DUN Galas 2010 Yang Terpendam Dan Yang Terpadam Sekiranya BN menang besar di DUN Galas, pujian dan tahniah harus diberikan kepada Tengku Razaleigh. Dengan kata mudah, kemenangan tersebut adalah kemenangan Ku Li. Penduduk di DUN Galas mengundi atas nama Ku Li dan bukan UMNO. Justeru itu, saya mengingatkan awal-awal, agar UMNO memberi kedudukan yang sewajarnya kepada Ku Li selepas tamat pilihan raya DUN Galas ini. Jangan dipinggirkan Ku Li dan jangan anggap beliau sebagai musuh UMNO. Sebelum ini - sewaktu krisis royalti minyak Kelantan mula menampakkan bibit-bibit sokongan Ku Li kepada kerajaan PAS Kelantan - saya sudah mencadangkan kepada kerajaan agar segera melantik Ku Li sebagai Penasihat Ekonomi Negara - jika tidak UMNO akan dianggap mudah lupa kepada mereka yang berjasa. Sejak Ku Li berhasrat untuk bertanding kerusi Presiden UMNO, menentang Abdullah, beliau seolah-olah telah dipinggirkan secara terhormat pada saat itu. Malah, pandangan dan buah fikirannya juga diketepikan oleh UMNO
Memimpin Kebijaksanaan