Skip to main content

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh.

Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begitu teruja dengan kehebatan Iran - lalu dengan segala kehebatan pensenjataan Iran dijadikan hujah dan alasan, bahawa Syiah itu berada dalam landasan yang benar! Kita terlalu mudah ditipu dan akhirnya tanpa ilmu dan kajian yang holistik, kita bertindak memberi sokongan dan dukungan bahawa Syiah itu tidaklah seburuk yang kita fikirkan! Nauzubillah min zalik. Soalan saya hanya satu, apakah ada perbezaan antara penganut fahaman Syiah dengan Penyokong dan pendukung ideologi Syiah? Antara keduanya itu, yang mana lebih merbahaya?

Yang lebih pelik, sekiranya terdapat fahaman Syiah dalam kesusasteran Melayu lama/tradisional, mengapa perlu dirai dan dihidupkan semula kesesatan itu? Bukankah dengan menghidupkan semula wajah Syiah dalam sastera Melayu lama hanya membenarkan lagi hakikat fahaman yang sedang kita anuti? Setiap daripada kita ada tanggungjawab, sekiranya kita benar-benar ikhlas dan memahami sesungguhnya Syiah adalah ajaran yang terkeluar daripada Islam, apakah kita tergamak menghidupkan kembali beberapa amalan Syiah yang ternyata sesat dengan beralaskan kepada alasan - ini adalah kebebasan dalam berkarya? fikir-fikirkan, semoga Allah meredhai kita semua. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Melayu Singapura,
Tahnia atas artikel ini.Semalam saya amat kecewa dgn satu blog yg mempertikai laporan berita harian. Saya kurang pasti tapi saya agak dia pengikut syiah dari tulisan dia.Di singapura saya ada ramai kawan yg mengikuti fahaman ini.Cara mereka pada mula nya amat lembut tetapi lama kelamaan amat kurang ajar.Saya hampir2 mengikuti ajaran ini dan saya bershukor ALLAh masih melindungi saya.AJARAN DOA LAKNAT MEREKA SETIAP KALI HABIS SHALAT AMAT MENAKUTKAN SAYA itu sebab nya saya amat takut bila anak muda di malaysia sudah mula utk ikuti fahaman ini.Cara mereka ini tafsiran mereka aja yg betul.
ramly said…
Salam saudara,

Syiah mesti dihalang dinegara ini
tidak kira sesiapa yang menyebarkannya, sasterawan, org politik, artis, penoreh getah, ahli perniagaan, sesiapa sahaja, mesti dihalang!!!
salam bro Azli, walau kita lain warna politik, saya sangat setuju isu syiah dihalang dari awal. saya menentang atas dasar ilmu yang dipelajari...tahniah bro!
Salam..Saudara Azli.. Saya sering membaca blog saudara. Mungkin kita sealiran dalam pemikiran politik. Namun dalam isu Syiah, saya rasa saudara tidak layak untuk membincangkannya. Tulisan saudara ini menunjukkan pengetahuan saudara tentang isu ini adalah amat sedikit ataupun tiada langsung. Namun saudara cuba untuk membincangkannya dan ini menyebabkan saudara kelihatan kurang bijak.

Selain itu saya menasihati saudara agar berhati2 dalam tuduhan saudara bahawa Syiah adalah terkeluar dari Islam (kafir). Impaknya sangat besar. Saya mengesyorkan saudara menghayati ayat pertama Surah al-Alaq. Mungkin selepas itu saudara akan kelihatan lebih bijak berbanding sekarang.

Wassalam...
Wake UP! said…
Syiah menghalalkan penumpahan darah sesama Islam.

Apakah itu ajaran Islam?
GAP KEMBALI said…
salam azli shukri

kita sependapat. kehebatan amalan sunah lagi wajib kita popularkan berbanding dengan menjuarai isu syiah.

mungkin sudah tiba masanya kita mempelopori KEHEBATAN SUNAH ?
azlishukri said…
kadzim, mungkin saya tidak mendalam pengetahuan dalam hal syiah, tetapi sehingga hari ini, saya masih tidak dapat melihat kebaikan syiah selain keganasan dan amalan bidaah.mungkin saudara ada jawapannya.
Salam...
Sahabat Wake UP & GAP KEMBALI

Dari mana sumber yg sahabat ambil bahawa Syiah menghalalkan penumpahan darah sesama Islam? Mungkin saya yang mengambil jurusan Akidah dan Pemikiran Islam (Perbandingan Mazhab) terlepas pandang tentang sumber tersebut. Saya bukan ingin memihak kepada Syiah, namun fakta secara ilmiah tidak pernah saya ketemui. Saya takuti ia merupakan fitnah dan bahawasanya fitnah adalah lebih buruk dari membunuh. Dan saudara perlu memohon maaf kepada lebih kurang 500 juta umat Islam yg berfahaman Syiah.

