Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Nasihat Ridhuan Tee Abdullah

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal. Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan

Dr Hassan Ahmad Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang ini. Anaknya, Aida berkata, Allahyarham dipercayai diserang sakit jatung dan menghembuskan nafas terakhir sekitar 2 petang tadi. “Ayah saya tidak sakit apa-apa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini. Hassan yang ditemui The Malaysian Insider di rumahnya di 30, Jalan 22/49, Petaling Jaya ketika sambutan sambutan Aidilfitri semalam kelihatan ceria menyambut saudara mara dan rakan-rakannya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata Aida.

Hujah Terbaik Daripada Fathul Bari

Lynas Satu Cerita Bohong : Dr Rosli Akan Dicaci Maki!

Setelah cerita pembohongan cincin 24 juta terbongkar tapi oleh pihak luar (Kompas) yang tersilap bergantung kepada penyebar fitnah bernama Chegu Bard, semalam Pakatan Rakyat terkantoi lagi tapi dalam isu Lynas pula, lebih memeritkan yang terlibat itu adalah orang Pakatan Rakyat sendiri, dari parti PAS. Dalam nak menunjukkan bahawa partinya juga turut mendapat sokongan orang-orang terpelajar, sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari kumpulan ini sebagai calon pilihanraya ke-12 pada 2008. Setelah keputusan keluar, beberapa diantara mereka ini menang dan bergelar YB sehingga kini. Antara yang terlibat itu ialah Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS, Dr. Che Rosli Che Mat. Berkelulusan Doktor Falsafah dalam sains Nuklear, sudah tentu Dr. Rosli punya pengetahuan mendalam apa yang dikatakan nuklear dan apa yang dikatakan tidak. Tahap radiasi macam mana yang boleh membahayakan kesihatan dan tidak. Sebagai pakar juga, sudah tentu Dr. Rosli tidak boleh menaf

Jom Tonton - Ulama Politik - Untuk Dakwah atau Parti?

Jangan Khuatir Tuan Mufti!

Demi Allah, jika kita memerlukan 100 tahun lagi bagi menghumban Anwar Ibrahim ke dalam penjara - maka lakukan! Mulut dan lidahnya sudah cukup menjadi fitnah dan bencana kepada negara ini. Kelakuan dan tabiatnya sudah cukup merosakkan nama Islam, minda dan pemikirannya sudah cukup untuk menghancurkan umat Islam di negara ini. Percayalah wahai Mufti Perak yang saya sayangi - ada sebab dan bukti yang kukuhlah, maka Tun Mahathir mengambil tindakan tegas terhadap Anwar Ibrahim - InsyaAllah di akhirat kelak nanti, Tuan Mufti antara lautan manusia yang akan mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang dituduh sebagai Mahafiraun kerana memecat Anwar Ibrahim - cukuplah dengan segala bukti yang ada sekarang - dari sumpah Mubahalah hingga ke rakaman video, semuanya mengsahkan siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar. Walau sebesar mana pun dosa Mahathir, demi Allah, kebaikannya yang ikhlas dalam menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetap tercatat sebagai amal mulia yang

Surat Terbuka Kepada Dr Asri

Oleh HUDZAIFAH AL-YAMAN Bismillahirrahmanirrahim. Dimulai surat ini dengan doa, mudah-mudahan Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) beroleh kasih sayang Allah SWT hendaknya, dan terus istiqamah melagang perjuangan Islam di muka bumi ini, tanpa secuit pun rasa takut kepada makhluk; atau secalit rasa curiga diserang pelbagai sudut. Firman Allah SWT: “Dan mereka tidak merasa takut selain kepada Allah.” (At-Taubah: 18) Dr Maza, membaca dan meneliti pandang sisi tuan mutakhir ini, khususnya mengenai korelasi antara isu murtad dan isu agihan zakat, membuat saya semakin tertanya-tanya. Persoalannya ialah, apakah rahsianya menyebabkan agihan zakat di negara ini tidak berkesan dalam menangani isu-isu kemiskinan dan sejauh manakah inisiatif yang telah dilakukan demi memperbaiki keadaan. Dr Maza, tuan menyatakan di Malaysia ini ada 14 jabatan agama. Ya, itu bermakna Malaysia juga mempunyai 14 pusat zakat dan 14 orang mufti. Wang zakat terkumpul mencecah billion ringgit saban tahun. S

