Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2008
Penulis Bersama Tan Sri Muhammad Ali Hashim di pejabatnya. Seorang Guru, Seorang Sahabat dan Ahli Korporat Pertama kali saya mendengar “Orang Kuat” Johor Corporation ini berucap adalah sewaktu beliau membentangkan kertas kerjanya di Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu III di Hotel Legend, Kuala Lumpur 17 bulan yang lalu. Saya turut sama menyertai persidangan yang berlangsung selama dua hari itu. Sejak mendengar ucapan Tan Sri Muhammad Ali Hashim tersebut, rasa hormat dan kagum terhadap idealisme dan konsep korporat Islam yang ingin beliau terapkan dalam kalangan kakitangannya di JCorp semakin saya sokong dan dukung. Sebelum ini, saya hanya mengenali beliau melalui buku-bukunya seperti Bisnes Satu Cabang Jihad dan lain-lain. Konsep seperti “Jihad Ekonomi” dan “Jihad Perniagaan” cukup sinonim dengan beliau. Sukar untuk menemui tokoh korporat yang berjiwa Islam dan mempunyai misi Islam yang sangat jelas dan tepat. Yang lebih menarik, beliau tidak hanya bercakap, sebaliknya turu
MEMPERKASAKAN EKONOMI SUNNAH NABI YANG DIPINGGIRKAN Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 22/12/2003) Barangkali, antara sunah Nabi Muhammad yang mudah dilupakan oleh masyarakat Islam pada ketika ini, ialah sunah baginda memperkasakan ekonomi ummah. Hakikatnya, mereka mengetahui berniaga merupakan sunnah nabi yang terawal seperti sabdanya, “9/10 rezeki itu adalah daripada perniagaan” (Riwayat Tirmizi). Namun demikian, umat Islam seolah-olah terlupa mengamalkan sunah nabi yang berjuang memperkasakan ekonomi ummah ini. Pendek kata, umat Islam tahu berniaga, tetapi cukup lemah apabila berhadapan dengan soal memperkasa dan memperluaskan perniagaan mereka dari semasa ke semasa. Inilah barah yang merebak secara meluas dalam kalangan negara Islam pada keseluruhannya. Seperti mana kata Tun Dr. Mahathir dalam Forum Perniagaan OIC di Hotel Marriott, baru-baru ini, “Kita perlu menyebarkan etika dan standard (perniagaan) sama ada semasa menjalankan
Machiavellianisme Metode Bahaya Pendakwahan ISA : Pernah Wujud Zaman Saidina Umar? Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 08/01/2004) Setelah Cyrus berjaya menumpaskan Medes untuk memimpin bangsa Parsi, dan Theseus berjaya menukarkan wajah masyarakat Athens, di samping Romulus mendirikan kerajaan Rom. Semula sejarah tokoh besar ini dirakam dan dijadikan pedoman oleh seorang anak muda berbangsa Itali, yang kemudiannya menjadi terkenal sebagai seorang negarawan, politikus dan pemikir dunia. Beliau ialah Niccolo Machiavelli yang lahir pada 3 Mei 1469, pengasas dan pembangun mazhab "Matlamat Menghalalkan Cara" yang cukup popular dengan bukunya The Prince. Teknik beliau untuk mendapatkan kuasa amat kuat mempengaruhi kuasa imperialis Barat, bahkan, konsepnya juga telah melahirkan pelbagai ungkapan seperti, "Machiavellian Approach", "Machiavellian Tactics" dan "Machiavellian Politics". Semua ini, masih teta
Penulis Bersama Tun Daim Zainuddin di Pejabatnya. Terima Kasih Guru! ( Penyelesaian Krisis Harga Minyak Siri 1 : Dejavu ) Saya tidak mengulas terlalu panjang berkenaan isu kenaikan harga minyak sebelum ini. Alasannya mudah pertama, terlalu banyak andaian dan teori berkenaan isu tersebut. Sengaja saya menunggu sehingga hampir dua bulan kerana saya ingin merasai sendiri kesannya sebagai manusia biasa yang bekerja makan gaji. Akhirnya, saya terpaksa memerah otak dan merenung jauh akan tindakkan yang telah kerajaan ambil berhubung kenaikan harga minyak ini. Apakah kita sudah tiada lagi alternatif lain untuk mengelak daripada meningkatkan harga minyak atau kerajaan sudah kehabisan idea untuk menyelesaikannya? Saya memerhati segenap hujah sama ada di pihak pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulannya serta hujah daripada pihak kerajaan termasuk daripada Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri Kewangan II, tidak lupa tokoh yang amat saya kagumi Tun Dr Mahathir Mohamed dan saya
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata. Al-Quran Kita Perlu Ubah Persepsi Oleh MUHAMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini telah pun disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20/01/2004) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 2, "Sesungguhnya Kami turunkan kepada engkau al-Quran yang berbahasa Arab, supaya kamu fikirkan". Firmannya lagi yang bermaksud, "Inilah Kitab ( al-Quran ) yang Kami turunkan kepada engkau, penuh keberkatan supaya mereka perhatikan ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal dapat mengambil pelajaran." ( As-Shad: 29 ). Kedua-dua firman Allah di atas sudah memadai untuk menggambarkan betapa besarnya fungsi al-Quran di dalam kehidupan manusia. Ia tidak hanya untuk dibaca serta dihafal semata-mata, tetapi yang lebih penting dan utama, al-Quran harus dijadikan sebagai petunjuk serta difikirkan segala makna dan struktur kata-katanya yang terkandung pada setiap halaman. Hal ini bererti, al-Quran tidak hanya diturunkan untuk diambil manfaat paha