Bukan masalah popular atau tidak satu pemahaman (mazhab) dalam Islam. Ahli Sunnah wal Jamaah, Syiah @ 'KEHEBATAN SUNNAH', yg penting memahami dan menghormati satu sama lain. Kenapa kita boleh faham dan menghormati fahaman orang bukan Islam tetapi tidak dalam mazhab. Apa yg penting kita perlu benar2 mengetahui sesuatu mazhab tersebut. Ketidakfahaman tersebut itulah menyebabkan kita keliru sehingga mengkafirkan satu sama lain.

Sejarah sesuatu mazhab adalah amat panjang. Berapa banyak mazhab telah hilang dari dunia Islam. Perbezaan dalam memahami teks al-Quran, Hadith dan sumber menyebabkan timbulnya pelbagai mazhab. Namun demikian perbezaan tersebut tidak perlu hingga mengkafirkan.

Untuk pengetahuan sahabat, untuk mengetahui mazhab yang diakui oleh dunia Islam kini dan kita tidak boleh sesekali mengkafirkan mereka sila lawati http://www.ammanmessage.com/

Wassalam...
To Live Again said…
Salam bro azli..

Sy jugak kdg2 agak BOSAN bila sesetngah org Islam terlalu menagungkan Iran dn pemimpin Iran dn kadangkala seolah smpai ke tahap mendewakan..

Sy penah mendengar 1 ceramah yang disampaikan oleh Ktua Dewan Ulama Pas Dato Haron Taib( credit utk blogger GAP)..Beliau menerangkan betapa bahaya syiah yang mempunyai dendam kesumat yang tidak berkesudahan..Dia jgak mengingatkan yang kita tidk boleh dilalaikan oleh cerita2 mereka menentang yahudi..

Ya btl mereka menentang Yahudi..Tp perasaan dendam mereka kpd sedara SeIslam ahli sunnah wal jamaah begitu tebal dn mendalam..

Sy tidak tahu sama ada saudara bersetuju atau tdk dgn pndangan sy..Tp kdg kala kita dpt melihat perasaan taksub mereka pd kaum sndiri x ubah spt Yahudi yg begitu taksub dgn bgsa sndir..

Sy pnh menonton di youtube dn mebaca salah 1 fahaman syiah ialah membenarkan fitnah ke atas saidatina aishah r.a yg mengatakan beliau berzina..Nauzubillah..Hingga Imam Malik pnh menghukum berzina..

Dato'Haron Taib jgak ada menveritakan bagaimana beliau pernah menghadiri persidangan Islam di Madras yg dihadiri ratusan ulama seluruh dunia..Beliau menyatakan yg ulamam dr Iran dn Lubnan yg berfahaman Syiah akan membantai dn condemn mana ulama yg x sehaluan dgn mereka dgn sgt kasar dn biadap..

Dan apa yg plg mengejutkan kata beliau, ada segolongan syiah yg mengatakan MALAIKAT JIBRIL SALAH MENURUNKAN WAHYU..SEPATUTNYA WAHYU DITURUNKAN KEPADA SAIDNA ALI DN BUKAN KEPADA NABI MUHAMAD S.A.W..Nauzubillah..

Harap bro dpt tegur kalau mana fakta yg sy ckp salah..

Sy sekali lg nk beri credit pd blogger GAP..gerakan-anti-pkr.blogsopt.com di atas pendedahan ceramah Dato Haron yg sgt bernas..Syabas GAP!
Anonymous said…
ko cakap macam ko pandai sngt. yg bwh ni pun tak jawap:

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/dr-ft-boleh-ambil-tindakan-undang.html
To Live Again said…
*Sy pnh menonton di youtube dn mebaca salah 1 fahaman syiah ialah membenarkan fitnah ke atas saidatina aishah r.a yg mengatakan beliau berzina..Nauzubillah..Hingga Imam Malik pnh menghukum berzina..*

sedikit pembetulan utk statement di atas..Bukan Imam Malik menghukum saidatina aishah berzina..Tp apa yg ingin sy mksudkan Imam Malik menghukum puak syiah ni KAFIR keran berani menuduh saidatina aishah sebegitu rupa..

Maaf di tas kesilapan di ats..
Anonymous said…
Salam.

Azli,

Mengucaplah sebelum mengkafirkan. Azli tidak tahu apa yang azli ujarkan. Belas hati saya membaca apa yang azli tuliskan ini.

Kalau tidak dapat menerimanya pun, simpanlah ia di dalam hati sahaja. Tidaklah patut menggunakan kata-kata kesat begini.

Saya tidak menyangka seorang anak muda yang cukup sopan dahulu kini setelah masuk ke dunia politik, menjadi demikian angkuh.

Saya tidak minta banyak. Fikir dahulu sebelum berkata. Memadailah.

Wassalam.
Salam saudara Azli Syukri..