Fatwa Ramadhan : Wajib Pertahankan Kebenaran Yang Didedahkan Oleh Papa Gomo! Tolong Sebar

Dalam minggu minggu ini Gomo sendiri yang mempunyai saudara mara berugama Kristian disebelah Wife turut mengundang risiko dalam kehidupan kekeluargaan. Gomo akui bahawa artikel dan kenyataan yang Gomo keluarkan sedikit sebanyak mengundang kurang rasa senang dari keluarga sebelah Isteri. Namun apakan daya dalam perjuangan menegakkan Islam ditanah Melayu ini dan berjuang bersama umat Islam lain dalam menyelamatkan lebih ramai umat Islam dimurtadkan soal keluarga harus diketepikan. Ini lah perjuangan yang wajib dilaksanakan oleh seorang umat Islam dan ianya mesti dilakukan dengan cara apa sekalipun. Sambung bacaan anda di sini..

Asyraf - Contoh Generasi Muda UMNO Terkini!

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Pelajar Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera diserang dan disamun oleh sekumpulan belia di London awal minggu lalu akan menyalurkan wang kutipan untuknya daripada orang ramai kepada mangsa lain yang terjejas akibat rusuhan di London baru-baru ini. Bagaimanapun, Asyraf berkata, buat masa ini dia belum pasti siapa akan diberikan sumbangan itu. Bapanya Rossli Harun yang tiba bersama isteri dan anak bongsunya di London semalam menyokong tindakan Asyraf itu. “Matlamat saya satu saja iaitu untuk melihat Asyraf belajar sampai habis. Biarlah dia terikat dengan Mara. Mengenai derma itu, saya rasa tidak perlu bagi kepadanya sebab dia ditanggung sepenuhnya oleh Mara,” katanya. Rossli menambah, “dia datang ke sini bukan untuk mencari dana tetapi untuk belajar.” “Walaupun hidup kami sederhana, saya mahu lihat anak saya berjaya. Dana itu berilah kepada orang yang lebih perlu,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Pesuruhjaya Ti

Syabas Ustaz Fathul Bari! Inilah Yang Kita Mahu

Mashitah Berhujah Lagi!

Sekali lagi Pas berada di persimpangan, sama ada berpaksi kepada perjuangan ‘amal makruf nahi mungkar’ atau tunduk saja kepada DAP atas dasar setia kawan dalam pakatan politik untuk memenangi pilihan raya. Kemelut Pas berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan pemeriksaan di gereja, dipercayai cuba memurtadkan orang Islam minggu lalu, membuka pekung di dada. Rakyat, termasuk penyokong Pas sendiri mahu melihat yang mana menjadi pilihan parti bernama Islam ini. Andainya Pas memilih dasar perjuangannya mendaulatkan Islam, mereka mesti menyokong tindakan Jais, yang bertindak atas laporan awam dan bahan bukti. Mesti berdiri tegak di belakang Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor, yang mempertahankan tindakan Jais mahu menyelamatkan akidah 12 Muslimin. Setakat ini, ramai penyokong Pas, NGO dan pertubuhan Islam, menzahirkan sokongan terhadap tindakan Jais. Namun, Pas bersikap dingin dan melahirkan hasrat untuk mendapat maklumat lanjut daripada piha

Mesej Daripada Wan Ahmad Wan Omar

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan ini. Selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini. Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang. PRU Ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU Ke-12 dan beberapa PRK selepasnya akan berulang. SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil. Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12

Menyanggah Pandangan Dr Asri di dalam Malaysiakini

Dr Asri diminta jangan terlalu bijak berbicara, tetapi lemah dalam tindakan. Menyuruh orang lain membuat kebaikan, tetapi kita sendiri masih gagal menunjukkan kebaikan, hanya mengundang sifat kemunafikan. Islam, menurut Dr Asri adalah agama yang ditegakkan dengan hujah dan bukan bergantung dengan undang-undang. Dalam satu segi, ia seolah-olah kenyataan yang hak, tetapi sayang tidak kena tempatnya. Dalam sebuah negara yang dikuasai oleh umat Islam sepenuhnya, hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini wajib dijadikan pedoman. Rasulullah bersabda, " Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa). Jika tidak tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan. Jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati Sesungguhnya (mencegah dengan hati) selemah-lemah iman ." Oleh yang demikian, dalam sebuah negara yang kuasanya dipegang oleh umat Islam, maka uslub utama dalam mencegah kemungkaran adalah dengan

Syabas Mufti Selangor!

