IMPIAN KENCANA
Oleh Muhammad Azli Shukri
(Rencana ini sudah tersiar di dalam Dewan Ekonomi , Januari 2008)
Lelaki ini kurang menyukai publisiti, tidak banyak bercakap dan lebih gemar berdiam diri. Anak ketiga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Malaysia ini cukup mesra sewaktu menyambut kehadiran sidang editor Dewan Ekonomi di pejabatnya baru-baru ini. Kelewatan beliau hadir untuk temu janjinya dengan kami, telah disambut dengan ucapan mohon maaf dan rendah diri. Gaya percakapannya tidak tumpah seperti bapanya, sekali gus mengingatkan kami pada era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menerajui Malaysia selama 22 tahun. Jelas sekali, karisma dan ketokohan bapanya turut diwarisi Datuk Mokhzani Mahathir 47 tahun, Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana) yang kini dilihat oleh pemerhati ekonomi sebagai salah seorang tokoh korporat yang disegani di peringkat antarabangsa. Dewan Ekonomi keluaran Ogos 2007 tidak terkecuali meletakkan Datuk Mokhza...
Memimpin Kebijaksanaan