Saya mempelajari sesuatu mazhab dalam Islam dari sudut akademik. Sumber2 perlu diambil dari satu2 mazhab tersebut. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui pemikiran Ahlu Sunnah wal-Jamaah perlulah mengambil sumber dari ulama mereka spt Imam Abu Hassan Al-Asyari, al-Maturidi dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan lain2 mazhab seperti Syiah, Mu'tazilah(Mazhab dalam Akidah)

Adalah tidak adil kita mengambil sumber Ahli Sunnah untuk mengetahui Syiah ataupun Muktazilah. begitu juga sebaliknya.
Inilah yang berlaku kini. Lebih2 lagi zaman sekarang iaitu zaman internet. Sumber kita boleh dapati dengan mudah. Namun demikian jika kita tidak menyaring dengan betul kita akan mengambil sumber yang salah dan lebih dasyat ia merupakan fitnah.

Bagi berkongsi pengetahuan, saya rasa saudara Azli boleh senaraikan apakah yang saudara rasa tidak betul dalam pengetahuan saudara Azli tentang Syiah. Jika ia bertepatan dengan fakta yang ada saya akan setuju dan jika tidak saya akan menidakkannya. Pandangan saya tersebut atas dasar ilmiah bukan taksub mazhab.

Wassalam...
Anonymous said…
Salam,

Mustahil mrk (Syiah) menghalalkan darah org Sunnah WalJamaah...dan kadang2 ada dakwaan yg ditimbulkan pihak Wahabi mengatakan di Iran shaja, beribu2 org mati dibunuh..

Kita kena berfikiran matang dan logik serta tak cepat menggelabah bila msuk isu syiah...sesetengah org apabila msuk isu syiah, mata dan akal dia seolah2 tak berfungsi..

Anda smua masih igt isu di mana SEORANG PEREMPUAN IRAN AKAN DIREJAM KRN BERZINA...dlm kes ini, PEREMPUAN INI SEORANG PUN DAH JADI ISU SENSASI DUNIA,...dan isu ini diketengahkan oleh media2 US dan Barat...

jadi
KENAPA ISU KONONNYA BERIBU PEMBUNUHAN AHLISUNNAH DI IRAN TAK PERNAH MASUK MEDIA ? SEDANGKAN SADDAM HANYA BUNUH 5000 ORG KURDISH PUN HEBOH SEDUNIA..

Smoga kita terus memerintah ! Amin

Oleh : Lautan Cahaya
azlishukri said…
kadzim, saya fikir tuan boleh membaca links2 yang sudah saya pautkan dalam tulisan ini. terutama penjelasan daripada ustaz maulana asri dalam bentuk youtube, sangat ilmiah dan sumbernya diambil sendiri daripada kitab2 syiah sendiri..tuan boleh mendengar sendiri. harap maklum.
azlishukri said…
pembaca buku, tolongla..baca dan dengar semua link yang sudah saya sertakan dalam rencana saya ini...jangan mudah melatah, ini adalah bukti yang nyata.
azlishukri said…
PERINGATAN : TOLONG BACA SETIAP PAUTAN YANG SUDAH SAYA LINK DI DALAM RENCANA INI, JGN MUDAH MEREPEK DAN MEMPERTAHANKAN KESESATAN SYIAH!
Salam... Saudara Azli..
Saya telah mendengarnya spt yg dianjurkan. Dengan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara. Inilah yang saya katakan. Kesilapan dalam memilih sumber. Sumber dari youtube yang tiada krediabiliti. Inikah sumber yang kita ambil jika kita ingin memimpin nagara kelak. Jangan satu hari nanti kita digelar pemimpin youtube...

Seperti yang saya katakan awal2 comment saya, saudara mempunyai sedikit ilmu atau tidak punya langsung ilmu utk membincangkan persoalan ini. Maka saudara tidak perlu meletakan post tersebut dalam blog saudara.

Akhir kalam... Semoga Allah merahmati saudara dan keluarga saudara

Wassalam..
azlishukri said…
kadzim, nauzubillah...apakah youtube itu salah? sudahkah tuan mendengarnya? atau melihatnya penceramahnya? tuan meminta agar saya mendengar penjelasan daripada pihak tuan, tetapi malangnya tuan agak sinis dan tidak terbuka dengan sumber2 yang sahih dan disampaikan oleh ulama yang sudah 20 tahun mengkaji dan menyelidik syiah, siapa tuan jika hendak dibandingkan dengan ulama-ulama muktabar yang sudah pun bersepakat menolak syiah? semoga tuan kembali ke pangkal jalan.
CucuAtok said…
Salam kepada tuan tuan sekalian.... saya sebenarnya amat hairan kenapa kita cepat mengambil ceramah orang dan juga mengambil sesuatu ulasan lantas tidak mengkajinya seperti dulu lagi. sedangkan dalam Al-Quran itu sendiri menganjurkan satu pemikiran dalam umat Islam dalam memikirkan kebesaran Allah di muka bumi ini.