Semoga Allah merahmati ulama yang ikhlas berjuang kerana-Nya. Sudah tiba masanya seluruh ulama bersatu di bawah kerajaan UMNO dalam menghadapi agenda jahat musuh Islam yang terang-terang mahu memurtadkan umatnya di Malaysia. Baca berita ini. KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik. Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam. Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi J

Di Manakah Jalur Gemilang Kita?

Oleh Aznan Bakar. KIRA-KIRA tiga minggu lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Kebetulan pada tahun ini sambutan itu boleh dikatakan jatuh serentak dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Sedikit sebanyak ia tentu menimbulkan dilema di kalangan rakyat mengenai mana satu yang perlu diutamakan. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Raya? Yang pasti kehadiran kedua-duanya cukup signifikan kepada penduduk negara ini. Hari Raya merupakan hari kebesaran kepada umat Islam selepas kejayaan menunaikan ibadat puasa. Sementara Hari Kemerdekaan merupakan tarikh penting negara bebas daripada belenggu penjajahan. Namun, disebabkan kedua-dua tarikh penting itu datang serentak sudah tentu tumpuan rakyat terutama yang beragama Islam lebih kepada keperluan Ramadan dan persiapan Hari Raya. Tetapi ia tidak bermakna kehadiran tarikh keramat 31 Ogos tahun ini perlu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Menunaikan ibadah puasa dan kesibukan menyambut Hari Raya bukan bermakna

Tolong Sebarkan Tulisan Terbaru Ridhuan Tee - Panas dan Memanaskan!

Menyambung bicara saya mengenai Ibrahim Ali minggu lalu. Segelintir ultra kiasu dalam parti komponen Barisan Nasional begitu anti dengan beliau. Misalnya, seorang perwakilan dalam Mesyuarat Agong MIC ke 65 membawa seekor katak, bagi tujuan menghina Ibrahim Ali atas tindakannya selama ini. Ini belum termasuk kenyataan Presiden MIC yang baru dilantik menjadi menteri penuh, mengancam akan keluar dari Barisan Nasional (BN) jika BN menerima parti lain yang mewakili masyarakat India. Kadangkala terfikir juga, bolehkah bukan Islam ini dipercayai? Atau mereka hanya mengambil kesempatan sahaja. Maaf, saya tidak kata semua. Sebelum itu, paderi bergelar Tan Sri yang menyertai rombongan Perdana Menteri ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI Gereja Roman Katolik, sekali lagi mendesak Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican. Pendek kata, suara bukan Islam berlainan bangsa seolah-olah se

Syabas Dr Mashitah! Satu Hujah Terbaik

1. Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh. 2. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP). 3. Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya. 4. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas a

Kenapa Saya Masuk UMNO

Wajah Terkini Tun Siti Hasmah - Ceria dan Menyejukkan

Alhamdulillah..inilah wajah terbaru Tun Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Tun Mahathir Mohamed. Berkat doa kita semua, kita berharap agar beliau akan terus memakai tudung, walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Biarlah selama ini beliau dicaci maki oleh puak-puak pembangkang, namun demikian kita tidak tahu siapakah antara kita yang Allah berikan hidayah-Nya. Selamat berpuasa Tun Hasmah!

Apa Pasal Lim Guan Eng Takut Sangat Dengan Video Ini?

Baca penjelasa di sini...

Enakmen Murtad 1988 : DAP Menentang Keras!

PETALING JAYA, 7 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai telah bertindak mengikut lunas perundangan ketika menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di sini kerana enakmen diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1988 membolehkan tindakan ke atas bukan Islam. Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, peruntukan itu bermakna pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut undang-undang syariah. Justeru kata Lim, tindakan berkaitan dakwaan bahawa majlis makan malam anjuran gereja menggunakan kalimah “al-Quran” dan “doa” untuk memurtadkan orang Islam tidak tertakluk dalam konteks penguatkuasaan agama. “Sementara Jais kemungkinan ada kuasa perundangan untuk memasuki premis, ia harus dilakukan menggunakan asas perundangan yang betul, di mana satu kesalahan didapati telah dilakukan. “Daripada fakta-fakta yang wujud, tiada asas bagi tindakan menyerbu,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada The Malaysian Insider. Menurut Lim