik sebuah rencana yang menarik tulisan saudara Izmas yang tersiar dalam portal Detikdaily. Kupasannya menarik dan mampu menyedarkan kita semua, mengapa wajib orang Melayu menolak DAP - dan kalau boleh haramkan terus parti tersebut. 1. K ENYATAAN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengecam parti Umno sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan dan tidak mempejuang kepentingan kaum-kaum lain di negara ini secara adil adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Menurut Guang Eng, Umno lebih mengutamakan konsep ‘Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua’, sebagai melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 2. Katanya, Umno hanya mempertahan kedudukan istimewa orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan dan masalah kaum lain yang didakwa kononnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sebagai orang Melayu dan rakyat di negara tercinta ini, penulis berpendapat kenyataan Ketua Menteri Pulau Pi

Khairy Timbalan Menteri?

Saya tidak mahu komen banyak berkenaan berita di bawah. Sehingga hari ini DS Najib masih belum membuat apa-apa kenyataan berhubung rombakan kabinet yang dijangka berlaku hujung atau awal bulan depan. Sumber yang saya terima memaklumkan hampir 80% berita di bawah adalah benar, cuma ada sedikit penambahan, iaitu Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi menteri penuh. Namun demikian, kementerian mana yang bakal diterajuinya, masih menjadi tanda-tanya. Walauapa pun alasannya, keputusan muktamad masih berada di tangan DS Najib, semoga rombakan kali ini akan memuaskan hati semua pihak, sekali gus mengembalikan kekuatan BN/UMNO semula. Wallahualam. KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas-desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak min

Rombakan Kabinet : Yang Selamat Yang Diselamat

Rombakan Kabinet Berita Terkini Desas-desus menyatakan bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Menteri Penuh, manakala Datuk Seri Hishamuddin pula akan bertukar kementerian lain semakin bertiup kencang. Manakala, beberapa Menteri Kabinet pula bakal digugurkan dalam satu rombakan pentadbiran Datuk Seri Najib - menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 April depan. Difahamkan rombakan kali ini turut melibatkan posisi Timbalan Menteri. Sebelum ini, sumber UMNO turut mengesahkan akan berlaku rombakan kecil yang melibatkan pertukaran Ketua Perhubungan UMNO Negeri, sebelum DS Najib menjelajah ke seluruh pelusuk negara bertemu rakyat dan pimpinan UMNO di setiap negeri - siapa yang terlibat, masih tidak diketahui. Kedudukan Khairy Jamaluddin juga masih menjadi tanda-tanya, namun demikian difahamkan beliau berkemungkinan akan diberi kepercayaan untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri - ekoran kesungguhan beliau yang dikatakan berjaya meningkatkan penyertaan generasi muda ke dalam UMNO d

Apakah Kita Sudah Memilih?

Apakah Kita Sudah Memilih? Oleh Fareed Dawood Beberapa minggu kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah dipersembahkan oleh pertunjukan politik paling meloyakan oleh pakatan pembangkang: • Pemilihan parti PKR yang paling kotor dan kecoh yang telah didedahkan oleh jurublog dan ahli mereka sendiri. • Pertarungan yang tak masuk akal antara Anwar dan Zaid Ibrahim. • Bukti ketidakcekapan Wan Azizah. • Kekejaman dan keangkuhan tiada batasan DAP di Pulau Pinang. • Pembelian undi oleh pemimpin PAS Kelantan secara terbuka dalam PRK Galas. • Sikap samseng Muslimah PAS. • Ketidakupayaan Kerajaan PAS Kedah dalam menangani masalah banjir. • Ketidakmatangan MB PAS Kedah yang mengamuk ketika Sidang Media. • Korupsi Kerajaan PKR Selangor yang melibatkan Pengurus Besar PKNS yang dipersoalkan secara terbuka oleh PAS. Dan kita pasti semua ini tidak akan berakhir di sini. Kita harus mengambil maklum bahawa semua ini hanyalah apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang dalam m

Siapa Ganti, Siapa Pula Yang Diganti?

Siapa Ganti Siapa Pula Yang Diganti? Saya benar-benar kesihan melihat pemimpin-pemimpin utama PAS yang semakin kemaruk untuk menguasai Putrajaya. PAS tidak henti-henti membuat provokasi, kononnya parti tersebut mampu menggantikan UMNO. Sekiranya PAS berhajat menggantikan UMNO, pertama sekali pastikan parti tersebut tidak ditipu hidup-hidup oleh DAP dan PKR. Cerita di bawah ini seharusnya disebarkan seluas mungkin, agar membuka mata para penyokong PAS, sesungguhnya mereka telah lama ditipu mentah-mentah oleh Anwar Ibrahim. PAS tidak perlu berlakon dan berpura-pura kononnya parti tersebut sangat yakin dengan Anwar Ibrahim - pada hakikatnya Hadi Awang pun ragu dengan gaya politik Anwar Ibrahim. Inilah jadinya, apabila dunia lebih dikejar daripada akhirat, akhirnya orang pijak kepala pun PAS masih boleh kata.."Tak apa..bukan sakit pun.." Baca laporan Agenda Daily di bawah : 1. Betul ke PKR ada ahli seramai 400,000 orang? Rasa ragu dan pelik ini memang sudah menjadi bualan ramai

Bagaimana Pakatan Rakyat Boleh Tahu Lebih Awal?

Bagaimana Pakatan Rakyat Boleh Tahu Lebih Awal? Saya agak pelik, bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat boleh tahu parti mereka akan tewas dalam PRU-13, sekiranya DS Najib membubarkan parlimen pada waktu sekarang? Apakah ini merupakan strategi politik? Atau pun sememangnya mereka sudah tahu, rakyat semakin berpihak dan yakin dengan BN/UMNO. Namun demikian, antara PKR, DAP dan PAS - yang lebih kelihatan rasional ialah DAP dan PKR, PAS pula terlalu emosional untuk menguasai Malaysia. PAS sangat jelas tidak berpijak di bumi yang nyata. Kempen PAS dengan slogan "PAS ganti UMNO" sangat memualkan. Ternyata slogan dan kempen tersebut hanya sekadar retorik kosong dan terdesak untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap UMNO. Slogan terbaik untuk PAS sebenarnya adalah seperti berikut : "PAS Terajui Pakatan Rakyat", "PAS Sedia Laksana Hudud Jika Memerintah", "PAS Ganti PKR" atau "PAS Menerajui Malaysia" - Apakah pe