Saudara Azli,mungkin saya ingin memberi penjelasan mudah tentang penerimaan orang terhadap isu Syiah ini dan juga isu Ahli Sunnah Wal Jamaah ini. Sekiranya kita suka makan makanan yang pedas jangan kita sangkakan orang lain mahupun saudara terdekat kita pun sukakan pedas.Jika kita pandang dari sudut positif, cuba cari apa yang positif tentang syiah? Jadi adakah salah untuk kita aplikasikan untuk kebaikan bersama. Ingat apabila ulama yang memberi ceramah tentang bahayanya syiah ini, haruslah kita beringat bahawa selalunya apa yang dia ceramahkan itu berpandukan apa yang di pelajari bukannya dari yang di kaji.Contohnya cukup mudah dari mana datangnya Mazhab ini. Betulkan saya kalau saya salah, hasil timbulnya mazhab ini adalah hasil pengkajian Imam - Imam kita terhadap AlQuran dan Sunnah.Nah , jika begitulah jawapan saya kenapa hasil kajian mereka ada perbezaan ? Bagi saya yang kurang dalam pengetahuan ini, jawapannya cukup mudah, Allah telah memerintahkan supaya berfikir tentang kebesaranNya.Jadi faktor mahzab ini tujuannya apa? Bukankah untuk mencari keredhaanNya?

Selain daripada itu bukankah Nabi Besar Junjungan kita melarang dengan keras akan menumpahkan darah walupun setitis darah umat manusia? Maka dengan jelas dan terang apabila para ulama Syiah mengharuskan tentang penumpahan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Terus terang bagi saya yang kurang ilmu ini mengatakan ulama ini mengeluarkan sesuatu yang dapat memecahkan hubungan perpaduan antara Islam. Ingat musuh -mush Islam akan cuba dalam berbagai cara untuk memecahbelahkan umat Islam.

Saudara kazim dan juga pembaca buku, saya berpendapat tentang Ilmu Islam ini sebenarnya amat universal.Bagi saya asas untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa ini terbahagi kepada 2 iaitu rukun Islam dan juga rukan Iman. Sebab bagi saya rukun tersebut adalah rukun Islam adalah rukun perbuatan manakala rukun Iman adalah rukun kepercayaan.Cuba saudara fikirkan siapakah yang boleh mengukur kepercayaan kita?Bukankah Allah yang Maha Besar? Even malaikat pun tak tahu mengukurnya. Jadi bagi saya hanya Allah yang boleh tentukan dan di situlah lahirnya iman dan taqwa. Mudah bukan.Jadi kenapa kita mengambil satu dua ceramah atau fatwa dan terus memburukkan kesemuanya?

Jadi saya menyeru kepada saudara sekalian supaya apa yang kita tegur ini bukanlah untuk memburukkan tetapi berbincang untuk merapatkan hubungan sesama Muslim.

Yang baik datangya dari Allah dan yang tak elok datangnya dari saya.

Wassalam
Anonymous said…
Kesian Azli ni...

Lain kali baca buku dulu berkaitan fahaman syiah. Baru tulis berkaitan syiah.

Tapi takpelah. Bercakap dengan orang tak faham ni pun apa gunanya. Baik kita bercakap benda yang kita tahu, baru orang akan respect kita.
Salam... Saudara Azli..

Saya telah copy paste url laman sesawang amman message http://www.ammanmessage.com/ Mungkin saudara terlalu sibuk untuk melihatnya. Saya menghormati sumber saudara jika itu yg saudara anggap berautoriti dan saya juga menghormati ulama yang terdapat dalam youtube tersebut yang telah menurut saudara telah 20 tahun mengkaji Syiah.

Jika pandangan ulama sebagai kayu ukur maka saya berharap tuan juga menghormati sumber yang saya berikan. Jika saudara berpegang kepada sumber seorang ulama yg telah mengkaji syiah selama 20 tahun maka saya berpegang kepada 552 individu yang merupakan pemimpin dari pelbagai negara serta ulama dari pelbagai aliran pemikiran dalam Islam yang telah mengiktiraf Syiah sebahagian dari aliran pemikiran Islam yang sah dan tidak boleh mengkafirkan mereka. Saya link kan senarai nama2 mereka tersebut:http://ammanmessage.com/index.php?option=com_content&task=view&id=17&Itemid=31

Isu yang saya tekankan ialah pengkafiran oleh saudara ke atas mereka seperti yang dalam post terdahulu yang saya katakan membawa impak besar pada diri saudara. Ini melibatkan akidah. Saudara, pandangan saya, saudara memusuhi sesuatu yang saudara tidak tahu dan tidak faham. Oleh itu saya dengan ini melepaskan diri saya jika disoal diakhirat kelak dihadapan Allah bahawa sesungguhnya saya telah menyampaikan perkara ini kepada saudara. Maka dengan ini tanggungjawab saudara untuk memilihnya.

Wassalam....
PENAMPAN said…
apa yang susah sangat nak jawab kat tehranifaisal.blogspot.com tu?
Sila pergi melawat dan tinggalkan komen di sana. Jelaskan apa yang patut dijelaskan.
PENAMPAN said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Salam..

Memalukan.. Kurang bijak.. Beremosi.. Keterlaluan dalam mengikut nafsu.. Pemikiran yang sempit.. Mengikut tokoh dgn hanya MENERIMA ilmu tanpa MENGKAJI..

Melihat kepada http://www.ammanmessage.com/ ... Dengan jelas menunjukkan betapa taksubnya beberapa rakyat Malaysia kepada ulama2 Malaysia.. TAKSUB.. Membuta tuli..

Siapa tokoh2 ini berbanding (sbg contoh) Sheikh Yusof Qardawi dengan ulama2 di Malaysia..? Tak terbanding ilmunya dgn ulama kita disini.. Tapi ulama agung ini berfikiran ISLAM..

Islam diturunkan bukan milik Ahli Sunnah, bukan juga milik Syiah.. Milik umat Muhammad saw..

Jadilah pemimpin yang berjiwa Islam bukan berjiwa memfitnah sesama Islam.. 20 tahun mengkaji untuk memfitnah saudara sesama Islam.. Ini apa cerita ?! Pemimpin Islam yang memalukan..

Kalo pemikiran kita cuma didalam ruang lingkup Islam di Malaysia, usahlah berbicara tajuk besar seperti Syiah..
Pertama : Kamu dah menyalahi fatwa ulama2 besar kamu.
Ke-2 : Ilmu copy n paste bukanlah sandaran untuk kebenaran.
Ke-3 : Kerana ini topik universal.. Bukan termasuk silibus kanak2 tabika untuk kamu gah kan diri untuk bercakap pandai.. Ulama2 agung ahli sunnah dah membicarakan bab ini telah lama dan dah mengeluarkan keputusan mereka..

So.. Who u are? Nobody.. Tiada hak untuk mengkafirkan 500 juta saudara sesama Islam..

Jadi, jangan ambil sesuatu yang kamu sangka itu adalah kebenaran daripada ahli2 atau tokoh2 yang kamu juga bersangka mereka membawa kebenaran.. Tetapi.. Kenalilah dulu apa itu kebenaran maka kamu akan kenal siapa tokoh2 dan ahlinya..

Wassalam
Anonymous said…
kalau setakat maulana aSSri yusof tu punya video yang azli nak jadikan panduan untuk mengkafirkan syiah, memang kelakar...
sila kirimkan khabar padanya, ada bekas jambu anak ikan dia di India nak berdebat tentang liwat.
Satu lagi perpecahan di kalangan orang Melayu Islam di Malaysia.
Unknown said…
Salam,En Azli Shukri
Link yg tuan letak dlm tulisan tuan itu adalah bkn drpd sumber yg betul...seperti Tuan bertanya perihal UMNO drpd orng PAS,begitu juga sebaliknya agak2nya bagaimana jawapan yg tuan dapat,harap2 tuan cepat sedar ttg isu ini.."jgn kita mengkafirkan seseorng itu sebelum Allah SWT menunjukan kekafiran itu di hadapan kita"
Anonymous said…
LBS.. Itu ja lah matlamat Zionis utk laga2kan Sunnah Syiah. Endingnya, satu lagi pepercahan. Padahal ada byk jalan penyelesaian yang telah dibuat. Tapi ketaksuban pada mazhab menjadikan umat Islam itu mangsa propaganda Zionis. Bodoh betul laa..
Ingat !! Mazhab bukan kewajipan untuk diikuti.

Untuk 1st ANONYMOUS 23/12/2010
U jgn bersyukur tak tentu arah. Ajaran doa laknat yang u tentang tu apa sejarahnya yang u tahu. Siapa diri u jika dibandingkan dengan Siti Fathimah az-Zahra'. Kalau u dah hebat sangat untuk mengatakan orang lain kurang ajar, i tak nak gaduh secara BODOH tapi i nak u beritahu Dimana Makamnya Fathimah az-Zahra? Mengapa jasad Penghulu Wanita2 Syurga ini dikebumikan pada malam hari? Siapa saksi sewaktu pengkebumian tersebut? Mengapa tiada saksi2 lain? Mengapa sampai jadi sebegitu rupa? Dari situ u akan kenal mengapa doa laknat wujud. Rasulullah saw pun menangis dengan tangisannya Fathimah az-Zahra', u belajar dululah

Wake UP 23/12/2010 !! Ni satu lagi antara mangsa propaganda Zionis. Kesian aku.. Tak tau apa pun tapi nak tumpang fitnah jugak.

GAP KEMBALI. Memang Ahli Sunnah mcm tu ja lah dari dulu sampai kini. Tiada kehebatan. Atlast disko sana sini, rumah pelacur merata jalan, pusat perjudian tinggi melangit dalam negara, Ahli Sunnah Wal Jamaah. Juara apanya?

TO LIVE AGAIN.. Tahap "MENDEWAKAN" U ni pun antara salah satu penuntut agama berdasarkan Youtube. Soalan, adakah kerana AYAH PIN atau ARQAM maka kita boleh labelkan Ahli Sunnah sesat? Tidak sama sekali !! Jadi ada kumpulan yang menggunakan jalan Syiah tapi membawa pada kesesatan, so jangan tuduh kesemuanya. Syiah yang diiktiraf dunia hanya Syiah Imamiah, Jaa'fari dn Zaidiyah. Pada dasarnya satu, tapi nama berbeza. Yang sesat tetap sesat, Syiah pun tiada kompromi pada kesesatan.

Ini ceramah2 ustaz yg Malaysia pun tak iktiraf dijadikan pedoman ??!!

Suka saya ulangkan kata2 ANONYMOUS 24/12/2010.. "Jadi, jangan ambil sesuatu yang kamu sangka itu adalah kebenaran daripada ahli2 atau tokoh2 yang kamu juga bersangka mereka membawa kebenaran.. Tetapi.. Kenalilah dulu apa itu kebenaran maka kamu akan kenal siapa tokoh2 dan ahlinya.."

Azli. Ko yang sedang merepek sekarang nih !! Apa punya ilmu link link link link link link. Sakit pale aku agama dinilai atas dasar link nih. Teruskanlah ko punya usaha untuk menjadi suku sakat zionis untuk memfitnah sesama Islam.
Tapi aku keliru jugak, bukankah Syiah telahpun difatwakan sesat oleh JAKIM, bermakna kalau dah difatwakan sesat maka sesatlah dia, dan untuk membuat 'declaration' atau fatwa ini pun perlukan persidangan, permuafakatan sesama mereka yang arif tentang ilmu agama, aku yakin bukan calang2 anak yg berada dlm JAKIM dan Majlis Agama tu. Namun, apa yg nak dihairankan, benda2 yg jelas haram seperti judi, zina dan arak pun tetap orang buat jugak. Sila rujuk fatwa mengenai ajaran Syiah di sini:

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-ajaran-syiah
Anonymous said…
SLM...Kadzim and Ridha,
..,,ni nk tanya ..ang rkyat negara mana?..x kisahla ang mengaji apa ke..tp ..please respek apa yg malaysia amalkan sudah...jgn dok buat leceh nk jd pengacau ketenteraman...setakt org umum..kita ikut sudah kpd yg jga bab agama di negara malaysia..ni ang baru dok mengaji..ckp pandai sgt...nk berdebat x dak ADAB!!

p,kulim
Anonymous said…
Allah SWT berfirman yang artinya, “Dan apabila dikatakan kepada mereka, ikutilah apa yang telah Allah turunkan, mereka menjawab, ‘(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami’. (Apakah mereka masih mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa pun dan tidak mendapat petunjuk?” (Al-Baqarah: 170).

Gambaran tentang agama sejati yang benar tidak mungkin hadir jika Al Quran diabaikan. Oleh karena itu, kita harus membuat perbedaan yang jelas antara agama dari Alquran dengan agama yang berasal dari tradisi-tradisi yang secara salah telah dianggap sebagai bagian dari agama sejati. Konsep agama memerlukan perhatian khusus.

Agama, yaitu Islam, adalah murni merupakan implementasi Alquran. Sementara itu, “agama” yang tidak lain dari rangkaian tradisi turun-temurun dari nenek moyang sama sekali bukan Islam.

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia larut dalam kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (QS. An-Nisa: 115)

SIAPA "ORANG-ORANG MUKMIN" ????

“Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dalam keadaan ruku' dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”

SIAPA yang MENUNAIKAN ZAKAT DALAM KEADAAN RUKU' dalam ayat diatas?

dan

SIAPA yang dimaksudkan ORANG-ORANG YANG BERIMAN?

Jadi, carilah agama.. Jangan jadi PENGANUT Islam ikut-ikutan.

Kalo TERLAHIR di Israel, alamatnya kena ikut agama Yahudilah kita.
Subhanallah !!

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Lapangkan dada, jangan bergaduh, carilah kebenaran ISLAM MUHAMMAD SAW YANG SEBENAR dan BUKAN ISLAM YANG LAHIR SETELAH MUHAMMAD SAW WAFAT.

Wassalam
Salam....
anonymous 24, 2010 11:42 PM

Maaf sekiranya saudara mengatakan saya tiada adab dalam perbincangan. Saya rasa saya lebih beradab dari saudara sebab saya memperkenalkan nama dan tidak menggunakan ganti nama kedua dengan sebegitu. Mungkin itulah yang saudara katakan beradab. Takpelah...

Saya rakyat Malaysia, berasal dari Johor, bersekolah kerajaan belaliran agama dari kecil sehingga universiti.

Alhamdulillah Allah berikan saya akal yang waras dan berpeluang mendapat pendidikan hingga ketahap tersebut. Saya juga bukanlah lembu atau monyet yang tidak mempunyai akal untuk membezakan mana yang benar mana yang silap.

Tidak dinafikan saya rakyat biasa tapi dari segi pengetahuan saya bukanlah orang biasa. Saya punya pendidikan dalam bidang agama. Saya mampu berfikir dan membuat penilaian.

Saya hanya mengatakan berbuatan takfir (mengatakan seseorang adalah kafir) adalah perbuatan yang salah tanpa melakukan kajian. Saya menasihati saudara Azli supaya berhati2 melakukannya. Ini melibatkan persoalan akidah. Kita tidak boleh mengkafirkan seseorang dgn sesuka hati. Terganggu ke ketenteraman awam saudara? atau hati saudara tidak rasa tenteram setelah saya menunjukkan bukti yang ada.

wassalam...
Anonymous said…
Syukur kepada Allah. Dalam blog ini dibincangkan persoalan tentang Ajaran Syiah secara ilmiah.

Sebenarnya Ajaran Syiah tidak sesuai diterapkan di Malaysia.
Sudah cukup dengan Ajaran Ahli Sunnah yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Walaupun tahap perlaksanaannya oleh masyarakat Islam di Malaysia sederhana dan akan menuju 100%. Tapi masih ada pihak yang akan berusaha kearah tersebut.

Sudah cukup dengan perpecahan umat Islam di Malaysia dengan politik kepartian, ajaran baru, nabi baru, tarikat itu dan ini serta pelbagai lagi. Jika Ajaran Syiah dibawa masuk oleh segelintir rakyat Malaysia. Hal ini akan menjadikan umat Islam semakin berpecah-belah.

Syiah dan Sunni sentiasa bermusuhan dari dahulu hingga kini.
Maka sepatutnya Ajaran Syiah diharamkan untuk berkembang dibumi Malaysia.

***AdamAmin***
Jerlun, Kedah.
Anonymous said…
Assalamua'laikum Wrt Wbt

Saya menghormati pendapat Sdr Adam Amin. Disini ingin saya jelaskan secara ringkas berkaitan perpecahan.

Untuk makluman Sdr Adam Amin, kumpulan pertama Syiah ditangkap ialah pada tahun 1997. Dan Syiah mula berkembang di Malaysia sejak Revolusi Iran 1979, walaupun sebelum itu telah wujud kumpulan2 kecil di Malaysia sehingga batu bersurat di Terengganu yang dijumpai juga tertera dgn Mazhab Jaafari. Maksudnya sudah lama Syiah bertapak di Tanah Melayu ini.

Sehingga kini masih belum kita dapat dengar isu Sunni dibunuh, Syiah mengganggu ibadat Ahlu Sunnah dan sebagainya "kita langsung tak pernah dengar" berkaitan isu Syiah merbahaya dan memecahbelahkan masyarakat, bahkan Syiah tidak aktif berpolitik berikutan tuntutan utama mereka ialah menghadapi bencana akhir zaman seperti Dajjal laknatullah Zionis dan kuncu2nya.

Syiah juga menentang ajaran2 sesat yang lahir dari mazhab Syiah atau Sunnah. Sdr Adam Amin berada di Jerlun, apa kiranya Sdr pada hari Asyura yang seterusnya Sdr pergi melihat sendiri bagaimana Syiah dan Sunnah berkerjasama menyambut Asyura di Thailand? Cukup indah hubungan mereka.

Yang bermasalah adalah di tanah2 Arab berikutan wujud pihak Dajjal yang sentiasa mengkucar kacirkan hubungan dengan membunuh di satu pihak dan pengakuan di satu pihak. Ini terjadi bagi menyelamatkan Israel di Batul Muqaddis sbg center utk kelahiran nabi penyelamat palsu mereka DAJJAL yang dijangka tiba pada tahun 2023.

Dengan memecahbelahkan umat Islam dunia maka lebih mudah untuk mereka terus berleluasa di Baitul Muqaddis yang mengikut kepercayaan kita Nabi Isa as juga akan menjalankan pemerintahan dunia disana juga. Jadi, adakah kita akan terus terpesona dgn fitnah2 sesama Islam yang direkayasa zionis ini sehingga Nabi Isa as yang bakal tiba tiada tempat untuk pemerintahan?

Ingin saya nasihati diri2 kita, semua tanda2 kiamat telah muncul sebesar besarnya. Seandainya Nabi Isa a.s al-Masih yang bakal menyelamatkan dunia akhir zaman menangguhkan kezuhurannya kepada satu umat yang lain.. Binasalah kita dihadapan Allah swt krn leka dibuai fitnah zionis pembawa Dajjal. Nau'zubillah.

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala “Hendaklah kamu sekalian berpegang teguh pada tali Allah dan jangan berpecah belah !” . Dan firmanNya “Janganlah kamu berbantah-bantahan dan jangan saling rebutan nanti kamu gagal dan hilang pengaruh!” . Dan firmanNya lagi “Dan janganlah kamu seperti halnya orang-orang yg berpecah-belah dan bersilang sengketa demi setelah mereka menerima keterangan-keterangan! dan bagi mereka itu disediakan siksa yg dahsyat.”

Firman Allah SWT lagi “Maka jika kamu berselisih tentang sesuatu perkara kembalilah kepada Allah dan Rasul.”

“Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagimu agamamu telah Ku cukupkan ni’mat karunia-Ku dan telah Ku Ridhoi Islam sebagai agamamu.”

So.. Hanya ISLAM !! Tiada Syiah tiada Sunnah. Kembalilah pada Allah dan Rasul saw. Kerana disisi Rasul saw ada tali penghubung yang menghadirkan jiwa kita sbg hamba2 yang lemah kepada Pencipta.

Allahumma Solli a'la Muhammad Waa-li Muhammad

Wassalam
Anonymous said…
hebat sungguh Sdr Azli menghujat Syiah. Lebih hebat lagi apabila bukti2 kesesatan Syiah rupa2nya hanya diambil dari tokoh2 pembenci Syiah spt ustaz Wahabi besar bernama Asri Yusuf. Satu kepastian yg timbul dibenak saya ialah Sdr. Azli tidak mungkin menjadi seorang penilai yang baik kerana hanya sudi menerima satu pendapat sahaja tanpa mahu meneliti pendapat yg lain. Hanya mahu mendengar dari pendakwa lalu menjatuhkan hukuman ke atas yang terdakwa tanpa pembelaan! Alhamdulillah, sekalipun Azri telah melemparkan Kaum Syiah ke neraka kerana Maulana Asrinya, masih ramai ulamak2 Sunni lain yang jauh lebih berpengtahuan dari Maualananya yang telah menyatakan keIslaman pengikut Syiah. Dan akhir sekali saya suka memberikan satu formula ringkas utk Sdr. Azli jadikan framework ketika ingin menghukum Syiah: Syiah dituduh sesat hanya kerana mereka berbeda dari Ahlus Sunnah! Apakah anda setuju jika UMNO anda dicop sesat kerana berlainan pendapat dengan PAS? berikirlah dengan rasional :)
hermit said…
Salam saudara-saudara semua,

Dalam hal ini,Syiah Imamiyah adalah saudara SeIslam kita semua selagi mereka amalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama)

Jadi tidak sepatutnya mengkafirkan mereka secara lahiriah.

Namun yang membezakan Syiah Imamiyah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w ialah...

Mereka bermazhab ahli bidaah dan fasiq.

Itu sahaja :)


-Saudara SeIslammu
Anonymous said…
ape la korang ni. ada ilmu agama lebih sikit mula lah nak berlagak! tak payah nak berbahasa-bahasa lah sume aku tengok ada bunyi riak dengan ilmu masing-masing.Cakap baik-baik la..tak yah la nak condemn ilmu pengetahuan orang..Ilmu Allah lagi luas dan besar la kalo korang nak riak-riak pon..
abu bakar said…
masih ada ulamak sunni yang berbicara adil tentang syiah

http://www.islamtimes.org/vdcc40q1x2bqoe8.5fa2.html

Dalam salah satu wawancara dengan Al-Manar — televisi milik Hizbullah — awal tahun 2013 silam, Sheikh Hammoud tanpa tedeng aling-aling mengungkapkan keprihatinannya yang serius atas keterlibatan Hizbullah dalam perang di Suriah. Meski mengakui bahwa Hizbullah mungkin saja punya sejumlah alasan, tapi dia tetap menyesalkannya. Katanya: Lebih dari itu, jika keterlibatan itu masih mungkin ada alasan-alasannya sendiri, maka pengungkapannya di depan khalayak jelas lebih tidak punya alasan.

Namun, di awal tahun 2014 ini, dengan jujur dan tulus Sheikh Hammoud menyalahkan prediksinya sendiri dan menjustifikasi keterlibatan Hizbullah di Suriah. “Ini ibarat pil pahit yang wajib ditelan,” tegasnya. “Jika Hizbullah tidak mencegat mereka di perbatasan Suriah, para takfiri bersenjata itu kini sudah melancarkan teror ke jantung Libanon dan memporak-porandakan segala-galanya.”


sunni harus jujur mengakui kelemahan mereka...jauhi menyalahkan mazhab lain,,ambil yang jernih
sunni kehilangan pimpinan

lebanon menunjukkan contoh syiah Arab diterima dalam pelbagai budaya..sunni aku tak tau mereka jadi apa tak abis abis mengekor takfiri dan menentang kerajaan

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...